akta oku.docx

12
[PENDIDIKAN KHAS] AKTA OKU 2008 1.0 PENDAHULUAN Akta Orang Kurang Upaya (2008) ialah satu akta yang merangkumi peruntukan untuk mendaftarkan, melindungi, memulih dan membangunkan serta menjamin kesejahteraan orang kurang upaya, Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan apa-apa yang selari dengannya. Akta ini telah mengiktiraf sebanyak lima perkara yang berkaitan dengan Orang Kurang Upaya. Pertama, ia mengiktiraf bahawa sifat kurang upaya ini terjadi apabila orang kurang upaya berinteraksi dengan halangan persekitaran serta sekatan sikap dan sifat kurang upaya itu ditakrifkan suatu konsep yang sentiasa menjalar naik. Kedua, akta ini mengiktiraf potensi dan bantuan tenaga kerja orang kurang upaya kepada masyarakat komuniti. Ketiga, bagi memastikan orang kurang upaya boleh turut serta dalam masyarakat komuniti maka Akta ini mengiktiraf hak berkepentingan orang kurang upaya kepada persekitaran fizikal, ekonomi, sosio budaya, dan lain-lain. Keempat pula merupakan hal yang terpenting sekali iaitu perlindungan hak sepertimana diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan serta mengiktiraf bahawa semua orang kurang upaya layak mendapat hak dan perlindungan serta bantuan yang adil lagi saksama dalam semua hal keadaan tertakluk hanya apa-apa sekatan dan halangan. Manakala, yang terakhir sekali ialah mengiktiraf usahasama berkepentingan antara sektor kerajaan dan sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan orang kurang upaya terlibat sama didalam masyarakat. (Akta Orang Kurang Upaya 2008. Akta 655) menyatakan Majlis Kebangsaan bagi Orang Bukan Upaya telah ditubuhkan melalui Akta Orang 1

Upload: sallehuddin-bin-ibrahim

Post on 19-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

pendidikan khas

[pendidikan khas]AKTA OKU 2008

1.0 PENDAHULUAN

Akta Orang Kurang Upaya (2008) ialah satu akta yang merangkumi peruntukan untuk mendaftarkan, melindungi, memulih dan membangunkan serta menjamin kesejahteraan orang kurang upaya, Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan apa-apa yang selari dengannya. Akta ini telah mengiktiraf sebanyak lima perkara yang berkaitan dengan Orang Kurang Upaya. Pertama, ia mengiktiraf bahawa sifat kurang upaya ini terjadi apabila orang kurang upaya berinteraksi dengan halangan persekitaran serta sekatan sikap dan sifat kurang upaya itu ditakrifkan suatu konsep yang sentiasa menjalar naik. Kedua, akta ini mengiktiraf potensi dan bantuan tenaga kerja orang kurang upaya kepada masyarakat komuniti. Ketiga, bagi memastikan orang kurang upaya boleh turut serta dalam masyarakat komuniti maka Akta ini mengiktiraf hak berkepentingan orang kurang upaya kepada persekitaran fizikal, ekonomi, sosio budaya, dan lain-lain. Keempat pula merupakan hal yang terpenting sekali iaitu perlindungan hak sepertimana diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan serta mengiktiraf bahawa semua orang kurang upaya layak mendapat hak dan perlindungan serta bantuan yang adil lagi saksama dalam semua hal keadaan tertakluk hanya apa-apa sekatan dan halangan. Manakala, yang terakhir sekali ialah mengiktiraf usahasama berkepentingan antara sektor kerajaan dan sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan orang kurang upaya terlibat sama didalam masyarakat.(Akta Orang Kurang Upaya 2008. Akta 655) menyatakan Majlis Kebangsaan bagi Orang Bukan Upaya telah ditubuhkan melalui Akta Orang Kurang Upaya ini. Jelasnya, majlis ini dianggotai oleh Menteri sebagai Pengerusi, Ketua Setiausaha Kementerian selaku orang yang bertanggungjawab didalam hal kebajikan masyarakat, iaitu sebagai Timbalan Pengerusi, Peguam Negara Malaysia atau wakilnya, dan banyak lagi ahli yang tersenarai. Anggota ahlinya bolehlah disilihgantikan mahupun dibatalkan pelantikannya atas sebab-sebab yang tertakluk ataupun diberhentikan keanggotaannya.

