web viewbermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ......

36
BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tajuk 1 Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini: Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah. Fikirkan: 1

Upload: tranthuan

Post on 30-Jan-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 1 Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan Penyoalan Variasi Rangsangan

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen

pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:

Kemahiran Induksi

Kemahiran Penerangan

Kemahiran Penyoalan

Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

bilik darjah.

Fikirkan:

Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P

serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

1

Page 2: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Pengajaran

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu:

Kemahiran Induksi

Kemahiran Penerangan

Kemahiran Penyoalan

Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1 Kemahiran Induksi

Konsep

• Cara guru memulakan pelajaran

• Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan

berfikir

2

Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Page 3: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip-prinsip Induksi

• Bermakna kepada murid

• Berkaitan isi dan objektif pelajaran

• Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1. Menarik perhatian murid

• Dengan suara, gerak geri dan kontak mata

• Dengan ABM

• Dengan corak interaksi guru-murid

2. Mewujudkan motivasi

• Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan

unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3. Menstruktur

• Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara

menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4. Membuat perkaitan

• Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau

peristiwa semasa yang diminati murid

3

Page 4: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

1.2 Kemahiran Penerangan

Definisi

Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai

oleh guru-guru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah

dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif:

1. Untuk menjelaskan sesuatu – perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain

2. Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll.

3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan

sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan

• Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

• Huraian: Menerangkan sesuatu proses.

• Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan

1. Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik

2. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid

3. Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran

4. Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas

dengan penerangan yang diberikan

4

Page 5: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Penerangan

1. Komponen Struktur

• Penggunaan tanda saran

• Penggunaan contoh-contoh

• Penyimpulan atau rumusan

2. Komponen Penyampaian

kejelasan

pelbagai penekanan

memberi petunjuk

membuat perkaitan dan keutamaan

mengelakkan kekaburan

turutan

maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan

• Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid.

• Penekanan – intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.

• Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran – diperingkat, disusun, dikembangkan secara

kemas, sistematik dan teratur.

• Ilustrasi – penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-

bahan visual yang lain.

• Maklum balas – bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.

• Penutup – kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara

yang diterangkan.

1.3 Kemahiran Penyoalan

5

Page 6: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pengenalan

• Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja

• Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.

• Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip:

• Ditujukan kepada semua murid

• Murid diberi masa berfikir

• Sesuai dengan kebolehan murid

• Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi

• Penyampaian soalan jelas

• Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan;

• Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P

• Menimbulkan minat dan ingin tahu murid

• Membantu murid dalam perkembangan daya fikir

• Menggalakkan murid menyoal

• Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan

• Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai.

• Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab

soalan.

• Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid

berfikir

6

Page 7: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

• Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi

jawapan

• Melayan murid dengan adil

• Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu.

• Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

PENILAIAN

Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS

7

Page 8: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu

rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS

Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

APLIKASI

Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada

sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN

Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan

pemahaman.

PENGETAHUAN

Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

8

Page 9: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jenis-jenis penyoalan

1. Soalan Bertumpu (Tertutup)

• Bentuk convergent atau tertutup

• Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman

• Lebih  bersifat objektif

• Jawapan atau respon terhad

• Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat

atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka)

• Bentuk divergen atau terbuka

• Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian

• Lebih  bersifat subjektif

• Jawapan atau respon luas atau terbuka

• Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan

pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau

pengetahuan yang diperoleh.

1.4 Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep:

Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan

pengajaran mereka diminati dan berkesan.

9

Page 10: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Komponen Kemahiran

Perubahan tingkah laku guru Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian

Saluran Deria Kepelbagaian Interaksi

KOMPONEN KEMAHIRAN

Kepelbagaian Media dan Kepelbagaian Kaedah

Bahan Bantu Belajar dan Teknik Mengajar

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan

1. Perubahan tingkah laku guru

• Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif

• Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat

• Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

2. Perubahan Pertuturan (Suara)

• Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.

• Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan

menyebabkan murid berasa bosan.

10

Page 11: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3. Kepelbagaian Saluran Deria

• Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan

daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan

sebagainya.

4. Kepelbagaian Interaksi

• Interaksi guru-murid, murid - murid, individu – kumpulan, kumpulan – kumpulan dan

sebagainya.

• Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita,

berlakon dan sebagainya.

• Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5. Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar

• Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid.

• Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6. Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar

• Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan

pengetahuan kepada murid.

• Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran,

dan semakin seronok murid belajar.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.

Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap

kemahiran yang dipelajari.

11

Page 12: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 2 Komponen Pengajaran : Penggunaan Papan Tulis Pengelolaan Bilik Darjah Penutupan dan Membuat Kesimpulan

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang komponen pengajaran. Terdapat tiga

kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini, iaitu kemahiran

penggunaan papan tulis,

pengelolaan bilik darjah, dan

penutupan dan membuat kesimpulan.

Ketiga-tiga kemahiran yang tersebut amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

bilik darjah.

2.1 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Terdapat beberapa jenis papan tulis. Antaranya adalah seperti yang berikut :

Papan Hitam

Papan Putih

Papan Gulung

Papan Planner

Papan Magnetik

12

Page 13: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Prinsip Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah kebersihan

keteraturan

kejelasan

ketepatan

keberkesanan

Langkah-langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

Memastikan kebersihan papan tulis pada awal dan selepas pengajaran dan

pembelajaran

Menulis butiran pelajaran pada bahagian atas papan tulis – mata pelajaran, tajuk

pelajaran, tajuk latihan, tarikh dan sebagainya

Menggunakan alat tulis yang sesuai, dan berwarna-warni jika perlu.

Langkah Penggunaan Papan Tulis di Bilik Darjah

Membahagikan papan tulis kepada dua bahagian agar fokus murid tidak terlalu

luas

Menulis dengan kemas, teratur, tepat, dan diikuti dengan penjelasan atau

penerangan yang berkaitan

Elakkan daripada bercakap mengarah papan tulis sewaktu menulis pada papan

tulis

Pastikan semua murid telah selesai melaksanakan aktiviti penulisan yang diberi

sebelum mengganti atau memadam penulisan terdahulu.

2.2 Pengelolaan Bilik Darjah

Konsep Bilik Darjah

Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya

Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

13

Page 14: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, murid-

murid, dan keseronokan berkerjasama. Jenis-Jenis Bilik Darjah

Biasa (Tradisi)

Bercantum

KBSR/KBSM

Mata Pelajaran Khas

Multimedia

Bestari

Terbuka

Ciri-ciri Bilik Darjah Terbuka (Stephens)

Pengajaran menggunakan kaedah kumpulan/ perbincangan biasa digunakan.

Pelbagai aktiviti dijalankan serentak

Jadual anjal mudah diubah

Banyak ABM/BBM digunakan

Murid berpeluang membuat keputusan

Murid bebas bergerak/ bekerjasama

Murid bebas mengkaji mengikut minat

Penyerapan dan penggabungjalinan

Kaedah dapatan / uji kaji diutamakan

14

Page 15: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kumpulan pembelajaran mudah bentuk berdasarkan minat dan akademik.,

keperluan intelek, emosi dan sosial diutamakan untuk pembentukan sikap

positif

Pemberian markah / gred minimum

Perhubungan guru-murid, murid-murid adalah jujur dan terbuka.

Peranan Guru dalam Bilik Darjah

Memberi panduan dan galakan / pakar kaedah pengajaran

Pengajar / pakar mata pelajaran

Pengantara masyarakat dan kebudayaan / wakil masyarakat

Menentukan peraturan

Melaksanakan aturan biasa

Penghubung antara sekolah dengan masyarakat

Contoh dan teladan kepada murid

Pengadil tingkah laku

Pendisiplin / penyelia

Pengganti ibu bapa

Kerani

Kaunselor

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah

Guru memainkan peranan sebagai pengurus

Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadual

bertugas

Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru sebagai Perancang

15

Page 16: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya

Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran

Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran

Ciri-ciri Kemahiran Merancang

Kemahiran merancang boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri perancangan yang berikut :

Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkan

sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid

Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepada

kompleks, bermakna, relevan, dan menarik.

Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar

(BBM)

Utamakan pendekatan berpusatkan murid

Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran dan

pembelajaran yang lengkap

Guru sebagai Pengelola

Elemen Kemahiran Mengelola

Tujuan utama mengajar adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran

Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiran

mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.

