agame stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

31
AA203 – SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK: PENGHASILAN DAN PEGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TELAH MEMBERI BANYAK KEMUDAHAN KEPADA MANUSIA. SEBALIKNYA PENGABAIAN NILAI ETIKA TELAH MENIMBULKAN KESAN NEGATIF.BINCANGKAN TENTANG TEKNOLOGI DI ATAS DARI SUDUT PRINSIP SYARIAH PERANAN SYARIAH KESAN-KESAN PENGAHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SECARA BERETIKA KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MALUMAT NAMA PENSYARAH: PN NOR SIDAH BINTI CHE DIN PROGRAM: KEJURUTERAAN MEKANIKAL AM(DKM2B) SESI: DISEMBER 2013 NAMA NO.MATRIK AHMAD AZFAR ZUHRI BIN ABDUL 10DKM13F2012 1

Upload: shahrul-aiman

Post on 07-Feb-2016

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asdad asdasdasdasda asdasdaksdnmkalsnx asxakslmxkalsmxklasmxa xaksxmalkmxlkaxmasklxmaslkx

TRANSCRIPT

Page 1: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

AA203 – SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TAJUK: PENGHASILAN DAN PEGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TELAH MEMBERI BANYAK KEMUDAHAN KEPADA MANUSIA. SEBALIKNYA PENGABAIAN NILAI ETIKA TELAH MENIMBULKAN KESAN NEGATIF.BINCANGKAN TENTANG TEKNOLOGI DI ATAS DARI SUDUT

PRINSIP SYARIAH PERANAN SYARIAH KESAN-KESAN PENGAHASILAN DAN PENGGUNAAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT SECARA BERETIKA KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MALUMAT

NAMA PENSYARAH: PN NOR SIDAH BINTI CHE DIN

PROGRAM: KEJURUTERAAN MEKANIKAL AM(DKM2B)

SESI: DISEMBER 2013

NAMA NO.MATRIKAHMAD AZFAR ZUHRI BIN ABDUL GHAFAR

10DKM13F2012

HUMAIDI BIN ABU SAMAH 10DKM13F2018SHAHRUL AIMAN BIN ALIAS 10DKM13F2080AMZAR BIN MAT LAZIM 10DKM13F2002

1

Page 2: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURATPENGHARGAANPENDAHULUANISI – ISI PERBINCANGAN

PRINSIP SYARIAH-RABBANIAH-WASATIAH-TAWAZUN-MIZAN-MUTLAK & MURUNAH

PERANAN SYARIAH-AGAMA-MARUAH-NYAWA-AKAL-KETURUNAN-HARTA

KESAN-KESAN PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SECACA BERETIKA

KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KESIMPULANRUMUSANRUJUKAN

2

Page 3: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,dengan ini kami pelajar semester 2 Diploma Kejuteraan Mekanikal Am

sesi Disember 2013 kelas DKM2B,ingin mengambil kesempatan di atas penghargaan yang

telah diberikan oleh pihak Politeknik Seberang Perai di atas pemberian tugasan ini atau

projek kerja kursus yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Selain itu,kami juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih yang

tidak terhingga kepada Puan Nor Sidah,pensyarah Pendidikan Sains Teknologi & Kejuteraan

Dalam Islam (AA209) yang telah memberi tunjuk ajar kepada kami,sehingga projek ini

terlaksana dengan jayanya.Ucapan tidak terhingga juga kepada kawan-kawan yang telah

banyak memberi idea serta membantu untuk menguruskan tugasan ini.

Penghargaan ini juga ,diucapkan kepada yang terlibat secara lansung atau tidak lansung

dalam menyelesaikan tugasan ini.Akhir kata kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih

yang tidak terhingga kepada semua dan ingin memohon maaf kalau ada kesilapan yang telah

kami sepanjang menyesaikan projek ini.

‘Segala keburukan datang dari kami sendiri,yang baik itu datang daripada Allah

SWT.’

TERIMA KASIH

PENDAHULUAN

3

Page 4: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Teknologi Maklumat Di Dalam Islam

Apa itu Teknologi Maklumat ?

Mengikut satu definisi, secara ringkasnya teknologi maklumat boleh dianggap sebagai "cara

baru penyimpan, memproses dan menyalurkan maklumat yang dihasilkan oleh pembangunan

yang pantas dalam bidang elektronik, pengkomputeran dan telekomunikasi".

