abstrak - fp.utm.my · pdf filein this study are the ... mata dan kepala. kecederaan akan ......

16
ii ABSTRAK Kajian secara deskriptif yang dijalankan ini adalah untuk meninjau pengamalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar 4 SPH semasa mengikuti Latihan Mengajar di sekolah. Tiga aspek yang dikaji ialah tahap perlaksanaan peraturan keselamatan bengkel, tahap pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan alatan tangan, dan kepekaan terhadap persekitaran selamat semasa menjalankan kerja amali di bengkel sekolah. Kajian ini melibatkan 71 pelajar 4 SPH yang telah menjalani latihan mengajar selama empat belas minggu di sekolah. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden yang mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A tentang latar belakang responden dan Bahagian B soalan- soalan kajian yang meliputi ketiga- tiga objektif seperti kesediaan guru-guru pelatih terhadap tahap pelaksanaan peraturan keselamatan, tahap pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan tangan dan tahap kepekaan guru-guru pelatih terhadap persekitaran dan kawasan kerja. Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alpha Cronbachnya 0.8751. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science – Version 12.0 ( SPSS 12.0 ). Data dianalisis dalam bentuk peratusan kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar- pelajar 4 SPH telah mengamalkan peraturan keselamatan bengkel semasa mengikuti Latihan Mengajar di sekolah dengan nilai purata minnya tinggi iaitu 4.18. Mereka juga mempunyai tahap pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan tangan tinggi dengan nilai purata minnya ialah 3.91. Manakala tahap kepekaan terhadap persekitaran dan kawasan kerja di bengkel juga berada pada tahap tinggi dengan nilai purata minnya 4.32.

Upload: lybao

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

ii

ABSTRAK

Kajian secara deskriptif yang dijalankan ini adalah untuk meninjau pengamalan

keselamatan bengkel di kalangan pelajar 4 SPH semasa mengikuti Latihan Mengajar di

sekolah. Tiga aspek yang dikaji ialah tahap perlaksanaan peraturan keselamatan bengkel,

tahap pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan alatan tangan, dan kepekaan

terhadap persekitaran selamat semasa menjalankan kerja amali di bengkel sekolah.

Kajian ini melibatkan 71 pelajar 4 SPH yang telah menjalani latihan mengajar selama

empat belas minggu di sekolah. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan

kepada responden yang mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A tentang latar

belakang responden dan Bahagian B soalan- soalan kajian yang meliputi ketiga- tiga

objektif seperti kesediaan guru-guru pelatih terhadap tahap pelaksanaan peraturan

keselamatan, tahap pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan

tangan dan tahap kepekaan guru-guru pelatih terhadap persekitaran dan kawasan kerja.

Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alpha Cronbachnya 0.8751.

Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package

For Social Science – Version 12.0 ( SPSS 12.0 ). Data dianalisis dalam bentuk peratusan

kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar- pelajar 4 SPH telah

mengamalkan peraturan keselamatan bengkel semasa mengikuti Latihan Mengajar di

sekolah dengan nilai purata minnya tinggi iaitu 4.18. Mereka juga mempunyai tahap

pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan tangan tinggi dengan

nilai purata minnya ialah 3.91. Manakala tahap kepekaan terhadap persekitaran dan

kawasan kerja di bengkel juga berada pada tahap tinggi dengan nilai purata minnya 4.32.

Page 2: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

iii

ABSTRACT

This descriptive research is carried out to study about the practice of workshop safety

among students 4 SPH during Teaching Training in school. Three aspects were focused

in this study are the implementation of workshop safety rules, level of knowledge by

operating machines and using hand tools, and sensitivity of safety environment when

using school workshop. This research was conducted to 71 respondents which is students

4 SPH that have done Teaching Training for fourteen weeks in school. Data was

collected by using questionnaires were distributed to respondent which have two

sections are Section A, the background of respondent and Section B research items

which covered all objectives such as the implementation of workshop safety rules, level

of knowledge by operating machines and using hand tools, and sensitivity of safety

environment and workplace. Reliability of questionnaire is high with Alpha Cronbach

value is 0.8751. All data were analyzed by using Statistical Package for Social Science –

Version 12.0 (SPSS 12.0). Data was mentioned in the frequency, percentage and mean.