Dua Fungsi Utama Pengajaran

Merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif

16

Page 17: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dalam bilik darjah tugas pengajar membekalkan motivasi untuk merangsang /

menimbulkan / menggerakkan murid-murid belajar.

Pengajaran Motivasi Pembelajaran

Pengurusan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

Menyediakan ruang untuk aktiviti kumpulan/simulasi di samping aktiviti

pembelajaran secara kelas.

Pastikan sudut dan ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur,

selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai.

Pengurusan Rutin Bilik Darjah

Tugas guru meliputi 3 bidang utama

1. Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod

Rekod Pendaftaran Murid

Buku Jadual Kedatangan

Buku Kemajuan Murid

Kad Himpunan 001 dan 002

Rekod Kutipan Yuran

2. Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

Rutin bilik darjah merujuk pada aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak

dilakukan pada setiap hari persekolahan

Menanda jadual kedatangan

Menyemak keadaan fizikal bilik darjah

17

Page 18: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Menyusun kerusi meja

Mengutip yuran

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain

Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk murid-murid

Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta Projek

Susu Sekolah

3. Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah

Berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang sudut

bacaan, dan pengajaran dan pembelajaran, serta kebersihan bilik darjah

Tujuan pengurusannya untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas , bersih, dan teratur.

Antara kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah :

menyapu lantai dan beranda

membersihkan papan tulis / menyusun kerusi meja

mengemas ruang dan sudut pembelajaran

susun bahan bacaan di sudut bacaan

menghias dan menjaga alat yang dipamerkan

menjaga penggunaan kipas dan lampu

mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru.

18

Page 19: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pembahagian kerja kepada murid-murid untuk menjaga kebersihan bilik darjah

Murid-murid dapat dilatih untuk berkerjasama dan bertanggungjawab terhadap

kekemasan dan kebersihan bilik darjah

Menanam sikap rasa bangga terhadap tugas mereka menjaga kebersihan bilik

darjah

Kebersihan bilik darjah dapat menjamin kebersihan murid-murid

Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai

dengan murid dan interaksi antara murid dengan murid dapat dipermudahkan

dengan susunan kerusi meja yang teratur

Pengurusan bilik darjah yang berkaitan dengan disiplin yang baik adalah seperti yang berikut:

mengawal peraturan-peraturan bilik darjah

mengawal aktiviti kumpulan

mengawal murid bermasalah

Guru sebagai Pengarah

Elemen Kemahiran Mengarah

Mengarah murid-murid menjawab soalan guru

Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira

Mengarah membentuk kumpulan

Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah

Mengarah menjalankan aktiviti pembelajaran

Mengarah mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah, dan sebagainya

Guru sebagai Pengawal

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana

sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yang

kondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran

19

Page 20: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut

pelajaran tanpa sebarang gangguan

Perkaitan Elemen Bilik Darjah dengan Aktiviti Penilaian

Aktiviti penilaian merupakan salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Meliputi usaha menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta

penggunaan bahan-bahan pengajaran

Keberkesanan penilaian boleh ditinjau dari aspek yang berikut :

1. Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan penggunaan strategi, kaedah, dan teknik

mengajar

2. Keberkesanan pembelajaran dinilai berdasarkan prestasi murid-murid dalam aktiviti

pembelajaran.

3. Keberkesanan bahan-bahan pengajaran dinilai dari aspek penggunaan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

Dapatan penilaian akan membolehkan guru :

Merancang pengubahsuaian yang perlu untuk membaiki pengajarannya

Merangka strategi baharu untuk membantu murid yang menghadapi masalah

pembelajaran, khasnya murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajarkannya

Mengubah suai atau menukar bahan-bahan pelajaran supaya lebih sesuai digunakan.

Ciri-Ciri Kemahiran Menilai

20

Page 21: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri penilaian yang tepat dalam proses pengajaran seperti

yang berikut:

Aktiviti soal jawab sering digunakan untuk membuat penilaian

Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkan

kesalahan yang berlaku dengan serta-merta

Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran

serta membaiki pengajaran guru

Perkaitan Elemen Pengurusan dengan Guru sebagai Perancang, Pengelola, dan Penilai

Perlakuan mengajar dari segi perancangan

Perlakuan mengajar guru dari segi perlaksanaan

Perlakuan mengajar guru dari segi penilaian

Peranan Guru Dalam dan Luar Bilik Darjah

Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya

dalam bilik darjah mengikut strategi yang sesuai.

