akhlak menurut iman al-ghazali

13
ETIKA PERBANDINGAN AKHLAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI MOHAMMAD ZAKI BIN ISMAIL ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR DSM 91 USTAZ SYUKRI SHERKAWI

Upload: thomas-mon

Post on 08-May-2015

1.256 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Riwayat hidup Imam Al-Ghazali Pengenalan Akhlak Pengenalan Moral Konsep Akhlak Perbezaan Pesanan Imam Al-Ghazali

TRANSCRIPT

Page 1: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

ETIKA PERBANDINGAN

AKHLAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI

MOHAMMAD ZAKI BIN ISMAILABDUL RAHMAN BIN MOHD NORDSM 91USTAZ SYUKRI SHERKAWI

Page 2: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

ISI KANDUNGAN

Riwayat hidup Imam Al-Ghazali

Pengenalan Akhlak

Pengenalan Moral

Konsep Akhlak

Perbezaan

Pesanan Imam Al-Ghazali

Kesimpulan

Rujukan

Page 3: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali lahir pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi di al-Taabirau Ghazalah di bandar Tus, Khurasa.

Nama sebenar ialah Abu Hamad bin Muhamad bin Muhamad bin Ahmad Al-Ghazali.

Gelaran "Al-Ghazali" bersempena gelaran bapanya yang bekerja sebagai sebagai pemintal bulu kambing (Al-Ghazzal).

Beliau adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah islam yang terkemuka.

Mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan bijak berhujah.

Page 4: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

• Menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan.• Terkenal sebagai ahli falsafah islam yang telah

mengharumkan nama islam di Eropah.• Antara karyanya ialah Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min ad-

Dalal, Mizauul-amal, Tahafut al-Falasifah, Hidayah Al-Salikin, Jawahir Al-Quran, Minhaj Al-Abidin, Asma Allah Al-Husna, Ayyuha Al-Walad dan Kimia as-Sa'adah.

• Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah (1111M) di Tus.

Page 5: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

PENGERTIAN AKHLAK

Imam Al-Ghazali telah mentakrifkan akhlak iaitu suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.

Page 6: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

PENGERTIAN MORAL

Moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.

Page 7: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

KONSEP AKHLAK

• Akhlak atau moral tidak boleh dipisahkan kerana setiap perbuatan yang diambil tidak terlepas daripada hukuman sama ada terhadap diri/orang lain/benda lain iaitu adakah baik atau tidak tindakan tersebut.

• Akhlak dalam kehidupan manusia adalah sangat penting sehinggakan orang yang tidak bermoral merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui oleh mereka supaya kehidupan menjadi lebih baik.

• Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa.

Page 8: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

PERBEZAAN

AKHLAK Tingkah laku manusia yang

bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak

Akhlak menilai tindakan zahir dan batin manusia

Mencakupi pemikiran,perasaan dan niat hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah,manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain

Akhlak ditentukan oleh Allah melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah

Akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap

MORAL Tingkah laku yang telah ditentukan

oleh etika sama ada baik atau jahat

Moral menilai tindakan zahir manusia sahaja

Mencakupi pemikiran,perasaan dan niat hati manusia dalam hubungan mnusia dengan mnusia sahaja

Moral ditentukan oleh manusia

Page 9: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI YANG MENYUCIKAN JIWA

• Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

• Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

• Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

• Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam mengetahuinya.

• Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia.Tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

• Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Page 10: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Yang jauh itu Masa

Yang dekat itu Mati

Yang besar itu Nafsu

Yang berat itu Amanah

Dan yang indah itu Solat

Page 11: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

KESIMPULAN

Setelah mempelajari bab ini, kami mendapati bahawa akhlak adalah sesuatu yang penting dalam hidup bagi membina jati diri, keyakinan, disiplin dan sebagainya. Moral juga adalah penting untuk memperbaiki sesuatu keadaan.

Page 12: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

RUJUKAN

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu Hamid al-Ghazali• http://myibrah.com/pesanan-imam-al-ghazali• http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/imam

%20alghazali.pdf• http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/11/sumbangan-

al-ghazzali-dan-al-rafici.html• http://tujuhpen.blogspot.com/2014/03/konsep-akhlak-

dan-moral.html

Page 13: Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali

SOALAN1. Pada pandangan anda, bagaimanakah akhlak dapat diterapkan dalam kehidupan seharian?

2. Bagaimanakah anda membezakan akhlak dan moral?

3. Pada pendapat anda, bagaimanakah akhlak yang baik dapat meningkatkan pencapaian seseorang dalam hidupnya?

4. Bagaimanakah akhlak dapat memberikan kesan yang baik kepada seseorang?

5. Apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk meningkatkan akhlak?