agresifan instrumental

Upload: omar-wahyuddin

Post on 14-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    1/140

    ORIENTASI MATLAMAT DAN KECENDERUNGAN KEAGRESIFAN

    INSTRUMENTAL DI KALANGAN PEMAIN BOLA BALING REMAJA.

    BAHARIM BIN HASHIM

    DISERTASI INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIANSYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA

    PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)

    FAKULTI SAINS SUKANUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    NOVEMBER 2007

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    2/140

    PENGAKUAN

    Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang setiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.

    _____________________________________________

    BAHARIM BIN HASHIM

    M20031001397

    26.01.2007

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    3/140

    PENGHARGAAN

    Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah (S.W.T) kerana dengan izin dan rahmatnya

    saya telah mampu menyiapkan disertasi ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

    penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Shaharudin bin Abd.

    Aziz selaku penyelia. Ucapan terima kasih juga saya rakamkan buat semua pensyarah

    Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang

    pengajian saya di sini.

    Ucapan terima kasih juga kepada kepada rakan-rakan sepejuangan yang sering

    membantu dan tidak ketinggalan, ditujukan kepada pegawai dan pemain bola baling

    Daerah Kinta Dua yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses

    pengumpulan data.

    Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa tersayang yang sentiasa

    mengiringi doa kejayaan dan akhir sekali penghargaan ini khusus buat isteri tersayang

    Puan Umi Kalthum binti Amir dan anak-anak : Zikree Ridhuan, Hanis Izzati, Zahirin

    Syazwan dan Hannah Izzureen yang sentiasa memberi sokong dan dorongan. Andalah

    sumber inspirasi, tanpa kasih saying anda semua tidak mungkin tugasan ini dapat

    disempurnakan. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada anda yang berjasa.

    BAHARIM BIN HASHIM

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    4/140

    ABSTRAK

    Orientasi Matlamat Dan Kecenderungan Keagresifan Instrumental

    Di KalanganPemainBola Baling Remaja

    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti orientasi matlamat dan kecenderungan

    keagresifan instrumental di kalangan pemain bola baling MSSP Daerah Kinta Dua,

    Perak. Kajian ini melihat orientasi matlamat, kecenderungan keagresifan instrumental,

    individu yang mempengaruhi keagresifan instrumental dan situasi yang dijangkakan

    akan mempengaruhi kecenderungan atlet untuk melakukan keagresifan instrumental.

    Instrumen soal selidik yang digunakan ialah Task and Ego Orientation In Sport

    Questionnaire (TEOSQ) oleh Duda & Nicholls (1991) dan The Judgement About

    Moral Behavior In Youth Sport Questionnaire (JAMBYSQ) oleh Stephens,

    Bredemeier & Sheilds (1993). Seramai 166 atlet (85 lelaki dan 81 perempuan), yang

    terdiri daripada pemain pasukan yang memasuki peringkat suku akhir pertandingan

    bola baling peringkat daerah ini, telah bekerjasama untuk menjadi sampel kajian.

    Analisis kajian mendapati penglibatan atlet-atlet ini adalah berorientasikan tugasan.

    Terdapat perbezaan yang signifikan bagi orientasi tugasan pemain bola baling lelaki

    dan perempuan manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi orientasi ego. Atlet-

    atlet ini juga cenderung untuk melakukan keagresifan instrumental. Keagresifan

    instrumental mereka dipengaruhi oleh guru atau jurulatih. Situasi yang mempengaruhi

    atlet lelaki melakukan keagresifan instrumental adalah kedudukan seri manakala

    bagi situasi yang mempengaruhi atlet perempuan adalah situasi yang menaikkan

    semangat mereka.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    5/140

    ABSTRACT

    Goal Orientation and Instrumental Aggression Tendencies Among TeenageHandball Players

    The purpose of this study is to identify goal orientation and instrumental aggression

    tendencies among handball players participating in the MSSP Kinta Dua District

    tournament. In this study, the following aspects were examined; goal orientation,

    individuals that influence instrumental aggression and situations perceived to

    influence the athletes likelihood to aggress. The Task and Ego Orientation in Sport

    Questionnaire (TEOSQ) by Duda and Nicholls(1991) was used as the research

    instrument, together with the Judgement About Moral Behaviour in Youth Sport

    Questionnaire (JAMBYSQ) by Stephens, Bredemeier & Shields(1993). A total of 166athletes (85 males and 81 females) from the teams participating in the quarter finals of

    the district level handball tournament were taken as research samples. The results

    reveal that athletes participation in the MSSP Kinta Dua District handball tournament

    was task-oriented. There was a significant difference between the task orientation of

    male and female athletes, while for ego orientation, no significant difference was

    found. It was also discovered that the athletes have the tendency to use instrumental

    aggression that was influenced by their teachers or coaches. The situations that

    influence the male athletes to aggress is the draw score situation, while the female

    athletes will use instrumental aggression in situations that arouse their spirits

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    6/140

    KANDUNGAN.

    HALAMAN

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iii

    ABSTRAK iv

    ABSTRACT v

    KANDUNGAN vi

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI RAJAH xii

    BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan. . . . . . . . 1

    1.2 Latar belakang kajian. . . . . . 9

    1.3 Pernyataan masalah. . . . . . . 13

    1.4 Objektif kajian . . . . . 16

    1.5 Persoalan kajian. . . . . . . 17

    1.6 Batasan kajian. . . . . . . 18

    1.7 Definisi operasional. . . . . . . 19

    BAB 2 SOROTAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan. . . . . . . . 212.2 Motivasi . . . . . . . 22

    2,3 Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik . . . . . 24

    2.4 Teori Motivasi. . . . . . . 26

    2.4.1. Motivasi pencapaian dalam sukan bola baling. 26

    2.4.2. Motivasi keyakinan diri. . . . 27

    2.5 Orientasi Matlamat. . . . . . . 30

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    7/140

    2.6 Teori-teori keagresifan. . . . . . 31

    2.6.1 Teori Naluri. . . . . . 32

    2.6.2 Teori Pembelajaran Sosial. . . . 33

    2.6.3 Teori Pemahaman Moral Bredemeier. . 34

    2.6.4 Formulasi semula teori Frustrasi-Agresif. . 36

    2.7 Kerangka teoritikal kajian. . . . . . 37

    2.8 Faktor-faktor yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan. 38

    2.9 Kajian-kajian berkaitan orientasi matlamat (tugasan & ego)

    dalam bola baling. . . . . . 45

    2.10 Kajian-kajian berkaitan orientasi matlamat (tugasan & ego)

    dalam sukan . . . . . . . 46

    2.11 Kajian berkaitan dengan keagreasifan. . . . 51

    2.12 Rumusan . . . . . . . 53

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan. . . . . . . . 56

    3.2 Rekabentuk kajian. . . . . . . 57

    3.3 Kerangka konseptual kajian. . . . . . 58

    3.4 Tempat kajian . . . . . . . 60

    3.5 Sampel kajian. . . . . . . . 60

    3.6 Instrumen kajian. . . . . . . 61

    3.7 Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian. . 653.8 Kajian rintis . . . . . . . 66

    3.9 Prosuder kajian. . . . . . . 68

    3.10 Analisis data. . . . . . . . 70

    BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN

    4.1 Pengenalan . . . . . . . 71

    4.2 Maklumat demografi responden . . . . 72

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    8/140

    4.2.1 Umur responden. . . . . 72

    4.2.2 Jantina responden. . . . . 73

    4.2.3 Pengalaman bermain bola baling. . . 73

    4.2.4 Pengalaman dengan jurulatih . . . . 74

    4.2.5 Jangkaan responden sebelum bertanding. . 74

    4.3 Corak orientasi matlamat . . . . . 75

    4.3.1 Analisis corak orientasi matlamat. . . 75

    4.3.2 Perbezaan orientasi tugasan . . . . 77

    4.3.3 Perbezaan orientasi ego.. . . 78

    4.4 Keagresifan instrumental . . . . 79

    4.4.1 Kecenderungan pemain bola baling

    Daerah Kinta Dua melakukan keagresifan

    keagresifan instrumental. . . . 79

    4.4.2 Perkaitan diantara orientasi matlamat dan

    keagresifan instrumental. . . . 80

    4.4.3 Perbezaan kecenderungan keagresifan

    instrumental pemain bola baling

    Daerah Kinta Dua. . . . . 82

    4.4.4 Situasi yang mempengaruhi pemain bola baling

    Daerah Kinta Dua. . . . . 82

    4.4.5 Situasi yang mempengaruhi keagresifan

    instrumental pemain bola baling lelaki. . 84

    4.4.6 Situasi yang mempengaruhi keagresifan

    instrumental pemain bola baling perempuan. . 85

    4.4.7 Individu yang berpengaruh pemain bola balingDaerah Kinta Dua melakukan keagresifan. . 86

    4.4.8 Individu yang mempengaruhi pemain bola baling

    lelaki melakukan keagresifan instrumenta. . 87

    4.4.9 Individu yang mempengaruhi pemain bola baling

    perempuan melakukan keagresifan instrumental. 88

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    9/140

    BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan. . . . . . . . 89

    5.2 Perbincangan. . . . . . . . 90

    5.3 Rumusan. . . . . . . . 95

    5.4 Cadangan . . . . . . . 97

    5.5 Cadangan untuk kajian akan datang. . . . . 99

    5.6 Penutup . . . . . . . 100

    RUJUKAN . . . . . . . . . 101

    LAMPIRAN.

    1. Borang soal selidik. . . . . . . . 1172. Surat permohonan membuat kajian ke Jabatan Pelajaran Perak. . 1233. Surat kebenaran menjalani penyelidikan daripada Jabatan

    Pelajaran Perak. . . . . . . 124

    4. Suarat Kebenaran daripada Bahagian Perancangan danPenyelidikan Dasar pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. .. 125

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    10/140

    SENARAI JADUAL

    JADUAL HALAMAN

    4.1 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. . . . 68

    4.2 Taburan Responden Mengikut Umur. . . . 72

    4.3 Jantina Responden. . . . . . 73

    4.4 Pengalaman Responden Bermain Bola Baling. . . 73

    4.5 Pengalaman Responden Dengan Jurulatih. . . . 74

    4.6 Jangkaan Responden Sebelum Bertanding . . . 74

    4.7 Corak Orientasi Matlamat Pemain Bola Baling

    Daerah Kinta Dua. . . . . . . 76

    4.8 Corak Orientasi Matlamat Pemain

    Bola Baling Lelaki . . . . . . 76

    4.9 Corak Orientasi Matlamat Pemain

    Bola Baling Perempuan . . . . . 77

    4.10 Perbezaan Orientasi Tugasan Pemain Bola Baling

    Daerah Kinta Dua (Ujian-t). . . . . . 78

    4.11 Perbezaan Orientasi Ego Pemain Bola Baling

    Daerah Kinta Dua (Ujian t) . . . . 78

    4.12 Taburan Kecenderungan Keagresifan Instrumental

    Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua. . . . 79

    4.13 Skala Kekuatan Korelasi. . . . . . 80

    4.14 Kolerasi Matriks- Hubungan ( r ) Antara Orientasi

    Matlamat ( Tugasan dan Ego) Dengan Keagresifan

    Instrumental. . . . . . . . 81

    4.15 Perbezaan Kecenderungan Keagresifan Intrumental

    Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua (Ujian-t). . . 82

    4.16 Situasi Yang Mempeng Keagresifan Instrumental

    Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua. . . 83

    4.17 Situasi Yang Mempengaruhi Keagresif Instrumental Pemain

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    11/140

    Bola Baling Lelaki Daerah Kinta Dua. . . . 84

    4.18 Situasi Yang Mempengaruhi Keagresifan Instrumental

    Pemain Bola Baling Perempuan Daerah Kinta Dua . . 85

    4.19 Individu Yang Mempengaruhi Pemain Bola Baling

    Daerah Kinta Dua Melakukan Keagresifan Instrumental. . 86

    4.20 Individu Yang Mempengaruhi Keagresifan Instrumental

    Pemain Bola Baling Lelaki Di Daerah Kinta Dua. . 87

    4.21 Individu Yang Mempengaruhi Keagresifan Instrumental

    Pemain Bola Baling Perempuan Daerah Kinta Dua. . 88

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    12/140

    SENARAI RAJAH

    RAJAH HALAMAN

    2.1 Perspektif Keseluruhan Kerangka Teoritikal kajianorientasi matlamat dan kecenderungan keagresifan

    instrumental. . . . . . . . 38

    3.1 Kerangka konseptual peranan orientasi matlamat,

    kecenderungan keagresifan dan faktor-faktor kontektual. . 59

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    13/140

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    14/140

    1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 PengenalanMatlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan negara. Untuk membentuk insan yang kamil, penerimaan ilmu secara

    teori melalui kurikulum di sekolah tidak akan mantap tanpa pengamalan praktikal atau

    amali. Di sinilah letaknya peranan kokurikulum. Gerak kerja kokurikulum, yang

    membentuk keperibadian pelajar melalui berbagai aktiviti amali, dikelompokkan

    kepada tiga kumpulan, iaitu pasukan beruniform, persatuan atau kelab serta sukan dan

    permainan. (Shahril & Habib , 1999).

