ahlak terpuji hiasan diri

2
Tajuk: Ahklak Terpuji Hiasan Diri Adakah cantik itu melambangkan hiasan diri? Kulit yang hitam boleh diputihkan, yang berkedut boleh ditegangkan, yang gemuk boleh dikuruskan. Pendek kata apa sahaja masalah yang dihadapi, akan ada jalan penyelesaiannya. Hadiri sekalian, Dalam masyarakat yang mementingkan kecantikan, samada dari segi wajah, badan atau penampilan, masih juga terdapat masalah social. Yang menjadi doctor segera, mat rempit dan minah rempit semuanya cantik dan manis-manis belaka. Itukah cantik yang menjadi hiasan diri? Malah mencari calon isteri, semuapun mahukan yang cantik dan bergaya. Apalah ertinya susuk badan menarik, baik lelaki mahupun perempuan, jika perangai yang ditampilkan adalh sebaliknya. Sudah tentu ia dicemuh, malah ketampanan atau keagungan semula jadi itu terhijab kerana perangai buruknya. Kalau kita mengukur kecantikan mengunakan parameter barat, kecantikan luaran itulah kecantikan yang diagung-agungkan. Namun, hakikatnya kecantikan yang terbaik adalah akhlak yang terpuji. Iaitu, sifat yang lahir daripada hati dan dizahirkan dengan perbuatan, tutur kata dan cara hidup. Budi pekerti dan akhlak (moral) mulia satu-satunya asas kuat untuk melahirkan masyarakat ikhlas dan amanah. Pemimpin yang mantap perlu menggarap diri mereka kepada piawaian akhlak supaya dapat diterima masyarakat serta menjadi teladan. Orang yang tidak berakhlak mudah terjerumus dalam aktiviti jenayah. Sebenarnya tiada agama yang berkompromi mengenai isu akhlak. Contoh, sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa hingga menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda. Hadirin yang saya hormati, Undang-undang sebenarnya bersandarkan akhlak dan akhlak bersandarkan agama. Walaupun antara teras Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, namun permasalahan akhlak sering diketepikan. Pendidikan

Upload: boonyi-unai

Post on 22-Dec-2015

398 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

pidato spontan

TRANSCRIPT

Page 1: Ahlak Terpuji Hiasan Diri

Tajuk: Ahklak Terpuji Hiasan Diri

Adakah cantik itu melambangkan hiasan diri? Kulit yang hitam boleh diputihkan, yang berkedut boleh ditegangkan, yang gemuk boleh dikuruskan. Pendek kata apa sahaja masalah yang dihadapi, akan ada jalan penyelesaiannya.

Hadiri sekalian,

Dalam masyarakat yang mementingkan kecantikan, samada dari segi wajah, badan atau penampilan, masih juga terdapat masalah social. Yang menjadi doctor segera, mat rempit dan minah rempit semuanya cantik dan manis-manis belaka. Itukah cantik yang menjadi hiasan diri? Malah mencari calon isteri, semuapun mahukan yang cantik dan bergaya. Apalah ertinya susuk badan menarik, baik lelaki mahupun perempuan, jika perangai yang ditampilkan adalh sebaliknya. Sudah tentu ia dicemuh, malah ketampanan atau keagungan semula jadi itu terhijab kerana perangai buruknya. Kalau kita mengukur kecantikan mengunakan parameter barat, kecantikan luaran itulah kecantikan yang diagung-agungkan. Namun, hakikatnya kecantikan yang terbaik adalah akhlak yang terpuji. Iaitu, sifat yang lahir daripada hati dan dizahirkan dengan perbuatan, tutur kata dan cara hidup.

Budi pekerti dan akhlak (moral) mulia satu-satunya asas kuat untuk melahirkan masyarakat ikhlas dan amanah. Pemimpin yang mantap perlu menggarap diri mereka kepada piawaian akhlak supaya dapat diterima masyarakat serta menjadi teladan. Orang yang tidak berakhlak mudah terjerumus dalam aktiviti jenayah. Sebenarnya tiada agama yang berkompromi mengenai isu akhlak. Contoh, sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa hingga menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Hadirin yang saya hormati,

Undang-undang sebenarnya bersandarkan akhlak dan akhlak bersandarkan agama. Walaupun antara teras Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, namun permasalahan akhlak sering diketepikan. Pendidikan adalah elemen penting untuk mengawal akhlak seseorang tetapi pendidikan saja tidak mencukupi kerana pendidikan bertindak sebagai ‘amar makruf’, manakala hukuman adalah ‘nahi mungkar’. Kedua-dua kaedah ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Bagi negara yang rakyatnya berbilang bangsa, perasaan saling hormat menghormati penting untuk mengekalkan perpaduan. 

Akhlak bagi manusia bagaikan hiasan. Siapapun yang ‘mengenakan’nya pasti akan disenangi dan disegani oleh orang lain. Untuk menjadi pribadi yang terhormat dan bermartabat, sejatinya tidak membutuhkan modal besar. Dengan berperilaku luhur, berbuat baik pada orang lain, maka orang lain pun akan berbuat demikian. Sekian dan terima kasih.

Page 2: Ahlak Terpuji Hiasan Diri