ahbash

Upload: wangkelian2582

Post on 08-Apr-2018

374 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Ahbash

    1/66

    Ahbash

    Promosi Perdana Ahbash Di Malaysia

    !

    Syeikh Hussam al-QaraqirahDan

    Seminar Ulama Pewaris Anbia

    Pada

    17 hingga 19 Mac 2003

    Bertempat

    Di Kompleks Dewan Warisan

    Kangar, Perlis

    1

  • 8/7/2019 Ahbash

    2/66

    Ahbash

    Syeikh Hussam Qaraqirah & Seminar Ulama' Pewaris

    Anbia': Promosi Perdana Bagi 'Ahbash' di Malaysia

    1.0 Pendahuluan

    Seminar Antarabangsa "Ulama' Pewaris Anbia" telah pun selamat

    dilangsungkan dengan jayanya pada 17 hingga 19 Mac 2003 yang lalu di

    Kompleks Dewan Warisan, Kangar. Program yang 1dianjurkan dengan

    kerajaan Negeri Perlis memegang teraju utamanya, berserta kerjasama pihak

    IKIM dan JAKIM telah mengundang penyertaan ramai ulama' dari dalam

    mahupun luar negara baik sebagai pembentang kertas kerja, peserta

    mahupun pemerhati. Penulis tidak berkesempatan untuk hadir ke seminar ini.

    Walau bagaimanapun, beberapa rakan penulis sempat hadir dan telah

    berkongsi beberapa maklumat yang telah dibaca, dilihat dan didengar

    daripada sessi-sessi pembentangan kertas-kertas kerja yang telah

    dilangsungkan. Bagi penulis yang serba kekurangan ilmu ini, kertas kerja

    yang ditulis oleh Syeikh Dr. Hishamuddin al-Qaraqira dari Lubnan amat

    'menarik' perhatian.

    Beliau diberikan penghormatan untuk membentang kertas kerja kedua

    yang bertajuk 'Peranan Ulama' Di Dalam Pembangunan Ummah di

    Lebanon' pada hari pertama seminar yakni pada 17 Mac, di dalam sessi

    kedua1 yakni selepas penyampaian ucaptama oleh Syaikh Dr. Zayn al-Abidin

    al-Zuwaydi selaku vvakil Syeikh al-Azhar Mesir.2

    Syeikh Dr. Hishamuddin al-Qaraqira juga diperkenalkan sebagai Rektor kepada Universiti Antarabangsa

    Beirut. 'Berkat' keunikan tulisan beliau di dalam kertas kerja yang

    dibentangkan oleh beliau, serta maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan

    yang thiqah, penulis terpanggil untuk membuat sedikit penyelidikan di

    internet dan menulis tentang apa yang didapati daripada ketiga-tiga kategori

    sumber-sumber di internet: iaitu yang pro, yang kontra dan yang bersifat

    neutral terhadap beliau dan organisasi/institusi yang diwakilinya. Oleh itu,

    esei ini penulis gelarkan 'kertas perbincangan awal' untuk para pembaca

    yang dimuliakan Allah lagi budiman sekalian meneliti, menilai, menapis

    segala yang batil dan memperteguhkan yang haq di dalamnya. Selain

    daripada itu, memandangkan Universiti Antarabangsa Beirut bernaung di

    bawah 'Jam'iyyah al-Masyari' al-Khayriyyah al-lslamiyyah' atau The

    Association of Islamic Charitable Projects (A.I.C.P) yang lebih popular dikenali

    sebagai Ahbash sahaja, penulis akan merujuk organisasi tersebut sebagai

    Ahbash atau A.I.C.P sahaja. Kemudian, Syeikh Dr. Hishamuddin al-Qaraqira

    1 Sessi ini dipengerusikan oleh Ustaz Ismail Batubara dari Ma'ahad Tahfiz NegeriPerlis.

    2 Ini secara tidak langsung mengisyaratkan besarnya signifikan mesej kertas kerjabeliau, sebesar rasional penilaian oleh tokoh pengelola atau mana-mana jawatankuasa

    kecil yang berkenaan. Isyarat ini diserlahkan lagi memandangkan beliau hanyadigandingkan dengan Y.Bhg Datuk Hj. Monamad Shahir Bin Haji Abdullah, KetuaPengarah JAKIM sendiri.

    2

  • 8/7/2019 Ahbash

    3/66

    Ahbash

    pula akan dirujuk sebagai Syeikh Hussam Qaraqirah ( 4j^j*) sahaja, seperti

    mana yang dirujuk oleh laman web rasmi A.I.C.P.3

    3 Laman web ini boleh dilihat di alamat url: http://www.aicp.org

    3

  • 8/7/2019 Ahbash

    4/66

    Ahbash

    Suka juga penulis tegaskan di sini bahwa penulis tidak pernah berniat

    untuk mengkritik Syeikh Dr. Hishamuddin al-Qaraqira ataupun para pengelola

    seminar antarabangsa, apatah lagi mencabar keilmuan dan kewibawaan

    mereka. Apa yang penulis harapkan daripada kewujudan Kertas

    Perbincangan Awal ini ialah untuk memberikan suatu pandangan alternatif

    hasil daripada analisis maklumat yang didapati daripada kertas kerja beliau

    serta maklumat yang diperolehi di internet, berbekal sedikit kemampuan

    penulis yang serba dhaif ini,4 bagi kegunaan awal dan penilaian para pencinta

    kebenaran di mana sahaja mereka berada umumnya, dan bagi pihak-pihak

    yang dianugerahkan Allah dengan amanah kekuasaan dan pentadbiran di

    Negeri Perlis khususnya. Sekiranya ada sebarang butiran yang penulis

    kemukakan ini terbukti salah atau keliru, penulis bersedia untuk menariknya

    semula dan merujuk kepada kebenaran itu semasa penulis hidup mahupun

    sesudah meninggal dunia kelak Insya-Allah. Semoga kertas perbincanganawal "Syeikh Hussam Qaraqirah & Seminar Ulama' Pewaris Anbia' :

    Promosi Perdana Bagi Ahbash di Malaysia" akan mendatangkan

    kebaikan yang optimum kepada semua, Amin.

    Wallahu A'lam

    al-Faqir ila Allah;

    Ibnu Ahmadayin Barlisi

    * * *

    2.0 Latarbelakang Syeikh Hussam Qaraqirah

    Laman web AICP mencatatkan bahawa "His Eminence Shaykh Husam

    Qaraqirah is well known for his scholastic abilities and for his major

    contribution in structuring the A.I.C.P. organizationally and educationally. He

    was authorized by great scholars such as Shaykhs ^Abdullah al-Harariyy, al-

    Fadaniyy, and al-Ghumariyy, among many others, to narrate and give

    instruction in the Religious Knowledge'5 (al-Fadhil Syeikh Husam Qaraqirah

    amat termahsyur dengan keupayaan-keupayaan kesarjanaannya dan dengan

    sumbangan utamanya dengan menstrukturkan A.I.C.P baik di peringkat

    organisasi mahupun (aktiviti) pendidikannya. Beliau dianugerahkan ijazah

    oleh ulama-ulama agung seperti Syeikh Abdullah al-Harari6, al-Fadani, al-

    Ghumari dan ramai lagi, untuk meriwayat dan mengajarkan pelbagai ilmu-

    4 Penulis cuba sedaya-upaya untuk mengekalkan ketulenan teks yang penulis ambildari kertas kerja al-Syeikh baik daripada aspek ejaan, transliterasi, gaya bahasa dansebagainya. Untuk lebih jelas dan selamat, para pembaca dianjurkan merujuk kepadasalinan kertas kerja beliau yang asli dan lengkap semasa menatap 'KertasPerbincangan Awal' ini.

    5 Lembaran Shaykh Hussam Qaraqirah bagi laman web rasmi AICP di url :http://www.aicp.org/ About/shaykh_husam_qaraqirah.htm

    6 Yakni mursyid atau pemimpin kerohanian kepada A.I.C.P

    4

  • 8/7/2019 Ahbash

    5/66

    Ahbash

    ilmu agama (dengan sanad mereka)).

    Daniel Nassif pula menyatakan Syeikh Hussam Qaraqirah berkelulusan

    daripada pusat pengajian Islam di Syria7. Berhubung dengan gelaran Dr. di

    hadapan namanya, seperti yang dicetak bersama kertas kerja seminar,

    penulis belumlah terjumpa mana-mana rujukan di laman web rasmi yang

    menunjukkan institusi di mana beliau menyelesaikan ijazah kedoktorannya

    ataupun mana-mana institusi yang menganugerahkan gelaran doktor

    kehormat kepadanya. Wallahu A'lam.

    Pada 31 Ogos 1995, Presiden A.I.C.P ketika itu yakni Syeikh Nizar al-Halabi

    telah ditembak mati oleh penyerang-penyerang yang tidak dikenali ketika dia

    sedang beredar dari rumahnya menuju ke pejabat A.I.C.P di Beirut.8 Dengan

    itu, sidang tergempar jawatankuasa eksekutif A.I.C.P sebulat suara bersetuju

    melantik Naib Presiden ketika itu, Syeikh Hussam Qaraqirah sebagai presidenyang baru. Dalam pidato penerimaan jawatan presiden, Syeikh Hussam

    Qaraqirah berjanji untuk meneruskan perjalanan yang telah dimulakan oleh

    Syeikh Nizar al-Halabi sambil berpegang kepada prinsip kesederhanaan

    A.I.C.P dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam yang sahih.9

    3.0 Kandungan Kertas Kerja Sy'eikh Hussam Qaraqirah dan Ulasannya

    Kertas kerja Syeikh Hussam Qaraqirah didatangkan dalam dua versi yakni

    dalam bahasa Arab10 dan juga versi terjemahan bahasa Melayu.11 Walaupun

    demikian, jika dibandingkan antara versi terjemahan dengan versi asal,ternyata agak banyak mesej yang agak signifikan di dalam versi berbahasa

    Arab yang tidak diterjemahkan. Kertas kerja beliau juga nampaknya tidak

    disertakan dengan notakaki atau takhrij kepada sumber nukilan beliau

    kepada nas mahupun pendapat ulama' yang dibawakannya.12

    Berikutnya akan dipaparkan beberapa perkara yang ditekankan oleh

    Syeikh Hussam Qaraqirah di dalam kertas kerjanya, baik secara tersurat

    mahupun secara tersirat, yang dirasakan perlu mendapat pandangan kedua,

    yakni selaku alternatif kepada pandangan beliau yang tersebut. Ini

    disebabkan pernyataan tersebut boleh membawa kekeliruan dan

    7 Nassif, Daniel. (April 2001). Al-Ahbash. Dimuatkan di dalamMiddle EastIntelligence Bulletin. Vol. 3 Bil. 4. United States Committee For Free Lebanon danMiddle East Forum.Versi web boleh didapati di url : www. meib. org/articles/0104 Id1. htm

    8 Lembaran Shaykh Nizar al-Halabi bagi laman web rasmi A.I.C.P di url :http://www.aicp.org/ About/ shaykh nizar_al-halabi.htm

    9 Ibid10 Bermula dari halaman 9 hingga 15. Sila rujuk kertas kerja oleh Syeikh Hussam

    Qaraqirah.11 Dimulakan dari mukasurat 1 hingga ke mukasurat 8.

    12 Satu pengecualian ialah terhadap rujukan kepada pendapat Ibn Abbas dan al-Bara' Ibn Azib tentang tafsiran ayat 44, surah al-Ma'idah di dalam Jami' Ahkam al-Qur'an oleh al-Qurtubi pada halaman 4 dan 12.

    5

  • 8/7/2019 Ahbash

    6/66

    Ahbash

    kesalahfahaman kepada orang ramai para peserta seminar, dalam berbagai-

    bagai permasalahan aqidah, manhaj dan fiqh yang dibentangkannya; baik

    yang berupa aspek prinsip, konsep, metodologi mahupun furunya. Sebanyak

    16 perkara tersebut adalah berkait tentang:

    5 isu tentang Taqlid, Ijtihad dan Madhab (perkara 1- 5),

    4 isu tentang konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah (perkara 6 - 9),

    5 isu tentang sifat golongan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-

    Jama'ah (perkara 10-14) dan

    2 isu-isu lain (perkara 15-16)

    Selanjutnya, disenaraikan perkara-perkara yang tersebut, dengan

    disertakan ulasan yang amat ringkas penulis:13

    1. Sahabat yang dididik oleh Nabi sendiri tidak ramai yang mampu berijtihad.

    Dan sahabat sendiri masih bertaqlid kepada Mujtahid di kalangan mereka

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : ..kebanyakan para sahabat bukanlah

    mujtahidin, malahan mereka bertaqlid kepada mujtahidin di kalangan para

    sahabat14

    Ulasan:

    Di sini, Syeikh Hussam Qaraqirah bagai melupakan terus bahawa

    wujudnya satu lagi peringkat di antara ijtihad dan taqlid, yakni ittiba. Prof.

    Madya Dr. Mohd. Radzi Hj. Othman15 menakrifkan Ittiba sebagai menerima

    sesuatu hukum hasil ijtihad seseorang mujtahid, dengan mengetahui dalil dan

    alasannya yang sah.

