adakah anda mengetahui dan mengenali siapakah jiran anda

Upload: perdull-der-chopper

Post on 15-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Adakah Anda Mengetahui Dan Mengenali Siapakah Jiran Anda

    1/1

    Adakah anda mengetahui dan mengenali siapakah jiran anda? Umumnya, jiran adalah

    orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga. Hidup berjiran

    memerlukan semangat kejiranan. Semangat kejiranan ini merujuk kepada tahap

    keakraban dalam hubungan sesama jiran. Pada masa kini semangat kejiranan amat

    jelas kelihatan dalam masyarakat luar bandar jika dibandingkan masyarakat bandar.

    Apakah kebaikan semangat kejiranan dalam kehidupan kita?

    Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita

    menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedla maklum bahawa kehidupan kita

    tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau

    kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang

    paling cepat dapat membantu kita. egitu juga jlka kita sakit, jiranlah yang kita

    harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

    Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal

    kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempattinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau

    memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi

    kita. !ontoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk men"iarahi

    rumah saudara#mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga

    rumah kita.

    $ebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam

    menjayakan majlis keramaian. %ajlis keramaian yang kita adakan kadangkala

    memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. &engan adanya bantuan jiran ini majlis

    tersebut menjadi ringan dan erjaya dilaksanakan.

    Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negati' di tempat tinggal kita

    dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar

    tidak melakukan perkara negati' yang boleh mengganggu ketenteraman membuat

    bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan

    &i samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan

    dikalangan rakyat dalam (egara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan

    rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.

    (yatalah semangat kejiranan banyak memberi man'aat baik kepada diri sendiri,penduduk setempat dan masyarakat umumnya. %an'aat yang lebih besar lalah

    semangat kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan

    membawa kepada perpaduan kaum