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    15/140

    2

    Sukan merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal.

    Aktiviti bersukan selalunya dikaitkan dengan konsep bersenam, bermain, beriadah dan

    bergembira. Tahap aktiviti fizikal pula boleh dikaitkan secara positif dengan

    peningkatkan tahap kesihatan mental (Stephens, 1988). Namun, terdapat juga

    beberapa tingkah laku negatif yang timbul, seperti keganasan dan keagresifan di

    dalam sukan. Perkara-perkara ini boleh menghalang seseorang daripada menikmati

    faedah bersukan. Persoalannya, apakah matlamat bersukan, sehingga boleh

    mengwujudkan keagresifan? Ganas atau keganasan didefinisikan sebagai suka

    menyerang, suka marah, bengis dan tidak bertimbang rasa. Sementara agresif adalah

    tingkah laku yang cenderung untuk menyerang (Kamus Dewan, 1989). Menurut

    Martens (1979), keganasan dan keagresifan adalah sama dan tahap keganasan dan

    keagresifan bergantung kepada ransangan yang diterima dan orientasi matlamat atlet

    melibatkan diri dalam sukan.

    Orientasi matlamat merupakan motif penglibatan seseorang atlet dalam bidang

    sukan. Menurut Roberts (1992), orientasi matlamat terbahagi kepada dua perspektif

    iaitu:

    i. Orientasi tugasan (Task Orientation)

    ii. Orientasi ego (Ego Orientation)

    Orientasi matlamat selalunya akan mempengaruhi tindakan atlet dalam permainan.

    Atlet yang beorientasikan tugasan biasanya akan menyandarkan kebolehan dan

    kepakaran sebagai kayu pengukur bagi kejayaan dan kegagalan. Bagi atlet yang

    berorientasikan ego pula, selalunya kejayaan dan kegagalan dinilai dengan

    membandingkan dengan kemampuan orang lain (Duda, 1998). Kajian tentang

    orientasi matlamat atlet adalah perlu bagi melihat motif perlibatan atlet dan kaitannya

    dengan keagresifan Instrumental.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    16/140

    3

    Ahli psikologi sukan mendefinisikan keagresifan sebagai apa sahaja bentuk

    tingkah laku yang bermatlamat untuk menyakiti atau mencederakan benda hidup yang

    lain, yang mana benda hidup tersebut mempunyai motivasi untuk mengelakkan diri

    mereka daripada disakiti atau dicederakan (Baron & Richardson, 1994). Istilah

    keagresifan ini boleh digunakan dalam banyak cara, sama ada di dalam sukan atau

    senaman. Menurut Gill (1986), istilah ini telah secara automatik menarik perhatian

    sekumpulan orang dan seterusnya akan menghasilkan penilaian positif atau negatif

    serta tindak balas emosi. Akan tetapi, kebanyakan keagresifan dalam situasi sukan

    bergantung kepada interpretasi sama ada negatif atau positif.

    Silva (1988) menganggap keagresifan sebagai tingkah laku yang berupa

    percakapan atau perlakuan fizikal yang boleh mencederakan individu lain. Cox (1998)

    bersetuju dengan Silva, tetapi menambah dengan keadaan semasa bersukan. Pendapat

    ini selari dengan pendapat Alderman (1974), yang mengatakan bahawa keagresifan

    mempunyai kaitan dengan bergaduh atau perlakuan ganas yang bertujuan untuk

    mencederakan lawan. Ianya tidak melibatkan sikap dan emosi individu. Kebiasaannya

    keagresifan dizahirkan melalui tingkah laku seseorang apabila dirangsang untuk

    melakukannya.

    Gill (1986) menggariskan empat kriteria yang menyebabkan berlakunya

    keagresifan. Pendapat ini disokong oleh Baron & Richardson (1994) di mana kriteria

    tersebut adalah:

    i. Perlakuan atau tingkah laku.Seorang pemain bola baling merempuh pemain lawan. Merempuh itu

    merupakan tingkah laku dan ianya dikira sebagai keagresifan.

    ii. Bermatlamat (mempunyai niat).

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    17/140

    4

    Jika seorang pemain bola baling mencederakan dagu lawan semasa

    melontar bola untuk menjaringkan gol, ini tidak dianggap sebagai

    keagresifan kerana dia tidak berniat untuk mencederakan lawannya.

    iii.Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikalatau psikologikal.

    Keagresifan secara fizikal adalah seperti menyiku, menumbuk, merempuh

    manakala secara psikologikal adalah seperti mengejek, mencela, memaki

    yang boleh menyakiti dan mengecilkan lawan.

    iv. Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diridaripada dicederakan.

    Contohnya jika pemain bola baling membaling bola ke dinding di dalam

    bilik persalinan kerana tidak puas hati, ini tidak dianggap sebagai

    keagresifan kerana tindakan ini tidak melibatkan benda hidup.

    Walau bagaimanapun, Wann (1997) berpendapat bahawa, keagresifan adalah

    satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal,

    verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri

    daripada dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada

    harta benda yang berpunca daripada kemarahan. Pendapat ini disokong oleh

    Shaharudin (2001), kerana ia mengambil kira kerosakan harta benda sebagai ciri

    keagresifan. Oleh itu, misalnya, jika seorang pemain hoki tidak berpuas hati terhadap

    pengadil dan telah memecahkan pintu bilik persalinan, ini dianggap satu tindakan

    keagresifan (Shaharudin, 2001).

    Buss (1961), membahagikan keagresifan kepada dua iaitu keagresifan ketara

    (Hostile / reaktif) dan keagresifan instrumental. Keagresifan ketara merujuk kepada

    keagresifan yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    18/140

    5

    individu lain (atau objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami

    kesakitan. Ganjarannya (kepuasan) pula melihat individu tersebut terseksa dengan

    kesakitan yang dialaminya (Silva, 1984). Ciri keagresifan ketara adalah, wujudnya

    perasaan marah atau dendam dan merancang atau berniat untuk menumbuk / menyiku

    / atau merempuh pemain lawan sehingga tercedera / menderita. Individu ini akan

    merasa puas (ganjaran) bila melihat pemain lawan menderita. Bagi individu ini,

    mereka tidak mementingkan keputusan pertandingan sebaliknya, apa yang penting

    bagi mereka adalah dapat merugikan lawan.

    Menurut Baron & Richardson (1994) pula, keagresifan adalah apa sahaja

    bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke

    atas benda hidup yang lain, dan bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada

    dicederakan. Keagresifan dibahagikan kepada dua jenis iaitu keagresifan ketara dan

    keagresifan instrumental. Keagresifan ketara merupakan tindakan agresif yang

    berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain

    serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan merasa

    puas melihat individu tersebut tersiksa.(Silva, 1984) Keagresifan instrumental pula

    adalah satu tingkah laku yang bertujuan untuk mencederakan lawan untuk

    memperolehi faedah yang lain (Silva, 1981). Keagresifan instrumental sering

    dilakukan oleh atlet, di mana seseorang atlet akan bertindak mencederakan lawan

    kerana dorongan untuk mengatasi kehebatan pihak lawan ataupun untuk mencapai

    kemenangan. Dalam kajian ini, penyelidik akan mengenalpasti kewujudan keagresifan

    instrumental dalam sukan bola baling, dan perkaitannnya dengan orientasi matlamat

    atlet.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    19/140

    6

    Keagresifan instrumental pula adalah tingkah laku agresif yang juga bertujuan

    (niat) untuk merugikan lawan (mendatangkan kecederaan), tetapi matlamatnya bukan

    untuk membuat mangsa menderita, sebaliknya adalah untuk mendapatkan kelebihan

    (faedah / ganjaran) lain seperti kemenangan dan sebagainya (Silva, 1980). Individu

    yang melakukan keagresfan instrumental melihat tindakan ini sebagai satu keperluan

    (instrumental) untuk mencapai matlamat yang diingini. Sebagai contoh, di dalam

    permainan bola baling, seorang pemain merempuh dengan kasar pemain lawan yang

    bahaya yang ingin melontar bola ke arah gol. Tindakan tersebut dilakukan bukan

    kerana pemain pertahanan tersebut marah atau benci terhadap lawannya, sebaliknya

    jika penyerang bahaya tersebut cedera maka peluang untuk pasukan lawan

    menjaringkan gol adalah tipis, seterusnya meningkatkan peluang pasukannya untuk

    menang. Bagi tujuan kajian ini, keagresifan instrumental dipilih kerana umum

    menganggap tindakan keagresifan remaja adalah untuk mendapat kelebihan seperti

    kemenangan.

    Terdapat satu lagi istilah yang menunjukkan tingkah laku agresif dalam sukan

    iaitu Tingkah laku Asertif (Assertive Behavior). Menurut Shaharudin (2001) tindakan

    asertif merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan

    (mengikut undang-undang permainan) untuk mencapai matlamat (kemenangan ).

    Jika berlaku kecederaan akibat tindakan asertif, ianya tidak dikira sebagai tindakan

    agresif kerana tindakan tersebut mengikut peraturan permainan dan tiada niat untuk

    mencederakan pemain lawan. Dalam konteks permainan pula, jika jurulatih

    mengarahkan pemainnya lebih agresif, ini bermaksud supaya bermain lebih keras

    tetapi tidak bermaksud untuk mencederakan lawan (Silva, 1980; Silva & Conroy,

    1995). Walau bagaimanapun, jika pemain tercedera akibat tindakan tersebut, ianya

    lebih merupakan insiden dalam permainan (Silva, 1980). Satu contoh permainan keras

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    20/140

    7

    di dalam permainan bola baling adalah pemain menolak tangan lawan semasa

    merebut bola. Tindakan tersebut dilakukan dengan bertujuan untuk mengelakkan

    pemain lawan daripada selesa dan untuk mengelakkannya daripada melakukan

    jaringan gol.