    Sesungguhnya bukan semua sahabat yang mampu berijtihad, akan tetapi

    mereka cuba sedaya-upaya untuk berittiba kepada Sunnah Rasulullah SAW.

    Sahabat yang memberikan fatwa pula sentiasa menyertakan fatwa mereka

    13 Penulis cuba membandingkan buah fikiran Syeikh Hussam Qaraqirah ini,khususnya dengan mengemukakan pendapat-pendapat Imam al-Syafi'iy selaku imammadhab fiqh yang diikuti oleh umat Islam Nusantara, Imam Abu al-Hasan al-Asy'ariselaku imam dalam madhab Usuluddin yang juga banyak diikuti oleh umat IslamNusantara, serta pandangan beberapa tokoh akademik khususnya yang diiktiraf diperingkat persekutuan khususnya oleh JAKIM dan di peringkat Negeri Perliskhususnya oleh MAIPs.

    14 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Kertas Kerja 'Peranan Ulama' Di DalamPembangunan Ummah di Lebanon'sempena Seminar Antarabangsa "Ulama' PewarisAnbia" di Dewan Warisan Kangar, Perlis pada 17-19 Mac 2003, anjuran bersamakerajaan Negeri Perlis, IKIM dan JAKIM. Halaman 2

    15 Beliau menamatkan pengajian peringkat B.A, M.A dan Ph.D di Unvershi IslamAntarabangsa Madinah serta merupakan putera Asia Tenggara terawal berhasilmenyelesaikan pengajian Ph.D di dalam disiplin hadis di Arab Saudi. Kini berkhidmat

    sebagai Pengerusi Bahagian Pengajian Islam di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan(PPIK). Beliau banyak memberikan khidmat rundingcara kepada JAKIMkhususnya berhubung dengan isu golongan Anti-Hadis.

    6

  • 8/7/2019 Ahbash

    7/66

    Ahbash

    dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah dan bukan dengan

    pendapat-pendapat sendiri yang berasaskan kepentingan dunia. Para sahabat

    tidak taasub kepada mana-mana mufti di kalangan mereka, sentiasa

    mementingkan kesahihan dalil, tidak menyalahkan pendapat-pendapat yang

    bertentangan dengan apa yang mereka persetujui kecuali dengan dalil yanglebih sahih, menghormati pandangan yang dalilnya sama-sama kuat, tidak

    mencari-cari kemudahan berdasarkan hawa-nafsu (Tattabu al-Rukhas) serta

    tidak membentuk madhab-madhab yang bersifat sectarian.

    Inilah teladan yang diikuti oleh generasi selepas mereka seperti Tabi'in,

    Tabi' al-Tabi'in dan para ulama rabbani selepasnya. Antaranya ialah Imam al-

    Muzani, murid kepada Imam al-Syafi'iy yang meringkaskan fiqh Imam al-

    Syafi'iy telah menulis di dalam Mukhtasarnya: Kitab ini saya ringkaskan

    daripada ilmunya Muhammad Bin Idris al-Syafi'iy Rahimahullah dan daripada

    makna ucapannya kerana ucapannya itu paling dekat kepada apa yang

    dimaksudkannya, padahal di dalamnya terdapat larangan dari Imam al-

    Syafi'iy untuk bertaqlid kepadanya dan kepada orang lain, agar ia

    menjalankan akalnya untuk agamanya dan berhati-hati untuk dirinya,

    Wabillah al-Tawfiq.16

    Dr. Mohd. Radzi Othman juga mengatakan: Seperkara lagi yang juga

    nyata ialah bahawa kaum Muslimin sebelum kelahiran madhab-madhab ini,

    semuanya tunduk kepada al-Quran dan al-Sunnah semata-mata. Pada masa

    itu tidak ada penggolongan kepada kelompok madhab. Meskipun sejakzaman sahabat juga berlaku perbezaan pendapat tentang beberapa masalah

    hukum namun kecenderungan untuk berdirinya sesuatu madhab yang khas

    belum menunjukkan tanda-tandanya.17

    Akan tetapi, kelapangan ini tidak bertahan lama apabila: 'Dalam

    perkembangan selanjurnya, para pengikut seseorang imam mula

    mengelompok mendirikan madhab masing-masing. Lalu timbullah ta'asub

    dan fanatisme kepada madhab yang diikuti. Pendapat imamnya atau ulama

    yang terlingkung di dalam madhab imamnya tidak lagi dibandingkan dengan

    pendapat imam-imam yang lain.Dan orang awam jarang menanyakan dalil

    sesuatu masalah. Mereka percaya kepada ulama'yang diikutinya. Mereka

    percaya bahawa pendapat itulah yang paling handal. la tidak lagi

    menghormati pendapat imam-imam lain. Dengan yang demikian, taqlid

    tumbuh dengan subur, dan kebebasan berijtihad atau mentarjih dibunub

    mati. Dan itulah yang kemudian menimbulkan kejumudan dan kebekuan di

    16 Mukhtasar al-Muzani: I seperti yang dinukil oleh al-Aqil, Muhammad Ibn Abd al-Wahhab, Dr. (2002).Manhaj al-Imam al-Syafi 'iy fi Ithbat al- 'Aqidah. (edisiterjemahan oleh H.Nabhani Idris dengan judul Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'I).Bogor : Pustaka Imam Asy-Syafi'i. halaman 102

    17 Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan PembaharuanIslam : Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitannya Dengan Malaysia. PulauPinang: Penerbit USM. Halaman 47.

    7

  • 8/7/2019 Ahbash

    8/66

    Ahbash

    dalam tubuh umat Islam18.

    Justeru itu, sekiranya kes-kes taqlid berlaku di kalangan segelintir sahabat,

    maka Insya-Allah ia lebih mendekati ittiba dan sekali-kali tidak sama dengan

    taqlid yang berleluasa di kalangan umat Islam hari ini. Maka, tidaklah tepat

    kalau mahu ditegaskan bahawa amalan taqlid ialah amalan yang mulia

    kerana ia telah pun dilakukan oleh para Sahabat dan taqlid pada hari ini

    serupalah sifatnya dengan taqlid yang dilakukan oleh sesetengah sahabat!

    2. Sahabat Nabi masih bertanya kepada Rasulullah dan tidaklah mereka

    berijtihad.

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis: "...bapa kepada penzina itu walaupun

    dia seorang sahabat, namun dia tidak mampu berijtihad dalam

    menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya sehinggalah dia

    meletakkan kepada Rasulullah SAW sebagai pemutus kepada permasalahan

    tersebut19..."

    Ulasan:

    Seterusnya, Syeikh ini pula bagai mahu melupakan peranan Rasulullah

    SAW ketika baginda masih hidup di kalangan para sahabat. Ketika baginda

    masih ada tentunya baginda dirujuk untuk mendapatkan pedoman daripada

    Sunnah baginda, baik ia berupa perkataan, perbuatan ataupun persetujuan

    baginda. Semua mengetahui bahawa segala pedoman Sunnah baginda telahdirekodkan bermula dari seringkas-ringkas menunaikan hajat di tandas

    sampailah kepada urusan perhubungan antarabangsa.

    Penulis yang kurang ilmu ini, ingin menanyakan tentang apakah kes-kes di

    mana para sahabat telah berijtihad ketika baginda Rasulullah masih hidup di

    kalangan mereka?. Adakah benar sahabat yang berijtihad akan berijtihad

    dahulu sebelum membawakan masalah mereka kepada pertimbangan

    Rasulullah SAW?. Apakah syarah kepada hadis yang dibawakan sebagai 'dalil

    sahabat pun tidak berijtihad'?. Siapakah ulama' hadis yang menghuraikan

    hadis di atas serta mempunyai pandangan yang serupa dengan Syeikh

    Hussam Qaraqirah ini?

    3. Para ulama yang layak berijtihad masih menganut madhab, maka tidaklah

    patut bagi umat hari ini yang serba kekurangan menyatakan diri tidak terikat

    kepada mana-mana madhab'

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Golongan yang bertaqlid kepada

    mujtahidin ini walaupun di kalangan mereka yang bergelar ulama, masih

    tidak mampu untuk berijtihad. Akan tetapi, mereka masih bertaqlid kepada

    18 ibid19 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 2

    8

  • 8/7/2019 Ahbash

    9/66

    Ahbash

    para imam tersebut20 Versi Arab bagi ayat yang serupa mencatatkan:

    ...mereka masih menisbahkan diri kepada imam-imam madhab.21

    Ulasan:

    Adakah Syeikh mahu mengatakan berpegang kepada madhab fiqh sama

    seperti berpegang kepada aqidah?. Adakah tidak mengikut ketetapan

    madhab di dalam mana-mana hukum fiqh sama berat kesalahannya dengan

    tidak berpegang dan beramal dengan dalil al-Qur'an dan al-Sunnah yang

    sahih tentang hukum tersebut?.

    Berikut Dr. Mohd. Radzi Othman menghuraikan kekurangan terikat kepada

    mana-mana madhab fiqh secara bertaqlid tanpa ilmu dan tanpa menanyakan

    dalil yang sahih, khasnya dalam konteks masyarakat Islam Nusantara yang

    mengaku bermadhab Syafi'iy. Beliau mengatakan:

    Di dalam madhab Syafiy kita jumpai lagi beberapa orang ulama yang

    berijtihad mengikuti kaedah ijtihad Imam Syafiiy. Hasil ijtihad ini kadang-

    kadang sealiran dengan pendapat Imam Syafiiy; namun kadang-kadang

    berlainan. Imam bawahan dan pendapatnya disebut sebagai Syafiiyah.

    Bahkan ulama dengan kaliber yang lebih kecil melahirkan hukum-hakam

    yang kadang-kadang berlawanan dengan prinsip ijtihad yang dipegang dan

    diamalkan oleh Imam Syafiiy sendiri. Dengan cara demikian masuklah

    perkara-perkara bidah ke dalam tubuh mereka yang mendakwa dirinya

    penganut madhab Syafiiy, terutama di Nusantara ini. Pada masa dahulu

    perkara seperti itu tidak atau kurang mendapat perhatian. Prinsip taqlid atau

    tertutupnya pintu ijtihad telah ditanamkan dengan kukuhnya ke dalam hati

    umat Islam. Perkara ini dibantu pula oleh dasar kaum penjajah yang

    mengambil keuntungan daripada kejahilan anak jajahannya. Hal ini semua

    meyakinkan para pengikut Syafiiyah tentang kebenaran pegangan mereka.

    Yang lain itu salah belaka. Fanatisme madhab dan fanatisme terhadap

    seseorang tok guru memburukkan lagi keadaan yang sudah buruk.22

    Selama ini kaum Syafiiyah belajar fikah melalui kitab-kitab ulamaSyafiiyah, tidak daripada kitab Imam Syafiiy sendiri. Tidak berapa orang

    yang pernah mempelajari al-Umm atau al-Risalah dan kitab Imam Syafiiy

    yang lain. SEMUA ORANG MENGENALI NAMANYA, TETAPI HANYA SEGELINTIR

    YANG KECIL YANG MENGETAHUI AJARANNYA YANG MURNI.23

    Tanpa sedikit pun mengurangkan hormat kita kepada para imam-imam

    20 Ibid: Halaman 221 Ibid:Halaman 1022 Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan Pembaharuan

    Islam : Satu Kajian di Negeri Perils dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. PulauPinang: Penerbit USM. Halaman 89

    23 Ibid

    9

  • 8/7/2019 Ahbash

    10/66

    Ahbash

    mujtahidin dan ulama-ulama madhab, tidak taqlid kepada madhab juga

    merupakan wasiat warisan para ulama, yang menegah taqlid dan

    menganjurkan ittiba. Antaranya ialah Imam Syafiiy sendiri yang

    mengatakan24:

    Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah

    SAW bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap)

    betul, maka hadith Rasulullah SAW mesti diutamakan, oleh itu janganlah

    kamu bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku).

    Sesiapa yang bertaqlid pada seseorang dalam pengharaman sesuatu

    atau penghalalannya sedangkan telah nyata hadith sahih yang bertentangan

    dengannya dan menegah dari bertaqlid kerana diperintahkan (diwajibkan)

    beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan

    sebagai tuhan selain Allah Taala.

    Setiap masalah yang benar datangnya dari Rasulullah SAW menurut Ahli

    Naql sedangkan ia bertentangan dengan apa yang telah aku katakan, maka

    aku akan kembali merujuk pada hadith itu selama hidupku atau setelah

    kematianku.

    Oleh itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perils (MAIPs)

    khususnya menerusi Jawatankuasa Syariahnya telah awal-awal menegaskan

    bahawa: Mazhab-mazhab fiqh ialah aliran hukum syara yang sah didirikan di

    atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas syara oleh ulama mujtahidin

    mengikut kaedah yang mutakhir. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu

    mazhab tertentu. Di dalam mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat

    mereka itu dari Kitab Allah atau Sunnah Rasul atau jemaah sahabat

    Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam maka Majlis sedia menerima dan

    beramal dengannya. Adapun mazhab-mazhab seperti Hambali, Maliki, Syafie

    dan Hanafi pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam mazhab-

    mazhab yang tergolong di dalam Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Majlis Agama

    Islam Perlis memang berpandu kepada mazhab-mazhab itu dan mengambil

    pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnahdan Jamaah sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam'. 25

    Dr. Mohd. Radzi amat bersetuju dengan pandangan fatwa tersebut. Beliau

    menegaskan:

    24 al-Albani, Muhammad Nasiruddin. (2000).Sifat Solat al-Nabi Sallallahu 'Alaihiwa Sallam' min al-Takbir ila al-Taslim Ka Annaka Taraha. (edisi terjemahan olehMuhammad Thalib dengan judul Sifat Shalat Nabi SAW). Cetakan Ke-15. Yogyakarta:Media Hidayah. Halaman 57-60.

