aipa inoasi

13
Lampiran 1 GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (AIPA) MAMPU JABATAN PERDANA MENTERI

Upload: rohayu-ismail

Post on 08-Apr-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Lampiran 1

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM

(AIPA)

MAMPU JABATAN PERDANA MENTERI

2

KANDUNGAN Perkara Muka Surat I. TUJUAN 3 II. ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 3 a. Definisi Inovasi 3 b. Objektif Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 3 c. Hadiah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 4

d. Syarat-syarat Penyertaan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 4

e. Tumpuan dan Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 4

f. Pembahagian Markah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 7

g. Proses Penilaian Dan Pemilihan Penerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam 7 III. TATACARA PERMOHONAN 7

3

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (AIPA)

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu agensi Kerajaan membuat

permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA)

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM

Definisi Inovasi

2. Inovasi dalam Perkhidmatan Awam adalah hasil cetusan idea-idea yang

kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan

produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan

kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.

3. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah

kepada pelanggan.

Objektif Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

4. Objektif AIPA adalah untuk:

(a) Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan

oleh agensi Kerajaan;

(b) Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam

cara bekerja yang diamalkan;

(c) Memperkenalkan dan menyebarkan hasil-hasil inovasi yang

boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan

(d) Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian

perkhidmatan kepada pelanggan.

4

Hadiah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

5. Pemenang-pemenang AIPA akan menerima pengiktirafan seperti

berikut:

(a) Hadiah wang tunai sebanyak RM10,000; dan

(b) Sijil penghargaan dalam bentuk plak.

Syarat-syarat Penyertaan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

6. Syarat-syarat penyertaan AIPA adalah seperti berikut:

(a) Inovasi hendaklah dihasilkan oleh agensi Kerajaan;

(b) Penyertaan dalam AIPA hendaklah melalui ketua agensi;

(c) Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas

dari segi meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi;

(d) Hasil inovasi yang diketengahkan adalah yang pertama kali

diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam; dan

(e) Inovasi-inovasi berikut tidak layak untuk menyertai AIPA

(i) Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan

atau R & D yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti

dan produktiviti organisasi;

(ii) Inovasi untuk tujuan komersial; dan

(iii) Inovasi yang berusia melebihi tiga tahun dari tarikh ianya

diperkenalkan.

Tumpuan dan Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

7. Tumpuan penilaian dan kriteria yang digunakan dalam proses penilaian

dan pemilihan AIPA adalah seperti berikut:

Tumpuan Penilaian Pertama : Idea

Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi

kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.

5

Kriteria Penilaian 1 : Kreativiti

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang

dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan

mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

(i) Keaslian

Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.

(ii) Adaptasi

Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau

pengubahsuaian idea sedia ada.

Tumpuan Penilaian Kedua : Hasil inovasi (Output)

Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan

replicability sesuatu inovasi itu.

Kriteria Penilaian 2 : Tahap Pelaksanaan

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan

inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan

sehingga ke peringkat seperti berikut :

(i) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau

(ii) Secara percubaan (di peringkat prototaip).

Kriteria Penilaian 3 : Replicability

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan

memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh diguna

pakai oleh agensi-agensi lain seperti berikut :

(i) Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan

(ii) Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut

keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

6

Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)

Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan)

dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

Kriteria Penilaian 4 : Efisien

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan

memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada :

(i) Penjimatan masa

(ii) Penjimatan kos

(iii) Peningkatan Produktiviti

(iv) Mudah digunakan (user-friendly).

Kriteria Penilaian 5 : Signifikan

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan

memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat

memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem

penyampaian perkhidmatan dalam :

(i) Perkhidmatan Awam

(ii) organisasi

(iii) bahagian/seksyen/unit.

Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan

Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen

pihak pengurusan atasan.

Kriteria Penilaian 6 : Komitmen

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan

atasan dalam memberi sokongan dari segi :

(i) Kewangan

(ii) Pengurusan Sumber Manusia

(iii) Insentif

(iv) Penghargaan

(v) Peralatan.

7

Pembahagian Markah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

9. Pembahagian markah diberikan mengikut kriteria-kriteria yang

ditetapkan seperti di Lampiran A.

Proses Penilaian Dan Pemilihan Penerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

10. Penilaian dan pemilihan penerima AIPA dibuat melalui beberapa

peringkat seperti dijelaskan di Lampiran B.

TATACARA PERMOHONAN

11. Agensi yang hendak menyertai AIPA hendaklah menyempurnakan

tindakan-tindakan berikut:

(a) Melengkapkan borang permohonan dengan ditandatangani oleh

ketua agensi seperti dijelaskan di Lampiran C.

