adat dan ibadah soalan 1

9
Konsep ibadah dan adat dalam Islam dan perkaitannya dengan isu-isu berkenaan amalan masyarakat setempat yang dianggap ibadah. Pengertian Ibadah Ibadah menurut kamus dewan edisi keempat, bakti kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan seperti sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia. Dalam Islam, seseorang Muslim wajib melakukan ibadah kepada Tuhannya sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran atas segala nikmat yang diberi dan untuk meraih kenikmatan yang kekal abadi. Ibadah juga terbahagi kepada dua, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Pengertian Adat Menurut kamus dewan edisi keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Isu-isu amalan masyarakat yang dianggap ibadah Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara- perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Cukur jambul AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan

Upload: zulhaqqi-b-zainol

Post on 21-Dec-2015

279 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

soalan 1

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Konsep ibadah dan adat dalam Islam dan perkaitannya dengan isu-isu berkenaan

amalan masyarakat setempat yang dianggap ibadah.

Pengertian Ibadah

Ibadah menurut kamus dewan edisi keempat, bakti kepada Tuhan, perbuatan dan amalan

yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan seperti sembahyang, berdoa,

bersedekah, berbuat baik sesama manusia. Dalam Islam, seseorang Muslim wajib

melakukan ibadah kepada Tuhannya sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran atas segala

nikmat yang diberi dan untuk meraih kenikmatan yang kekal abadi. Ibadah juga terbahagi

kepada dua, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

Pengertian Adat

Menurut kamus dewan edisi keempat, adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan

turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum

dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

kebiasaan.

Isu-isu amalan masyarakat yang dianggap ibadah

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang

berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar

Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya

pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru

dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak

wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad saw. Malah amalan ini juga dipercayai

berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah saw bersabda, "tiap-tiap anak itu tergadai dengan�

akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." � (Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Tirmizi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah saw

menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada

hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir

miskin.

Page 2: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan

Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur

rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan

kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini

menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam

juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.

Amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu

lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya,

cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana

yang disunahkan oleh Rasulullah saw.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala

kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru

tumbuh dengan sihat. Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut

anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan

tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang

digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran

Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan

khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba

menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. Mengikut sesetengah pendapat, amalan

cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti

menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan�

amalan sebegini dengan masyarakat Islam?

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan

yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi

berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian

dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia

memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah,

bolehlah diadakan jamuan. Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan

kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga

menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat

dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah swt. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar

menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan.

Page 3: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada

yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah

perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal

daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini.

Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal

negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Adat mencukur jambul ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk

menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi

tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Sebiji kelapa

muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk

dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa

yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji

batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya

kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau

seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Kenduri tahlil arwah

Kebanyakan umat Islam di negara ini menyangka bahawa isu kenduri tahlil arwah adalah

masalah khilaf, akan tetapi hakikatnya ia bukanlah masalah khilaf. Bahkan para imam besar

melarangnya dan kita tidak temui di kalangan mereka, seorangpun yang mengizinkannya.

Dari Jarir bin Abdullah ra, beliau berkata:

"Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad SAW) mengira bahawa berkumpul bersama

keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam meratap (meratapi

mayat)."

(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah. Sanadnya sahih)

Dr. Wahbah Az-Zuhaily berkata dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh:

"Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia adalah

makruh dan bid'ah yang tiada asal baginya (dari Nabi SAW). Perbuatan sedemikian

menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka atas kesusahan yang

telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan

harta waris yang belum baligh maka haram disediakan makanan (tersebut)".

Page 4: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Disebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan Dr.

Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji: "Keluarga si mati membuat

makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa dilakukan di

zaman ini. Perbuatan ini adalah bid'ah yang bertentangan dan sangat menyalahi Sunnah".

Bersanding

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga

tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan

adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada

hari ini.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu

di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa

Rama dan Dewi Sita. Nabi saw melarang untuk menyerupai sesuatu kaum yang lain dalam

hadis riwayat Abu Daun dan Imam Ahmad yang bermaksud barangsiapa yang menyerupai

dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan .

Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan

sesungguhnya dalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir

adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin

dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak

berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu

untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh

unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara

tersebut salah disisi agama.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Halal dan Haram fil Islam, “Niat

yang baik tidak akan menghalalkan yang haram". Jika terdapat majlis makan berdamai

semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga

kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk

mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

Page 5: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Bulan Safar

Apabila tibanya bulan Safar terdapat segelintir umat Islam yang masih terbelenggu dengan

amalan-amalan dan kepercayaan karut serta bidaah yang diamalkan dalam bulan Safar.