    25 Risalah Fatwa Jawatankuasa Syariah MAIPs tentang Ahl al-Sunnah wa al-

    Jama'ak (1988). Rujuk juga Mohd. Radzif. Othman dan O.K Rahmat. (19%). GerakanPembaharuan Islam : Satu Kqjian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya DenganMalaysia. Putau Pinang: Penerbit USM. Halaman 251

    10

  • 8/7/2019 Ahbash

    11/66

    Ahbash

    Dalam masalah furu, sama ada terikat kepada sesuatu madhab atau

    mengikuti sesuatu madhab tertentu, bukanlah suatu kesalahan dari sudut

    pandangan Islam selama pendapat itu tidak terkeluar daripada sumber asal

    Islam, iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah.26 'Makna asal istilah madhab ialah

    pendapat yang berbeza di dalam memahamkan dalil yang Dhanni oleh paramujtahid. Kemudiannya makna perkataan itu berkembang menjadi kelompok

    para pengikut seseorang imam yang diikat oleh perasaan taasub, dengan

    mempunyai emosi dan sentimen yang tersendiri.27

    Pengertian madhab di dalam lingkungan istilah hukum Islam hendaklah

    dipulihkan menurut maknanya yang mula-mula dahulu... Dengan yang

    demikian, kita boleh menghilangkan perasaan dan sikap taasub daripada

    para pengikut sesuatu madhab.28 Oleh itu, bagi penganut madhab Syafiiy di

    Malaysia khususnya, beliau berpesan:

    Penganut madhab Syafiiy yang merupakan majoriti kaum Muslimin di

    Malaysia semestinya membersihkan keSyafiiyannya dan menyaring semua

    tampalan yang ditampalkan orang padanya dengan menggunakan jenama

    Syafiiy, padahal datangnya bukan daripada sumber yang diakui

    kesahihannya sejajar dengan kehendak imam yang telah menyatakan:

    Apabila sahih sesuatu hadis itulah mazhab aku. Adalah suatu pendustaan

    terhadap imam itu menampalkan nama Syafiiy padahal perkara itu bukan

    datang daripada beliau.29

    Justeru itu, mengapa pula masalah-masalah yang timbul oleh kerana

    taasub madhab dibenamkan oleh Syeikh Qaraqirah ini, sedangkan sesuatu

    yang sudah diputuskan oleh MAIPs serta sedia difahami dan diamalkan

    sedikit-sebanyak oleh umat Islam Perlis di pelbagai peringkat bagaikan cuba

    diruntuhkan sendi-sendinya?

    4. Sedangkan sahabat tidak sendiri tidak mampu berijtihad dalam keadaan

    ilmu mereka yang jauh lebih hebat. Bagaimana pula munculnya pihak yang

    mengaku mampu berijtihad pada hari ini?.

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis di dalam kertas kerja versi Arabnya .

    sekarang muncul orang yang mengaku menjadi mujtahid . sedangkan .

    ilmu kita sedikit berbanding sahabat30 .

    Ulasan:

    26 Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan PembaharuanIslam : Sain Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Detigan Malaysia. PulauPinang: Penerbit USM. Halaman 246

    27 Ibid: 24728

    Ibid: 24829 Ibid: 24630 Ibid: 10

    11

  • 8/7/2019 Ahbash

    12/66

    Ahbash

    Apa yang ditekankan oleh Syeikh Hussam Qaraqirah ini bukanlah perkara

    baru malah ia telah muncul dan mendarah-daging dalam minda umat Islam

    sejak berabad-abad dahulu. Apa yang digembar-gemburkan sebagai pintu

    ijtihad sudah tertutup atau orang yang layak berijtihad dengan memenuhi

    segala syarat-syaratnya sudah tidak wujud lagi ataupun sahabat yangberilmu tinggi juga tidak berijtihad, telah mendapat perhatian para ulama

    yang sudah tidak dapat membiarkan lagi kempen besar-besaran ini terus

    dijayakan. Antaranya, ialah Imam al-Suyuti seorang ulama bermadhab

    Syafiiy yang menulis sebuah kitab khas tentang persoalan ini bertajuk al-

    Raddu ala man Akhlada ila al-Ardhi wa Jahila Anna al-Ijtihada fi Kulli Ashrin

    Fardun. Tajuk yang amat panjang ini sendiri bererti Bantahan Terhadap

    Orang Yang Mengabadikan Taqlid di Muka Bumi, dan Tidak Tahu Bahawa

    Ijtihad Itu Pada Setiap Masa Adalah Wajib.31

    Dr. Mohd. Radzi Othman mengalu-alukan golongan yang berpendapat

    seperti Syeikh Qaraqirah ini dengan katanya: ...kita ketahui bahawa

    Rasulullah SAW telah membuka pintu ijtihad untuk umatnya. Apakah

    kemudiannya ditutup?. Jika benar demikian, ditutup oleh siapa?. Tidak ada

    dalil yang mengatakan pintu ijtihad telah ditutup. Namun demikian sejak

    berkurun-kurun dahulu, umat Islam difahamkan oleh sebahagian ulamanya

    sendiri bahawa tidak mungkin lagi melakukan ijtihad. Hal ini menyebabkan

    perkembangan pemikiran umat Islam, menjadi terhenti. Orang dimestikan

    bertaqlid mengikut pendapat para ulama beberapa abad yang lampau, yang

    difatwakan dalam suasana yang berlainan dan menghadapi kes yang berbezadengan yang dihadapi pada masa kini.32

    Mungkin, mereka yang sependapat dengan Syeikh akan mengatakan lagi

    Takkanlah apa yang dibuat oleh orang-orang dahulu salah atau tidak betul?.

    Reaksi seperti ini kalau dihadapkan kepada Prof. Abdul Fattah Haron

    Ibrahim33, mungkin akan disambut oleh beliau dengan ucapan Kalaulah

    dikatakan semua perkara itu betul dan benar dengan alasan orang-orang

    dahulu telah menerima semuanya, maka ini tidak boleh dibuat hujjah. Hujjah

    ialah al-Qur'an dan al-Sunnah. Tidakkah orang dahulu berpegang dengan al-

    Qur'an dan al-Sunnah?. Kebanyakan orang dahulu bersifat menyalin bukan

    menapis, mereka kutip apa sahaja!34

    31 al-Suyuti, Imam Jalaluddin. (1999). al-Raddu 'ala man Akhlada ila al-Ardhi waJahila Anna al-Ijtihada fl Kulli 'Ashrin Fardun. (edisi terjemahan oleh KH A.AzisMasyhuri dan M.Munawir Az Zahidi). Semarang: PT Karya Toha Putera.

    32 Mohd. Radzi Hj. Othman dan O.K Rahmat. (1996). Gerakan PembaharuanIslam : Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. PulauPinang: Penerbit USM. Halaman 38

    33 Beliau menyelesaikan pengajian B.A, M.A dan PhD. di Universiti aj,-Azhar Mesir.Kini masih bertugas di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKMBangi. Prof. Abdul Fattah juga merupakan salah seorang pakar rujuk JAKIM dalamaqidah dan banyak berjasa dalam menangani permasalahan ajaran sesat, khususnya

    isu Tasawwuf Falsafi.34 Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1999).Ahli Sunnah dan Wvjudiah-Batiniah

    (Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: JAKIM. Halaman viii

    12

  • 8/7/2019 Ahbash

    13/66

    Ahbash

    Pernyataan Syeikh Qaraqirah ini, kalau direnungkan maksud tersiratnya,

    menuntut kita untuk berundur beberapa ratus tahun ke belakang dalam

    pelbagai aspek kehidupan kerana tidak ada siapa yang layak berijtihad

    maka yang paling baik boleh dilakukan ialah dengan merujuk kepada kitab-

    kitab fiqh. Dengan pelbagai persoalan melibatkan umat Islam yang telahdiselesaikan berasaskan ijtihad pada hari ini, seperti sistem perbankan Islam,

    Takaful, bayi tabung uji, pendermaan organ, makanan ubahsuai genetik,

    pengklonan haiwan serta manusia, dan sebagainya sudah tentu akan

    memerlukan ulangkaji semula baik dari aspek teoritikal mahupun praktikal,

    berdasarkan taqlid kepada qaul-qaul sesuatu madhab fiqh yang khusus

    sahaja, bukan kepada nas-nas wahyu.

    5. Pihak yang menolak taqlid dalam urusan ibadah tidak mempunyai bukti

    yang kukuh dan kajian yang lebih mendalam

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Di sini dapat difahami bahawa

    golongan yang menolak taqlid dalam ibadat tidak mempunyai bukti yang

    kukuh dan kajian yang lebih lanjut dengan alasan tiada perbezaan antara

    kita dan para sahabat.35

    Ulasan:

    Akhirnya ditemui juga rumusan Syeikh ini tentang persoalan ijtihad, taqlid

    dan madhab. Adakah benar apa yang dirumuskannya?. Kalaulah ia benar,

    maka sudah tentu kesannya antara lainnya, fatwa yang disiarkan pada 1Ramadan 1408 bersamaan 18 April 1988 perlu disemak semula, atau yang

    jelas daripada pernyataan ini ialah fatwa tersebut perlu dimansuhkan serta

    fatwa baru yang mewajibkan taqlid patut dikeluarkan semula oleh MAIPs.

    Kalau tidak benar, apakah hipotesis syeikh inilah yang tidak mempunyai

    bukti yang kukuh dan kajian yang lebih lanjut?. Tentunya orang awam

    seperti penulis berhajat kepada huraian dan penjelasan lanjut oleh pihak

    yang berwajib.

    6. Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ialah al-Asyairah dan al-Maturidiyyah sahajaSyeikh Hussam Qaraqirah menulis : ...Dalam membincangkan persoalan

    aqidah ini kebenaran yang mesti diikuti dan difahami oleh setiap lapisan

    masyarakat ialah kebenaran aqidah Asyairah atau pegangan Abu Hasan

    Asyaari36

    Golongan yang dimaksudkan dalam hadis tersebut sebagai golongan Ahli

    Sunnah wal Jama'ah ialah mereka yang mengikut mazhab Imam Asyari dan

    Maturidiyyah37...

    35

    al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 236 Ibid: 337 Ibid

    13

  • 8/7/2019 Ahbash

    14/66

    Ahbash

    Ulasan:

    Di sini, Syeikh Qaraqirah bagai menafikan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-

    Jamaah itu seumpama nama khusus kepada Islam. la tidaklah dinasabkan

    kepada mana-mana peribadi tertentu, kecuali kepada wahyu. Dalam aspek

    ini, satu perbezaan jelas terbentang antara Islam dengan agama-agama lain,

    misalnya agama Kristian dinasabkan kepada Jesus Christ, agama Buddha

    dinasabkan kepada Siddharta Gautama Buddha, agama Yahudi dinasabkan

    kepada suku Judah yang merupakan keturunan Yahuda yang merupakan

    salah seorang anak Nabi Yaaqub AS. Dengan itu, umat Islam juga menolak

    percubaan untuk menggelarkan mereka sebagai Mohammedan atau agama

    pengikut Muhammad. Maka, apa yang terjadi apabila Syeikh Qaraqirah ini

    mengaitkan aqidah Islam hanya-sanya dengan peribadi dua orang tokoh iaitu

    Syeikh Abu al-Hasan al-Asy'ari dan Syeikh Abu al-Mansur al-Maturidi,

    sehingga membenamkan hubungan aqidah itu dengan Allah dan rasul-Nya?.

    Sedangkan aqidah Islam itulah aqidah Ahl al-Sunnah wal al-Jama'ah, dan

    aqidah ini sudahpun diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW lagi. Muhammad

    Uthman el-Muhammady38 mengatakan: Mereka yang Ahlis Sunnah itu ialah

    mereka yang setia dengan dasar hidup Rasulullah SAW dan para sahabatnya.

    Mereka bukannya muncul kemudian, bahkan kita boleh nyatakan bahawa

    ianya muncul sebelum munculnya Imam Abu al-Hasan al-Asyari yang

    terkenal sebagai Syeikh Ahlis-Sunnah itu.39

    Dr. Johari Mat

    40

    : ..Istilah pengasas Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yangsering dikaitkan dengan beliau (yakni Syeikh Abu al-Hasan al-Asyari) boleh

    dipertikaikan kerana nama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah telapun lahir sejak

    zaman Rasulullah SAW lagi dan telah popular di zaman sahabat dan

    tabi'in....41

    Syeikh Qaraqirah menafikan sama sekali bahawa di dalam lingkungan Ahl

    al-Sunnah itu masih ada satu lagi aliran atau madhab yang digelarkan

    madhab Salaf atau aliran Salafiyyah, yang lebih awal munculnya daripada

    Asyairah dan Maruridiyyah. Abu al-Hasan al-Asyari sendiri menakrifkan Ahl

    al-Sunnah wa al-Jamaah sebagai: Kata yang kami kotakan dan agama kami

    yang kami anuti ialah berpegang dengan kitab Tuhan kami yang Maha Tinggi

    dan Sunnah Nabi kami calayhi al-Salam dan segala yang diriwayatkan

    38 Beliau merupakan bekas pensyarah di Universiti Malaya. Kini menjadi FellowKehormat kepada IKIM dan pendakwah bebas. Beliau telah diianugerahkan ijazahDoktor Kehormat oleh USM pada tahun 2001.