(Akta Orang Kurang Upaya 2008. Akta 655) menyatakan bahawa Majlis Kebangsaan ini mempunyai beberapa fungsi dan antaranya ialah untuk memantau perjalanan dasar negara dan perancangan tindakan negara berhubung dengan orang kurang upaya. Selain itu, majlis ini juga akan menjadi penasihat kepada kerajaan mengenai semua hal orang kurang upaya termasuklah perkara berkaitan dengan perlindungan, sokongan, penjagaan, rehabilitasi serta keamanan orang kurang upaya. Seterusnya, majlis ini juga akan menyamakan dan menyelidik perjalanan dasar negara dan pelan tindakan negara berkaitan dengan kurang upaya dengan kementerian, agensi, pertubuhan kerajaan, serta sektor swasta. Tambahan pula, majlis ini juga berfungsi sebagai satu cara untuk menanam sikap menghormati terhadap orang kurang upaya pada semua peringkat pendidikan termasuklah peringkat kanak-kanak.Kerajaan juga menggalas satu tanggungjawab yang besar di mana kerajaan haruslah membantu dalam menjayakan dasar dengan mengambil kira sumber manusia dan hal lain yang berkaitan serta mengikuti peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang bertulis. Manakala, kementerian juga harus bertanggungjawab untuk memberi sokongan kepada majlis dalam melaksanakan akta ini serta mengambil langkah dan mengambil tindakan yang sepatutnya mengikut apa-apa bentuk atau cara seperti yang diperuntukkan didalam undang-undang bertulis(Akta Orang Kurang Upaya 2008. Akta 655). Akta 685 iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang mula dijalankan pada tarikh 7 Julai 2008 merupakan satu jaminan yang penting untuk kesemua Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia. Maka, tidak hairanlah sekiranya Akta Kurang Upaya 2008 ini dianggap sebagai satu kejayaan yang amat penting lebih-lebih lagi didalam usaha untuk membantu dan meningkatkan tahap Orang Kurang Upaya. Tindakan susulan kerajaan pula selepas akta ini berkuat kuasa ialah kerajaan mengesahkan Convention on the Rights of Persons with Disabilities pada dua tahun kemudian iaitu bertarikh 19 Julai 2010.Antara fasal-fasal yang dibangkitkan didalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 adalah seperti menyamaratakan semua orang bagi mendapatkan hak pelindungan yang adil lagi saksama seperti yang tercatat didalam perkara 8 (1). Manakala, didalam perkara 8(2) dan perkara 12 (1) menyatakan tentang tiada pembezaan berdasarkan kecacatan.

2.0 ULASAN JURNALBerdasarkan didalam jurnal,dapat dilihat bahawa ia membincangkan permasalahan disleksia. (Liyana,Nurul Fatihah dan Khuzaiton, 2013) menyatakan bahawa disleksia ialah suatu bentuk gangguan yang dihidapi oleh kanak-kanak didalam pelajaran. Kebiasaannya, masalah-masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak disleksia ialah kepayahan dalam memahirkan diri untuk belajar 4M iaitu membaca, menulis, mengeja dan mengira. (Liyana,Nurul Fatihah dan Khuzaiton, 2013) menyatakan seperti yang dikaji oleh pengkaji Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996), serta Spaafford dan Grosser (1996), terdapat dua faktor yang menyebabkan gangguan ini iaitu faktor genetik dan faktor biologi.Namun sebenarnya, kanak-kanak disleksia sebenarnya tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan dengan pendengaran mahupun penglihatan, malahan masih memiliki tahap perkembangan otak yang normal seperti kanak-kanak lain. Tambahan pula, mereka bukanlah termasuk kedalam kumpulan yang boleh dikategorikan sebagai dungu dan lambat. Sekiranya ibu bapa mahupun guru dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal, masalah ini dapat diatasi dengan lebih mudah.Kanak-kanak di Malaysia yang menghidapi disleksia adalah dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan haruslah didaftarkan sejurus selepas disahkan doktor. Ini adalah kerana mereka akan menerima kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seterusnya akan menerima wang sumbangan sebanyak RM 150 daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada setiap bulan kerana menghadiri kelas pemulihan dibawah bimbingan JPN.Umumnya, terdapat lapan kaedah yang digunapakai untuk sesi pembelajaran kanak-kanak disleksia yang boleh dikategorikan sebagai kaedah yang paling sesuai untuk mengajar. Antara kaedah yang telah diaplikasikan oleh guru pendidikan khas ialah kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah pandang dan sebut, kaedah Gillingham, kaedah fonik, kaedah abjad dan gabungan bahasa. Kesemua kaedah ini amat membantu didalam pembelajaran lebih-lebih lagi sebagai bahan mengajar untuk kanak-kanak disleksia mahupun orang kurang upaya yang mengalami masalah lain.