    Adalah amat sukar untuk menilai sesuatu perlakuan sebagai asertif atau agresif

    kerana ianya melibatkan niat atlet. Sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila

    mereka melakukan sesuatu tindakan dalam konteks permainan kerana ianya berlaku

    terlalu pantas, khususnya di dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran

    terbuka (open skill) (Shaharudin, 2001). Menurut Alderman (1974), penglibatan atlet

    di dalam sukan adalah berdasarkan kepada tahap pertama; iaitu perlakuan asas yang

    mendorong ke arah kecemerlangan. Tahap kedua pula ialah kebolehan atau bakat

    semulajadi seseorang dan tahap ketiga adalah mengenai kemahiran spesifik yang

    diperlukan semasa menjalankan tugas. Tahap-tahap ini akan merangkumi aspirasi

    pemain, pengiktirafan daripada semua pihak, kejayaan, kestabilan emosi, kompenan

    personaliti dan motivasi. Ciri-ciri ini yang akan merangsang naluri dan motivasi atlet

    ke arah tingkah laku agresif bagi merealisasikan matlamat masing-masing. Oleh itu

    pengadil permainan perlu memainkan peranan penting dalam mentafsir tindakan

    pemain agar setiap permainan bebas daripada keagresifan.

    Berkaitan dengan penjelasan di atas, kajian ini akan menjurus kepada situasi

    yang mendorong atlet melakukan keagresifan. Situasi tersebut adalah jika pihak lawan

    melakukakan keagresifan, tindakan atlet dijangkakan akan menaikkan semangat

    pasukan dan kedudukan seri dimana dengan tindakan keagresifan akan membantu

    menewaskan pihak lawan

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    21/140

    8

    Kajian tentang orientasi matlamat dan keagresifan instrumental dalam sukan

    bola baling akan memberikan gambaran yang jelas tentang permasalahan ini. Secara

    keseluruhannya, dapatan ini akan membantu pihak-pihak tertentu untuk memahami

    kaitan diantara orientasi matlamat dan keagresifan instrumental. Menurut Shaharudin

    (2001), satu perkara menarik yang dapat diperhatikan ialah terdapat sesetengah

    penggiat sukan yang mendidik serta menggalakkan para atlet agar menjadi lebih

    agresif sewaktu bersukan. Mereka berpendapat bahawa untuk berjaya di dalam sukan,

    atlet perlu bersikap dan bermain secara agresif. Untuk meninjau perkara ini dengan

    lebih mendalam, kajian ini akan melihat individu-individu dan persekitaran yang

    memberi pengaruh kepada keagresifan instrumental atlet.

    Media di Malaysia juga sering menyalahgunakan istilah agresif. Terdapat juga

    pihak media yang menyalahkan faktor kurang agresif sebagai penyebab kekalahan

    yang dialami oleh atlet di dalam permainan. Fakta ini haruslah diperbetulkan. Media,

    sebaliknya patut menggunakan istilah asertif untuk menggambarkan permainan yang

    lebih cergas dan lasak. Tindakan asertif merujuk kepada penggunaan perlakuan fizikal

    atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan ) untuk

    mencapai sesuatu matlamat ( kemenangan) (Shaharudin, 2001).

    Di dalam keghairahan penggiat sukan untuk mengecap kemenangan, faktor

    disiplin dan moral atlet haruslah diutamakan. Sukan patutlah dijadikan arena untuk

    membentuk disiplin dan moral atlet. Pendapat yang mengatakan bahawa keagresifan

    merupakan ramuan kejayaan sesuatu pasukan perlu dinilai semula supaya bersesuaian

    dan dapat diterima oleh masyarakat (Shaharudin, 2001). Apa gunanya kemenangan

    jika persembahan atlet dilihat tidak bermoral? Moral mempengaruhi cara manusia

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    22/140

    9

    berinteraksi antara satu sama lain, juga, bagaimana tingkahlaku mereka

    mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain (Iheoma, 1986).

    Isu disiplin dan moral tidak dapat dipisahkan daripada arena sukan tempatan

    dan antarabangsa. Oleh itu, penyelidik telah memilih untuk mengkaji orientasi

    matlamat dan kecenderungan keagresifan instrumental yang dipamirkan oleh pelajar-

    pelajar sekolah sewaktu pertandingan sukan. Satu kajian telah dijalankan ke atas

    pemain bola baling di dalam pertandingan peringkat Daerah Kinta Dua Perak dalam

    Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perak. Pasukan yang dipilih untuk

    kajian ini adalah pasukan yang telah berjaya memasuki peringkat suku akhir.

    Penyelidik juga mengkaji corak orientasi matlamat yang mempengaruhi keagresifan

    instrumental pelajar serta faktor individu dan situasi persekitaran yang mempengaruhi

    keagresifan.

    1.2 Latar Belakang KajianPenglibatan dalam sukan oleh kanak-kanak dan remaja biasanya mempunyai kaitan

    secara langsung dengan sistem persekolahan. Di peringkat sekolah, aktiviti sukan

    adalah wajib kerana ia perlu untuk meningkatkan pertunbuhan mental dan fizikal

    pelajar. Manakala, menurut psikologi perkembangan pula, bersukan dapat memenuhi

    keperluan pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja

    (Bergain dan Habusta, 2004). Menyedari bahawa sukan amat penting bagi

    pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak dan remaja, maka ia telah dijadikan

    sebagai salah satu komponen wajib di dalam kurikulum persekolahan di Malaysia.

    Di antara faedah perlaksanaan sukan di sekolah adalah:

    i. Melahirkan individu yang cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    23/140

    10

    ii. Memupuk disiplin, semangat bekerjasama, toleransi, kemahiranberinteraksi dan menghayati semangat kesukanan.di kalangan pelajar.

    iii. Melahirkan atlet yang berpotensi di dalam bidang sukan tertentu dan

    memberi mereka peluang untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

    iv. Mewujudkan pasukan yang mantap dan berkualiti di dalam permainan.

    v. Menyediakan atlet pelapis yang berpotensi untuk mewakili daerah, negeri

    dan negara.

    vi. Memenuhi masa lapang dengan aktiviti riadah yang berfaedah.

    Menyedari bahawa penglibatan pelajar di dalam aktiviti sukan memberi faedah

    yang banyak, maka pihak tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan

    bahawa pelbagai aktiviti sukan dapat dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun. Ini

    juga merupakan salah satu langkah untuk mencapai aspirasi negara agar menjadi

    cemerlang dan unggul dalam sukan di peringkat antarabangsa. Untuk itu, sekolah

    memainkan peranan yang penting bagi menyediakan aktiviti sukan yang terancang

    bagi kanak-kanak dan remaja di Malaysia

    Satu cara yang paling berkesan untuk mencungkil bakat di dalam bidang sukan

    di kalangan golongan muda di Malaysia ialah melalui pertandingan sukan yang

    diadakan sepanjang tahun. Bermula dengan sukan sekolah yang dianjurkan oleh pihak

    pentadbiran sekolah, hinggalah kepertandingan di peringkat daerah, negeri dan

    kebangsaan; pelajar yang berpotensi di dalam pelbagai acara sukan dan permainan

    akan bertanding dan mempersembahkan bakat mereka. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

    Malaysia (MSSM) telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, menganjur dan

    memantau perkembangan pertandingan sukan di peringkat sekolah. Tanggungjawab

    ini dipikul bersama oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan

    Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dan pengurus sukan disetiap sekolah.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    24/140

    11

    Kejayaan di dalam sukan di peringkat MSSM, kadangkala tidak berakhir di

    situ sahaja. Bagi atlet sekolah yang cemerlang, mereka biasanya mensasarkan untuk

    beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA). Kejohanan sukan ini, merupakan pertandingan

    sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan

    Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis

    Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia. Ramai atlet

    yang mengimpikan untuk beraksi di SUKMA, kerana kejohanan sukan ini merupakan

    salah satu tempat penemuan dan pemilihan atlet bagi mewakili negeri atau negara.

    Tambahan pula, kini orang ramai telah sedar bahawa sukan memberi peluang kerjaya

    yang menjanjikan masa depan yang baik.

    Walaubagaimana pun, kebanyakkan potensi atlet bermula di sekolah. Di

    sekolah, pihak pengurusan sukan akan menganjurkan pelbagai pertandingan sukan

    untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dan mengembangkan

    bakat. Pelajar yang terbaik di peringkat sekolah akan dipilih untuk mewakili sekolah

    ke peringkat daerah. Pertandingan sukan diperingkat daerah amat mencabar kerana

    pelajar akan bertanding mewakili sekolah dan memikul cabaran untuk menjulang

    nama sekolah. Setiap pasukan akan bersaing dengan matlamat untuk menang.

    Kemenangan menjanjikan ganjaran seperti hadiah, sijil dan peluang mewakili daerah

    ke peringkat negeri.

    Pertandingan di peringkat daerah merupakan langkah pertama untuk menuju

    kejayaan yang lebih besar. Situasi ini akan memberi tekanan kepada pemain atau atlet.

    Tekanan akan menjadi lebih tinggi jika mereka layak ke peringkat suku akhir

    pertandingan kerana di peringkat suku akhir, pertandingan dijalankan secara kalah

    mati. Menurut Wall & Gruber (1986), tahap kebimbangan atlet tinggi di dalam

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    25/140

    12

    permainan yang sukar. Kebimbangan akan kalah, di dalam pertandingan kalah mati,

    boleh menyebabkan pemain bertindak untuk bermain secara agresif.

    Untuk mencapai kejayaan di dalam pertandingan, latihan amat penting.

    Jurulatih memainkan peranan penting dalam menyediakan program latihan untuk

    membentuk pasukan yang mantap bagi mencapai kejayaan. Keinginan untuk

    mencapai kejayaan di dalam pertandingan akan memberi dorongan dan motivasi

    kepada pemain. Menurut Singer (1975), motivasi adalah daya yang mendorong

    seseorang untuk mencapai matlamat seterusnya berusaha untuk terus mencapai

    kejayaan yang lebih cemerlang. Namun begitu, atlet yang selalu berfikir bahawa

    kemenangan adalah lebih utama daripada memberi persembahan atau corak permainan

    yang berkualiti akan mudah bertindak agresif (Cox, 1994).

    Atlet remaja selalunya amat rapat dengan jurulatih pasukan mereka. Jurulatih

    merupakan orang yang mampu mempengaruhi tingkahlaku atlet. Selain daripada

    jurulatih, rakan sepasukan, rakan karib dan ibu bapa juga boleh mempengaruhi

    tingkahlaku atlet terutamanya di dalam pertandingan. (Shaharudin, 1998). Selain

    daripada pengaruh individu, situasi juga boleh mempengaruhi tingkahlaku atlet. Di

    antara situasi tersebut adalah kedudukan seri, kelemahan pengadilan dan tindakan

    pihak lawan (Shaharudin, 1998).

    Dalam kajian psikologi sukan, terdapat dua orientasi matlamat atlet iaitu

    orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego. Orientasi tugasan merujuk

    kepada atlet yang cenderung untuk mementingkan mutu persembahan berbanding

    dengan keputusan pertandingan (Cox, 1998). Bagi atlet yang berorientasi ego pula,

    penyertaan mereka dalam pertandingan lebih mementingkan kemenangan dan tidak

    memberi perhatian kepada kualiti persembahan Oleh itu, jurulatih diharapkan dapat

    mengenalpasti orientasi matlamat atlet dalam perancangan program latihan mereka

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    26/140

    13

    supaya matlamat akhir untuk memperolehi kejayaan dan meningkatkan mutu sukan

    tercapai.