    39 el-Muhammady, Muhammad Uthman. (1995).Pangkalan Rantau/Asia PasifikSebagai Kawasan Yang Mengamalkan Pegangan Ahlis Sunnah waljemaah. KualaLumpur: BAHEIS Jabatan Perdana Menteri.

    40 Beliau menyelesaikan Ph.Dnya di Universiti Imam Muhammad Ibn Su'ud diRiyadh. Kini bertugas di Akademi Pengajian Islam UM, di kampus cawangan Nilam

    Puri, Kelantan. Beliau juga merupakan seorang lagi ahli kepada panel aqidah JAKIM.41 Johari Mat, Dr. (1998).Ketokohan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari Di Dalam

    Akidah Islam. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu. Halaman 31.

    14

  • 8/7/2019 Ahbash

    15/66

    Ahbash

    daripada sahabat dan Tabiin dan juga imam-imam hadith. Maka dengan

    semuanya itu kami berpegang dan termasuklah juga apa yang dikatakan oleh

    Abu Abdullah Ahmad Ibn Muhammad Ibn Hanbal, semoga Allah menyinari

    wajahnya. Beliau menambah dengan katanya: Dan kami dengan segala apa

    yang dikatakan olehnya (Ahmad Ibn Hanbal) kami kata, dan orang yangmenyalahi kata-katanya akan kata-katanya kami pun ikut serta dan

    menjauhinya.42

    Dr. Mohd. Radzi Hj. Othman pula meneguhkan hakikat ini dengan katanya:

    Dengan apa yang telah kita dapati di atas menunjuk kepada kita dengan

    jelas bahawa pegangan al-Syeikh Abu al-Hasan al-Asyari tentang aqidah

    adalah menepati konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi

    pegangan kita semua umat Islam terutama sekali generasi umat Islam yang

    pertama dahulu yang dikenali sebagai al-Salaf al-Salih dan pengikut-

    pengikutnya yang sealiran dengan pemahaman mereka hingga ke hari ini.43

    Di negara kita, aliran Salafi bukanlah satu perkara yang asing, khususnya

    di kalangan ahli-ahli akademik. Dato' Wan Zahidi Hj. Wan Teh44 misalnya

    berkongsi pengalamannya menulis buku pendidikan Syariah untuk KBSM:

    Saya mendapati panduan atau kurikulum yang diluluskan oleh Pusat

    Perkembangan Kurikulum dan segi akidahnya adalah mengikut mazhab Salaf.

    Dalamnya ada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma dan

    Sifat. Saya merujuk banyak kepada kitab-kitab Ibn Taymiyyah...Jadi,

    Alhamdulillah anak kita akan belajar Tauhid Salaf, cuma kita terpaksa adahikmah sedikit dalam menulis buku.45

    Meskipun begitu, unsur-unsur keganjilan madhab Salaf di kalangan orang

    awam di Malaysia masih kuat terasa. Untuk itu, Prof. Dato Dr. Abdul Shukor

    Hussin46, dalam syarahan perdana perlantikannya ke jawatan Profesor pada

    tahun 1998, telah dengan tulus-ikhlasnya melahirkan saranan berikut agar

    fenomena ini dapat diubah dan masyarakat Islam Malaysia akan lebih maju

    ke hadapan. Beliau mengatakan:

    42 Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1999).Ahli Sunnah dan Wujudiah-Batiniah(Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: JAKIM. Halaman 86

    43 Mohd. Radzi Hj. Othman, Dr.Imam Abu Hasan Asy'ari Tokoh Ahl as-Sunnahwal-Jemaah, dimuatkan dalam Sulaiman Noordin et.al ed. (1994). Tokoh-tokoh

    Mujaddid Islam. Kajang : Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI). Halaman126-127

    44 Mendapat M.A.nya daripada Universiti al-Azhar, beliau merupakan mantanpensyarah di Jabatan Syariah dan Undang-undang, Fakulti Pengajian Islam di UKMBangi. Beliau kini menjadi Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan di bawah kerajaan NegeriPerak serta sangat aktif di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian PeneranganMalaysia.

    45 Sulaiman Noordin et.al ed. (1994). Tokoh-tokoh Mujaddid Islam. Kajang : BadanPerkhidmatan Penerangan Islam (BPPI). Halaman 141

    46 Beliau yang menyelesaikan Ph.Dnya di Universiti al-Azhar adalah bekas Dekan

    Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi. Kini bertugas sebagai Rektor Kolej UniversitiIslam Malaysia (KUIM), beliau juga menjadi pakar rujuk aqidah kepada JAKIM dan

    juga pejabat Peguam Negara.

    15

  • 8/7/2019 Ahbash

    16/66

  • 8/7/2019 Ahbash

    17/66

    Ahbash

    pengajaran aqidah secara tradisi oleh golongan ini juga dikritik oleh beliau

    yang berkata:

    Telah sekian lama kita kata Tuhan ada dua puluh sifat. Maka sampailah

    masanya sekarang kita keluar dari adat ini, kerana sebenarnya menurut

    Quran dan hadis sahih sifat Allah bukan setakat dua puluh sahaja.51

    Maka, semoga sudilah para pembaca budiman membandingkan antara

    Syeikh yang diundang khas dari Lubnan ini dengan para ahli akademik

    Malaysia, khususnya mereka yang menjadi pakar rujuk JAKIM. Yang mana

    mempunyai kesarjanaan yang tinggi dan kewibawaan akademik yang luas?

    Yang mana pula memiliki kejumudan dan sentimen sectarianism yang

    sempit?. Apa pula halnya kalau ada peserta seminar yang pulang ke rumah

    masing-masing sambil berbekal doktrin Islam itu Asyairah, dan Asyairah itu

    Islam berkat ajaran Syeikh Hussam Qaraqirah ini?

    7. Para ulama' 'terkenal kebanyakannya bermadhab Asya'irah

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Antara ulama terkenal yang

    memegang madhab ini ialah al-Hafiz Baihaqi, Imam Nawawi, Ibn Hajar

    Asqalani, Abu Ishak Asy-Syirazi, Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan pengikut

    golongan madhab empat yang terkenal. Sultan Salahuddin al-Ayyubi

    menitikberatkan pegangan terhadap aqidah Abu Hasan al-Asyari. Baginda

    memerintahkan supaya dibaca kitab Aqidah al-Asyari di atas menara

    masjid-masjid sebelum solat subuh.52

    Ulasan:

    Sesungguhnya diakui bahawa aliran Asya'irah memang dianut dengan

    begitu meluas sejak beberapa abad yang lampau. Walaupun begitu,

    kenyataan bahawa aqidah Salaf memang merupakan aqidah yang dianut oleh

    Rasulullah SAW, para Sahabat baginda, Tabi'in, Tabi' al-Tabi'in serta para

    ulama' Salaf .khususnya imam-imam madhab yang empat, tetap tidak dapat

    dinafikan. Tradisi membela aqidah Salaf al-Salih ini diteruskan lagi zaman

    berzaman sehinggalah ke hari ini, oleh para ulama yang sekalipun mereka

    berpegang kepada madhab-madhab fiqh yang berbeza, mereka tetap bersatu

    hati dengan satu aqidah dan manhaj yang sama: manhaj Salaf. Ini juga

    menafikan tohmahan sesetengah pihak bahawa aqidah Salaf merupakan

    aqidah yang dimonopoli oleh pengikut satu-satu madhab fiqh tertentu

    sahaja, dan tidaklah dianut secara menyeluruh. Bagi ulama yang berpegang

    kepada madhab Imam al-Syafiiy dalam fiqh khususnya, masih ramai antara

    mereka yang cukup gigih memperjuang dan mendakwahkan aqidah Salaf.

    51 Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (2000). Sanggahan Terhadap Kitab Kasyf al-Asrar. Kuala Lumpur:JAKIM. halaman 26

    52 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 3

    17

  • 8/7/2019 Ahbash

    18/66

    Ahbash

    Antara para ulama' madhab Syafiiy yang menganut aqidah Salaf ialah : al-

    Syafiiy sendiri, al-Buwaythi, al-Muzani, Ibn Hibban, Ibn Khuzaymah, Ibn

    Khafif, al-Hakim, Ibn Surayh, Ibn Solah, Ibn al-Nuhas atau Harmalah Ibn

    Yahya, al-Azhari, al-Lughawi, al-Sabuni, Ibn Abi Hatim, Ibn Thamamah, al-

    Baghawi, Ibn Kathir, al-Hafidh al-Salafi, al-Daruquthni, al-Humayri, Ibn al-Sunni, Abu al-Hasan al-Asyari, Abu al-Abbas al-Asham, al-Mizzi, al-Saji, al-

    Dhahabi, al-Darimi atau Uthman Ibn Said, al-Lalakaiy, Muhammad Ibn Nasr

    al-Marwazi, al-Muqrizi, al-Mundhiri, dan juga Abu Muhammad al-Juwayni. Dr.

    Nasir Abdul Karim al-Aql mencatatkan: Para tokoh senior madhab Syafiiy

    terkenal sangat gigih dalam membela pendapat-pendapat para Salaf al-Salih

    dan berpesan kepada para pengikutnya untuk setia kepada al-Sunnah.

    Mereka mengecam keras tindakan-tindakan bidah dan para pendukungnya,

    walaupun sebahagian mereka ada yang sepakat dengan para Ahl Bidah

    dalam beberapa hal, seperti al-Baihaqi, al-Khittabi, al-Junayd, Abu Nuaim al-

    Asbahani, al-Izz Ibn Abd al-Sallam, al-Nawawi, al-Suyuti, dan al-Manawi. Akan

    tetapi secara keseluruhan manhaj mereka sangat dekat dengan al-Sunnah,

    walaupun ada perbezaan di antara mereka.53

    Maka jelas juga kepada kita, bahawa aqidah beberapa tokoh yang

    disenaraikannya di atas masih mempunyai banyak persamaan dan kemiripan

    dengan aqidah Salaf. Di samping itu, aqidah Asyairah yang dipegang oleh

    mereka juga tidaklah 100% serupa dengan aqidah Asyairah yang dimiliki

    oleh Syeikh Hussam Qaraqirah kerana dekatnya mereka dengan pengajian

    hadis dan ittiba dengan Sunnah.

    8. Kebenaran aqidah Asya'irah diakui oleh Rasulullah

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : ...Kebenaran aqidah ini turut diakui

    oleh Rasulullah SAW dan sabda baginda Kota Konstantinopel pasti akan

    dibuka oleh seorang pemimpm yang agung serta pengikutnya yang

    setia....Pujian yang diberikan oleh baginda menunjukkan kebenaran aqidah

    Abu Hassan Asyaari54....

    Ulasan: Beliau berdalil dengan hadis yang berbunyi:

    Maksudnya: Kota Konstantinople akan dibuka oleh seorang pemimpin

    yang agung serta pengikutnya yang setia. Menurut syeikh ini, apabila

    Istanbul dibuka oleh Sultan Muhammad al-Fatih al-Uthmani, baginda

    dikatakan pemimpin terbaik. Oleh itu, sudah tentu aqidahnya juga

    merupakan aqidah terbaik. Dengan itu, apabila Sultan Muhammad al-Fatih al-

    Uthmani beraqidah Asyairah, maka aqidah terbaik ialah aqidahnya iaitu

    53 al-Aql, Dr. Nasir Ibn Abd al-Karim. (2002).Hirasah al-'Aqidah. (edisi

    terjemahan oleh Abdul Rosyad Shiddiq dengan judul Benteng Akidah). Jakarta: QisthiPress. Halaman 158-159

    54 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin.Haiaman 3

    18

  • 8/7/2019 Ahbash

    19/66

    Ahbash

    aqidah Sunni Asyairah yang beriman Allah wujud tidak bertempat, kasihkan

    ahli sufi dan bertawassul dengan Nabi.

    Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, al-Hakim dalam al-

    Mustadrak, Abu Nuaym dalam Marifah al-Sahabah, Bukhari dalam Tarikh al-

    Kabir, Tabarani dalam Mujam al-Kabir, Ibn Khuzaymah dan al-Suyuti. la telah

    disahihkan oleh al-Suyuti dalam Jami al-Saghir, al-Manawi dalam Faydul

    Saghir, al-Haytami dalam Majmu' al-Zawa'id, al-Bazzar, Tabarani, Ahmad dan

    selainnya.