(b) Menyediakan laporan inovasi dalam Bahasa Melayu yang

mengandungi perkara-perkara berikut:

(i) maklumat ringkas mengenai agensi, bahagian, seksyen

atau unit yang memperkenalkan inovasi;

(ii) penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan,

objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh

atau percubaan dan lokasinya;

(iii) penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi

dilaksanakan;

(iv) masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi

dilaksanakan; dan

(v) faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan

kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan

mengikut kriteria yang ditetapkan di para 7.

8

(c) Mengemukakan borang permohonan bersama-sama laporan

inovasi kepada urus setia AIPA seperti di bawah sebelum tarikh

tutup yang ditetapkan.

Urus Setia Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri

Aras 4, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA.

9

Lampiran A

Pembahagian Markah Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam

Tumpuan Penilaian

Kriteria Markah Markah Penuh

1. Kreativiti

a. Keaslian; atau 25

Idea

b. Adaptasi 15

25

2. Tahap Pelaksanaan

a. secara penuh (melepasi

peringkat percubaan) ; atau

20

b. percubaan (di peringkat

prototaip)

10

20

3. Replicability

a. Boleh dilaksanakan terus di

pelbagai tempat; atau

10

Hasil Inovasi (Output)

b. Boleh dilaksanakan dengan

pengubahsuaian mengikut

keperluan tanpa melibatkan

kos yang tinggi

6

10

4. Efisien (Kecekapan)

a. Jimat masa 5

b. Jimat kos 5

c. Tingkatkan produktiviti 5

d. Mudah digunakan (user-

friendly)

5

20

5. Signifikan

a. Tinggi (Impak kepada

Perkhidmatan Awam) ; atau

20

Impak (Outcome)

b. Sederhana (Impak kepada

organisasi) ; atau

15

20

10

Tumpuan Penilaian

Kriteria Markah Markah Penuh

c. Rendah (Impak kepada

bahagian / seksyen / unit)

10

6. Komitmen

Pengurusan Atasan telah

memberi sokongan dari segi

• sumber kewangan 1

• sumber manusia 1

• insentif 1

• penghargaan 1

Pengurusan

• peralatan 1

5

Jumlah keseluruhan 100

11

Lampiran B

Proses Penilaian dan Pemilihan Penerima AIPA

i. Peringkat Pertama : Tapisan oleh Pihak Urus Setia

Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat urus

setia untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat

penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan.

ii. Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan

Semua laporan inovasi yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai

yang dipilih dan dilantik khas. Penilaian akan dilaksanakan berdasarkan

kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

iii. Peringkat ketiga: Penilaian Inovasi yang Disenarai Pendek Berasaskan Taklimat dan Demonstrasi

Pada peringkat ini, inovasi yang di senarai pendek oleh Panel Penilai di

peringkat kedua akan dijemput untuk memberi taklimat serta

demonstrasi mengenai projek inovasi masing-masing. Taklimat ini

bertujuan untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat

terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan ke atas

pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan.

Pada peringkat ini juga, sekiranya perlu, projek-projek inovasi

berkenaan akan dirujuk kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan

untuk mendapat ulasan dan pengesahan berhubung dengan inovasi-

inovasi yang dihasilkan.

12

Berasaskan taklimat dan demonstrasi tersebut serta ulasan teknikal

(sekiranya ada), Panel Penilai akan menyediakan senarai projek-projek

inovasi yang diperakukan sebagai penerima AIPA.

iv. Peringkat keempat : Keputusan Muktamad Penerima Anugerah Inovasi Oleh Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL)

Senarai projek inovasi yang diperakukan sebagai penerima AIPA akan

dikemukakan kepada Panel Memajukan Pentadbiran Awam (PANEL)

untuk pertimbangan dan keputusan muktamad.

13

Lampiran C

1. Maklumat Agensi:

Nama Agensi: ____________________________________________

____________________________________________

Alamat: ____________________________________________

____________________________________________

No. Telefon: ________________ No. Faks : ____________________

2. Tajuk Projek Inovasi: __________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

3. Nama Pegawai Bertanggungjawab Untuk Dihubungi: Nama : ___________________________________________ Jawatan : ___________________________________________ Telefon: ___________________ No. Faks : ________________ Emel: _________________________________________________

4. Pengesahan Ketua Agensi:

Saya mengesahkan bahawa hasil inovasi ini adalah yang pertama kali diperkenalkan di dalam Perkhidmatan Awam.

_________________________ _________________________ Tandatangan Ketua Agensi Cop Agensi Nama : Jawatan : Tarikh :

BORANG PERMOHONAN

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (AIPA)