    Berdasarkan perbincangan di atas, penyertaan pasukan dalam pertandingan

    peringkat daerah terdedah kepada keagresifan terutama di dalam sukan kontak. Bola

    baling merupakan salah satu sukan kontak. Walaupun sukan bola baling masih kurang

    popular di Malaysia, namun jika pelajar didedahkan dengan permainan yang selamat

    dan menarik, ini akan meningkatkan populariti sukan bola baling di kalangan rakyat

    negara ini.

    1.3 Penyataan MasalahKeagresifan dalam sukan memang sudah sinonim dengan sukan kontak. Bola baling

    adalah salah satu sukan kontak yang sering memperlihatkan aksi agresif semasa

    pertandingan, terutamanya dalam situasi menjaringkan gol. Pasukan bola baling

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga mempunyai sejarah keagresifan dalam

    pertandingan yang pernah mereka sertai. Menurut beberapa pemain yang ditemubual,

    keagresifan sering berlaku sepanjang mereka menyertai pertandingan. Antara contoh

    yang diberi:

    i.

    Kejohanan Terbuka Malaysia 2003, pergaduhan terjadi diantara pasukan

    UPSI dengan Pasukan Perlis yang bermula dengan tindakan keagresifan

    pemain semasa pertandingan yang kemudiannya melarat sehingga

    melibatkan pemain simpanan dan penyokong masing-masing.

    ii. Kejohanan MASUM 2004 di UUM, pergaduhan terjadi diantara pasukanUPSI dengan KUITHO bermula dengan keagresifan pemain.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    27/140

    14

    iii.Terbuka UIA 2004, pertelingkahan kecil berlaku diantara pasukan UPSIdengan UKM yang disebabkan oleh keagresifan pemain.

    Apa yang menarik, menurut mereka lagi, keagresifan sudah dianggap sebagai perkara

    yang biasa berlaku dalam setiap pertandingan.

    Pemain perempuan bola baling UPSI juga mengalami masalah keagresifan

    dalam pertandingan yang mereka pernah sertai. Mereka juga mengakui pernah

    melakukan keagresifan kerana pihak lawan juga melakukan perkara yang sama.

    Keagresifan dalam sukan bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan fizikal,

    malahan akan mengakibatkan tekanan mental kepada atlet. Kesan psikologi daripada

    keagresifan berkait rapat dengan kemerosotan prestasi atlet, kerana menurut

    Shaharudin (2001), individu yang terlalu agresif akan mempunyai tumpuan yang

    semakin kecil yang akan mengakibatkan kehilangan beberapa kiu penting dan sering

    melakukan kesilapan.

    Keagresifan instrumental yang dilakukan dalam permainan bola baling juga

    boleh dikaitkan dengan orientasi matlamat seseorang itu sama ada berorientasikan

    tugasan ataupun berorientasikan ego. Pemain yang berorientasikan tugasan akan

    berusaha gigih sepanjang perlawanan (Nicholls, 1989), manakala pemain yang

    berorientasikan ego lebih menumpukan kepada pencapaian dan menewaskan lawan

    (Cox, 1998). Kaitan di antara orientasi matlamat dan keagresifan mendapati pemain

    yang berorientasikan ego lebih cenderung melakukan keagresifan (Nicholls, 1989).

    Penggiat sukan bola baling sering mengabaikan corak orientasi matlamat atlet. Mereka

    selalu menekankan tujuan yang satu di dalam permainan iaitu untuk mencapai

    kemenangan. Sepatutnya corak orientasi matlamat pemain perlu dikenalpasti dahulu

    oleh jurulatih kerana pemain yang berorientasi ego dan pemain yang berorientasi

    matlamat mempunyai cara yang berbeza dalam mencapai matlamat semasa

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    28/140

    15

    bertanding. Perbezaan ini, jika tidk ditangani dengan baik boleh mewujudkan sebuah

    pasukan yang kurang mantap. Pasukan yang tidak mantap berkait rapat dengan

    tekanan, kebimbangan dan perasaan bersalah. Kekecewaan pemain akhirnya akan

    menjadi faktor emosi yang kuat yang membawa kepada keagresifan (Berkowitz,

    1962).

    Di dalam permainan bola baling, situasi permainan dikatakan mempengaruhi

    pemain untuk melakukan keagresifan instrumental. Ada beberapa situasi yang

    mendorong pemain untuk bertindak agresif kerana merasakan situasi tersebut memberi

    tekanan seperti kedudukan mata tertinggal atau seri, permainan kalah mati, permainan

    penting, keputusan pengadil yang diragui dan lain-lain lagi. Adalah dipercayai bahawa

    pemain akan membuat keputusan untuk melakukan keagresifan demi menaikkan

    semangat pasukan, untuk memberi kelebihan kepada pasukan sendiri dan untuk

    mendapat keadilan. Umumnya, rata-rata pemain bola baling juga berpendapat bahawa

    pengadil mesti memainkan peranan untuk mengawal keagresifan dalam pertandingan.

    Adalah dipercayai bahawa pemain akan membuat keputusan untuk melakukan

    keagresifan demi mendapatkan keadilan jika keptusan pengadil diragui.

    Keagresifan instrumental pemain bola baling berkait rapat dengan dorongan

    dan pengaruh individu tertentu yang memberi kesan kepada pemain. Antara individu

    yang dipercayai memainkan peranan penting kepada pemain adalah sahabat karib,

    pemain popular, ketua pasukan, pemain terbaik, jurulatih/ guru penasihat dan ibu bapa

    pemain. Dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2003, pengaruh jurulatih, pemain

    simpanan dan penyokong pasukan bola baling UPSI dan Perlis, menyebabkan

    keagresifan pemain semakin tidak dapat dikawal. Pemain simpanan juga membaling

    botol minuman kepada pemain simpanan lawan. Kata-kata dan aksi jurulatih dan

    pemain simpanan ini menyemarakan lagi keagresifan pemain, seolah-olah tindakan

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    29/140

    16

    mereka direstui. Keadaan yang sebegini sudah tentu tidak akan meningkatkan mutu

    bola baling dan lebih memalukan lagi dilakukan oleh pelajar dari institut pengajian

    tinggi.

    Kesimpulannya, keagresifan akan mendatangkan keburukan kepada pemain

    bola baling. Mereka mungkin akan mendapat kecederaan yang boleh mengakibatkan

    kecacatan fizikal ataupun hilang minat untuk melibatkan diri dalam permainan bola

    baling. Keagresifan pemain bola baling perlu disekat diperingkat awal penyertaan

    mereka Kelalaian penggiat sukan diperingkat sekolah akan menyebabkan tingkahlaku

    ini sukar untuk dibendung diperingkat dewasa. Masalah ini merupakan salah satu isu

    yang boleh menyekat peningkatan mutu permainan bola baling.

    1.4 Objektif KajianPermainan bola baling merupakan salah satu sukan yang sinonim dengan tingkah laku

    keagresifan. Sehubungan dengan itu, kajian orientasi matlamat dan kecenderungan

    keagresifan instrumental di kalangan pemain bola baling Daerah Kinta Dua telah

    dirangka dan dijalankan bagi tujuan mencapai objektif berikut:

    i. Mengenalpasti corak orientasi matlamat pemain lelaki dan perempuandalam sukan bola baling.

    ii. Mengenalpasti kecenderungan keagresifan instrumental pemain bola balinglelaki dan perempuan

    iii.Mengenalpasti perkaitan antara orientasi matlamat dengan keagresifaninstrumental.

    iv. Mengenalpasti faktor individu dan situasi yang mendorong pemain bolabaling untuk melakukan keagresifan instrumental di dalam permainan

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    30/140

    17

    1.5 Persoalan KajianBerdasarkan kepada permasalahan dan objektif kajian, penyelidikan dijalankan

    bertujuan untuk memberi jawapan kepada persoalan berikut:

    i. Apakah corak orientasi matlamat pemain bola baling MSS Daerah KintaDua?

    ii. Adakah terdapat perbezaan corak orientasi matlamat di antara pemain bolabaling lelaki dan perempuan MSS Daerah Kinta Dua ?

    iii.Adakah terdapat kecenderungan pemain bola baling MSS Daerah KintaDua untuk melakukan keagresifan instrumental ?

    iv. Adakah terdapat perkaitan di antara orientasi matlamat pemain bola balingMSS Daerah Kinta Dua dengan cenderung untuk melakukan keagresifan

    instrumental ?

    v. Adakah terdapat perbezaan kecenderungan keagresifan pemain bola balingMSS Daerah Kinta Dua ?

    vi. Apakah situasi yang merangsang pemain bola baling MSS Daerah KintaDua bertindak secara agresif semasa pertandingan?

    vii.Apakah situasi yang merangsang pemain bola baling lelaki MSS DaerahKinta Dua untuk bertindak secara agresif semasa pertandingan?

    viii.

    Apakah situasi yang merangsang pemain bola baling perempuan

    MSS Daerah Kinta Dua untuk bertindak secara agresif semasa

    pertandingan?

    ix. Siapakah yang mempengaruhi pemain bola baling MSS Daerah Kinta Duasemasa pertandingan ?

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    31/140

    18

    x. Siapakah yang mempengaruhi pemain bola baling lelaki MSS DaerahKinta Dua untuk melakukan keagresifan instrumental semasa

    pertandingan ?

    xi. Siapakah individu yang akan mempengaruhi pemain bola balingperempuan MSS Daerah Kinta Dua untuk melakukan keagresifan

    instrumental semasa permainan ?

    1.6 Batasan KajianKajian ini mempunyai beberapa limitasi seperti berikut:

    i. Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal selidikadalah di luar kawalan penyelidik.

    ii. Walaupun telah diberi arahan yang jelas dalam borang soal selidik danmasa responden menjawab soal selidik, prosedur mengumpul data

    mungkin mempengaruhi hasil kajian.

    iii.Hasil kajian ini tidak boleh menggambarkan pasukan-pasukan daerah lainyang bertanding di dalam pertandingan bola baling peringkat MSSP kerana

    respondennya hanya terdiri daripada pemain pasukan sekolah di Daerah

    Kinta Dua sahaja.

    iv. Kajian tentang keagresifan di dalam sukan, terutama tentang keagresifaninstrumental bola baling amat kurang, oleh itu kebanyakan rujukan yang

    mengaitkan dapatan kajian adalah daripada pengkaji barat.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    32/140

    19

    1.7 Definisi OperasionalBerikut adalah beberapa istilah yang digunakan di dalam kajian ini:

    Keagresifan

    Keagresifan merujuk kepada tingkah laku yang berupa percakapan atau perlakuan

    fizikal yang boleh mencederakan individu lain secara psikologikal atau fizikal (Silva,

    1981).

    Keagresifan Instrumental

    Tingkah laku yang bertujuan untuk mencederakan lawan bagi memperolehi faedah-

    faedah lain (Silva, 1981). Selalunya atlet melakukan keagresifan instrumental kerana

    dorongan untuk mendapat kemenangan.

    Orientasi Matlamat

    Orientasi matlamat merujuk kepada bagaimana individu itu mendefinisikan

    kejayaannya (Hardy, Jones & Gould, 1996) dan keinginan individu untuk mencapai

    matlamat sendiri(Cox, 1994; Duda, 1992; Nicholls, 1989)

    Orientasi Ego

    Orientasi ego merujuk kepada individu yang beranggapan bahawa kejayaan adalah

    tertumpu kepada mengalahkan individu lain atau melakukan kemahiran yang sama

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    33/140

    20

    dengan usaha yang kurang (Nicholls, 1989). Individu seperti ini sering merasakan

    dirinya telah berjaya sekiranya dapat mengalahkan individu lain dengan usaha yang

    minima.