    Walau bagaimanapun, para ahli hadis mutaakhirin seperti Muhammad

    Nasiruddin al-Albani dalam semakannya terhadap Jami al-Saghir serta

    Syuaib al-Arnawth dalam semakannya terhadap Musnad Imam Ahmad telah

    mendaifkan hadis tersebut. Punca pendaifan ini ialah disebabkan wujudnya

    perawi bemama Abdullah al-Khathamiy yang majhul pada sanad hadistersebut, sedangkan semua riwayat yang wujud hanya direkodkan melalui

    riwayatnya semata-mata. Oleh itu, tidaklah dapat hadis tersebut dikatakan

    sahih.55

    Seterusnya, jika hadis di atas sahih sekalipun, apakah syarah para ulama

    hadis terhadap matannya? Siapakah ulama hadis yang berpendapat seperti

    Syeikh Qaraqirah yang mengatakan hadis tersebut menjadi dalil bahawa

    aqidah Asyairah telah diiktiraf oleh Allah dan rasul-Nya?. Dibimbangi kalau-

    kalau pendapat ini adalah pendapat yang syadz (ganjil), pendapat yang

    ganjil-ganjil ini boleh membawa ke neraka, seperti yang telah disabdakan

    oleh Nabi. Menafsirkan al-Qur'an dan al-Sunnah dengan emosi dan sentimen

    peribadi, bukan dengan manhaj para ulama mutabar, adalah langkah yang

    membawa kepada jurang penyelewengan aqidah dan manhaj. Di sini, ada

    baiknya kata-kata Prof. Abdul Fattah Haron direnungkan. Beliau berkata:

    Seruan Ayuh kita tegakkan Aqidah Ahli Sunnah keberkesanannya amat

    disangsikan jika masalah tawilan ayat dan hadis palsu56 tidak dikawal dengan

    cara yang benar-benar berkesan. Kembali kepada cara Salaf adalah jalan

    yang sebaik-baiknya dalam menyelesaikan perkara ini.57 Semoga para

    pembaca yang mempunyai kepakaran dalam 'Ulum al-Hadis dapat

    menyumbang bagi menangani persoalan ini.

    9. al-Sawad al-A'dham ialah al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis dalam kertas kerja versi Arabnya ...al-

    55 Rujuklah tahqiq Syu'aib al-Amawth terhadap Musnad al-Imam Ahmad, Jilid 3,hadis no. 18957. Penulis berterima kasih kepada saudara dan sahabat penulis, AbuUmar Hafiz Firdaus yang sudi membantu melakukan takhrij awal kepada hadis ini.

    56 Tentunya termasuklah hadis-hadis yang daif(lemah), yang tidak dapat ditetapkanbahawa ia adalah benar-benar telah disabdakan oleh Rasulullah SAW.

    57 Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1998).Martabat Tujuh : Tajalli(Penampakan) Allah Menerusi Tujuh Martabat (Lapisan). Kuala Lumpur: JAKIM.halaman 57-58

    19

  • 8/7/2019 Ahbash

    20/66

    Ahbash

    Sawad al-A'dham (golongan terbesar) ialah Asyairah dan Maturidiyyah.. ...58

    Ulasan:

    Istilah al-Sawad al-A'dham (golongan terbesar) ialah istilah yang thabit

    melalui hadis-hadis Rasulullah SAW yang sahih. Syeikh ini menyatakan

    Asyairah dan Maturidiyyah ialah al-Sawad al-A'dham dengan menyenaraikan

    banyak negara-negara umat Islam yang majoriti penduduknya beraqidah

    Asyairah dan Maturidiyyah sebagai dalil kepada dakwaannya. Sedangkan,

    apakah kefahaman sebenar bagi konsep 'al-Sawad al-A'dham' ini?

    Adakah ia merujuk kepada majoriti umat Islam dalam takrifan kuantiti

    atau majoriti semata-mata? Ataupun, adakah ia merujuk kepada situasi umat

    Islam pada zaman Rasulullah SAW dan Salaf al-Salih selaku kurun Mufadhalah

    di mana Ahl al-Sunnah telah membentuk arus perdana serta, terdiri daripadamajoriti dan jumlah terbesar umat Islam di seluruh dunia?. Diketahui bahawa

    pada zaman al-Mamun menjadi khalifah Dawlah Abbasiyyah, beliau

    memaksa aqidah Muktazilah dianut oleh segenap lapisan rakyat,

    termasuklah para ulama. Maka, selama beberapa tahun rakyat dan ulama

    telah tunduk kepada tekanan itu, kecuali suatu jumlah yang sangat sedikit

    diketuai oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal yang masih membantah dengan sengit

    sekalipun dipenjara dan diseksa. Oleh itu, adakah pada zaman itu 'al-Sawad

    al-A'dham' ialah mereka yang beraqidah Muktazilah pula kerana majoriti

    umat Islam ketika itu beraqidah Muktazilah?

    Apakah Syeikh ini mahu menjadikan jumlah yang besar sebagai dalil

    kepada konsep ini, dan bukannya disandarkan kepada dalil-dalil al-Qur'an dan

    al-Sunnah dengan kefahaman yang sahih tentangnya? . Adakah timbangan

    yang banyak pengikut itulah yang benar sedang yang sedikit itulah yang

    batil mahu digunakan?. Moga isu ini juga akan dapat ditanggapi oleh para

    pembaca budiman sekalian.

    10. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Tidak Beriman

    Allah wujud tidak bertempat

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : ...Sultan Muhammad al-Fatih adalah

    dari aliran Sunni Asyairah yang berpendapat wujudnya Allah Taala itu tanpa

    bertempat59..... Jihah dan Tempat

    Ulasan:

    Yang tersirat daripada pernyataan ini ialah, mereka yang beriman kepada

    doktrin Allah Wujud Tidak Bertempat sahaja yang dianggap sesuai dengan

    58 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 1 1 . Bandingkan dengan versiMelayu di halaman 3

    59 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 3

    20

  • 8/7/2019 Ahbash

    21/66

    Ahbash

    manhaj Ahl al-Sunnah. Benarkah pendapat Syeikh ini?

    Abu al-Hasan al-Asyari mengatakan: (Kami) percaya bahawa Allah itu

    beristiwa di atas Arasy-Nya, seperti mana firman Allah dalam al-Qur'an,

    surah Taha ayat 5, yang bermaksudi Tuhan yang bernama al-Rahman di

    atas Arasy beristiwa.60

    Kata Abu Hasan al-Asyari lagi: Di samping itu, kita melihat bahawa

    seluruh umat Islam mengangkat tangannya ke arah langit bila berdoa, sebab

    Allah beristiwa di Arasy yang letaknya di atas langit. Jika Allah tidak

    beristiwa di atas Arasy, tentu mereka tidak mengangkat tangannya ke arah

    langit.61

    Abdul Qadir al-Jailani pula berkatar: Selayaknya, penyebutan kata istiwa

    tidak disertai penafsiran. Kata itu bererti istiwa al-Dhat di atas Arasy, bukanbererti duduk seperti yang dikemukakan oleh kumpulan Mujassimah dan

    Karramiyyah. Kata istiwa juga tidak bererti tinggi seperti yang dikemukakan

    oleh kumpulan Asyairah. Juga tidak bererti penguasaan dan dominasi seperti

    yang dikemukakan oleh kumpulan Muktazilah, kerana syariat tidak

    mengisyaratkan hal itu. Para sahabat dan tabiin juga tidak pernah

    mengungkit hal itu.62

    Dr. Mohd. Radzi Hj. Othman telah membantah pandangan ini awal-awal

    lagi dengan menunjukkan akar-umbi pendapat ini kepada aqidah Muktazilah.

    Beliau berkata:

    Di antara saki baki fahaman Muktazilah di dalara al-Asyairah saya boleh

    tunjukkan di sini. Satunya ialah sikap al-Muktazilah yang mengatakan tuhan

    tidak bertempat. Kenapa kata tuhan itu tidak bertempat? Kerana kalau kita

    kata tuhan itu bertempat, maka kita menthabitkan (menegaskan) pihak

    (arah) kepada Allah. Tempat tidak mungkin lari dari jihah (arah). Kalau kita

    kata tempat di mana?. Mungkin kanan, tak kanan kiri, tak kiri atas, tak atas

    bawah, tak bawah belakang, begitulah kalau kita katakan tempat. Jadi kalau

    kita katakan tuhan ke kanan ke kiri, ke bawah ke atas maknanya ia adatempat jihah. Kalau begitu keadaannya, la bukan tuhan. Oleh kerana Dia

    (Allah) itu Tuhan, tak boleh kita katakan dengan sedemikian. Jadi jalan

    60 Mohd . Radzi Haji Othman, Prof. Madya dalam 'Imam Abu Hasan Asy'ari TokohAhl as-Sunnah wal-Jemaah'dalam 'Tokoh-tokoh Mujaddid Islam". (1994). Kajang :Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), halaman 116. lihat juga al-Asy'ari, Abual-Hasan. (1998).Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin. (edisi terjemahan olehDrs. H.A. Nasir Yusuf dan Drs. Karsidi Diningrat dengan judulPrinsip-prinsip Dasar

    Aliran Teologi Islam). Bandung: CV Pustaka Setia. Halaman 363.61 al-Asy'ari, Abu al-Hasan. (1993). al-'Ibanah 'an Usul al-Diyanah. (edisi

    terjemahan oleh Abu FahmJ dan Ibnu Marjan dengan judulPokok-pokok AjaranDieri). Jakarta: Gema Insani Press. Halaman 63

    62 al-Jaylani, Abdul Qadir. (2001). al-Ghunyah li Talibi Tariq al-Haqq fi al-Akhlaq

    wa al-Tasawwuf wa al-Adab al-Islamiyyah. (edisi terjemahan oleh MuhammadAbdul Ghaffar E.M dengan judulFikih Tasawwuf). Bandung : Pustaka Hidayah.Halaman 21

    21

  • 8/7/2019 Ahbash

    22/66

    Ahbash

    tengahnya (bagi Muktazilah) ialah menafikan tempat bagi Allah....63 Katanya

    lagi:

    Ahli Sunnah wal Jemaah tidak mengatakan Tuhan itu ada tempat atau

    mengatakan tuhan itu bertempat kerana kedua-duanya Allah sendiri tidak

    kata dan Nabi sendiripun tidak kata. Kita akan ikut sebagaimana Tuhan kata

    dan macam mana Nabi kata dalam hal ini. Dalam al-Quran firman Allah yang

    bermaksud: Adakah kamu beriman dengan Tuhan di langit? Kita tidak kata

    Allah itu bertempat. Kalau kita kata Allah itu bertempat, kita sudah

    berpandai-pandai lebih dari Tuhan... .Kalau nisbah kepada kita memang

    langit itu tempat. Tetapi dari segi Allah langit bukannya tempat. Allah sahaja

    yang Maha Mengetahui dan apa yang Allah katakan itu memang betul dan

    layak bagi-Nya dan Dia mengetahui dengan apa yang Dia buat... Allah di

    langit, di langitlah sebagaimana Allah menyebutkannya... .64 Maka inikah

    pegangan orang yang mendakwa mengikut Abu Hasan al-Asyari dalam

    aqidah, sedangkan sudah lama imam tersebut meninggalkan aqidah

    Muktazilah dan Kullabiyyah serta kembali kepada aqidah Salaf?. Ini sikap

    yang diselar oleh Dato Wan Zahidi yang menegaskan bahawa:

    Kita mengatakan ini mazhab Asyari dalilnya ini (sekian sekian). Yang ini

    telah ditinggalkan oleh al-Imam al-Asyari. Kenapakah kita mengambil

    fahaman yang ditolak oleh al-Imam al-Asyari?65

    11. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Mengasihi Ahli-ahliSufi

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Arab ....Sultan Muhammad al-Fatih

    adalah dari aliran Sunni Asya'irah... danmengasihi ahli-ahli sufi

    yangbenar66......

    Ulasan:

    Sufi atau tasawwuf memang satu istilah yang mengundang banyak

    perbincangan dan kontroversi sejak dahulu sampai sekarang, bermula

    daripada aspek bahasa dan asal-usul istilahnya lagi. Daripada aspek

    maknanya, sekiranya tasawwuf yang dimaksudkan ialah akhlak dan zuhud

    yang disandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah Sahihah maka barulah

    akan berkurangan kontroversinya. Akan tetapi, sekiranya tasawwuf yang

    dimaksudkan ialah falsafah dan lain-lain perkara Itiqadiyah yang bersifat

    Tawfiqiyah67, maka inilah bentuk tasawwuf yang dikecam oleh para ulama.

    63 Sulaiman Noordin et.al ed. (1994). Tokoh-tokoh Mujaddid Mam. Kajang : BadanPerkhidmatan Penerangan Islam (BPPI). Halaman 133.

