aksesori pendawaian.docx

11
Aksesori

Upload: chinyi-soh

Post on 11-Dec-2015

685 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Aksesori

Bahan dan peralatan

Bil. Nama peralatan tangan Kegunaan1. Pena ujian Mengesan kehadiran arus pada

litar hidup (litar yang disambung pada bekalan)

2. Pemutar skru Philips Membuka skru Philips

3. Pemutar skru flat Membuka skru flat

4. Gergaji lengkung halus Memotong paip PVK

5. Tali pengukur Mengukur yang pendek dan panjang

6. Pemotong kabel Melucut dan memotong wayar atau kabel elektrik

7. Playar gabung Mencengkam atau memegang objek, melucut dan memotong wayar atau kabel elektrik

8. Playar muncung tirus Memegang objek kecil, memotong dan membentuk kaki komponen

9. Multimeter penguji Menguji keterusan dan penebatan setelah pendawaian telah siap

10. Papan kayu Litar lampu dipasang atasnya

11. Lampu+ base (1+1) Lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan di dalamnya terdapat dawai filament. Ia akan mengeluarkan cahaya apabila dialirkan arus elektrik, filament akan menjadi panas dan menyinar.

12. Suis 2 hala + base (2+2) Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik.

13. Soket + base (1+1) Soket adalah alat yang membekalkan arus elektrik yang boleh dipasang dan ditanggalkan. Ia mempunyai tiga tamatan iaitu bumi, live dan neutral.

14. Konduit PVK Paip di mana kabel pendawaian dimasukkan ke dalamnya.

15. Wayar Warna merah menandakan wayar tersebut berfungsi menghantar arus elektrik daripada MCB ke tamatan live yang terdapat pada

soket dan suis. Wayar neutral merujuk

kepada wayar pengalir yang berfungsi bagi membawa arus balikkan dari peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus ulang-alik wayar neutral mempunyai arus.

Wayar bumi dapat dikenali dengan warna yang hijau. Ia berfungsi menghantar sebarang kebocoran elektrik serta litar pintas ke bumi. Ia tidak mempunyai arus. Wayar bumi bertindak sebagai langkah keselamatan kepada pengguna bagi menghindarkan renjatan elektrik jika terdapat kebocoran elektrik. Jika wayar bumi tidak dipasang, seseorang boleh menerima renjatan elektrik kerana arus akan mengalir melalui tubuhnya untuk masuk ke bumi. Tetapi pemasangan wayar bumi membolehkan arus dihantar dengan selamat ke dalam bumi melalui wayar tersebut.

16. Penyambung T Membuat sambungan paip bercabang yang sama diameter pada sudut 90˚ darjah.

17. Penyambung siku 90˚ Ubah arah sambungan batang paip.

18. Klip PVC (Saddie) Menyokong pembuluh PVK.

19. Skru Memasang soket dan suis serta klip pvc.

20. Soket sama PVC Menyambung paip yang sama saiz diameter.