    OrientasiTugasan

    Orientasi tugasan merujuk kepada individu yang beranggapan bahawa ia telah berjaya

    apabila dapat meningkat dan memperbaiki kemahiran sendiri (Nicholls, 1989).

    Individu yang berorientasi tugasan sering menumpukan kepada penguasaan kemahiran

    dan kebolehan diri sendiri tanpa membandingkan dengan individu lain.

    Pemain-pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua

    Pemain-pemain bola baling sekolah-sekolah daerah Ipoh berumur bawah 18 tahun dan

    bertanding dalam pertandingan bola baling MSS daerah Kinta Dua.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    34/140

    21

    BAB 2

    SOROTAN LITERATUR

    2.1 PengenalanKempen hidup sihat dikalangan penduduk Malaysia mendapat respon yang baik.

    Kesedaran untuk bersukan menyebabkan banyak pusat sukan tumbuh seperti

    cendawan, terutamanya di bandar. Selain daripada memperolehi kesihatan fizikal,

    bersukan juga, dianggap sebagai salah satu aktiviti, yang jika dilakukan secara

    konsisten, mampu mencapai kesan psikologi yang positif (Shaharudin, 2001). Ini

    adalah kerana senaman didapati berkesan dalam mengurangkan kebimbangan somatik,

    menghasilkan ketenangan (Bahrke & Morgan, 1978; Morgan 1987) dan

    mengurangkan perasaan yang negatif serta meningkatkan perasaan yang positif

    (Berger, Owen & Frantisek, 1993).

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    35/140

    22

    Namun begitu, keagresifan dalam sukan merupakan penghalang kepada atlet

    untuk menikmati kesan positif daripada bersukan. Kajian mendapati bahawa

    keagresifan adalah salah satu tindakan yang mungkin dilakukan akibat daripada

    kekecewaan atau pun tekanan (Dollard, Doob, Miller, Mowrer & Sear, 1939).

    Kejadian keagresifan yang semakin meningkat telah menarik minat para pengkaji

    bidang psikologi sukan untuk menerokai permasalahan ini.

    Keagresifan dalam sukan sering dikaitkan dengan corak orientasi matlamat

    atlet. Menurut White & Duda (1994), atlet lelaki lebih berorientasikan ego dan

    orientasi ego berkait rapat dengan keagresifan. Penyelidikan tentang corak orientasi

    matlamat dan keagresifan instrumental di kalangan atlet remaja Malaysia sangat

    sedikit dijalankan, terutama di dalam sukan bola baling. Ini adalah kerana permainan

    ini kurang popular di negara ini, berbanding dengan permainan lain seperti bola sepak.

    Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui corak orientasi matlamat, situasi dan

    individu, yang mempengaruhi atlet remaja untuk melakukan keagresifan instrumental

    dalam permainan bola baling.

    Bagi melengkapkan penyelidikan ini, teori yang berhubungkait dengan

    tingkahlaku dalam kegiatan sukan akan dibincangkan. Bab ini akan membincangkan

    aspek yang berkaitan dengan motivasi, teori motivasi, orientasi matlamat, keagresifan,

    teori keagresifan dan kajian berkaitan.

    2.2 MotivasiMotivasi merupakan daya penggerak kepada tingkahlaku yang dipengaruhi oleh

    keperluan, desakan dan keazaman ke arah pencapaian sesuatu objektif. Motivasi

    berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermaksud to move atau

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    36/140

    23

    menggerak. Dari perspektif psikologi, motivasi dimaksudkan sebagai daya atau

    tenaga penggerak yang mengwujudkan suatu tingkahlaku. Menurut ahli psikologi,

    konsep motivasi mencakupi faktor biologi dan sosial yang memberhenti, mengekal

    dan menggerakkan sesuatu tindakan ke arah matlamat tertentu. Menurut Howe (1988),

    motivasi merupakan konsep yang abstrak iaitu dorongan spesifik terhadap

    tingkahlaku; yang dipengaruhi oleh aspek psikologi dan biologi individu serta

    sosiobudaya.

    Kebanyakan definisi motivasi yang dikemukakan oleh ahli psikologi sukan

    merangkumi elemen kebangkitan tingkahlaku, arah dan intensiti usaha. Salah seorang

    diantaranya ialah Alderman (1974), yang mendefinisikan motivasi sebagai

    tingkahlaku seseorang berkecenderungan ke arah pilihannya yang dikawal oleh

    kecenderungan tingkahlaku berterusan sehingga tercapai matlamat. Menurut Davies

    (1989), motivasi adalah tindakan kebangkitan kepada arah tujuan dan tidak

    semestinya memberi kesan. Beliau melihat dari skop dorongan melakukan tindakan

    tanpa mementingkan tujuan sama ada tercapai atau tidak. Wann (1997) pula

    berpendapat, motivasi adalah sebagai satu proses kebangkitan dalam diri individu

    yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini. Baginya,

    motivasi dilihat dari aspek dorongan dalam diri untuk menceburi sesuatu jenis sukan

    dan mengekalkannya.

    Sage (1977) dan Gill (1986) menjelaskan bahawa, motivasi merujuk kepada

    arah dan intensiti usaha seseorang. Manakala menurut Shaharudin (2001), motivasi

    merupakan daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan individu.

    Arah merujuk kepada tindakan individu menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi,

    manakala intensif usaha pula dilihat sebagai sejauh mana komitmen yang diberikan

    kepada tindakan menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    37/140

    24

    Motivasi boleh diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Atlet

    akan memperlihatkan sama ada dirinya bermotivasi intrinsik (melibatkan diri dalam

    sukan bertujuan untuk keseronokan) atau ekstrinsik (melibatkan diri dalam sukan

    bertujuan untuk meraih hadiah) melalui kehadiran dan kesetiaan di dalam sesuatu

    sukan / permainan. (Ryan, Frederick, Lepes & Sheldon, 1997).

    Dalam kajian ini, motivasi dirujuk kepada tindakan individu samada untuk

    menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi yang menyebabkan keagresifan.

    Contohnya seseorang pemain bola baling itu akan melakukan keagresifan bila melihat

    pemain lain melakukan tindakan yang sama terhadap dirinya atau pemain pasukannya.

    2.3 Motivasi Intrinsik dan EkstrinsikMotivasi adalah gabungan dua sumber, iaitu sumber dalaman diri seseorang (intrinsik)

    ataupun sumber luaran (ekstrinsik). Individu yang mempunyai motivasi intrinsik

    memperlihatkan usaha dan keazaman yang tinggi untuk menjadi lebih cekap serta

    mahir di dalam tugasan bagi mencapai matlamat. Oleh itu ia mempunyai kualiti

    keterampilan, keazaman, kemahiran dan kesungguhan yang tinggi. Penglibatan mereka

    bukan berasaskan untuk mendapat ganjaran kebendaan, pujian atau pengiktirafan.

    Motivasi intrinsik boleh dijelaskan dalam tiga aspek iaitu yang menjurus kepada

    mencari pengetahuan, meningkatkan pencapaian dan menambah pengalaman.

    Bagi atlet bermotivasi intrinsik mempelajari sesuatu kemahiran baru disebabkan

    oleh keinginan dalamannya untuk menguasai kemahiran sebagai cara penyempurnaan

    tugasan. Misalannya, dalam permainan bola baling, pemain pertahanan mempelajari

    strategi baru bagi tujuan menggagalkan penyerang memasuki kawasan serangan.

    Motivasi intrinsik yang menjurus kepada pencapaian tugasan, berkaitan dengan

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    38/140

    25

    keinginan atlet dalam menguasai kemahiran tertentu dan ia akan berpuashati apabila

    mencapai sasaran peribadinya. Contohnya, atlet acara pecut akan berpuas hati apabila

    berjaya mencatat masa 10 saat dalam acara 100 meter kerana telah mencapai masa

    sasarannya. Motivasi intrinsik yang menjurus kepada menambah pengalaman pula

    dapat diperolehi semasa penglibatan sukan. Contohnya, pemain berasa gembira apabila

    pasukannya berjaya menjaringkan gol di dalam pertandingan bola baling.

    Berbeza dengan motivasi ekstrinsik, ia merujuk kepada motivasi yang

    digerakkan oleh sumber luaran, melalui pengukuhan kepada tingkahlaku sama ada yang

    positif atau negatif. Pengukuhan adalah aspek yang boleh meningkatkan atau

    mengurangkan kemungkinan sesetengah tingkahlaku berulang. Pengukuhan biasanya

    berbentuk ganjaran material dan bukan material. Ganjaran material yang kerap

    digunakan di dalam sukan adalah trofi, medal dan wang. Ganjaran bukan material pula

    adalah pujian dan pengiktirafan.

    Isu yang sering diperbincangkan oleh ahli psikologi adalah kesan motivasi

    intrinsik dan ekstrinsik terhadap penglibatan atlet. Motivasi ekstrinsik dikatakan tidak

    akan kekal lama dan semakin menurun nilainya berbanding dengan motivasi intrinsik.

    Menurut Martens (1987), trofi, medal, wang dan segala bentuk ganjaran ekstrinsik

    mudah hilang kuasa ganjaran dengan cepat, berbanding ganjaran intrinsik seperti

    kecekapan dan kepuasan. Bagi Ryan dan rakan (1997), apabila atlet memulakan

    penglibatan dalam sukan tertentu, mereka sebenarnya dimotivasikan oleh kedua-dua

    faktor iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa motivasi

    intrinsik dan ekstrinsik penting di dalam sukan kerana kedua-duanya mempunyai

    pengaruh terhadap sebarang tindakan atlet. Oleh itu perlulah kita meneliti teori-teori

    motivasi sebagai asas kajian orientasi matlamat dan keagresifan instrumental atlet.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    39/140

    26

    Dalam kajian ini, kita akan melihat pengaruhi motivasi intrinsik dan ekstrinsik

    terhadap keagresifan. Pemain bola baling yang bermotifkan kemenangan sebagai

    ganjaran akan mudah melakukan apa sahaja termasulah keagresifan untuk mendapatkan

    kemenangan. Contoh motivasi ekstrinsik dalam kajian ini adalah tindakan yang

    dilakukan mendapat sokongan dan pujian rakan manakala contoh motivasi instrinsik,

    apabila tindakan yang dilakukan oleh atlet akan memberi kemenangan kepada pasukan.

    2.4. Teori motivasi

    2.4.1 Motivasi Pencapaiandalam sukan bola baling

    Motivasi pencapaian merupakan kecenderungan seseorang atlet sama ada untuk

    mendekati atau mengelakkan diri daripada situasi yang kompetetif atau yang

    berasaskan pencapaian (Shaharudin, 2001). Teori motivasi pencapaian yang popular

    ialah Model McClelland dan Atkinson. Menerusi model ini, motivasi pencapaian

    terbentuk disebabkan oleh dua konstruk, iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan

    untuk menghindari kegagalan (Shaharudin, 2001). Berdasarkan model ini, keinginan

    atlet sama ada untuk terlibat atau tidak di dalam sesuatu jenis sukan adalah berdasarkan

    kepada dua konstruk tersebut. Seseorang atlet itu akan melibatkan diri di dalam sukan

    sekiranya ia berkeyakinan akan mendapat kejayaan. Sebaliknya atlet tersebut pula akan

    menghindarkan diri jika ia merasakan akan menghadapi kegagalan. Walau

    bagaimanapun, Model McClelland dan Atkinson dianggap kurang lengkap kerana tidak

    memasukkan elemen ekstrinsik. Oleh itu, para penyelidik psikologi sukan kini telah

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    40/140

    27

    berubah kepada perspektif kognitif. Perspektif kognitif mengutarakan konsep

    keyakinan diri.