    64 Ibid: 133-13565 Ibid: 142

    66 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 1167 Yakni hanya thabit dengan ketetapan nas-nas wahyu yang sahih daripada al-

    Kitab dan al-Sunnah, serta akal, emosi dan sebagainya tidak beperanan kecuali tunduk

    22

  • 8/7/2019 Ahbash

    23/66

    Ahbash

    Antaranya ialah Imam al-Syafiiy sendiri yang berkata: Jika seseorang itu

    menjadi sufi (tasawafa) pada permulaan hari, dia tidak akan sampai ke waktu

    zuhur kecuali (telah menjadi) gila.68

    Beliau berkata lagi bahawa: Pangkal tasawwuf itu adalah kemalasan.69

    Seterusnya tentang ciri-ciri orang Sufi, Imam al-Syafiiy mengatakan: Tidak

    menjadi seorang sufi sebelum pada dirinya terdapat empat ciri iaitu:

    pemalas, banyak makan, pesimis dan berlebihan di luar keperluan. 70

    Maka benarkah pendapat tersirat Syeikh Qaraqirah ini yang mengatakan

    sifat golongan yang bertentangan dengan Ahl al-Sunnah ialah mereka yang

    tidak memuliakan ahli-ahli sufi?. Bukankah konsep tasawwuf dan ahli sufi

    yang benar itu sendiri perlu ditakrif dan dijelaskan sejelas-jelasnya oleh

    beliau jika mahu membuat pernyataan seumpama ini?. Jika tidak, mungkin

    akan terbuka satu lagi pintu kepada penyelewengan kefahaman dan aqidahhasil keyakinan kepada ajaran seorang ulama yang diimport khas dari

    Lubnan.

    Prof. Abdul Fattah Haron menempelak golongan yang bermati-matian

    cuba mengatakan semua ajaran tasawwuf yang sudah terseleweng itu

    sebagai sebahagian daripada ajaran Islam. Beliau berkata:

    Fatwa mereka bahawa ilmu Tasawuf itu Fardu Ain. Bagaimana boleh jadi

    begini?. Sedangkan tasawuf hanya mula muncul pada abad kedua Hijrah

    (dan) tidak ada dalam zaman Rasulullah dan Salaf.71

    Tasawuf sebagai ilmu dan amal yang sistematis mula lahir pada abad

    kedua Hijrah. Pada zaman Rasulullah dan Salaf tidak ada tasawwuf, yang ada

    kalaupun gunakan kalimah tasawwuf juga, tidak lebih daripada zuhud dan

    banyak beribadah.72

    Untuk para pengikut al-Asyari dalam aqidah dan al-Syafiiy dalam fiqh,

    beliau menegaskan:

    Kalau mahu ikut Imam Abu al-Hasan al-Asyari dan Imam Syafie serta

    mereka yang seumpama keduanya, maka tiada tasawuf. Mereka berdua

    adalah contoh Ahl al-Sunnah Salafi tanpa tasawuf.73

    menerimanya kebenaran nas wahyu tersebut.68 Manaqib al-Bayhaqi (2/207) seperti yang dinukil oleh al-Aqil, Muhammad Ibn

    Abd al-Wahhab, Dr. (2002).Manhaj al-Imam al-Syqfi 'iyfi Ithbat al-Aqidah. (edisiterjemahan oleh H.Nabhani Idris dengan judul Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i).Bogor : Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Halaman 284

    69 al-Hilyah (9/136-137), Ibid.70 Manaqib al-Bayhaqi (2/207), Ibid71 Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (2000).Sanggahan Terhadap Kitab Kasyf cd-

    Asrar. Kuala Lumpur: JAKIM. halaman 8072 Ibid: 8273 Abdulfatah Haron Ibrahim, Prof. (1999).Ahli Sunnah dan Wujudiah-Batiniah

    23

  • 8/7/2019 Ahbash

    24/66

  • 8/7/2019 Ahbash

    25/66

    Ahbash

    Penulis menyokong pendapat yang mengharamkan kerana dibimbangi

    takut terjatuh ke lembah syirik dan bidah yang ditegah oleh Allah. Tawassul

    bentuk ini banyak dilakukan oleh beberapa golongan tertentu seperti

    golongan ahli tasawwuf.79

    Maka beginilah pendapat seorang anggota panel aqidah JAKIM, daripada

    bukunya yang diterbitkan oleh JAKIM sendiri seawal JAKIM masih lagi bernama

    Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri, belum lagi

    dinamakan JAKIM. Pendapat Syeikh Qaraqirah ini dan mereka yang

    sependapat dengannya telah diselar oleh Dr. Mahmood dengan katanya:

    Golongan yang membolehkan bertawassul dengan orang yang telah mati

    dan mengamalkan cara itu adalah golongan yang suka mengamalkan perkara

    yang amat samar-samar kebenarannya. Mereka sengaja membesar-besarkan

    perkara yang kecil-kecil dan samar-samar dan tidak jelas, dan dengan begitumereka meninggalkan suatu yang betul dan sahih serta jelas terang buktinya,

    dan mengambil perkara yang samar-samar dan tidak jelas. Sepatutnya jika

    mahu bertawassul gunalah tawassul yang diharuskan oleh seluruh ulama

    seperti tawassul dengan amalan salih atau iman kepada Allah, tawassul

    dengan nama-nama Allah yang Husna atau dengan sifat-sifatnya seperti

    mana yang biasa dilakukan oleh Rasulullah SAW atau bertawassul dengan

    orang-orang salih yang masih hidup.80

    13. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Mendakwa IslamTerpecah Kepada 72 Golongan

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : Golongan ini terdiri daripada mereka

    yang mendakwa Islam itu terpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan,

    sebahagian besarnya tidak lagi wujud hari ini81...

    Ulasan:

    Hadis-hadis yang membincangkan terpecahnya umat Islam kepada 73

    golongan sudah banyak mengundang perbincangan. Lebih wajar bagi Syeikh

    Qaraqirah membincangkan tentang kedudukan hadis-hadis tersebut terlebih

    dahulu, sebelum merumuskan segala-galanya dengan kesimpulan ini.

    Realitinya, umat Islam telah pun terpecah kepada lebih daripada 73

    golongan, dan asas kepada sebab perpecahan yang paling awal sehingga

    kepada hari ini ialah disebabkan faktor aqidah. Bahkan, mereka yang

    menerima umat Islam ini telah dan akan terpecah kepada 72 golongan ini

    pula yang dikatakan oleh Syeikh Qaraqirah sebagai bercanggah dengan Ahl

    al-Sunnah?.

    79

    Ibid: 4180 Ibid: 93-9481 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 4

    25

  • 8/7/2019 Ahbash

    26/66

    Ahbash

    Seterusnya, beliau mengatakan lagi bahawa kebanyakan daripada 72

    firqah yang terkeluar dan manhaj Ahl al-Sunnah sudah tidak wujud lagi pada

    hari ini? Kalau dikembalikan sifat firqah-firqah yang sesat ini kepada ciri-ciri

    yang asal dan ciri tersebut didasarkan secara ketat dan tekstual kepada

    kriteria yang dihuraikan oleh ulama-ulama zaman silam, sudah tentuseimbas pandang inilah kesimpulan yang akan dicapai. Walau bagaimanapun,

    akar pemikiran firqah-firqah ini telah pun tersebar serta telah, sedang dan

    mungkin akan diserap dan diamalkan; secara langsung atau tidak langsung

    oleh pelbagai golongan umat Islam pada hari ini. Bukankah dalam hal Allah

    wujud tidak bertempat, Dr. Mohd. Radzi telah mengembalikan hipotesis

    tersebut sebagai saki-baki pemikiran Muktazilah yang telah dibawa masuk ke

    dalam pemikiran Asya'irah dan sedang bertahan di dalamnya? Meremehkan

    atau menafi pengaruh-pengaruh firqah ini sememangnya wujud dan kukuh,

    khasnya secara tidak langsung di dalam pemikiran umat Islam kontemporari,

    adalah satu tindakan yang nampaknya tidak mempunyai bukti yang kukuh

    dan kajian yang lebih lanjut. Wallahul Musta'an.

    14. Sifat golongan yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah : Tidak Beriman

    dengan Sifat Nuzul bagi Allah

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis dalam kertas kerja versi Arabnya:

    ...menafikan sifat Nuzul (yakni turun ke langit dunia) bagi Allah82.... Kerana

    Dia (Allah) pencipta tempat dan Dia tidak berhajat kepada tempat

    tersebut83...

    Ulasan:

    Pernyataan ini tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh

    penterjemah kertas kerja ini, dan hanya dijumpai secara langsung di dalam

    versi Arab.84 Seterusnya, disenaraikan beberapa ucapan para ulama yang

    menjadikan penulis terpanggil untuk menyenaraikan isu penolakan sifat

    Nuzul bagi Allah ini, al-Syafi'iy mengatakan: Dan bahawa Allah turun ke

    langit dunia pada setiap malam, berdasarkan hadis Rasulullah SAW

    tentangnya..

    85

    . al-Syafi'iy juga menegaskan:

    ..sesungguhnya Allah Taala di atas Arasy-Nya mendekati kepada

    makhluk-Nya menurut bagaimana yang Dia kehendaki dan sesungguhnya

    Allah Taala turun ke langit dunia menurut bagaimana yang Dia kehendaki. 86

    82 Ibid: 11, dalam versi bahasa Arab83 Ibid: 4, dalam versi bahasa Melayu84 Mungkinkah ini terjadi kerana penerjemah tidak sanggup untuk

    menerjemahkan pernyataan tersebut?85 al-Khumaiyyis, Muhammad Abdul Rahman. (1995). 'Aqidah 'Aimmah aI-

    Arba'ah.(edislterjemahan oleh Nabhani Idris dengan judulAqidah Empat ImamMazhab). Jakarta: Qalam halaman 56

    86 al-Dhahabi dalamMukhtasar al-'Uluw:176 dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalamIjtima' al-Juyusy al-Islamiyyah: 94 seperti yang dinukil oleh al-Aqil, Muhammad IbnAbd al-Wahhab, Dr. (2002).Manhaj al-Imam al-Syafi'iy fi Ithbat al-Aqidah. (edisi

    26

  • 8/7/2019 Ahbash

    27/66

    Ahbash

    Abu al-Hasan al-Asyari pula mengatakan:

    Kami membenarkan semua riwayat yang thabit periwayatannya oleh ahli

    hadis tentang Allah TURUN ke langit dunia seraya berfirman: Adakah di sana

    ada yang bertanya? Adakah di sana ada yang memohon ampun?. Begiitulah

    juga riwayatkan yang dinukilkan dan dithabitkannya. Hal ini jauh

    bertentangan dengan apa yang telah dikatakan oleh golongan-golongan yang

    sesat lagi menyesatkan.87

    Abdul Qadir al-Jailani pula menjelaskan:

    Allah senantiasa turun ke langit dunia setiap malam dengan cara-Nya

    sendiri dan sesuai dengan kehendak-Nya. Dia memberikan keampunan

    kepada sesiapa sahaja daripada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki yang

    berbuat dosa, kesalahan dan maksiat. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah diatas semua yang tinggi, tiada Tuhan selain Dia yang mempunyai Asma al-

    Husna. Pengertian turun Allah ke langit dunia tidak bererti turunnya rahmat

    dan pahala seperti yang dikemukakan oleh kaum Muktazilah dan Asyairah. 88

    Maka bagaimanakah pula dengan pandangan tokoh yang mendakwa

    aqidah Abu Hasan al-Asyari, fiqh al-Syafiiy dan tariqat Abd al-Qadri al-Jaylani

    itulah jalan kebenaran dan keselamatan yang agung'?

    15. Ulama Hadis tidak mengerti bidang fiqh

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis dalam kertas kerja versi Arab "Ulama'

    hadis tidak mengerti fiqh89.. kerana mereka tidak mampu mengistinbatkan

    hukum-hakam fiqh walaupun mereka meriwayatkan hadis dan

    memahami bahasa Arab dengan baik.90

    Ulasan:

    Dalam pernyataan ini, Syeikh Qaraqirah telah merendah serta

    memperlekehkan sumbangan para ulama hadis, bermula dari zaman

    sahabat lagi. Seolah-olah ahli-ahli Hadis hanya mengerti hadis tetapi tidakfaqih, yakni tidak boleh mengistinbatkan pelbagai hukum-hakam fiqh.

    Apakah pandangan imam teladan bagi Syeikh Qaraqirah tentang para

    teriemahan oleh H.Nabhani Idris dengan judulManhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'/).Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi'i. Halaman 284

    87 Mohd. Radzi Hj. Othman., Prof. Madya dalam 'Imam Abu Hasan Asy'ari TokohAM as-Sunnah wal-Jemaah'dalam 'Tokoh-tokoh Mujaddid Islam'. (1994). Kajang :Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), halaman: 123

    88 al-Jaylani, Abdul Qadir. (2001). al-Ghunyah li Talibi Tariq al-Haqqfi al-Akhlaqwa al-Tasawwufwa al-Adab al-Islamiyyah. (edisi teriemahan oleh Muhammad Abdul

    Ghaffar E.M dengan judulFikih Tasawwuf). Bandung : Pustaka Hidayah. Halaman 2389 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 1090 Ibid:2

    27

  • 8/7/2019 Ahbash

    28/66

    Ahbash

    ulama hadis?. Dalam kitabnya Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin,

    selepas menyatakan itiqad para ahli hadis, Abu al-Hasan al-Asyari sendiri

    mengatakan: Begitulah semua ini merupakan doktrin-doktrin Ahli al-Sunnah,

    yakni Ahli Hadis, yang juga sepadan dengan ajaranku, sehingga aku pun

    dituntut untuk mengithbatkannya dan menyampaikannya..91

    Sungguh tidakdisangka bahawa sampai ke tahap ini rupanya kebencian Syeikh ini

    terhadap al-Sunnah dan para ulama hadis sehingga sanggup mengeluarkan

    rumusan seperti ini.

