akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara...

7
Bil. 2/2014 (Mac-April) e-Buletin Perpustakaan Paparan sari berita-berita perpustakaan yang merangkumi perkhidmatan, aktiviti dan kakitangan Editor & Rekabentuk: Pn. Mastura Buang Y. M Raja Aminah Raja Aman Shah Pn. Nurhajarul Hasni Md. Ismail Cawanganan Perpustakaan Bahagian Perkhidmatan Teknikal Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong 52109 Selangor Darul Ehsan Tel : 03-6279 7503 Foto: Hasni Ismail

Upload: phungdat

Post on 02-May-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

Bil.

2/2

014

(M

ac

-Ap

ril)

e-B

ule

tin

Pe

rp

usta

ka

an

Paparan sari berita-berita perpustakaan yang merangkumi perkhidmatan, aktiviti dan kakitangan

Editor & Rekabentuk:

Pn. Mastura Buang

Y. M Raja Aminah Raja Aman Shah

Pn. Nurhajarul Hasni Md. Ismail

Cawanganan Perpustakaan

Bahagian Perkhidmatan Teknikal

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Kepong 52109 Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-6279 7503

Foto: Hasni Ismail

Page 2: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

2

KENALI SUMBER MAKLUMAT PERPUSTAKAAN ANDA

Perpustakaan FRIM berfungsi menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM melalui penyediaan bahan-

bahan maklumat. Bagi mencapai maksud ini perpustakaan harus mengenalpasti sumber-sumber yang ada yang

bersesuaian dengan keperluan penyelidik dan menyediakannya dalam bentuk yang mudah dicapai. Bagi memenuhi

keperluan bahan maklumat penyelidikan dalam bentuk online, perpustakaan telah melanggan pangkalan data Forest

Science Database dan ScienceDirect.

Forest Science Database merupakan pangkalan data bibliografi terbesar dunia berkaitan kajian hutan, perhutanan, sains

kayu serta perhutanan tani. Ia menyediakan akses kepada maklumat 70 tahun penyelidikan dari setiap pelusuk dunia dan

menjadi tumpuan pembuat polisi serta mereka yang terlibat secara aktif dalam bidang-bidang tersebut di samping industri

hutan dan kayu. Pangkalan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau

secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya dalam bentuk CD

(TreeCD) seawal 1996. Untuk capaian sila ke alamat ini: http://www.cabi.org/forestscience atau melalui web

perpustakaan. Untuk login sila dapatkan username dan password dari Perpustakaan.

ScienceDirect merupakan salah sebuah pangkalan data terbesar di dunia terbitan Elsevier yang menyediakan akses

kepada beribu-ribu jurnal saintifik berteks penuh secara dalam talian. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini

pada tahun 2008 dan kini menyediakan akses elektronik kepada lebih 1200 judul jurnal terbitan Elsevier dan 67 tajuk e-

buku. Langganan merangkumi bidang: Agricultural and Biological Sciences, Biochemistry, Genetics, Molecular Biology

and Environmental Science. Untuk capaian sila ke alamat ini: http://www.sciencedirect.com/science atau melalui web

Perpustakaan.

Bagi memenuhi keperluan mengakses koleksi perpustakaan FRIM sendiri pula, Online public Access Catalogue (OPAC)

disediakan. Ia merupakan capaian utama kepada bahan-bahan bacaan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan:

buku, tesis, penerbitan FRIM, artikel, akta, standard, keratan akhbar, kertas persidangan, prosiding, cetakan semula, koleksi

BKI, peta, buku nadir serta koleksi keluaran hutan bukan kayu seperti rotan, buluh dan tumbuhan ubatan. Mengandungi

lebih daripada 77900 rekod, sebahagian besar dengan abstrak. Bagi mengakses pangkalan data ini sila masuk ke laman

web FRIM dan perpustakaan terletak di bawah ”perkhidmatan”.

Page 3: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

3

BERITA PERKHIDMATAN

1.0 Senarai Buku Baharu

Perpustakaan menerima sebanyak 9 buah buku dan sebuah tesis sepanjang bulan Mac dan April 2014

seperti disenaraikan dimukasurat 6. Buku-buku yang telah ada nombor kelas (no panggilan) samada telah

disusun di rak koleksi buku atau masih berada di ruang pameran buku baharu, boleh dibuat pinjaman.