    Keyakinan diri akan membantu atlet untuk terus menyertai sesuatu aktiviti

    sukan walaupun motif untuk mencapai kejayaan atlet tersebut rendah. Pengaruh luaran

    seperti hadiah dan kata-kata pujian atau anugerah mempengaruhi atlet tersebut

    (Shaharudin, 2001).

    Dalam kajian ini, keagresifan instrumental juga dikaitkan dengan pengaruh

    luaran. Contohnya, pemain bola baling mungkin akan melakukan keagresfan jika

    mendapat pujian daripada rakan-rakan dan jurulatih.

    2.4.2 Motivasi Keyakinan Diri

    Motivasi keyakinan diri terdiri daripada empat model iaitu; (i) Teori Self-Efficacy

    Bandura, (ii) Teori Motivasi Kecekapan Harter, (iii) Model Keyakinan Sukan Spesifik

    Vealy, dan (iv) Teori Persepsi Kebolehan Nicholls. Perbincangan ini akan

    memfokuskan Teori Persepsi Kebolehan Nicholls kerana ianya banyak berkaitan

    dengan orientasi matlamat atlet.

    Teori Self-Efficacy adalah berkaitan dengan keyakinan dan kemampuan

    melaksanakan tugas dengan cemerlang. Menurut Bandura (1982), di dalam situasi yang

    kompetetif, semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu

    tersebut serta semakin menurun kebangkitan emosinya. Teori ini menjelaskan bahawa

    self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap

    (Bandura,1986). Kecekapan dan prestasi yang mantap ini boleh meningkatkan

    keyakinan atlet. Atlet yang bimbang dengan kekalahan atau di dalam pertandingan

    sukar mendorong kepada keagresifan.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    41/140

    28

    Teori Motivasi Kecekapan Harter menjelaskan tentang pencapaian yang

    berdasarkan pada aspek kecekapan diri atlet (Harter 1978). Atlet yang yakin bahawa

    dirinya mempunyai kecekapan untuk melaksanakan sesuatu tugasan, lazimnya akan

    menghampiri situasi tersebut, manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang

    diperlukan akan menjauhi atau mengelakkan diri. Setiap atlet mempunyai keinginan

    serta motivasi untuk menonjolkan kecekapan di dalam perkara yang melibatkan

    pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, atlet akan berusaha untuk menguasai

    kemahiran di dalam sukan yang diceburi. Atlet yang bermotivasi tinggi sering dikaitkan

    dengan orientasi tugasan. Individu yang tingkahlakunya sangat berpandukan matlamat,

    cenderung untuk melakukan keagresifan kerana menurut Lefebvre, Leith & Bredemeir

    (1980), matlamat individu ini adalah untuk mencapai kejayaan.

    Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey pula cuba menjelaskan fenomena

    motivasi pencapaian dan keyakinan diri di dalam bidang sukan dengan merujuk kepada

    sukan secara spesifik. Keyakinan sukan didefinisikan sebagai keyakinan seseorang

    tentang kemampuannya untuk berjaya di dalam sukan (Vealey, Hayashi, Garner-Holmen

    & Giacobbi, 1998). Keyakinan atlet boleh digunakan untuk menjangka prestasi dan

    perlakuan. Perlakuan akan menzahirkan persepsi yang subjektif seperti kepuasan

    bermain, persepsi terhadap keputusan pertandingan dan sebab-sebab kemenangan atau

    kekalahan. Persepsi terhadap pasukan lawan, pengadil atau keputusan pertandingan

    yang negatif sering mengundang atlet untuk melakukan keagresifan.

    Teori Persepsi Kebolehan Nicholls pula melihat motivasi pencapaian

    berdasarkan perkembangan manusia. Nicholls mengambil konsep teori pencapaian oleh

    Maehr dan Nicholls (1980), iaitu mengambil kira interaksi antara orientasi matlamat

    serta melihat kebolehan dan kesukaran tugasan. Teori Persepsi Kebolehan Nicholls

    menjurus kea rah menjelaskan bahawa individu yang berorientasikan ego dan tinggi

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    42/140

    29

    persepsi terhadap kemahiran fizikal akan menzahirkan tahap usaha yang tinggi di dalam

    sukan, manakala individu yang berpersepsi rendah terhadap kebolehan akan menarik

    diri daripada sukan (Duda, 1987 ; 1992). Konsep kebolehan, kesukaran tugas dan

    usaha, berbeza bagi setiap individu kerana ianya bergantung kepada kematangan

    kognitif, kecenderungan dan faktor persekitaran (Duda, 1987).

    Menurut Nicholls (1984) dan Duda (1987), motivasi pencapaian boleh dilihat

    berdasarkan kepada pembentukan persepsi kanak-kanak terhadap kebolehan diri

    mereka. Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi

    atau pengalaman lepas pada tahap umur diantara 2 hingga 6 tahun. Kanak-kanak akan

    gigih dan bersungguh-sungguh untuk melakukan tugasan untuk memahirkan diri. Pada

    tahap inilah kanak-kanak tersebut boleh diklasifikasikan sebagai berorientasikan

    tugasan (Duda, 1987).

    Pada tahap umur 6 tahun ke atas, kanak-kanak mula melihat kemampuan diri

    menerusi perbandingan diri sendiri dengan rakan. Sekiranya ia berkemampuan untuk

    mengatasi rakan di dalam melaksanakan tugasan bermakna kebolehannya lebih baik

    daripada rakannya. Pada tahap ini kanak-kanak tersebut diklasifikasikan sebagai

    berorientasikan ego, iaitu menilai prestasi berdasarkan perbandingan dengan orang lain.

    Manakala ditahap umur sekitar 11 atau 12 tahun pula, kanak-kanak mungkin beroperasi

    secara orientasi tugasan atau orientasi ego bergantung kepada situasi yang dihadapi

    (Shaharudin, 2001).

    Dalam kajian ini, motivasi merupakan satu ransangan terhadap keperluan yang

    mendorong atlet melibatkan diri dalam sukan bagi memenuhi kepuasan mereka dari

    aspek biologikal ataupun psikologikal. Oleh itu, kajian tentang orientasi matlamat

    pemain bola baling Daerah Kinta Dua akan melihat corak matlamat mereka menyertai

    pertandingan. Perbezaan matlamat mereka (tugasan dan ego) dipengaruhi oleh latar

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    43/140

    30

    belakang pendidikan, sosio-ekonomi, budaya dan persekitaran selain daripada pengaruh

    baka dan keturunan. Pengaruh ektrinsik dan instrinsik inilah dijangkakan akan

    mendorong pemain bola baling melakukan keagresifan.

    2.5. Orientasi Matlamat

    Teori Motivasi Pencapaian Nicholls (1989) menjelaskan bahawa, setiap individu tidak

    sama dalam mentakrifkan kejayaan. Takrif kejayaan di dalam penglibatan sukan,

    Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya boleh diklasifikasikan kepada

    perspektif orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego (Duda, 1993;

    Nicholls, 1989).

    Atlet berorientasikan matlamat tugasan akan mentakrif kejayaan berdasarkan

    aspek penguasaan kemahiran, kegigihan dan berusaha untuk peningkatan kendiri.

    Dweck(1986), Maehr dan Braskamp (1986) serta Nicholls (1984), di dalam kajian

    mereka mendapati bahawa atlet berorientasikan tugasan berkecenderungan untuk

    menguasai serta meningkatkan kecekapan di dalam sesuatu tugasan atau kemahiran.

    Persepsi terhadap kebolehan atau keupayaan adalah berdasarkan kepada rujukan

    kendiri. Kejayaan atau kegagalan ditentukan apabila memperolehi kecekapan dan

    mempelajari atau meningkatkan kemahiran (Robert, 1992).

    Orientasi matlamat tugasan merupakan persepsi atlet terhadap kebolehannya.

    Atlet berorientasikan tugasan lebih cenderung bertindak untuk meningkatkan prestasi

    ketahap yang lebih tinggi. Mereka mengukur tahap kejayaan berdasarkan pencapaian

    diri. Mereka tidak menjadikan perbandingan sosial seperti mengalahkan pihak lawan

    sebagai motif utama penglibatan mereka di dalam sukan yang diceburi.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    44/140

    31

    Atlet berorientasikan matlamat ego mentakrifkan kejayaan mereka apabila

    dapat mengatasi atlet lain dengan usaha yang sedikit. Mereka lebih cenderung

    menjadikan kriteria luaran sebagai asas untuk mengukur kejayaan. Atlet

    berorientasikan matlamat ego selalunya menilai kejayaan dan kegagalannya dengan

    membandingkan kemampuan dirinya dengan individu lain (Duda, 1989).

    Berdasarkan teori orientasi matlamat, dalam kajian ini diandaikan bahawa

    pemain bola baling Daerah Kinta Dua melibatkan diri dalam pertandingan sukan bola

    baling berorientasikan tugasan seperti untuk meningkatkan kemahiran, kecergasan

    fizikal, keseronokan dan semangat berpasukan. Sementara itu, pemain yang

    berorientasi ego pula berkemungkinan menyertai pertandingan ini dengan tujuan

    untuk mencari kemenangan, hadiah, status dan menonjolkan kebolehan diri dalam

    permainan bola baling.

    2.6Teori KeagresifanSejak akhir-akhir ini kejadian keganasan di dalam sukan menjadi lebih serius bagi

    para pengkaji bidang sains sosial (Felson & Tedeschi, 1993). Pelbagai kaedah

    digunakan untuk menghalang atlet daripada melakukan keagresifan kerana Hussman

    & Silva (1984) berpendapat, tingkah laku ini adalah dengan pilihan sendiri dan

    bertujuan untuk mencederakan lawan. Selain daripada kesedaran tentang peranan,

    pelbagai tindakan dikenakan ke atas pemain yang melakukan keagresifan di dalam

    permainan, ianya masih juga berlaku (Lefebvra, Leith & Bredemeir, 1980).

    Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan tentang keagresifan di dalam

    sukan. Teori ini penting untuk mengenalpasti kecenderungan keagresifan bagi

    membantu mencegah gejala ini daripada terus berleluasa (Frank, 1994). Empat teori

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    45/140

    32

    utama keagresifan adalah Teori Naluri, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Pemahaman

    Moral Bredemeier dan Reformasi Hipotesis Frustrasi-Agresif Berkowitz.

    2.6.1 Teori NaluriTeori Naluri diasaskan oleh Sigmund Freud dan ahli ethologis Konrad Lorenz. Ia

    menjelaskan keagresifan sebagai naluri dalaman atau sesuatu yang tertanam di dalam

    diri manusia : sama seperti lapar, dahaga serta nafsu seks. Menurut Gill (1986) pula,

    setiap manusia mempunyai perasaan atau sifat untuk menjadi agresif, di mana

    perasaan ini boleh bertambah dan meningkat sehingga ia perlu ditunjukkan atau

    diluahkan kepada sesuatu objek. Perasaan atau sifat dalaman inilah yang membentuk

    dorongan yang perlu dipuaskan. Dorongan dalaman yang merupakan keperluan

    biologi ini perlu dilepaskan melalui satu tindakan yang boleh diterima oleh minda

    (Robert, Spink & Pemberton, 1999). Untuk itu, sukan telah menjadi medan yang

    sesuai dan selamat bagi melepaskan rasa terbuku bagi setiap atlet (Lovenz, 1985).