Satu lagi definisi teknologi maklumat yang lebih luas pengertiannya ialah:

"...teknologi maklumat bermaksud pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, penyebaran

dan penggunaan maklumat. Ia tidak terkongkong kepada perkakasan atau perisian, tetapi

mengiktiraf kepentingan manusia serta matlamat yang diletakkannya bagi teknologi tersebut,

nilai-nilai yang digunakan untuk membuat pilihan, penilaian kriteria yang digunakan untuk

memutuskan sama ada ia yang mengawal teknologi itu dan diperkayakan olehnya.” 

Di dalam Ensiklopedia bebas, teknologi maklumat ditakrifkan sebagai:

"teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia merupakan satu tajuk yang sangat

luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepatnya

menggunakan komputer digital dan perisian komputer untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira

tempat dan waktu.” 

Berdasarkan takrifan-takrifan tersebut dapatlah difahami bahawa teknologi maklumat

bukanlah perkara yang terlalu baru. Ia telah wujud dengan wujudnya komputer. Bahkan

sebelum kewujudan komputer sekalipun ia boleh dikatakan telah wujud juga.

4

Page 5: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) juga dilihat sebagai satu cabang ilmu yang

dipelopori oleh orang-orang barat justeru itu ilmu ini seolah-olah terpisah dari roh

ketauhidan,tiada kait mengait dengan Tuhan. Namun tanpa dapat disangkal lagi, Islam yang

bersifat syumul sudah pasti tidak terlepas dari membicarakan seterusnya memimpin ilmu ini.

Sebagai sumber rujukan utama umat Islam, di dalam al-Quran sahaja terdapat kira-kira

41 ayat yang membicarakan tentang berita (yang mengandungi maklumat). Diantara ayat

al-Quran yang menyebut tentang berita dan sangat berkaitan dengan teknologi

penghantaran maklumat, adalah surah al-A’raaf ayat 57;

Terjemahannya;

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang

mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu

membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering

kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan

air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan

(menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil

pelajaran daripadanya).

ICT

Dari

Perspektif Barat

5

Page 6: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Bagi memudahkan perbandingan dilakukan, disini diberikan pengertian ICT dari

kacamata Barat. Secara umumnya ICT menurut barat bolehlah diambil dari pandangan

Haag, Cummings & McCubbrey (2002), menurut mereka teknologi maklumat adalah apa

juga peralatan yang berasaskan komputer yang digunakan bersama-sama maklumat dan

menyokong maklumat dan keperluan memproses maklumat yang diperlukan oleh sesuatu

organisasi (any computer-based tool that people use to work with information and

support the information and information-processing needs of an organization). Selain

sebagai alat menyokong aktiviti maklumat, ICT juga dilihat sebagai alat bagi membantu

dalam aktiviti perniagaan. Menurut mereka teknologi maklumat dapat menyokong dalam

perniagaan melalui empat cara;

i. Tugasan memproses-maklumat

ii. Tugasan membuat keputusan

iii. Perkongsian maklumat melalui pengkomputeran berpusat

iv. Inovasi

ICT dari perspektif ISLAM

Dari maklumat di atas, ICT yang digembar-gemburkan sebagai hebat

itu tidak lain dan

tidak bukan hanyalah suatu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui

cara yang dipercayai paling berkesan dan pantas. Jikalau diperhalusi, ICT yang diterajui

oleh barat tidak membincangan tentang beberapa perkara yang penting seperti matlamat

ICT, isikandungan (contents) ICT, amanah dan adab-adap berkaitan ICT secara serius.

Melihat pula as-Sunnah dan al-Hadith iaitu sumber rujukan kedua umat, persoalan

tentang teknologi, maklumat dan komunikasi sebenarnya telah disentuh oleh Rasulullah

walaupun secara tidak langsung. Tanpa niat untuk mengulas dengan mendalam, penulis

cuba untuk mencari hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang berkaitan dengan

teknologi, maklumat dan komunikasi dan isu-isu yang berkaitan yang mungkin boleh

dijadikan rujukan kepada pemain dan peneraju ICT, insya Allah

6

Page 7: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

PRINSIP SYARIAH

(RABBANIAH) KETUHANAN

Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu

pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang

dikurniakan Allah s.w.t. selama ini.

Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian manusia

dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya

digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:

satu masyarakat bertamadun bercirikan kebenaran seperti yang terkandung dalam agama kita.