2.0 Senarai Terbitan Bersiri Baharu

Sebanyak 40 buah jurnal/majalah dan 4 buah laporan tahunan telah diterima pada bulan Mac dan April 2014

seperti yang disenaraikan dimukasurat 7 . Bahan-bahan tersebut telah disusun di rak dan boleh dirujuk.

3.0 Statistik Perpustakaan

Bilangan Pengguna FRIM & Luar

Sepanjang bulan Mac hingga April 2014, Perpustakaan FRIM telah menerima seramai 204 orang

pengguna daripada dalam dan luar FRIM. Jumlah ini meningkat sebanyak 44% berbanding bilangan

pengguna bulan Januari hingga Februari 2014. 158 (77%) orang merupakan Penjawat awam FRIM dan

46 (23%) orang merupakan pengguna luar.

Keahlian Perpustakaan FRIM

Antara bulan Mac dan April Perpustakaan hanya menerima seorang ahli menjadikan jumlah

keseluruhannya 907 ahli sehingga April 2014.

Bracken atau pokok resam dianggap

sebagai gangguan di padang rumput

kerana ianya beracun kepada ternakan.

Adalah sukar untuk membuangnya

kerana rizomnya mencecah hingga ke

bawah tanah.

sumber: Tell Me About? Chancellor Press

Page 4: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

4

BERITA AKTIVITI

Audit Dalam

Perpustakaan telah diaudit pada 13 dan14 Mac 2014. Seramai 3 orang juruaudit telah ditugaskan untuk mengaudit SPK

Perpustakaan iaitu Pn Nada Baharudin (ketua), Cik Roshamidah Ruslan dan Pn Saiful Hazlin Abd. Rahim. Sebanyak 6

teguran telah diberikan dan keseluruhan Perpustakaan menerima 2 bintang.

Lawatan Kursus Projek Pengetahuan Tradisi Melayu

Pada 22 April 2014 seramai 35 orang peserta kursus projek Pengetahuan Tradisi Melayu yang terdiri daripada pengumpul

data dan ahli projek telah dibawa melawat Perpustakaan FRIM. Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan

kepada mereka dengan buku-buku dan terbitan-terbitan lain yang berkaitan dengan tumbuhan ubatan. Pn Nurhajarul

Hasni mewakili ketua cawangan telah menyambut kedatangan mereka dan memberi penerangan mengenai koleksi

Tumbuhan Ubatan dan membawa peserta-peserta melihat koleksi buku-buku lama di dalam bilik buku nadir.

Latihan Dalaman (Untuk Kaunter Petugas)

Latihan Untuk Petugas Kaunter

Satu latihan dalaman telah diadakan bagi petugas kaunter pada 30 April 2014 bagi mempraktikkan satu arahan kerja

pemantauan pinjaman bahan rujukan (buku) yang lewat/tidak dipulangkan oleh peminjam walaupun telah diberi surat

peringatan. Latihan disampaikan oleh pembantu perpustakaan kanan, YM Raja Aminah Raja Aman Shah.

Foto: Hasni Ismail

Page 5: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

5

BERITA AKTIVITI

Program CSR Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2014

Pada 7 Mac 2014 (Isnin), Tiga wakil Perpustakaan telah terlibat dengan program CSR sempena Hari Hutan Antarabangsa

2014 iaitu YM Raja Aminah, Nurhajarul Hasni dan Najwa Aziz (Pelajar Latihan Industri) untuk bersama-sama memberi

sokongan dalam pemuliharaan hutan. Aktiviti ini telah dijalankan di Field 11, Bukit Bujang. Sebanyak 100 pokok telah

berjaya ditanam di kawasan tersebut.

Tamat Latihan Industri

Pada 4 Apr 2014 (Jumaat), telah diadakan jamuan bagi meraikan Cik Najwa Aziz yang telah menamatkan latihan industri

selama dua bulan setengah di Perpustakaan FRIM. Sebagai tanda penghargaan cenderahati dan sijil telah disampaikan

oleh Ketua Cawangan Perpustakaan, Pn. Mastura Buang.

Foto: Hasni Ismail

Foto: Hasni Ismail

Page 6: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

6

SENARAI BUKU BAHARU BAGI BULAN MAC-APRIL 2014

- Forest products annual market review 2011-2012

(Geneva Timber and Forest Study Paper ECE/TIM/SP/30)

- Manual peraturan keselamatan makmal, bengkel, lapangan dan pejabat. Edisi Ketiga.

