abstrak gpp kejiranan hijau

Upload: azrul-samat

Post on 05-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 ABSTRAK GPP Kejiranan Hijau

    1/2

    GARIS PANDUAN PERANCANGAN KEJIRANAN HIJAU

    Tujuan utama pembangunan kejiranan hijau adalah untuk mengurangkan

    pengeluaran karbon melalui pendekatan kejiranan berdayahuni yang mesra alam.

    Kejiranan hijau ditakrifkan sebagai kawasan kejiranan yang dirancang secara

    bersepadu dengan memberi keutamaan kepada perlindungan dan penggunaansumber semulajadi, aplikasi teknologi hijau dan kitar semula, bertujuan untuk

    memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, keselamatan dan

    kebajikan umum penduduknya. Dalam usaha untuk menjadikan konsep ini sebagai

    kenyataan, satu garis panduan perancangan telah disediakan iaitu Garis Panduan

    Perancangan Kejiranan Hijau.

    Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau merupakan salah satu inisiatif

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan

    Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai sumbangan kepada komitmen

    Kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pengeluaran intensiti karbon sehingga 40%berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020

    berbanding paras pada tahun 2005. Komitmen ini telah dinyatakan semasa 15th

    Conference of the Parties (COP15) di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu Berkenaan dengan Perubahan Iklim di Copenhagen pada Disember 2009.

    Inisiatif ini memberi fokus kepada pembangunan diperingkat kejiranan dimana ianya

    adalah unit asas bagi sesebuah bandar. Justeru, penerimapakaian Garis Panduan

    Perancangan Kejiranan Hijau secara tidak langsung akan membentuk perbandaran

    hijau apabila semakin banyak kejiranan hijau dibangunkan.

    Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau mengandungi 4 bahagian utama iaituSkop dan Prinsip Perancangan, Garis Panduan Umum, Garis Panduan Khusus, dan

    Rangka Kerja Pelaksanaan.

    Skop dan Prinsip Perancangan

    Garis Panduan Perancangan ini boleh digunakan untuk pembangunan baru,

    pembangunan sedia ada (melalui kaedah retrofitting/adaptasi), dan pembangunan

    semula. Prinsip perancangan menjurus kepada pemeliharaan alam sekitar, amalan

    3R (reduce, reuse and recycle), berjalan kaki dan berbasikal, membanyakkan

    penyediaan kemudahan transit dan komuniti hijau.

    Garis Panduan Umum

    Bahagian ini menyentuh 7 elemen iaitu Ekologi dan Alam Sekitar, Rekabentuk

    Komuniti dan Pengangkutan, Persekitaran Hijau, Air, Tenaga dan Sisa, Bangunan,

    Komuniti Hijau, dan Inovasi. Elemen-elemen tersebut meliputi perancangan tapak,

    aspek walkability and connectivity, jaringan hijau, air, tenaga dan sisa, reka bentuk

  • 7/31/2019 ABSTRAK GPP Kejiranan Hijau

    2/2

    bangunan, penglibatan penduduk dalam komuniti hijau, dan perubahan teknologi

    melalui inovasi.

    Garis Panduan Khusus

    Bahagian ini memperincikan berkenaan dengan 10 elemen iaitu Kepelbagaian Guna

    Tanah, Kepelbagaian Jenis Perumahan, Pusat Kejiranan, Streetscape, KemudahanTransit, Liputan Kawasan Hijau, Perkebunan Bandar, Pengurusan Air, Sumber

    Tenaga, dan Pengurusan Sisa Pepejal.

    Rangka Kerja Pelaksanaan

    Bahagian ini menerangkan peranan yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak

    berkepentingan diperingkat kerajaan dan agensi persekutuan, kerajaan negeri dan

    pihak berkuasa tempatan.

    Pembangunan kejiranan hijau di beberapa buah negara di Eropah dan Amerika

    Syarikat didapati telah berjaya membantu mengurangkan pengeluaran karbon,kesan urban heat island dan mewujudkan kualiti persekitaran hidup dan suasana

    yang lebih baik bagi kawasan kejiranan. Ini dilaksanakan melalui perancangan reka

    bentuk pasif (passive design), penyediaan lebih banyak kawasan/ruang hijau,

    memanfaatkan sumber semula jadi secara efektif dan pada yang sama

    menggunakan sumber alternatif yang boleh diperbaharui, mengguna pakai konsep

    3R dalam aktiviti harian penduduk.

    Justeru, penyediaan garis panduan ini adalah bertepatan dengan trend

    pembangunan masa kini iaitu ke arah pembangunan hijau dan berdayahuni, selari

    dengan dasar-dasar semasa negara. Garis panduan ini juga merupakan langkah

    permulaan yang baik untuk mengubah suasana persekitaran pembangunan di

    Malaysia supaya lebih mesra alam dan mampan. Ini kerana pada masa kini, seperti

    dikebanyakkan negara-negara maju yang lain, telah terdapat sistem penilaian dan

    penarafan pembangunan yang mesra alam dan mampan.

    Bagi penerangan dan maklumat lanjut berkenaan garis panduan ini, sila hubungi :

    Bahagian Penyelidikan dan PembangunanJABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

    Unit No.50-12 & 13-1, Tingkat 12 & Penthouse,Wisma UOA Damansara, 50 Jalan Dungun,Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.Tel : 03-2081 6000Faks : 03-2094 1170 / 1180