    Sesungguhnya, para ahli hadis akan juga menguasai beberapa cabang

    ilmu wahyu yang lain iaitu tafsir, fiqh, dan tarikh serta tidak sebaliknya.

    Bukankah ramai ahli fiqh yang lemah ilmunya di dalam hadis sehingga

    mereka terkeliru dalam berfatwa?. Tidak sedikit juga ahli tafsir yang tidak

    menguasai hadis sehingga mereka menafsirkan al-Quran dengan tafsir-tafsir

    yang menyeleweng?. Demikian juga ahli-ahli sejarah juga banyak

    memenuhkan tulisan mereka dengan riwayat-riwayat yang palsu dan batil.

    Sumbangan ahli hadis yang juga ahli fiqh pula cukup banyak memberikan

    manfaat kepada umat Islam. Sejarah juga telah membuktikan bahawa imam-

    imam madhab yang empat yakni Abu Hanifah, Malik, Syafiiy dan Ahmad

    sendiri merupakan ahli hadis yang kumpulan pendapat mereka tentang fiqh

    membawa pengaruh yang besar sehingga mereka merintis aliran baru di

    dalam dunia fiqh Islam.92

    Dengan itu, celaan Syeikh Qaraqirah kepada ahli hadis telah

    menambahkan satu lagi kerosakan kepada sekian banyak kekeliruan

    segolongan manusia yang menggelarkan dirinya sebagai ulama.

    16. Satu-satunya musuh ialah Sahyuni/Zionis

    Syeikh Hussam Qaraqirah menulis : .....saling berkerjasama untuk

    berhadapan dengan satu-satunya musuh iaitu Sahyuni (Israel) dan93....

    Ulasan:

    Dan ulasan penulis yang terakhir bukannya tidak membenarkan

    pernyataan Syeikh Qaraqirah ini, akan tetapi penulis terasa seolah-olah

    konteks pengertian musuh telah sedikit disempitkan. Sahyuniyah atau

    Zionisme sememangnya merupakan musuh kepada umat Islam sampai ke

    91 al-Asy'ari, Abu al-Hasan. (1998).Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin.(edisi teriemahan oleh Drs. H.A Nasir Yusuf dan Drs. Karsidi Diningrat dengan judulPrinsip-prinsip Dasar Aliran Tehologi Islam). Bandung: CV Pustaka Setia, Halaman371-372

    92 al-Khatib, Dr. M. Ajaj. (1999). Usul al-Hadis. (edisi terjemahan oieh Drs. H.M.

    Qadirun Nur dengan judul Keutamaan Ilmu-ilmu Hadis). Johor Bahru : BadanCemerlang Sdn. Bhd.

    93 al-Qaraqira, Sheikh Dr. Hishamuddin. Halaman 7

    28

  • 8/7/2019 Ahbash

    29/66

    Ahbash

    hari Kiamat. Akan tetapi umat Islam masih mempunyai musuh-musuh lain

    yang terdiri daripada hawa-nafsu, syaitan, orang-orang Yahudi dan Nasrani,

    serta pelbagai agen-agennya. Umat Islam juga mempunyai musuh yang

    terdiri daripada mereka yang mengaku ulama dengan gelaran yang hebat-

    hebat, padahal mereka ialah ULAMA SU, yakni ulama jahat yangmengkhianati umat Islam. Oleh itu, istilah satu-satunya musuh iaitu Sahyuni

    sebaik-baiknya tidak digunakan. Wallahu A'lam.

    Demikianlah ulasan ringkas penulis tentang beberapa perkara di dalam

    kertas kerja Syeikh Hussam Qaraqirah yang pada hemat penulis memerlukan

    pandangan yang alternatif. Penulis tidaklah ingin berkomentar pun tentang

    tulisan beliau berkenaan perkara-perkara yang menjadi teras tajuk kertas

    kerjanya iaitu Peranan Ulama Di Dalam Pembangunan Ummah Di Lebanon.

    Malah, penulis secara peribadi, berpendapat bahawa sekiranya lebih banyak

    penulisan kertas tersebut difokuskan dan diperincikan bagi memenuhi

    objektif yang dikehendaki oleh tajuknya, maka akan lebih besarlah

    manfaatnya kepada para peserta seminar, khususnya para ulama di dunia

    Islam sebelah sini. Ini kerana pengalaman para ulama memajukan umat

    Islam di sebuah negara yang baru sahaja selesai mengalami perang saudara

    selama puluhan tahun, malah sesetengah wilayahnya seperti di selatan

    Lubnan masih lagi menghadapi ancaman pencerobohan Israel, adalah sangat

    berharga untuk dikongsi dengan umat Islam di Malaysia. Tambahan pula,

    umat Islam asalnya bukanlah berstatus golongan majoriti di dalam negara

    yang secara tradisinya diterajui oleh mereka yang beragama Kristian.

    Walau bagaimanapun, tanpa disangka-sangka tidak kurang daripada 16

    perkara kontroversi di atas telah menelan hampir setengah daripada mesej

    utama kertas kerja Syeikh Hussam Qaraqirah dan mengundang reaksi yang

    sebegini rupa.94 Dan daripada itu jugalah menjadikan penulis tidak dapat

    berhenti di sini tetapi perlu meneruskan lagi kertas perbincangan awal ini

    dengan lebih lanjut

    3.0 The Association of Islamic Charitable Projects (A.I.C.P) atau Ahbash

    Syeikh Hussam Qaraqirah kini memegang jawatan sebagai Presiden

    kepada The Association of Islamic Charitable Projects (A.I.C.P) yakni

    Persatuan Projek-projek Kebajikan Islam. Kini organisasi ini berpangkalan di

    Markaz al-Syeikh al-Iskandarani, di Masjid Burj Abi Haydar, Beirut yakni di

    tengah kawasan penempatan masyarakat Islam Sunni di Beirut, Lubnan.95

    94 Penulis berusaha dan berdo'a agar reaksi ini merupakan reaksi positif daripadapenulis tetapi penulis juga sedar bahawa selain daripada peranan penulis sendiri,

    bagaimana reaksi pihak ketiga yang, meneliti kertas perbincangan awal ini juga samapentingnya dalam memanjangkan mesej-mesejnya ke dalam bentuk rancangan, dasaratau tindakan, ataupun hanya menjadi bahan buangan di tong sampah semata-mata.

    95 Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian,R.Hrair. (1996).A Sufi Response To PoliticalIslamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalamInternationalJoumal of Middle East Studiesbilangan 28 (1996), halaman 217-229 terbitan

    29

  • 8/7/2019 Ahbash

    30/66

    Ahbash

    Kawasan yang strategik ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang dihuni

    oleh ahli-ahli dan penyokong A.I.C.P dengan kelebihan lokaliti untuk

    berinteraksi secara terus dengan masyarakat Islam Sunni di sekitarnya.

    A.I.C.P asalnya ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad al-Ajuz pada 1930.96

    Akhirnya, A.I.C.P diambilalih oleh pengikut-pengikut Syeikh Abdullah al-Hariri

    pada 1983; dan menjelang akhir 80-an ia telah menjadi salah satu daripada

    harakah umat Islam Sunni yang besar di Lebanon. Sebagai pengikut yang

    fanatik kepada Syeikh Abdullah al-Hariri atau dikenal juga sebagai al-Habashi

    yang menunjukkan asal-usulnya dari Habsyah (Ethiopia), para pengikutnya

    juga dikenali al-Habashiyyin, al-Ahbash atau Ahbash sahaja.97 Julukan Ahbash

    juga biasa digunakan oleh baik oleh para ahli akademik mahupun oleh

    penentang-penentang Abdullah al-Hariri dan AICP, hanya saja gelaran AICP

    banyak digunakan secara rasmi.

    Misalnya, Pusat Kajian Dasar Lubnan memperkenalkan AICP atau Ahbash

    dengan perkataan berikut: The Ahbash movement took shape during the

    1980s around the leadership and teachings of Shaykh Abdallah al-Hirari who

    came to Lebanon from Ethiopia via Syria. The movement has somewhat

    esoteric Sufi and spiritual teachings and has come into sharp theological

    conflict with the Jamaah and the Sunni establishment. They did not

    participate in the conflicts of the civil war, but have maintained a strong focus

    on recruiting new members and expanding their religious influence in the

    community. They are strongest in Beirut, where they control four mosquesand have established three schools, as well as a number of cultural and youth

    associations and a radio station (Call of Faith) (Pergerakan Ahbash bermula

    pada tahun 80-an di sekitar kepimpinan dan ajaran Syeikh yang datang ke

    Lubnan dari Habsyah melalui Syria. Pegerakan ini mempunyai ajaran-ajaran

    kebatinan dan kerohanian Sufi, dan telah mengalami konflik itiqadiyah yang

    dahsyat dengan Jamaah Islamiyyah dan masyarakat Sunni yang lain. Mereka

    tidaklah terlibat di dalam peperangan saudara tetapi sangat memfokus

    kepada penambahan ahli baru dan mengembangkan pengaruh keagamaan

    mereka di dalam masyarakat. Mereka paling kuat di Beirut di mana mereka

    mengawal 4 buah masjid, mengasaskan 3 buah sekolah, beberapa

    pertubuhan kebudayaan dan belia, serta satu stesen radio, Nida al-

    Marifah).98

    American University of Beirut.Versi internet boleh dirujuk di laman web dengan url:http://abnashriq.niof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbaskhtml . A.Nizar Hamzeh adalahProfesor Madya di Jabatan Sains Politik dan Pentadbiran Awam, diAmericanUniversity of Beirut, Beirut, Lebanon. R. Hrair Dekmejian pula adalah Professor diJabatan Sains Politik di University of Southern California, Los Angeles, Calif. 90089-0044, U.S.A.

    96 Ibid97 Dengan itu pencarian maklumat di internet dimulakan dengan pencarian kata

    kunci 'Ahbash', 'Ahbasy' , 'Habashi', 'Habashies' dan sebagainya.98 Lebanese Center for Policy Studies . (1999). Civil Society and Governance in

    Lebanon, versi web boleh dimuaturun di url: www.ids.ac.uk/ids/civsoc/docs/leb.doc

    30

  • 8/7/2019 Ahbash

    31/66

  • 8/7/2019 Ahbash

    32/66

    Ahbash

    f. Mempunyai kumpulan-kumpulan madih yang mengadakan

    persembahan di pelbagai tempat, merakamkan 'madih' dalam bentuk

    audio dan video.

    g. Mengadakan pelbagai sambutan hari-hari kebesaran Islam

    h. Menganjurkan aktiviti-aktiviti belia, wanita dan kanak-kanak seperti

    kem-kem motivasi, pertunjukan fesyen dan sebagainya.

    i. Mengambil bahagian di dalam persidangan-persidangan dan telah

    diundang sebagai pembentang di USA, Kanada, Australia, India dan

    Afrika.

    j. Mengajar penghuni-penghuni penjara dan pusat-pusat pemulihan.

    Selain di Beirut, penyokong A.I.C.P juga bertumpu di kalangan masyarakat

    Islam Sunni di sekitar Tripoli, Sidon, Biqa, dan Iqlim al-Kharrub di kawasan

    Shuf. Pada tahun-tahun kebelakangan ini juga, A.I.C.P telah menguasai

    pentadbiran 9 masjid termasuk Masjid Burj Abi Haydar dan Masjid Ali bin Abi

    Talib di Beirut, Masjid al-Siddiq di Tripoli, dan Masjid Salah al-Din al-Ayyubi di

    Sidon.107 Mereka juga mendakwa mempunyai lebih 30 cawangan di luar

    negara Lubnan iaitu di Australia, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Jordan,

    Sweden, Switzerland, Syria, Tajikistan, Ukraine dan Amerika Syarikat. 108

    Di dalam wacananya, A.I.C.P atau Ahbash menekankan kemadanian dan

    kesederhanaan versinya sendiri pada peringkat individu, masyarakat dannegara.109 Pendirian ini sesungguhnya mengundang konflik yang belum

    kunjung padam dengan harakah-harakah umat Islam Lubnan yang lain.110

    Oleh itu, Ahbash muncul sebagai alternatif non-militan bersifat pergerakan

    umat Islam Sunni kelas menengah yang menarik perhatian kaum

    professional, intelektual, dan ahli keluarga-keluarga perniagaan dari pusat-

    pusat bandar Lubnan.111 Di kalangan kumpulan-kumpulan sosial ini, Ahbash

    menyeru kepada kesederhanaan dalam agama, kemadanian politik, dan

    keamanan mempunyai gema yang kuat kepada umat Islam Sunni selepas 15

    tahun dilanda perang saudara dan pertumpahan darah. Di sini terjadinyapertemuan antara nilai, aspirasi, dan sosio-ekonomi bagi kelas menengah

    Sunni dan mesej Syeikh Habashi, gencatan perselisihan Sunni-Syiah,

    kestabilan politik, kerohanian Islam yang dinamik di dalam kerangka

    107 al-Shira1, 27 Julai 1992, 30-3 1; Manar al-Huda, November 1992, seperti yangdinukil oleh Hamzeh, A. Ni2ar dan DekmejiaivR.Hrair. (1996).A Sufi Response To

    Political Islamism: Al-Ahbash Of Lebanon, seperti yang dimuatkan di dalamInternational Journal of Middle East Studies bilangan 28 (1996), halaman 217-229terbitanAmerican University of Beirut.Versi internet boleh dimjuk di laman webdengan url: http://alniashriq.hiof.no/ddc/projects/pspa/al-ahbash.html

    108 Ibid.109

    Manar al-Huda, April-Mei 1993,49 (Ibid).110 AI-Nahar, 12 September 1992, 11 (Ibid).111 Ibid

    32

  • 8/7/2019 Ahbash

    33/66

    Ahbash

    sekularisme moden, identiti Lubnan dikahwinkan dengan nasionalisme Arab,

    sikap bertolak ansur dengan rejim-rejim pemerintah negara Arab khususnya

    kerajaan Syria.