Penggerak pembelajaran dengan membimbing murid supaya berusaha belajar secara

individu atau kumpulan

Pengurusan bilik darjah seperti rutin bilik darjah dan peralatan mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

Sebagai ibu bapa kepada murid-murid, menjaga keselamatan dan kebajikan,

membantu murid-murid menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian

daripada keluarga mereka

Bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid serta membantu membentuk sahsiah

dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat

21

Page 22: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tingkah laku guru menjadi contoh (model) teladan kepada murid-murid. Nilai murni

yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa murid-murid

Pembimbing dan kaunselor dengan memberi nasihat dan bantuan kepada murid-murid

yang menghadapi masalah dalam proses pembelajaran atau masalah peribadi

Penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan membimbing menjalankan aktiviti

persatuan, kelab, permainan atau unit beruniform mengikut rancangan sekolah.

Membantu pentadbir sekolah menjalankan tugas yang diagihkan oleh Guru Besar /

Pengetua.

Memeriksa buku kerja murid, kertas ujian dan peperiksaan, berdasarkan hasil

pemeriksaan menilai prestasi murid. Mengenal pasti kelemahan dan merancang

aktiviti pemulihan.

Menyediakan kertas soalan, merekod markah ujian, mengisi keputusan peperiksaan

dalam buku kemajuan

Mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme keguruan untuk meningkatkan

mutu pengajaran

Pegawai perhubungan antara Guru Besar/pengetua dengan murid-murid dan antara

pihak sekolah dengan ibu bapa

Kesimpulan

Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah tidak dapat dipisahkan daripada elemen

pengurusan asas, iaitu merancang, mengelola, mengarah, dan mengawal.

Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan hendaklah menguasai semua

kemahiran tersebut dan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan secara sistematik, licin dan lancar serta mencapai objektif

22

Page 23: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

2.3 Kemahiran Penutupan / Kemahiran Penutupan

Bahagian penutupan merupakan bahagian terakhir sesuatu pembelajaran

Langkah memberi penumpuan perhatian pada penyelesaian satu-satu tugas

atau pembelajaran tertentu

Kemahiran penutupan juga merupakan satu kemahiran atau cara yang berkesan

untuk guru mengakhiri pengajarannya setelah semua komponen pelajaran yang

dirancang pada satu-satu sesi pembelajaran telah selesai dilaksanakan.

Tujuan Merancang Penutupan yang Berkesan

Menarik perhatian murid terhadap penutupan pengajaran

Meninjau pemahaman pembelajaran

Mendapat gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran

Menyatukan dan mengukuhkan pembelajaran

Memenuhi fungsi penutupan

Jenis Penutupan

Kesimpulan Kognitif

Tindakan menyimpulkan semula perkara yang telah dipelajari yang bertujuan

mengukuhkan pemahaman terhadap bahan pelajaran yang telah disampaikan

kepada pelajar dan untuk menarik tumpuan terhadap bahagian-bahagian penting

dalam pelajaran.

Kesimpulan Sosial

Melibatkan tindakan perasaan pencapaian kepada pelajar. Guru memberi galakan

dan keyakinan kepada murid agar terus mencuba sekalipun murid mungkin gagal

menguasai pelajaran yang berkenaan. Kesimpulan sosial biasa digunakan selepas

satu siri pembelajaran yang agak teratur.

