adab berjihad

11
PENDIDIKAN ISLAM BAB 35 ADAB BERJIHAD

Upload: preciousafiqah

Post on 15-Aug-2015

27 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: adab berjihad

PENDIDIKAN ISLAMBAB 35

ADAB BERJIHAD

Page 2: adab berjihad

PENGERTIAN JIHAD

Jihad menurut bahasa ialah usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan yang ada. Dari sudut istilah pula jihad merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan islam dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Page 3: adab berjihad

Jihad yang utama dalam Islam ialah perjuangan menegakkan agama Allah di atas muka bumi dengan mengorbankan harta dan nyawa.

Walaupun jihad yang paling utama ialah perang di jalan Allah, namun jihad juga boleh dilakukan dengan cara yang lain. Contohnya, berjihad untuk meninggikan prestasi pendidikan, membangunkan negara, mengiatkan aktiviti ekonomi dan sebagainya. Semua usaha gigih kearah kebaikan adalah jihad selagi tidak tersasar daripada matlamat asas, iaitu menegakkan agama Allah.

Page 4: adab berjihad

KELEBIHAN ORANG YANG BERJIHAD DI JALAN ALLAH

Allah S.W.T. menjanjikan kemuliaan kepada orang yang berjihad. Firman Allah S.W.T. :Surah nisa : 95:4Maksudnya… Allah melebihkan orang yang berjihad dengan harta

benda dan jiwa mereka atas orang yang duduk (tidak turut berperang tanpa keuzuran) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga), dan Allah melebihkan orang yang berjuang atas orang yang duduk (tidak turut berperang tanpa keuzuran) dengan pahala yang amat besar.

Dalam ayat diatas, Allah berjanji akan mengangkat darjat orang yang berjihad dijalannya. Allah menyediakan untuk mereka syurga yang terbentang luas dan penuh kenikmatan yang tiada bandingan.

Page 5: adab berjihad

PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD

(1)BERJIHAD MEMBAIKI DIRI Pada peringkat ini seseorang itu berusaha

membaiki diri sebagai persediaan untuk menghadapi peringkat perjuangan yang lain.berjihad membaiki diri terbahagi kepada empat bahagian:

i. Mempelajari Islamii. Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan

seharian.iii. Menyebarkan ilmuiv. Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan Islam

Page 6: adab berjihad

(2) BERJIHAD MELAWAN SYAITAN Peringkat ini terbahagi kepada dua bahagian:i. Melawan dan menghapuskan keraguan serta

serta waswas yang ada dalam diri.ii. Menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu

dan perkara-perkara maksiat

(3) JIHAD MELAWAN ORANG KAFIR HARBI DAN MUNAFIK

Jihad ini boleh dilakukandengan hati, lidah, harta dan nyawa.

(4) JIHAD MENGHAPUSKAN KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN

Page 7: adab berjihad

ADAB-ADAB BERJIHAD

(1) IKHLASOrang yang berjihad wajib mempunyai niat yang ikhlas.

Perjuangan yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Keikhlasan diperoleh dengan meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi.

(2) SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK PERJUANGANPerjuangan untuk menegakkan agama Allah memakan masa

yang panjang dan penuh rintangan. Oleh itu orang yang berjihad dijalan Allah mesti sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan. Para sahabat telah mengorbankan harta dan nyawa mereka, demi menegakkan agama Allah. Hasil daripada perjuangan mereka kita dapat merasai nikmat iman dan Islam pada hari ini.

Page 8: adab berjihad

(3) SENTIASA BERILTIZAM DAN ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN

Berjihad menuntut disiplin yang tinggi. Orang yang berjihad wajib memberikan komitmen dalam perjuangan dan beristiqamah dalam amal-amal yang dilakukan

(4)MEMATUHI ARAHAN DAN MEMPUNYAI SEMANGAT BERPASUKAN

Perjuangan Islam wajib dilaksanakan secara berjemaah. Allah mengasihi orang yang berjuang dijalannya secara berjemaah. Bagi memastikan aktiviti berjemaah berjalan dengan baik dan dapat mencapai matlamat perjuangan, para pejuang perlu mematuhi arahan-arahan pemimpin dan mempunyai semangat berkumpulan.

Page 9: adab berjihad

CARA-CARA MELAHIRKAN SEMANGAT JIHAD

Semangat jihad semakin pudar dikalangan umat Islam hari ini.perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya tidak memahami tuntutan jihad dan leka dengan kesenangan dunia. Semangat jihad perlu disemarakkan lagi dalam jiwa umat Islam khususnya dikalngan pemuda dan pemudi. Semangat jihad boleh dipupuk dengan menambah ilmupengetahuan khususnya mengenai kelebihan-kelebihan jihad dan menerusi kisah pejuang-pejuang terdahulu.

Semangat jihad juga boleh disuburkan dengan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti qiamullail dan membaca Al-Quran serta memahami maksudnya.

Page 10: adab berjihad

INFO ISLAM

Peperangan pertama dalam sejarah Islam ialah peperangan badar yang berlaku pada bulan ramadhan tahun kedua hijrah.

Page 11: adab berjihad

PENGHAYATAN

(1)Sebagai pelajar kita mesti berjihad meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

(2)Penglibatan dalam persatuan diperingkat sekolah dapat memumuk semangat jihad di kalangan pelajar.