    Ahbash sesungguhnya melihat dirinya sebagai pejuang hak-hak kaum

    Sunni, dengan matlamat jangka pendek mereka ialah untuk membentuk

    organisasi dengan 100,000 ahli yang direkrut terutamanya daripada generasi

    belia Sunni.112 Meskipun masih mempunyai kekurangan jaringan khidmat-

    sosial seperti Hizballah, mereka telah menumpukan usaha kepada pembinaan

    masjid dan sekolah, yang menyediakan ruang penyebaran mesej dan

    kebajikan mereka. Di samping pendidikan agama, sekolah-sekolah Ahbash

    turut menawarkan program-program vokasional, latihan komputer, aktiviti

    sukan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.113 Pada tahun 1992 pula,

    A.I.C.P mula mengorak langkah dengan menceburi bidang politik apabila

    calon-calonnya mula bertanding buat pertama kalinya di dalam pilihanraya

    Lubnan, dengan calon mereka Dr. Adnan Tarablusi mencapai kemenangan.114

    A.I.C.P atau al-Ahbash bersama-sama dengan al-Jamaah al-Islamiyyah115

    dianggap mewakili masyarakat Islam Sunni.

    Ahbash dipimpin oleh sekumpulan syeikh dan beberapa tokoh lain yang

    tidak berpendidikan agama secara formal. Naib-naib Presidennya iaitu Syeikh

    Samir al-Qadi, Syeikh Usama Usama al-Sayyid, dan Syeikh Khalid Hunayna

    pula masing-masing mengetuai cawangan-cawangan AICP di Utara Lebanon,

    Biqa (Lembah Bekaa), dan Selatan Lebanon. Syeikh 'Abd al-Qadir al-Fakhanipula mengetuai cawangan Ahbash di 'Iqlim al-Kharrub dan merupakan Ketua

    Editor bagi majalahnya Manor al-Huda. Perhubungan awam AICP pula

    dikendalikan oleh Dr. Adnan Tarabulsi berpendidikan di Universiti Kiev,

    Ukraine; yang juga pernah mewakili AICP di Parlimen Lubnan pada sessi

    1992-1996. Berhubung dengan pimpinan tertingginya, Hamzeh

    menerangkan: At the apex is its saintly founder, Allama Shaykh Abdallah al-

    Habashi; the administrative functions are carried out by Shaykh Husam

    Karakira, who serves as president of the organization (Pada puncaknya

    adalah Syeikh Abdullah al-Habashi yakni pengasas Ahbash yang sangat

    dimuliakan oleh pengikutnya, manakala fungsi-fungsi pentadbiran yang

    formal dilaksanakan oleh Syeikh Hussam Qaraqirah selaku presiden kepada

    organisasinya).116

    4.0 'Mursyid' A.I.C.P : al-Syeikh 'Abdullah al-Habashi

    112 Al-Nahar, 12 September 1992, 11. dan 9 Disember 1992, 113 (Ibid)113 Manar al-Huda, Ogos-September 1992, 12-13. (Ibid).114 Malangnya satu-satu kerusi di parlimen yang dimiliki oleh Ahbash ini terlepas

    dengan kekaiahan mereka pada pilihanraya tahun 1996.

    115 Dipimpin oleh Syeikh Fathi Yakan, penulis buku 'Apa Ertinya Soya MenganutIslam?'yang sudah lama diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

    116 Hamzeh, A. Nizar dan Dekmejian, R.Hrair. (1996). (Ibid)

    33

  • 8/7/2019 Ahbash

    34/66

    Ahbash

    Berada di kemuncak pimpinan AICP, Ahbash memperkenalkan mursyid

    mereka kepada masyarakat umum sebagai ulama baru, teladan kepada

    segala muhaqqiq, dan wakil kepada ilmu jarh dan tadil,yang unggul di antara

    ulama yang beramal. Imam yang meriwayatkan hadis, yang bersangatan pula

    taqwanya, abid yang lebih baik, pemilik karamah dan kasyaf, Syeikh AbuAbdul Rahman Abdullah Bin Muhammad Bin Yusuf Bin Abdullah Bin Jami al-

    Harari al-Shibi, al-Abdari ketua Qadi bagi Somalia, dilahirkan di kota Harare

    pada tahun 1339H/1920.117 Beliau biasa dirujuk di kalangan pengagumnya

    sebagai Mawlana al-Hafiz al-Muhaddith al-Syeikh Abdullah al-Harari al-

    Shafiiy al-Rifaiy Hafizahullah.118

    Seterusnya diturunkan apa yang dibanggakan oleh laman web AICP

    sendiri tentang mursyid mereka:

    The great impact of the A.I.C.P. on Muslims and its popularity amongthem is the result of the efforts of its leader and spiritual guide: Shaykh

    ^Abdullah al-Harariyy, -whose lineage is from the same honorable Arab tribe

    as the Prophet, the tribe of Quraysh.119 (Pengaruh hebat AICP terhadap umat

    Islam dan popularitinya di kalangan mereka adalah hasil usaha pemimpin dan

    mursyid kerohaniannya: Syeikh Abdullah al-Harariyy,yang nasabnya adalah

    daripada keturunan yang mulia, sama seperti Nabi SAW, yakni Quraisy...)

    Shaykh ^Abdullahs primary goal is to spread (he truth of Islam, by teaching

    the correct belief of Ahlus-Sunnah wal-Jamaah, and he works with tenacious

    determination to reach his goal. His students have spread through more thanforty (40) countries, across six (6) continents. He continues to support the

    Muslims in acquiring the knowledge and infighting the deviant factions who

    attempt to spread misguidance in the name of Islam.120 (Tujuan utama Syeikh

    Abdullah ialah untuk menyebarkan kebenaran Islam, dengan mengajarkan

    aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenar dan beliau berusaha

    dengan keazaman yang hebat untuk mencapai matlamatnya. Murid-muridnya

    sudah bertaburan di lebih 40 buah negara di 6 benua. Beliau terus

    menyokong umat Islam dalam memperolehi ilmu dan melawan kumpulan-

    kumpulan menyeleweng yang cuba menyebarkan kesesatan mereka dengan

    nama Islam)

    Shaykh Abdullah emphasizes the rich and moderate face of Islamthat

    of justice, truth, trustworthiness, knowledge, generosity, manners,

    117 al-Habashi, Abdullah.Izhar al-Aqidah Stmniyah, cetakan l,halaman 9, sepertiyang dinukil dalam artikd "The Habashies Weighted On The Scale OfShara'sepertiyang disiarkan di dalam majalahNida 'ul Islambil. 5, Oktober - November 1994. Versiweb boleh didapati di url : http://www.islam.org.au/articles/ older/AHBASH.HTM

    118 Laman web Abdul Hadi Palazzi di url:http://village.flasnnet.it/users/rh034463/maqalat.html

    119 Lembaran 'Shaykh AAbdullah al-Harariyy' di laman web rasmi AICP di url :http://www.aicp.org/ About/shavkhAAbdullah al-Harariw .htm

    120 Ibid

    34

  • 8/7/2019 Ahbash

    35/66

    Ahbash

    excellence, and sound intellect.121 (Syeikh Abdullah menekankan wajah Islam

    yang kaya dan sederhana dengan keadilan, kebenaran, amanah, ilmu,

    pemurah, akhlak, kecemerlangan dan intelek yang tinggi).

    Seterusnya, latarbelakang pendidikan mursyid mereka juga dinyatakan

    oleh laman web rasmi AICP. Maklumat tersebut ialah seperti berikut:

    Shaykh ^Abdullah started acquiring the Religious knowledge at a very

    young age. He memorized the Quran by heart and with tartil (reading

    correctly with tajwid rules) when he was only seven years old. He is a

    renowned Scholar ofTawhid, Fiqh, and the Hadith. He learned and mastered

    many fields of knowledge. These include: the Shafi^iyy Fiqh (Rules of the

    Religion according to the school of Imam ash-Shafi^iyy), its Usul (the Science

    of Inferring Rules and Judgments), Nahw (Arabic and Grammar), the Sciences

    of the Arabic language, Tafsir (Science of Explanation of the Quran), Tajwid(the proper recitation of the Quran), including the fourteen Qiraat (ways of

    reciting Quran), among others. He is a Scholar of Hadith (Muhaddith) and of

    its sciences. He is also an authority in the Fiqh and Usul of the other three

    madhhabs: Malikiyy, Hanbaliyy, and Hanafiyy'. (Syeikh Abdullah mula

    menuntut ilmu-ilmu agama pada umur yang teramat muda. Beliau

    menghafaz al-Qur'an bersama tartil semenjak berusia 7 tahun lagi. Beliau

    juga seorang ulama' yang ulung di dalam Tawhid, Fiqh dan Hadis. Beliau

    mempelajari sertai menguasai banyak bidang ilmu. Ini termasuklah Fiqh

    Syafi'iy, usul-usulnya, Nahu, Tafsir, Tajwid, termasuklah 14 qira'at dansebagainya. Beliau adalah seorang ulama' Hadis dan ilmu-ilmunya. Syeikh

    juga seorang tokoh di dalam fiqh dan usul bagi tiga madhab yang lain : Maliki,

    Hanbali dan Hanafi).

    Shaykh ^Abdullah narrates the hadith with continuous chains of narration

    linked all the way to Prophet Muhammad, sallallahu alayhi wa sallam. Among

    the many prominent narrators of his chains are: Ibn ^Abbas, al-Hasan al

    Basriyy, ash-Shafi^iyy, Abu Hanifah, Malik, Ahmad, at-Tabariyy, al-Ash*ariyy,

    al-Maturidiyy, al-Bukhariyy, Muslim, al-Bayhaqiyy, ath-Thawriyy, an-

    Nawawiyy, Ibn Hajar, at-Tahawiyy, al-Qadi Iyad, and al-Ghazaliyy. (Syeikh

    Abdullah juga meriwayatkan hadis dengan sanad yang bersambung sehingga

    Nabi Muhammad SAW. Antara perawi-perawi yang mahsyur di dalam sanad

    beliau ialah: Ibn 'Abbas, al-Hasan al Basri, al-Syaff iy, Abu Hanifah, Malik,

    Ahmad, al-Tabari, al-Asy'ari, al-Maturidi, al-Bukhari, Muslim, al-Bayhaqi, al-

    Thawri, al-Nawawi, Ibn Hajar, al-Tahawi, al-Qadi 'lyad, and al-Ghazali).

    Biografi rasminya pula mencatatkan bahawa Syeikh Abdullah al-Harari al-

    Habashi dilahirkan di al-Hirara, wilayah berhampiran Somalia, pada tahun

    1920, di mana dipelajarinya fiqh madhab Syafiiy sebelum dia menjadi121 Ibid

    35

  • 8/7/2019 Ahbash

    36/66

  • 8/7/2019 Ahbash

    37/66

    Ahbash

    Damsyik suatu tempat yang terlalu 'Islamik' dan mempunyai ulama' yang

    ramai, yang semua itu lebih menyukarkan usahanya. Kemudian, dia pergi ke

    Lubnan dan memohon suaka dengan Setiausaha Agung, Kementerian Hal-

    Ehwal Agama di Lubnan, Syeikh Mukhtar Alili. Dia diberikan tempat tinggal

    dengan syarat dia hanya tinggal di Masjid Ziqaq al-Bilat di Beirut, dan diatidak akan menyebarkan ajarannya dalam apa cara sekalipun kepada orang

    ramai. Malangnya, janjinya dengan Syeikh Mukhtar-.Alili inilah yang telah

    dimungkirinya sehingga tersebarlah kerosakannya sehingga sekarang. Di

    Beirut, takfir yang dilakukannya di Habsyah telah diulangi lagi.

    Penganalisis politik, Walid Abdul Baset mengatakan:Pergerakan Ahbash

    mewakili seorang lelaki yang tiba di Beirut pada 1950 bernama Abdullah al-

    Harari, atau dipanggil al-Habashi...dia kemudian menetap di salah satu

    kawasan perumahan di Musayteba. Kemudian, al-Habashi akan mendekati

    sekumpulan kanakkanak yang bermain di sekitar jalanan, di mana dia akan

    turut bermain bersama mereka seperti anak kecil, dan ketika mereka

    berehat, dia akan bercakap tentang agama dengan mereka. 125

    Jalan yang benar' seperti yang ditakrifkan oleh al-Habashi melibatkan apa

    yang dipanggilnya sebagai Ilm al-Din al-Daru