    Shaharudin (2001) pula menjelaskan, naluri semulajadi manusia yang bersifat agresif

    ini tidak boleh dikikis dari dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal serta boleh

    diluahkan, di antaranya melalui aktiviti sukan.

    Keagresifan perlu diluahkan secara terus untuk menghilangkan tekanan dan

    konflik individu. Konflik dan tekanan ini diluahkan di dalam bentuk kemarahan,

    perlakuan lasak dan kasar yang di sebut sebagai katarsis (Cox, 1998). Sukan

    berperanan untuk membolehkan individu menyalurkan keagresifan mereka di dalam

    keadaan yang boleh diterima oleh sosial. Contohnya seorang peninju boleh

    membelasah lawannya sehingga tercedera, pemain bola sepak boleh membuat tackle

    hingga menjatuhkan lawan dan pemain bola tampar membuat rejaman bola ke arah

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    46/140

    33

    badan lawannya dengan kuat. Semua tingkah laku ini adalah untuk melepaskan

    perasaan marah dan geram sebagai kepuasan naluri. Tingkah laku ini tidak diterima

    oleh masyarakat jika ia tidak dilakukan di dalam permainan. Jelaslah bahawa sukan

    menjadi saluran untuk meluahkan tekanan dan keagresifan dengan cara yang

    dibenarkan di dalam konteks masyarakat kita hari ini (Shaharudin, 2001).

    Daripada teori di atas, seorang pemain bola baling itu akan melepaskan

    perasaan marah melalui keagresifan. Mereka mungkin tidak puas hati terhadap

    keputusan pengadil. Untuk melepaskan tekanan perasaan tersebut mereka akan

    melakukan terjahan terhadap pemain lawan terutama pemain yang dianggap

    menggugat pasukan mereka.

    2.6.2 Teori pembelajaran sosialTeori pembelajaran sosial telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1973, 1977,

    1983). Ia menyatakan bahawa keagresifan sebenarnya dipelajari menerusi pendedahan

    operan serta pemerhatian. Pendedahan operan bermaksud setiap perlakuan yang

    diberikan ganjaran positif berkemungkinan besar akan diulangi. Contohnya seorang

    pemain bola sepak mendapat tepukan dan pujian penonton kerana berjaya

    menjatuhkan pemain lawan yang merbahaya. Pujian ini akan memungkinkan pemain

    tersebut mengulangi tingkahlaku tersebut. Penonton yang melihat kejadian tersebut

    pula akan cuba meniru dan melakukannya kerana melihat sokongan yang diperolehi

    oleh pemain tersebut.

    Menurut Bandura (1986), terdapat empat peringkat yang berkaitan

    pembelajaran menerusi proses pemerhatian, iaitu tumpuan, ingatan, kebolehan dan

    motivasi. Jika seseorang menyaksikan persembahan yang agresif dan pasukan

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    47/140

    34

    tersebut memenangi pertandingan, peminat muda akan membuat kesimpulan dan

    mengaitkan kemenangan tersebut dengan keagresifan. Oleh itu, untuk mendapatkan

    kemenangan, dia akan memilih untuk beraksi agresif. Kajian Pembelajaran Sosial di

    dalam sukan menunjukkan yang kebanyakkan atlet tidak diajar untuk bersikap agresif.

    Keagresifan ini datang dengan sendirinya dengan melihat orang lain melakukannya di

    dalam permainan yang lepas. Bandura (1977) dan Thirer (1993) telah menekankan

    bahawa orang lain banyak memainkan peranan dalam membantu mengawal atau

    menyebabkan keagresifan, dan orang yang bersikap agresif boleh menjadi model

    pembelajaran. Siaran televisyen juga memainkan peranan penting dalam membentuk

    keagresifan, terutamanya bila aksi-aksi agresif diperkukuhkan melalui tayangan

    gerak perlahan. Perlakuan yang dilihat ini merupakan satu pembelajaran yang

    diperolehi secara sedar, dan ia mungkin dipraktikkan pada situasi yang sama di masa

    akan datang.

    Berdasarkan teori yang dinyatakan tadi, pemain bola baling akan melakukan

    keagresifan jika tindakan mereka mendapat sokongan dan sanjungan daripada rakan-

    rakan dan penyokong. Mereka akan terus melakukan keagresifan tersebut selagi

    individu di sekitar mereka merestui dan menyanjung tindakan tersebut.

    2.6.3 Teori Pemahaman Moral BredemeierBredemeier (1994) telah memperkenalkan Teori Pemahaman Moral. Teori ini adalah

    daripada hasil pemerhatian beliau terhadap keagresifan, berdasarkan Teori

    Pembangunan Kognitif Piaget. Beliau berpendapat bahawa kemahuan seseorang

    individu untuk melibatkan diri atau untuk melakukan keagresifan bergantung kepada

    tahap pemahaman moral. Individu yang tinggi tahap pemahaman moral, lazimnya

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    48/140

    35

    tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang agresif secara melulu jika dibandingkan

    dengan mereka yang rendah tahap pemahaman moralnya.

    Mengikut Bredemeir & Shields (1987), hasil daripada kajian mereka

    mendapati yang ramai para atlet berpendapat bahawa ada sesetengah keagresifan

    yang tidak sesuai pada umum tetapi ianya boleh dilakukan di dalam situasi sukan.

    Contoh yang paling jelas ialah di dalam sukan kombat seperti tae kwan do, karate,

    tinju, gusti dan juga permainan konteks yang lain seperti ragbi, bola sepak, hoki dan

    lain-lain, di mana aksi-aksi agresif seperti menendang, menumbuk, menghempaskan

    dan menjatuhkan lawan serta yang lain-lain dibenarkan. Masyarakat seolah-olah

    mengizinkan dan beranggapan bahawa keagresifan perlu bagi atlet jika mereka

    menyertai sukan-sukan tersebut, walaupun ianya menyalahi etika dan peradaban

    kehidupan manusia di luar konteks sukan. Situasi yang sebegini bagi Bredemeir

    (1994) adalah moraliti di dalam kurungan (bracketed morality).

    Bredemeir dan Shields (1987) bersetuju bahawa tindakan keagresifan

    mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian atlet. Kadangkala persekitaran

    moral yang wujud di dalam pasukan tersebut menyumbang kepada keagresifan dalam

    sukan (Shaharudin, 1998, 2000; Stephen & Bredemeier, 1996). Oleh itu, punca dan

    cara mengawal keagresifan haruslah difahami oleh atlet agar mereka mengamalkan

    moral reasoning demi prestij sukan yang diceburi.

    Dalam kajian ini, jurulatih/ guru dan ibubapa dianggap sebagai individu

    persekitaran yang akan membentuk tingkahlaku positif atlet. Pemain bola baling akan

    melakukan keagresifan jika jurulatih /guru dan ibubapa merestui tindakan mereka.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    49/140

    36

    2.6.4 Formulasi Semula Teori Frustrasi- AgresifDollard, Miller, Doob, Mowrer & Sears (1939) merupakan yang mula-mula

    memperkenalkan teori ini. Mereka menjelaskan bahawa, keagresifan merupakan kesan

    semula jadi frustrasi dan perlakuan agresif yang terhasil daripada perasaan marah dan

    kecewa yang berfungsi sebagai katarsis. Aksi keagresifan ini merupakan satu tindakan

    semulajadi yang berlaku melalui proses katasis, sebagai satu pelepasan kemarahan

    oleh perasaan kecewa (Cox, 1999). Melalui pemerhatian Neal Miller (1941),

    kekecewaan sebenarnya menghasilkan hasutan atau godaan ke arah pelbagai tindak

    balas, dan salah satu tindak balas tersebut ialah keagresifan.

    Kelemahan yang jelas dalam teori ini adalah wujudnya prasyarat, iaitu

    keagresifan mestilah didahului oleh rasa marah. Terdapat pelbagai sebab sebagai

    pencetus keagresifan seperti putus asa dan kecewa. Keagresifan berkait rapat dengan

    tahap kekecewaan. Berkowitz (1958, 1993) telah mengubahsuai teori ini dengan

    menjelaskan bahawa kekecewaan tidak semestinya menyebabkan keagresifan, tetapi

    ia bertindak sebagai pemangkin ke arah keagresifan. Berkowitz (1993) juga

    menambah yang beberapa stimulasi adalah perlu dan akan bertindak sebagai kiu bagi

    menyuntik keagresifan akibat kekecewaan.

    Pelbagai faktor boleh menjadi kiu untuk mencetuskan keagresifan seperti

    penonton, jurulatih, pengadil, sikap pemain lawan dan sebagainya. Menurut Isoahola

    & Hatfield (1986), keagresifan selalunya tidak akan berlaku kecuali jika terdapat

    situasi sekeliling dan sesuatu yang berkaitan dengan perlawanan. Bagi Frieschlag &

    Schemidke (1979), harapan penonton yang terlalu tinggi terhadap prestasi pasukannya

    dan pertalian penonton kepada pasukannya yang terlalu kuat adalah faktor utama yang

    merangsang keagresifan pemain. Sebagai langkah pencegahan keagresifan, kita

    perlulah mengurangkan pengaruh dan pemangkin yang akan menjadi penyebab.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    50/140

    37

    Namun begitu, ketahanan mental atlet penting kerana menurut Berkowitz (1965),

    seseorang atlet akan merasa kecewa di dalam sesuatu keadaan di mana beliau

    mengalami kekalahan di dalam pertandingan sukan, walaupun perasaan kekecewaan

    dan kekalahan meningkat namun keagresifan tidak dihasilkan ekoran daripada

    pembelajaran sosial yang diperolehinya.

    Kesimpulannya, teori yang telah dibincangkan di atas menjelaskan faktor yang

    menyebabkan seseorang atlet melakukan keagresifan. Faktor ini melibatkan pengaruh

    dalaman dan pengaruh luaran atlet. Melalui kajian ini nanti, faktor persekitaran dan

    individu dianalisis untuk melihat pengaruh sebenar yang mendorong pemain bola

    baling Daerah Kinta cenderong untuk melakukan keagresifan.

    2.7Kerangka teoritikal kajianKerangka teoritikal kajian dapat menjelaskan perkaitan teori yang telah dikemukakan

    dengan kajian. Dalam kajian ini, teori yang dikemukan akan menjurus kepada

    keagresifan pemain bola baling (rujuk rajah 2.1)

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    51/140

    38

    Motivasi

    Motivasi

    Keyakinan

    Diri

    Resepsi

    Kebolehan

    Nichols

    Self

    Efficency

    Kecekapan

    Harter

    Model

    Vealy

    Orientasi

    Ego

    Orientasi

    TugasanKeagresifan

    Teori

    Pembelajaran

    Sosial

    Teori PemahamanMoral Bredemeir Teori Frustasi

    Teori Naluri

    Motivasi

    Ekstrinsik

    Motivasi

    Intrinsik

    Rajah 2.1

    Perspektif Keseluruhan Kerangka Teoritikal kajian orientasi matlamat dan

    kecenderungan keagresifan instrumental

    2.8 Faktor yang mempengaruhi keagresifan atlet di dalam sukan

    Kajian-kajian yang telah dijalankan secara situasi spesifik mengenalpasti faktor-

    faktor yang mempengaruhi keagresifan adalah seperti berikut:

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    52/140

    39

    2.8.1 Kebangkitan FisiologiKebangkitan fisiologi dikaitkan dengan suhu persekitaran dan bunyi bising.

    Sebagai contoh, menurut Reifman, Larrick & Fein (1991), di dalam permainan

    besbol, terdapat perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul

    bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Wann (1997)

    pula menegaskan bahawa kebisingan penonton di stadium menjadi pemangkin

    kepada keagresifan para pemain. Oleh itu faktor penonton amat penting di

    dalam kebangkitan fisiologi atlet kerana menurut Stone (1971), penonton telah

    mengubah makna permainan secara keseluruhan.