Walaupun sekarang amalan tersebut tidak begitu ketara, namun masih ramai yang

percaya bahawa bulan Safar membawa celaka dan sial. Justeru, terdapat dalam kalangan

masyarakat Melayu yang menggunakan kertas atau papan yang ditulis dengan ayat-ayat

tertentu dan mandi dengan air yang direndam ayat-ayat berkenaan untuk menolak bala.

Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang

berdasarkan tahun Qamariah. Safar bermaksud kosong. Ia juga memberi erti, meninggalkan

sesuatu tempat apabila merujuk kepada perkataan `safir’. Telah dinyatakan juga bahawa

dinamakan bulan Safar ekoran kebiasaan orang Arab yang selalu meninggalkan kampung

halaman untuk berperang dan mengembara pada bulan tersebut.

Pada zaman Jahiliah, orang yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor

burung. Apabila burung itu terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa petanda

baik, tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, mereka akan menangguhkan perjalanan

kerana mereka beranggapan bahawa bala akan menimpa sekiranya perjalanan diteruskan.

Seterusnya, amalan khurafat dan bidaah yang bertentangan dengan syariat Islam

diamalkan dalam bulan Safar sebagai kesinambungan kepada warisan zaman Jahiliah. Ini

kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar

merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka, khususnya pada hari Rabu

minggu terakhir.

Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut dan

bidaah sebagai cara untuk menolak bala. Sama ada sedar atau tidak, masyarakat Melayu

Islam di Malaysia masih lagi dibelenggu dengan amalan khurafat dan tahyul seumpama ini

pada bulan Safar. Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah

upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular pada suatu waktu dahulu. Apabila

tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau

sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan bahawa

perbuatan tersebut boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada kebiasaannya,

amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Page 6: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Selain itu, dalam kalangan masyarakat Melayu juga, khususnya dalam kalangan

orang tua, mereka tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar. Ini

kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin tidak akan

mendapat zuriat sekiranya majlis perkahwinan dilangsungkan dalam bulan ini. Amalan dan

kepercayaan seperti ini jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan

rosaknya akidah seseorang.

Sebenarnya sial dan bala bencana tidak berlaku hanya pada bulan Safar. Firman

Allah di dalam surah at-Taubah ayat 51 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), tidak

sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah

bagi kami. Dialah pengawal yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu), maka

kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal”.

Rasulullah saw menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Tidak ada

penularan penyakit (tanpa izin Allah), tidak ada penentuan nasib dengan burung, tiada

kemudaratan burung hantu, dan tiada bala bencana bulan Safar”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tambahan daripada itu, Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan bahawa orang yang

mempercayai keburukan itu datangnya daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik,

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Menyandarkan keburukan kepada

sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang

beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal”. (Riwayat Ibnu

Majah).

Hadis riwayat Imam Ahmad juga ada menyebutkan, "Barangsiapa yang

menangguhkan sesuatu hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka

dia telah berbuat syirik.

Sesuatu yang tambah menyedihkan lagi ialah apabila terdapatnya umat Islam yang

melakukan pelbagai upacara menolak bala pada bulan Safar dengan tidak menganggapnya

sebagai suatu perkara khurafat. Mereka seolah-olah tidak memahami apa itu khurafat, lalu

melakukan amalan khurafat dengan sewenang-wenangnya.

Page 7: Adat Dan Ibadah Soalan 1

Apabila seseorang itu percaya kepada makhluk selain Allah, maka ia akan

membawa kepada lenyapnya keimanan kepada rukun Islam keenam iaitu percaya kepada

qada dan qadar Allah s.w.t. Kepercayaan dan amalan khurafat yang masih membelenggu

umat Islam hari ini berpunca daripada akidah yang tidak mantap dan tidak mempunyai

kefahaman yang jelas tentang hukum-hakam yang terdapat di dalam Islam. Perlu diingatkan

bahawa sebagai seorang Islam, sewajarnya hanya memohon dan meminta sesuatu kepada

Allah.

Kepercayaan dan amalan khurafat hanya boleh dibanteras jika seseorang itu berpegang

teguh kepada ajaran Islam dengan menjadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan dalam

segala tindakan. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. menjelaskan kepada kita melalui sabda baginda

yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat

selama-lamanya sekiranya berpegang dengan kedua-dua perkara tersebut, iaitu Kitab Allah

(al-Quran) dan sunnahku”.