23

Page 24: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Objektif Kemahiran Penutupan

Dapat membuat rumusan dan perkaitan berhubung dengan pengalaman pelajar

Dapat menggunakan pelbagai aktiviti semasa mengulang kaji

Dapat menggunakan prosedur dan aktiviti yang sesuai untuk menilai objektif

pengajaran dan pembelajaran murid

Dapat merancang aktiviti susulan

Dapat mewujudkan motivasi melalui kemesraan dan penuh semangat rasa ingin tahu,

unsur-unsur menakjubkan dan aktiviti susulan

Prinsip / Panduan

Penutupan mestilah bermakna kepada pelajar dan sesuai dari segi

umur, kebolehan, minat, dan kecenderungan mereka

Penutupan mestilah berkaitan dengan isi dan objektif pengajaran dan pembelajaran

Penutupan mestilah mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia ada,

pengalaman, dan sesuatu yang baru dipelajari

Penutupan menandakan perkaitan pelbagai aspek mengenai topik yang telah dipelajari

Penutupan mestilah dapat menilai keberkesanan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran

Penutupan haruslah dapat mencadangkan aktiviti susulan

Komponen Kemahiran Penutup

Kesimpulan Kognitif

Guru membuat rumusan pengalaman dan pengetahuan pelajar

Menggunakan pelbagai aktiviti, misalnya mengulang kaji pelajaran yang telah

disampaikan

Menilai objektif pengajaran dan pembelajaran

24

Page 25: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Mencadangkan aktiviti susulan bagi aktiviti pengayaan atau pengukuhan

Kesimpulan Sosial

Mewujudkan rasa pencapaian dan kejayaan kepada pelajar, misalnya dengan

memberi pujian, penerapan keyakinan, galakan, dorongan, penghargaan, dan

sebagainya

Gerak kerja lanjutan – aktiviti susulan sebagai pengukuhan dan pengayaan,

biasanya sebagai kerja rumah.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran-kemahiran dalam pengajaran bahasa

Setelah anda menguasai ketiga-tiga kemahiran, sila catat nota dalam bentuk

pengurusan grafik tentang tajuk yang telah dibincangan.

Sila berbincang dengan rakan-rakan untuk memantapkan lagi pemahaman.

25

Page 26: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Tajuk 3 Teori Huraian Bahasa Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang Teori Huraian Bahasa. Terdapat

empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:

Teori Tatabahasa Tradisional

Teori Struktural

Teori Transformasi Generatif

Teori Fungsionalis

Teori Tatabahasa Tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian

berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan,

bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang

pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang

rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula

merupakan pegangan Teori Fungsionalis.

Hasil Pembelajaran

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro,

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam

bilik darjah.

26

Page 27: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kerangka Konsep

Fikirkan:

Fahami situasi hubungan yang saling berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah rendah.

Teori Huraian Bahasa

27

Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat.

Pemahaman guru bahasa tentangnya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Teori Huraian Bahasa: Nahu Tradisional Struktural Transformasi Generatif Teori Fungsionalis

Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan Bahasa: Behavioris Kognitif Mentalis InteraksionalisStrategi,

Pendekatan,

Kaedah, dan

TeknikPengajara

n dan Pembelaja

ran Bahasa Melayu

Aplikasi Pendekatan Pembelajaran BahasaBerpusatkan Murid, Berdasarkan Bahan, Pembelajaran Berasaskan Projek, Masalah, Aktiviti, Situasional dan

Permainan

Page 28: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Umumnya terdapat empat Teori Huraian Bahasa, iaitu :

Teori Tatabahasa Tradisional.

Teori Struktural

Teori Tranformasi Generatif

Teori Fungsionalis

3.1 Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)

Teori yang paling tua

Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah

Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendeta Za’ba dan

Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran

Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum

Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik

Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap

3.2 Teori Struktural (Bloomfield)

Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem, dan ayat

Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan

Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan

fakta-fakta yang boleh diperhatikan

Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat

3.3 Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky)

Bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa

Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran

Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena menta.

Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif

28

Page 29: Web viewBermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada ... Skim Amalan Makanan dan ... Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)

BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

3.4 Teori Fungsionalis (Halliday)

Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.

Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika

berkomunikasi dan mementingkan semantik.

Kajian menekankan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.

Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi

interpersonal, dan fungsi tekstual.

Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan

sistem bahasa.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang teori-teori Huraian Bahasa.

Setelah anda menguasai ketiga-tiga Teori Huraian Bahasa, sila senaraikan

perbezaan antara teori Nahu Tradisional dengan Teori Transformasi Generatif

Sila berbincang dengan pensyarah anda sekiranya anda masih kurang faham

tentang teori ini.

29