    2.8.2 Motivasi PencapaianSeseorang atlet yang mempunyai motivasi yang tinggi akan menunjukkan

    tingkah laku yang sangat berpandukan matlamat (Atkinson, 1964). Individu ini

    cenderung melakukan keagresifan instrumental. Individu ini juga

    menunjukkan tindak balas agresif yang tidak ketara kerana menurut Lefebvre,

    Leith & Bredemeir (1980), matlamat individu ini pada akhirnya adalah

    berkemungkinan untuk mencapai kejayaan.

    2.8.3 Perasaan BersalahKeagresifan akan menimbulkan rasa bersalah (kecewa) kepada pelaku yang

    dapat mengawal diri, tetapi tetap melakukan keagresifan. Kekecewaan ini

    akhirnya akan menjadi faktor emosi yang kuat yang membawa semula kepada

    keagresifan (Berkowitz, 1962).

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    53/140

    40

    2.8.4 Kebangkitan (arousal)Teori Dorongan (Spence, 1964) menyatakan bahawa peningkatan tahap

    arousal akan menyebabkan tindak balas emosi. Tindak balas emosi ini merujuk

    kepada keagresifan. Keadaan ini sering terjadi kepada atlet muda kerana

    kurang kawalan diri tetapi bagi atlet yang berpengalaman, peningkatan tahap

    kebangkitan diperlukan untuk membantu mereka melakar kejayaan di dalam

    setiap aktiviti.

    2.8.5 KebimbanganKebimbangan akan kalah boleh membawa kepada keagresifan terhadap pihak

    lawan. Wall & Gruber (1986) mendapati bahawa tahap kebimbangan para

    pemain adalah tinggi di dalam permainan yang sukar. Akibat daripada

    kebimbangan tersebut akan mendorong kepada keagresifan pemain terhadap

    pemain lawan untuk mencapai kemenangan. Tahap kebimbangan ini akan

    menurun jika ia telah mencapai kejayaan, sebaliknya tahap kebimbangan ini

    akan kekal tinggi dan menyebabkan keagresifan jika kalah.

    2.8.6 Orientasi matlamat (tugasan / ego)Banyak kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa atlet yang lebih

    cenderung untuk melakukan keagresifan adalah atlet yang bermain

    berlandaskan ego, berbanding dengan atlet yang bermain berlandaskan

    tugasan. Kajian Nicolls (1989), Stephens (1993) dan Duda & Huston (1995),

    mendapati bahawa pemain bola sepak yang bermain berlandaskan ego, adalah

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    54/140

    41

    lebih cenderung untuk melakukan tindakan mencederakan lawan di dalam

    permainan dengan tujuan untuk memenangi perlawanan, berbanding dengan

    pemain yang bermain berlandaskan tugasan.

    Kajian oleh Shaharudin (1998) mendapati bahawa, bagi keagresifan

    yang cenderung kepada strategi, orientasi matlamat tindakan mempengaruhi

    keagresifan pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun. Sementara bagi

    keagresifan langsung, hanya pemain bawah 12 tahun sahaja yang dipengaruhi

    oleh orientasi matlamat.

    2.8.7 Persepsi individu yang dikasariKeagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan

    persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan (Shaharudin, 2001).

    Dalam konteks ini, pemain telah mempunyai niat dan merasakan perlu

    bertindak lebih awal sebelum dikasari, kerana ia merasakan tindakan yang

    sama juga akan dilakukan oleh pihak lawan.

    2.8.8

    Keputusan pertandingan

    Pasukan yang kalah atau merasakan tidak akan menang akan lebih agresif.

    Menurut Leith (1977), pasukan yang kalah biasanya akan lebih agresif. Ini

    mungkin disebabkan oleh rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi- Agresif

    (Cullen & Cullen, 1975).

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    55/140

    42

    2.8.9 Lokasi perlawananKajian Russell (1981) pula menunjukan yang corak keagresifan yang

    ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan akan mempengaruhi

    keagresifan berbanding dengan lokasi perlawanan. Bagi sukan bola sepak,

    pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih adalah agresif kerana

    mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia

    adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen &

    Cullen, 1975). Bagi Lefebvre & Passer (1975), kajian yang dijalankan

    menunjukkan pasukan pelawat akan bermain lebih agresif berbanding dengan

    pasukan tuan rumah

    2.8.10 Keputusan semasa pertandinganPerbezaan mata diantara dua buah pasukan yang sedang bertanding boleh

    menyebabkan berlakunya keagresifan diantara pemain (Volkamer, 1972).

    Menurut Teori Frustrasi- Agresif, pasukan yang rendah matanya, masih tidak

    mencapai matlamat dan berada di dalam keadaan kecewa. Kekecewaan ini

    pula dilahirkan melalui keagresifan.

    2.8.11 Posisi dan kawasan permainannPemain pertahanan didapati lebih agresif berbanding dengan pemain di posisi

    lain, kerana merasakan adalah tanggungjawab mereka untuk mempertahankan

    kawasan mereka dari dicerobohi. Bach & Wyden (1968) menegaskan bahawa

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    56/140

    43

    keagresifan akan berlaku apabila kawasan yang dikawal oleh seseorang

    individu dicerobohi oleh individu lain.

    2.8.12 Situasi permainanKajian yang dilakukan oleh Wall & Gruber (1986) mendapati bahawa pemain

    bola keranjang yang merasakan bahawa permainan itu sukar akan bertindak

    dengan lebih agresif. Permainan sukar yang dimaksudkan adalah seperti di-

    dalam permainan kalah mati. Stephens & Bredemeir (1996) pula mendapati

    bahawa pemain bola sepak remaja wanita akan bertindak agresif terhadap

    pihak lawan jika ia mendapati situasi tertekan.

    2.8.13. Peranan rakan sepasukan

    Shaharudin (1998), di dalam kajiannya terhadap kecenderungan keagresifan

    pemain-pemain bola sepak mendapati bahawa secara keseluruhannya, bagi

    pemain di bawah umur 12 dan 15 tahun, tindakan keagresifan mereka adalah

    dipengaruhi oleh pemain paling popular di dalam pasukan mereka. Sementara

    bagi pemain-pemain di bawah umur 18 tahun pula lebih dipengaruhi oleh

    ketua pasukan. Peneguhan pengaruh ini selalunya adalah melalui pemerhatian

    dan lisan. Menurut Lefebra, Leith & Bredemeir (1980), di dalam kebanyakan

    kes, peneguhan biasanya berupa bentuk percakapan.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    57/140

    44

    2.8.14.Pengadil perlawananPengadil mesti mengawal permainan. Jika terdapat pemain yang melakukan

    keagresifan dan menyalahi undang-undang tetapi tidak dihukum, ianya akan

    menjadi peneguhan positif kepada pemain tersebut untuk terus melakukannya

    (Skinner, 1953). Tindakan serta amaran lisan dan kad amaran merupakan

    peneguhan negatif untuk mengurangkan keagresifan pemain.

    2.8.15.Jurulatih dan pengurus pasukanKajian Stephen & Bredemeier (1996) pula mendapati keagresifan yang

    dilakukan oleh pemain terhadap pemain lawan adalah di atas arahan jurulatih.

    Manakala kajian Shields, Gardner & Bostrom (1995) mendapati bahawa

    jurulatih wanita yang melatih pasukan wanita tidak akan mengarahkan

    pemainnya untuk melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya ke atas pemain

    lawan. Manakala jurulatih lelaki yang melatih pasukan wanita akan

    mengarahkan pemainnya melakukan keagresifan di dalam situasi tertentu.

    Sememangnya peranan jurulatih amat besar dalam membentuk tingkah laku

    atlet.

    2.8.16.Wartawan / MediaSebarang kenyataan yang ditulis oleh wartawan atau yang diterbitkan oleh

    media boleh mempengaruhi atau menggalakkan berlakunya keagresifan

    dikalangan atlet (Zajonce, 1968). Keagresifan boleh dipelajari melalui filem,

    gambar, penulisan dan audio yang menggambarkan keagresifan (Bandura,

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    58/140

    45

    1969 & 1973). Oleh itu wartawan dan media mestilah prihatin dan sensitif di-

    dalam penulisan dan penyiaran mereka.

    2.9. Kajian berkiatan orientasi matlamat (tugasan dan ego) dan keagresifaninstrumental dalam sukan bola baling

    Rascale, Coulomb & Pfifster (1998) telah membuat kajian untuk melihat perhubungan

    di antara orientasi matlamat dan keagresifan dalam permainan bola baling lelaki

    remaja. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan hipotesis yang menyatakan bahawa

    terdapat lebih banyak keagresifan yang berorientasikan ego berbanding dengan yang

    berorientasikan tugasan di kalangan atlet liga kelab berbanding dengan atlet yang

    bertanding antara sekolah dan atlet yang menjalani latihan jasmani. Respondennya

    terdiri daripada 240 orang pemain bola baling lelaki yang dibahagikan kepada tiga

    kumpulan atlet; iaitu Latihan Jasmani, Mewakili Sekolah dan Mewakili Kelab Liga.

    Soal selidik yang digunakan ialah The Questionnaire de Perception du Success en

    Sport dan Handball Aggression Observational Crid. Kebolehpercayaan kajian ini

    adalah 0.92 untuk orientasi tugasan dan 0.81 untuk orientasi ego.

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

    di antara orientasi tugasan dan orientasi ego dikalangan atlet yang menjalani latihan

    jasmani dan atlet yang mewakili sekolah. Bagi atlet yang mewakili kelab liga, mereka

    didapati lebih cenderung terhadap orientasi ego berbanding dengan orientasi

    matlamat. Mereka juga didapati lebih cenderung kepada keagresifan instrumental.

    Kajian juga mendapati bahawa mereka yang tinggi skor orientasi ego lebih

    menunjukkan keagresifan instrumental manakala yang rendah skor orientasi ego akan

    kurang keagresifan instrumentalnya.

  • 7/27/2019 Agresifan Instrumental

    59/140

    46

    2.10. Kajian-kajian berkaitan orientasi matlamat (tugasan dan ego) dalamsukan

    White & Duda (1994), telah menjalankan kajian bagi mengenalpasti hubungan jantina,

    peringkat sukan yang diceburi dan motivasi penglibatan dengan orientasi matlamat

    (tugasan dan ego). Respondennya terdiri daripada 232 orang, lelaki dan perempuan.

    Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan: Remaja, Pelajar Sekolah Tinggi, Pelajar

    Kolej dan Peserta Sukan Rekreasi. Mereka menggunakan soal selidik Task and Ego

    Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ; Duda & Nicholls, 1991) dan The

    Participation Motivation Questionnaire. Nilai kebolehpercayaan adalah 0.77 hingga

    0.87 untuk orientasi tugasan dan 0.77 hingga 0.91 untuk orientasi ego.

    Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa atlet lelaki lebih berorientasikan

    ego berbanding dengan atlet wanita yang bertanding di peringkat tinggi. Sementara

    pelajar kolej pula didapati berorientasikan ego lebih berbanding dengan yang lain.

    Pelajar lelaki sekolah tinggi dan peserta lelaki sukan rekreasi pula didapati

    mempunyai orientasi tugasan yang lebih rendah berbanding dengan atlet wanita

    sekolah ti