3.0 KESIMPULANTuntasnya, pendapat segelintir manusia tentang disleksia merupakan suatu penyakit haruslah ditentang kerana penyataan tersebut adalah salah sama sekali. Disleksia hanyalah merupakan suatu gangguan terhadap budak kecil pada tahap awal didalam pembelajaran. Namun begitu, pada tahap yang lebih tinggi seperti menengah juga kerap berlaku kepada penghidap disleksia. Guru-guru yang telah diberi latihan didalam bidang ini kebanyakannya dapat membendung masalah seperti ini dan ada juga antara mereka yang dapat memulihkan sekiranya mendapat didikan dan bimbingan oleh guru tersebut. Ada juga pandangan mengatakan kanak-kanak disleksia tidak dapat disembuhkan namun begitu pendapat yang mengatakan bahawa mereka adalah daripada golongan yang lambat haruslah dihapuskan. Ini adalah kerana dengan adanya bahan bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak disleksia juga mampu mecapai kejayaan didalam jurusan masing-masing. Dengan erti kata lain, kanak-kanak ini haruslah dibimbing daripada awal oleh semua pihak yang terlibat supaya mereka dapat menyerlahkan kebolehan yang tertanam dalam diri mereka dan boleh menyaingi dengan kanak-kanak lain.Berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya (2008) jelas menunjukkan bahawa golongan yang dikategorikan sebagai golongan orang kurang upaya dilihat tidak diabaikan dari segi pelbagai kemudahan didalam semua aspek khususnya kesihatan, keselamatan, pembelajaran, juga hak-hak yang sepatutnya dilindungi untuk golongan seperti ini. Bagi menjalani kehidupan yang sama seperti anggota masyarakat lain, golongan kurang upaya ini juga mempunyai peluang dan hak yang sama. Hal ini kerana golongan kurang upaya ini juga merupakan sebahagian daripada masyarakat kita. Bagi bidang pendidikan, untuk golongan kurang upaya ini pendidikan mereka diletakkan dibawah Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan. Seperti yang kita ketahui, pendidikan khas meliputi masalah-masalah seperti penglihatan, pendengaran, dan masalah pembelajaran. Dengan adanya akta ini, maka para pelajar dalam golongan ini mendapat peluang pendidikan dimana mereka disediakan kelas yang berasingan daripada pelajar yang normal serta kaedah pembelajaran yang berbeza disediakan untuk memudahkan sesi pembelajaran mereka.

4.0 DATA

Guru12345

JantinaPerempuanLelakiPerempuanPerempuanLelaki

Umur4739403330

Kelulusan AkademikIjazah Sarjana MudaIjazah Sarjana Muda Pendidikan KhasIjazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa MelayuIjazah Sarjana Muda PerakaunanIjazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik

Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Pendidikan Khas

13

15

Tidak Dinyatakan

7

5

Pernah Mengikuti Kursus Tentang Disleksia

Tidak

Ya

Tidak

Tidak

Tidak

Berdasarkan data diatas, dapatlah kita lihat bahawa kajian yang dijalankan adalah berdasarkan daripada lima orang responden yang terdiri daripada kerjaya guru. Sebanyak 60% responden terdiri daripada perempuan manakala 40% selebihnya ialah lelaki. Kebanyakan responden dapat kita lihat berumur lingkungan 30 tahun sehingga 40 tahun manakala terdapat seorang sahaja yang berumur atas daripada 40 tahun iaitu berumur 47 tahun. Seterusnya, kajian juga mendapati bahawa terdapat satu daripada lima orang responden yang berkelulusan ijazah sarjana muda pendidikan khas manakala selebihnya menerima kelulusan luar daripada bidang pendidikan khas. Ini dapat dibuktikan bahawa walaupun tidak berkelulusan daripada jurusan pendidikan khas, namun para pendidik masih lagi boleh memasuki bidang ini dengan adanya kesabaran yang tinggi dan juga usaha berterusan. Majoriti responden telahpun berpengalaman didalam bidang pendidikan khas ini melebihi tempoh lima tahun dan yang mewakili tempoh yang paling lama didalam bidang ini ialah selama 15 tahun manakala terdapat seorang responden yang tidak menyatakan tentang tempoh pengalaman selama mendidik orang kurang upaya. Akhir sekali, sebanyak 20% iaitu seorang daripada lima orang responden telah mengikuti program kursus mengenai disleksia manakala selebihnya belum pernah mengikuti kursus tersebut. G1 dan G2 berpendapat bahawa disleksia itu merupakan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menghadapi masalah didalam otak yang mengakibatkan mereka susah untuk membaca dan menulis dan mempunyai tahap IQ yang rendah. Tambahan pula, Guru 3 dan Guru 4 mengatakan bahawa disleksia ini dihadapi oleh pelajar yang mengalami masalah 3M iaitu membaca, menulis serta mengeja. Akhir sekali, Guru 5 berpendapat yang pelajar disleksia ialah pelajar yang kurang upaya ataupun pendidikan khas. 80% antara responden yang belum pernah mengikuti kursus kaedah pengajaran yang baik untuk golongan kurang upaya tidak memberikan jawapan untuk kaedah yang digunakan bagi mengajar pelajar disleksia. Sebaliknya, hanya 20% iaitu Guru yang kedua yang mewakili seorang daripada lima orang guru yang memberi jawapan kaedah yang digunapakai untuk pelajar disleksia ialah dengan kaedah fonik atau membunyikan suku kata dan kaedah VAK. Guru itu menyatakan bahawa sekiranya pelajar disleksia masih tidak dapat mengikuti pembelajaran, maka guru tersebut akan memberi tumpuan penuh kepada bidang yang digemari oleh pelajar tersebut.5.0 LAMPIRAN

6.0 RUJUKANGerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 (2012). Memorandum bangkit 2012. Diperolehi daripada 18 Februari 2015, daripada http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=3655

Liyana Ahmad Afip., Nurul Fatihah Hanapi., Khuzaiton Zakaria (2013). Persepsi dan pengalaman guru pendidikan khas dalam menghadapi permasalahan disleksia dalam kemahiran literasi. Diperolehi daripada 17 Februari 2015, daripada http://umkeprints.umk.edu.my/2328/1/Conference%20Paper%201.pdf

Lokman Tahir.,Nurul Qistin Mustafa (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pendidikan khas teknik dan vokasional untuk golongan orang kurang upaya di tiga buah politeknik. Diperolehi pada 20 Februari 2015, daripada http://eprints.utm.my/10872/1/Faktor-Faktor_Yang_Mempengaruhi_Keberkesanan_Pendidikan_Khas_Teknik_Dan_Vokasional_Untuk_Golongan_Orang_Kurang_Upaya_Di_Tiga_Buah_Politeknik.pdf

Transformasi Pendidikan Khas OKU (2012). Transformasi Pendidikan, Pendidikan Khas. Diperolehi daripada 20 Februari 2015, daripada http://pendidikankhasperabotsmvbp.blogspot.com/2012/12/transformasi-pendidikan-khas-oku.html

Undang-undang Malaysia (2008). Akta 685. Akta Orang Kurang Upaya 2008. Diperolehi pada 15 Februari 2015, daripada http://www.jkm.gov.my/images/stories/pdf/oku2008scan.pdf

2