(MIZAN) KESETARAAN

Apabila kita berbicara tentang Internet lawan dakwah dan membentangkan beberapa unsur

pemusnah nilai-nilai agama melalui Internet dan surat elektronik, maka kita tidak bermaksud

agar kita menjauhkan diri daripada menggunakan komputer dan Internet. Malah tujuan kita

ialah agar kita turut terlibat secara langsung di dalam aktiviti keilmuan ini dengan

menggunakan berbagai-bagai kemudahan komputer untuk menyebarkan ilmu dan sekali gus

dapat memanfaatkan diri dengan pencapaian istimewa manusia dalam teknologi maklumat itu

seiring dengan dunia luar yang sudah semakin maju dan tidak tertinggal oleh orang barat atau

dunia lain.

7

Page 8: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

(WASATIAH)KESEDERHANAAN

Kita dapat mengesan beberapa pandangan yang membina tentang perkembangan teknologi

maklumat dan kemanfaatannya. Tetapi peringatan dan amaran yang disuarakan ialah

kebimbangan dan kekhuatiran yang amat besar tentang pengaruh negatif perkembangan ini

terhadap nilai dan pegangan akidah umat Islam, khususnya generasi muda yang sedang

mencari nilai-nilai hidup sendiri dan yang kurang memahami asas-asas akidahnya secara

mantap.

Unsur-unsur lucah dan gejala hedonisme daripada satu pihak amat menonjol dalam Internet

yang seolah-olah disogokkan untuk merubah nilai dan pandangan hidup manusia sejagat dan

mengepung mereka dalam satu lingkungan yang bebas daripada nilai-nilai agama dan moral

yang positif untuk kesejahteraan manusia.

Daripada satu pihak yang lain unsur-unsur negatif dan mengelirukan yang ditonjolkan

tentang kebenaran agama mungkin boleh membawa kekeliruan pandangan tenang akidah dan

unsur-unsur tauhid agama, termasuk persoalan-persoalan tentang ketuhanan dan kerasulan.

Hal-hal seperti ini memang tidak dapat dinafikan kewujudannya, dan seperti yang dijelaskan

maka unsur-unsur ini terbukti amat cepat penyebaran dan kebanjirannya dalam masyarakat

manusia, termasuk masyarakat kita yang sedang menggalakkan pembangunan teknologi ini.

Unsur-unsur pendidikan dan pengawasan diri haruslah dipertingkatkan ke tahap yang paling

maksimum agar teknologi maklumat dapat dimanfaatkan oleh kita dalam membina

masyarakat madani yang kita cita-citakan.

8

Page 9: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Unsur-unsur penapisan diri dan membina kekuatan dalaman haruslah dipertingkatkan dengan

bersungguh-sungguh agar cabaran-cabaran negatif dalam teknologi maklumat itu dapat

dilawan dan diatasi dengan sebaik-baiknya.

Semua faktor pengawasan dan pendidikan manusia, termasuk ibu bapa dan guru-guru, para

pemimpin, dan jentera kerajaan sendiri haruslah dijanakan dengan sebaik-baiknya untuk

mendidik semua peringkat generasi masyarakat kita yang sedang membangun supaya dapat

menggunakan teknologi maklumat secara yang bertamadun untuk membina masyarakat

madani.

Masyarakat bertamadun yang hendak kita bina ialah masyarakat yang berasaskan sistem nilai

dan pembangunan ilmu pengetahuan yang menuju kepada kebenaran dan kekuasaan Allah

S.W.T.

Hal ini memerlukan penyertaan orang-orang Islam sendiri dalam pembangunan teknologi

maklumat secara positif dan proaktif. Biarlah ilmu dan kekayaan orang Islam dalam tamadun

menjadi penyumbang yang konkrit untuk memajukan teknologi maklumat, dan bukanlah

sebaliknya,dengan pengunaan teknologi maklumat umat islam perlu menggunakan teknologi

maklumat dengan sebaiknya atau secara sederhana agar tidak lari dari syariat islam

9

Page 10: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

(TAWAZUN) KESEIMBANGAN

Terdapatnya beberapa kumpulan anak-anak muda Islam yang membuka laman web mereka

tentang kumpulan ''''gay dan lesbian Islam'''' sesungguhnya amat memalukan dan merupakan

satu tamparan hebat kepada kesucian agama kita.

Malah penyebaran junk e-mail dalam bahasa Melayu di negara kita sendiri nampaknya

semakin meluas dan menjadi-jadi, iaitu yang merupakan satu perkembangan yang amat tidak

sihat dalam pembangunan teknologi maklumat dan saluran elektronik di negara kita.