- International Symposium Transition to Sustainable Forest Management and Rehabilitation: the Enabling Environment

and Roadmap, 21-23 October, 2013, Beijing, China: Extended abstracts.

- Malaysian National Medicines Policy (MNMP): First term performance report (2007-2011) = Dasar Ubat Nasional

(DUNas).

- Flora of Peninsular Malaysia : Series II – Seed plants, Volume 4 /edited by R. Kiew, R.C.K. Chung, L.G. Saw, K. Saiful

Iskandar, O. Hamdan, Z. Ahmad Firdaus.

(Malayan Forest Records No. 49) [582.4(595) FLO II/4]

- Pengukuhan tebing Sungai Chini : kajian teknikal usaha sama NRE-JPSM-FRIM /edited by K. Abd. Rahman, H. Mohd

Ghazali, R.S. Raja Barizan, K. Saiful Iskandar, O. Hamdan, Z. Ahmad Firdaus.

- Tropical arts and crafts: the houses of Guz Wilkinson.

- Proceedings of the Soil Science Conference of Malaysia 2014, Soil Management and Environment, Putra Palace,

Kangar, Perlis, 8-10 April, 2014 /edited by Rosazlin Abdullah, Radziah Othman, Mohamadu Bouje Jalloh, Mohamad

Fakhri Ishak, Vijiandran Juva Rajah, Wan Rashidah Kadir.

- My father in his suitcase: in search of E.J.H. Corner the relentless botanist.

THESIS

Pin Kar Yong

Drying and solid-liquid extraction of hydroxychavicol and eugenol from betel leaves (Piper betle L.) = Pengeringan dan

pengekstrakan pepejal-cecair bagi hydroxychavicol dan eugenol daripada daun sireh (Piper betle L.).

(Thesis (Ph. D) - Universiti Putra Malaysia, 2009)

Page 7: akaan data ini mengandungi lebih 1 juta abstrak daripada ribuan dokumen sumber yang dipantau secara mingguan oleh CABI. FRIM mula melanggan kepada pangkalan data ini yang pada asalnya

7

SENARAI TERBITAN BERSIRI BAHARU (MAC – APRIL)

Jurnal & Majalah

1. Apafri Brief 32, 2013

2. Biblioasia 9(4), 2014

3. Buletin Gis 2, 2013

4. Bulletin of the Forestry and Forest Products Research Institute 12(4), 2013

5. Bulletin of the Osaka Museum of Natural History 67, 2013

6. Collection and Research 26, 2013

7. Development & Cooperation 41(1-3), 2013

8. Edinburgh Journal of Botany 71(1), 2014

9. Environment and Development Economics 19(1), 2014

10. Environment and Development Economics 19(2), 2014

11. Far Eastern Agriculture 31(1), 2014

12. Far Eastern Agriculture 31(2), 2014

13. Forest Sector Review 29(1), 2013

14. FRIM in Focus, March 2014

15. FRIM Technical Information 72, 2014

16. Gardenwise 42, 2014

17. Journal of Rubber Review 17(1), 2014

18. Journal of the Experimental Forest of National Taiwan University 26(1), 2014

19. Journal of Tropical Forest Science 26(2), 2014

20. Kasetsart Journal 47(6), 2013

21. Malayan Forest Records 4(49), 2013

22. Malaysian Fisheries 12, 2013

23. Malaysian Rubber Review 16(3), 2013

24. MFP News 24(1), 2014

25. Palm Oil Update 33(11), 2013

26. Palm Oil Update 33(10 & 12), 2013

27. Sandakania 18, 2012

28. STA Review 244, 2014

29. STA Review 245, 2013

30. The Planter 90(1055), 2014

31. The Planter 90(1056), 2014

32. Third World Economics 561, 2014

33. Third World Economics 562, 2014

34. Third World Economics 563, 2014

35. Third World Economics 564, 2014

36. Third World Economics 565, 2014

37. Third World Economics 566, 2014

38. Third World Resurgence 281/282, 2014

39. Timber Malaysia 19(5), 2013

40. Timber Technology Bulletin 53, 2014

Laporan Tahunan

1. Jabatan Alam Sekitar Terengganu 2012

2. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah 2012

3. SPRM 2012

4. Tourism Malaysia 2012