ajuk pindah

6
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan. Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut. ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu. Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu. Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut. iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim. Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu. v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu. Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu. vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle. Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi. vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui. Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar. 5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal. contoh: i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi. ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak. iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati. iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan. v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang. vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian. vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya". Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya. 1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

Upload: jesslynn867257

Post on 15-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: ajuk pindah

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.contoh:i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.

2. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,”

kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.

3. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,”

jerit Fatimah.

4. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak

sesuatu,” kata seorang tua di kedai kopi.

Page 2: ajuk pindah

5. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya

akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.

6. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau

berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

7. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan,” kata gadis itu.

8. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur

yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awak di sekolah esok,” kata emak.

9. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada

Tauke Lim

10. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.   Adakah dia ada di rumah?” kata

pemuda itu.

11. Jawapan

12. Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

13. 1. Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa

dan bertanyakan khabar kepadanya

14. 2.       Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa

dia tidak pernah  terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang

mencemburuinya.

15. 3.  Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke longkang. Fatimah mengatakan

bahawa adiknya tidak tahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan

adiknya.

16. 4        Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes

ragut berlaku satu demi satu

17. 5       Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan

tidak membuat latihan dan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa

mereka.

18. 6       Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan

alang-alang dan Hang Tuah tidak patut  menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang

Jebat juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki

dengan lelaki.

19. 7        Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar  mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk

menghadapi segala kesusahan.

20. 8.       Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah

Abu. Emak memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu

sebagai lauk malam itu dan bekalan Abu di sekolah keesokan hari.

21. 9.      Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim  lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang

masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya dengan telefon.

22. 10.   Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan

menyatakan bahawa dia hendak mencari Kassim  sama ada Kassim ada di rumah.

Page 3: ajuk pindah

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh. 

2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan mendapat sakit.” 

3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, “kata Erra. 

4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.” 

5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi. 

6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,”katanya lagi. 

7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.” 

8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yang membuatnya,”sambungnya lagi. 

9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.” 

10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi. 

11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.” 

12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.

 Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....

Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan. 

Page 4: ajuk pindah

2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit. 

3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya ditengelami air. 

4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa rumahnya. 

5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat  dan akan mematuhi peraturan projek tersebut. 

6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu. 

7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu. 

8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya. 

9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang. 

10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap. 

11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas. 

12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.

Panduan menukar ayat penyata...

Frasa yang boleh digunakan..... menyatakan bahawa..... menjelaskan bahawa..... memberitahu bahawa..... menghuraikan bahawa

Panduan menukar ayat tanya

mengapa - alasan , sebab, puncabila        - masa, tarikh, tempoh, waktubagaimana - cara, langkah, kaedah, apa/siapa - nama, benda, perkaradi mana - tempat, lokasi, rumah, kedudukan

frasa yang boleh digunalan;

Page 5: ajuk pindah

-  bertanyakan..-  bertanya tentang..-  ingin tahu tentang..-  menyoal tentang..

Panduan menunjukkan emosi dalam cakap pindah

frasa yang boleh digunakan;

-  dengan perasaan sedih/gembira/bangga/marah/terharu/dll

Bil AYAT CAKAP AJUK Bil

AYAT CAKAP PINDAH

1 “Saya tinggal di PCB,” kata Ali kepada Abu.

1 Ali memberitahu Abu bahawa dia tinggal di PCB

2 “Bilakah pertandingan ini akan tamat? Ani bertanya kepada Ayu.

2 Ani bertanya kepada Ayu bila pertandinganitu akan tamat.

3 Kata Aji kepada Lee, “saya belum makan.”

3 Aji memberitahu Lee bahawa dia belum makan.

4 “Mari kita ke taman.” Kata Mat kepada Bo.

4 Mat mengajak Bo pergi ke taman.

5 “Berikan buku ini kepada Cikgu Mat,” kata Siti kepada Nur.

5 Siti berpesan kepada Nur agar memberikan buku itu kepada Cikgu Mat.

6 Ali: “Bolehkan saya duduk di sini Abu?”

6 Ali bertanyakan Abu sama ada dia boleh duduk di situ.

7 “Mop lantai dapur,” kata Abu kepada isterinya.

7 Abu menyuruh isterinya mengemop lantai dapur.