Masih banyak nampaknya unsur negatif dan mengelirukan disebar begitu mudah melalui e-

mail oleh kalangan yang ingin menyebarkan fahaman salah tentang pelbagai isu. Malah tidak

kurang pula yang menggunakannya bersembang lucah dan menghantar bahan-bahan porno

yang hanya mencerminkan kecetekan ilmu dan kedangkalan iman.

Bagaimanakah hendak kita binakan masyarakat madani dan mengembalikan tamadun

gemilang kita, sekiranya sikap negatif ini masih mencengkam jiwa orang-orang Islam sendiri

dan unsur-unsur yang meruntuhkan ini lebih banyak mendapat perhatian daripada unsur-

unsur yang dinamik dan membina?

)Masyarakat islam sekarang amat memerlukan golongan berilmu dan berhikmah dalam

membangun teknologi maklumat secara bertamadun, dan orang-orang Islam sendiri haruslah

menjadi sumber ilmu dan hikmah itu sendiri, terutamanya apabila semua prasarana teknologi

maklumat itu telah dibangunkan dengan jayanya di negara kita setara dengan zaman sekarang

yang memerlukan teknologi maklumat untuk menyebarkan dakwah melalui teknologi

maklumat seperti google,youtube yang telah oleh kebanyakkan ustaz.

10

Page 11: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

(MUTLAK & MURUNAH) TETAP & TIDAK BERUBAH

Malah Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan bahawa barangsiapa yang menuntut

ilmu bukan kerana Allah tidak akan masuk ke dalam syurga melalui sabdanya yang

bererti: “Barangsiapa menuntut ilmu diantara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan

Allah untuk memperolehi harta benda duniawai, maka orang itu tidak akan mencium bau

syurga pada hari kiamat.” (Hadith diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Ibnu Majah dari

Abu Hurairah dengan Isnad yang baik) umat islam perlu meengunakan atau mempelajari

teknologi maklumat semata-mata kerana allah bukannya wang ringgit atau harta serta

pengunaan teknologi mklumat ini tidak boleh melampaui batas syariat serta tidak melanggar

hukum hakam allah kerana hukum allah itutetap dan tidak berubah

11

Page 12: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

PERANAN SYARIAH

Melaksanakan syariah secara beransur-ansur bukan sahaja memberi peluang kepada ahli

masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan, tetapi juga memberi

peluang kepada mereka untuk mengetahui aspek syariah yang patut dititikberatkan. Tujuan

utama syariah Islam adalah untuk menimbulkan motiyasi bagi melaksanakan proses

pengislaman dan menambahkan manfaat kepada setiap ahli masyarakat.

Antara peranan syariah ialah untuk menjaga empat perkara asas yang menjadi tunjang bagi

kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu :-

1. Memelihara Agama

Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta

perlaksanaannya. Sebarang eleman yang boleh menggugat kesucian Islam

hendaklah dicegah sebelum ianya berlaku. Andaikata sudah berlaku, maka

hukuman sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan.

Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariah Islam akan mengambil

kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariah Islam menetap

sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuteraan hendaklah

memberikan kebaikan untuk memelihara agama. Sebarang penyelidikan dan

kemajuan dari sudut sains teknologi yang dilakukan oleh manusia akan

membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan Sunnatullah ( The Law Of

Nature ). Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan

peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah SWT dan

digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Menjaga agama merupakan

perkara paling utama bagi setiap individu. Justeru itu, syariah Islam

menetapkan hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad

memerangi kafir harbi yang menceroboh.

12

Page 13: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

2. Memelihara Maruah

Syariah islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan

perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan

sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan

maruah umat. Tindakan yang membalangkan maruah boleh mengundang

kerosakan dan kemusnahan yang besar. Atas nama pembangunan atau

pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah

manusia atau maruah agama kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini

adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para saintis,teknokrat dan

jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam

syariat islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan

dan menghancurkan maruah seseorang.

3. Memelihara Nyawa

Nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib dihargai dan disyukuri.

Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang ain adalah

haram kecuali membunuh atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Sebagai

contoh hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh di bawah kes qisas.

Syariat islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa.

Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh

merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam islam mengambil kira

keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum

pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan

membunuh atau merosakkan dri manusia.

