aedes dan denggi sk satak

5
AEDES DAN DENGGI Apa itu penyakit denggi? Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar Berdasarkan statistik terbaru, Denggi telah mengorbankan 29 orang dalam tempoh Januari sehingga 22 Februari 2014, peningkatan 263 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu: a. Demam denggi klasikal. Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'. b. Demam denggi berdarah. Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'. CARA JANGKITAN

Upload: meloddeis-syahiruddin

Post on 28-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Aedes Dan Denggi Sk Satak

TRANSCRIPT

AEDES DAN DENGGI

Apa itu penyakit denggi?

Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar

Berdasarkan statistik terbaru, Denggi telah mengorbankan 29 orang dalam tempoh Januari sehingga 22 Februari 2014, peningkatan 263 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

a. Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

b. Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

CARA JANGKITAN

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.

Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi Terdapat dua jenis nyamuk Aedes:Aedes aegyptidanAedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialahAedes aegypti. Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu. Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya. Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi. Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan. Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :) Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan. Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida. Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes. Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4). 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.

Ciri-ciri Nyamuk Aedes Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya. Menggigit di waktu awal pagi dan senja. Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah. Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu. Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan. Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak. Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan. Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur. Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!

Tempat Pembiakan Nyamuk AedesDi Dalam Rumah: Bekas jambangan bunga (vase) Kolah mandi Dulang perangkap air peti sejuk Tangki simpanan air Lain-lain bekas menyimpan air Tangki pam tandasDi Luar Rumah: Tayar buruk Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air Palong hujan (roof gutter) Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi

CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes.Tiada Aedes Tiada Denggi. Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul. Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali. Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu. Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu. Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol). Tutup saluran overflow tangki pam tandas.

TANDA-TANDA ATAU GEJALA

1. Demam Denggi Klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.

Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam Denggi Berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.

Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.

Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).