akta

6
UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industry pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,pengawalan mana-mana pepasangan,loji dan kelengkapan elektrik berkenaaan dengan perkara-perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [ 1hb September 1990. P.U (B) 494/90] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang MahaMulia Seri Paduka Baginda Yang Di-PertuanAgong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta (2) Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia, walaubagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri. Tafsiran SEKSYEN 2 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki mana yang lain : “bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau anggota badan manusia kepada renjatan, terbakar, atau kecederaan lain dantermasuklah bahaya kepada harta, pepasangan 1

Upload: muhammad-aminuddin

Post on 17-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

akta elektrik

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA

UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 447

AKTA BEKALAN ELEKTRIK

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industry pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,pengawalan mana-mana pepasangan,loji dan kelengkapan elektrik berkenaaan dengan perkara-perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

[ 1hb September 1990. P.U (B) 494/90]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang MahaMulia Seri Paduka Baginda Yang Di-PertuanAgong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN 1PERMULAAN

1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta (2) Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia, walaubagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.

Tafsiran SEKSYEN 2

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki mana yang lain :“bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau anggota badan

manusia kepada renjatan, terbakar, atau kecederaan lain dantermasuklah bahaya kepada harta, pepasangan atau kelengkapan yang diakibatkan oleh penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan atau penggunaanelektrik

“cederaparah” dan “cedera” masing-masingny amempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keselamatan.

“elektrik” ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana, dikeluarkan, dihantar, diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat

BAHAGIAN III

1

Page 2: AKTA

FUNGSI, TUGAS, DAN KUASA SURUHANJAYAFungsi dan tugas

4.Suruhajaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti berikut:(a) untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;(b) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan mengadakan elektrik oleh pemegang lessen termasuk menentukan standard prestasi dan standard kemudahan dan perkhidmatan dan penguatkuasaannya.(c ) untuk menggalakan persaingan dalam penjanakuasaan dan pembekalan elektrik untuk, antara lainnya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada harga-harga yang munasabah.(d) untuk memajukan kepentingan pengguna-pengguna elektrik yang dibekalkan oleh pemegang-pemegang lessen berkenaan dengan –

Harga yang akan dikenakan dan syarat-syarat lain bagi bekalan elektrik. Keberterusan bekalan elektrik ; dan Kualiti perkhidmatan bekalanelektrik yang disediakan ;

(e) untuk memastikan segala tuntutan yang munasabah untuk elektrik dipenuhi(f) untuk memastikan bahawa pemegang-pemegang lessen dapat membiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesen-lesen mereka untuk dijalankan(g) untuk menggalakkandan menggiatkan penjanakuasaan elektrik bagi tujuan kemajuan ekonomi Malaysia(h) untuk mengawal selia tempoh dan cara bagaimana apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik hendaklah diperiksa(i) untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk menetapkan kelayakan dan pegalaman praktik yang minimum bagi apa-apa maksud menurut Akta ini(j) untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibat kanapa-apa pepasangan elektrik(k) untuk mengadakan peruntukan, jika perlu, mengenai pendaftaran apa-apa pepasangan, mana-mana kontraktror, pengilang dan pengimport bahan elektrik, dan mana-mana orang kompeten;(l) untuk menetapkan standard dan spesikasi minimum dan menaksirkan serta meluluskan,jika perlu, apa-apa pepasangan atau kelengkapan elektrik;(m) untuk menggalakkan penggunaan elektrik dengan cekap; dan(n) untuk menjalankan segala aktivit lain sebagaimana yang ternyata kepada Suruhanjaya adalah dikehendaki, berfaedah atau mudah bagi maksud menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan tugasnya di bawah Akta ini.

Situasi dalam pemasangan pendawaian elektrik.

2

Page 3: AKTA

Terdapat soket yang bernombor (2) tidak berfungsi dan lampu (mentol) tidak menyala. Hal ini disebabkan, lampu mentol tersebut telah terbakar manakala kabel neutral (N) tidak disambungkan pada soket dengan kemas. Akibatnya sewaktu melakukan cubaan bagi litar pencahayaan dan kuasa ini, soket tidak berfungsi dengan baik.

Penyelesaian : Membetulkan soket berkenaan dan menukar lampu tersebut kepada lampu yang baru. Seterusnya membuat pengujian litar agar tidak berlaku sebarang kerosakan pada aksesori dan kabel

[Peraturan 1-2]

3

Page 4: AKTA

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994AKTA 447

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan Elektrik 1990, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :

BAHAGIAN 1PERMULAAN

Nama dan mula berkuatkuasa1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-PeraturanElektrik 1994 dan hendaklah, tertakhluk kepada subperaturan(2), mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996 : (2) Tertakhlukkepadasubperaturan (1) peraturan-peraturan yang berikut hendaklah mula berkuatkuasa pada 30hb Januari 1996:

a) Peraturan 13;b) Subperaturan 23(2),23(3) dan 23(4);c) Perenggan 78(2)(c);d) Perenggan 78(3)(c);e) Perenggan 78(4)(c);f) Perenggan 78(5)(c);g) Perenggan 81(c);h) Perenggan 85(c);i) Peraturan 88; danj) Peraturan 57

Tafsiran

2. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“aksesori” ertinya peranti, selain daripada kelengkapan menggunakan arus, yang berkaitan dengan apa-apa kelengkapan atau pendawaian pepasangan;

“dibumikan” ertinya disambungkan kepada jisim am bumi”“gearsuis” ertinya pemasangan radas pensuisan utama dan tambahan bagi pengendalian,

pengawalseliaan, perlindungan atau pengawalan lain pepasangan elektrik.“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;“JuruteraElektrikKompeten” ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan

sebagai Jurutera Elektrik Kompeten yang dikeluarkan di bawahPeraturan 47;“kabel” ertinya panjang konduktor tunggal bertebat, sama ada pejal atau berlembar, atau

dua atau lebih konduktor itu, setiapnya disediakan dengan penebatnya sendiri, yang dipasangkan bersama. Konduktor atau konduktor-konduktor bertebat itu boleh atau tidak disediakan dengan penutup keseluruhannya bagi perlindungan mekanikal;

Keperluan Bilik – Bilik Elektrik Dalam Bangunan

4

Page 5: AKTA

a) Bilik Suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.b) Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proof netting supaya

serangga tidak boleh masuk.c) Ruang kosong berukuran 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian

hadapan untuk kerja – kerja senggaraan.d) Mempunyai saluran – saluran yang mencukupi untuk kemasukkan dan keluar kabel.e) Bilik suis hendaklah dilengkapan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan.f) Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi

hendaklah disediakan di dalam bilik suis.g) Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai, papan tunjuk ajar rawatan awal

kecemasan / renjatan hendaklah dipaparkan di dalam bilik PSU.

5