13

Page 14: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

4. Memelihara Harta

Syariat islam tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh

memudaratkan harta seseorang atau kumpuan seperti merompak, mencuri,

menyorok, membazir dan menspekulasi pasaran modal. Islam menetapkan

kewajipan mengeluarkan zakat kepada asnaf-asnafnya bagi setiap muslim

yang telah mencapai kelayakan dari sudut hartanya.

Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkataNya.

Pencaian harta hemdaklah melalui proses yang jelas halalnya. Matlamat

menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan ke

arah itu. Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang sabit kesalahan

mencuri dan takzir menunjukkan syariat islam memandang serius jenayah ini.

Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada

kematian dianggap mati syahid akhirat.

14

Page 15: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

KESAN-KESAN PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak

diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil

daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya,

sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba

canggih dan di luar dugaan.

Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah cara

hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri

bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia

berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah

kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.

Di dalam dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak

bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak dinafikan peranan yang sangat besar yang

boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam membentuk pemikiran manusia

dan suasana masyarakat yang akan datang.

Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu sedar

bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan sekiranya dimanfaatkan

sepenuhnya. Contohnya, melalui internet umat Islam dapat menyebarkan syiar Islam dengan

seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh dijadikan sumber maklumat dan ilmu

Islam, menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam di serata dunia, bahkan juga

boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia. Malah di

peringkat kebangsaan pula, kemajuan teknologi maklumat ini boleh digunakan untuk

kepentingan bersama seperti perbincangan yang lebih cepat dan berkesan terhadap isu-isu

dadah, Aids, gejala sosial dan berbagai-bagai lagi.

Di samping banyak faedah yang dapat dimanfaatkan daripada teknologi maklumat dan

internet ini, kita juga menyedari bahawa teknologi yang pada asasnya bersih ini telah disalah-

gunakan sehingga menjadi salah satu saluran yang tidak bermaruah.

15

Page 16: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Melalui kemajuan teknologi ini, manusia lebih bebas untuk menyebarkan idea-idea yang

berbahaya. Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap Islam akan menggunakannya untuk

menyebarkan fitnah dan memburukan Islam. Bahan-bahan lucah dan budaya kuning Barat

akan lebih mudah disalurkan ke mana-mana sahaja di serata dunia.

Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam khasnya di Malaysia, perlu melihat cabaran yang

dibawa oleh teknologi maklumat dan internet ini dari kacamata Islam. Kerana sudah tiba

masanya bagi umat Islam untuk memahami dan mengambil segala faedah yang dibawa oleh

teknologi ini, termasuklah menghadapi ancaman-ancaman yang dibawanya. Kita perlu

mampu menukar cabaran-cabaran ini kepada peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh

masyarakat Islam.

16

Page 17: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

KESAN-KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perkembangan teknologi maklumat(IT)sering diperkatakan di dunia hari ini. Isu-isu yang

berkaitan dengan teknologi maklumat sering ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu

yang diketengahkan pastinya cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi, ekonomi,

peradaban manusia, pendidikan dan kemasyarakatan.

Malah di Malaysia sendiri tidak kurang hebatnya. Penglibatan Malaysia dalam dunia

teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC).

Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan

cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer (jargon) sering dipaparkan di dada-dada

akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet,

cybercafe dan sebagainya. 

Namun demikian, penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih

lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur di

kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti, maka kita akan dapati Islam

adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat

merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu

banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.

Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan

sesuatu. Umat Islam tidak seharunya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi

tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam

penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu

sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka

kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah

masih kurang jelas dikalangan masyarakat Islam itu sendiri. 

Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan komputer, bermain permainan

video dan boleh melayari dunia siber melalui internet sedangkan soal pembangunan perisisan,

penyediaan bekalan bagi membina prasarana siber, rangkaian komputer, penyelidikan

teknologi malah membaik pulih komputer sendiri pun masih dikuasai oleh bukan Islam.

17

Page 18: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Teknologi memang boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi, politik

serta peradaban manusia. 

Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia

IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat, unsur-unsur penyelewengan

aqidah, penentangan syariah Islam, penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda

Yahudi, perjudian secara online, pornografi dan sebagainya.

Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membenteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu

kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan

membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam, maka kini umat Islam sudah

mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi

radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini.

Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi, GIGO (Garbage In,

Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka

sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya.

Teknologi Maklumat boleh menjadi satu cara yang efektif untuk menyampaikan dakwah.

Konsep dunia tanpa sempadan(bordeless world) menjadikan skop penyampaian maklumat

lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi.

Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan

cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.

18

Page 19: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

KESIMPULAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

ICT yang diterajui oleh barat berjaya menjadikan ilmu ICT seolah-olah terpisah dari roh

ketuhanan. Lebih menyedihkan apabila para pemain dan peneraju ICT Muslim tidak

sensitive terhadap perkara besar ini malah seolah-oleh menyetujuinya. Sesuai dengan

tarafnya sebagai sumber kedua kepada perundangan dan rujukan umat, melalui hadithhadith

seperti yang telah dibentangkan di atas, dapat dibuktikan bahawa ICT bukanlah

suatu yang asing malah telah disentuh oleh Rasulullah s.a.w. walaupun tidak secara terus.

Justru, jelas tidak boleh tidak para pemain dan peneraju ICT Muslim yang mengaku umat

Nabi Muhammad s.a.w. dan yang amanah perlu melihat beberapa isu yang berkaitan

dengan ICT seperti isu adab menyampaikan berita, isu isikandungan yang ingin

disampaikan iaitu yang mempunyai nilai-nilai benar, tepat, dan hak serta jauh dari

maklumat yang salah, bohong, kosong dan tidak dimengerti. M. Quraish Shihab (2000)

serta lain-lain isu yang telah dibincangkan di atas.

Kajian seterusnya adalah berkaitan dengan strategi menjadikan ilmu ICT dan roh

ketuhanan menjadi suatu yang tidak berasingan. Kesepaduan ilmu ini adalah suatu

agenda besar yang harus didokongi oleh semua lapisan masyarakat Islam seantaro dunia

sebagai pra-syarat bagi mendidik para Umat Terbaik (Khaira Ummah) berpangkat

khalifah Allah dimuka bumi ini. Melalui penerapan beberapa nilai yang dikemukakan

tadi, mudah-mudahan akan lahir pemuka-pemuka teknologi maklumat Muslim yang

menyampaikan maklumat yang benar, tepat dan hak sebagai pewaris bumi ini

sepertimana yang dikehendaki oleh Allah Taala dengan firman-Nya yang bermaksud;

“bahawasanya bumi akan diwarisi oleh hamba-Ku yang baik-murni sifatnya” (al-

Anbiya’: 105) akan menjadi kenyataan. Mudah-mudahan juga mereka akan diganjari

dengan pelbagai nikmat dan kebaikan sebagaimana janji Allah “bagi mereka berbuat

kebaikan di dunia akan diganjari Allah dengan kebaikan juga dan sesungguhnya bumi

Allah ini teramat luas (dengan sumber dan ni’mat)”(al-Zumar:10). Itulah peribadiperibadi

baru Zulqarnain yang membangun negeri, menjunjung Din Ilahi sebagai

manifestasi keperibadian tinggi dan Iman sejati. Wallahualam.

19

Page 20: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

Rumusan

Daripada huraian yang dinyatakan dapat dirumuskan bahawa prinsip syariah sangat penting

dalam penghasilan dan penggunaaan teknologi maklumat. Ini demikian kerana, apabila

mengabaikan prinsip syariah ia akan memberikan banyak kesan negatif.

Prinsip syariah adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat

manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'.Syariat Islam juga berisi problem solving

(penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam

merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup

manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau)

menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan

jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui

(perkara yang benar)” (Al-Jathiah: 18)

Prinsip syariah perlu diikuti adalah supaya 4 perkara asas yang menjadi tunjang bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia dapat dipelihara. 4 perkara asas tersebut ialah

• Agama

• Maruah

• Nyawa

• Harta

Pengabaian 4 perkara asas dalam penghasilan dan penggunaaan teknologi persenjataan akan

mendatangkan banyak kesan negatif kepada manusia.

Akhir sekali binalah senjata sebagai sesuatu yang membantu ke arah tujuannya dan

janganlah pula dijadikan sebagai sesuatu yang membawa kepada akibat kesukaran yang lebih

berat dari apa yang sedia dialami. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW:

“ والضرار ”الضرر

: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan.

20

Page 21: agame  stk 1 dwcscsdcsdcqsdsa

RUJUKAN

http://ctu101az.blogspot.com/2009/12/bab-3-syariah-dalam-kehidupan-muslim.html

http://members2.boardhost.com/shamsurie/msg/1250178555.html

http://haikalhamid93.blogspot.com/2012/11/ulama-nahu.html

NORSIDAH BINTI CHE DIN,SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

DALAM ISLAM

21