Finally, this research results showed that students 4 SPH practiced workshop safety rules

during Teaching Training in school with average min value is high, 4.18. They also have

high level of knowledge on machines operated and hand tools used which is average

mean value is 3.91. Meanwhile, the sensitivity of safety environment and workplace

level also high with average mean value is 4.32.

Page 3: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

Page 4: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

v

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Terminologi 10

1.10 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Amalan Pelajar Terhadap Keselamatan di

Dalam Bengkel 15

2.3 Peraturan Keselamatan Bengkel 17

2.4 Pengetahuan Pelajar Terhadap Amalan

Keselamatan di Bengkel 18

2.5 Pengetahuan Menggunakan Mesin dan Alatan

Tangan Yang Mempengaruhi Amalan Keselamatan 20

2.6 Persekitaran Yang Mempengaruhi Amalan

Keselamatan 22

2.7 Kesimpulan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

Page 5: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

vi

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Kaedah Analisis Data 30

3.8 Prosedur Kajian 32

3.9 Kesimpulan 33

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Bahagian A Latar Belakang Responden 35

4.3 Bahagian B Dapatan Soalan Kajian 39

4.4 Kesimpulan 51

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 53

5.3 Rumusan 61

5.4 Cadangan 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Kesimpulan 65

Page 6: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

vii

BIBLOGRAFI 66

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Likert Lima Mata 28

3.2 Taburan Bilangan Item Soal Selidik 29

3.3 Pekali Alpha Cronbach 30

3.4 Pertimbangan yang digunakan oleh Penyelidik 32

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36

4.3 Taburan Responden Mengikut Agama 37

4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 38

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pelaksanaan

Peraturan Keselamatan Bengkel 40

Page 7: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

viii

4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pengetahuan dalam

Mengendalikan Mesin dan Alatan Tangan 44

4.7 Taburan Responden Mengikut Tahap Kepekaan Terhadap

Persekitaran Bengkel yang Selamat 48

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

FP - Fakulti Pendidikan

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPSS - Statistical Package For Social Science

PERKESO- Pertubuhan Keselamatan Sosial

Page 8: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

ix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 69

B Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 77

C Analisis SPSS 79

D Surat Pengesahan Menjalankan PSM 90

Page 9: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

x

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan adalah satu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Bagi menjamin

kehidupan yang sempurna, kita perlulah menitikberatkan hal yang berkaitan dengan

keselamatan diri. Jika keselamatan tidak diendahkan ianya akan melibatkan nyawa dan

masa depan kita sendiri. Walaupun di mana jua kita berada, keselamatan perlu

diutamakan baik di rumah mahupun di tempat kerja. Keselamatan yang dimaksudkan

termasuklah keselamatan diri, persekitaran, peralatan atau bahan, harta benda, dan orang

Page 10: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xi

sekeliling. Kebiasaannya kita selalu terlihat perkataan ‘ Safety First ’ di bengkel-

bengkel di sekolah yang mana mengingatkan kita supaya lebih mengutamakan

keselamatan semasa di dalam bengkel. Bukan hanya di sekolah sahaja bahkan perkataan

ini juga terdapat di kilang-kilang, jalan raya, pejabat dan di tempat kerja secara amnya.

Pihak kerajaan sangat memandang serius dan mengambil berat terhadap

keselamatan dengan mengadakan ceramah, seminar dan kempen. Langkah- langkah

yang diaturkan oleh kerajaan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat

terhadap keselamatan. Melalui kesedaran sahaja yang boleh mengubah diri masyarakat

itu sendiri supaya sentiasa berwaspada. Secara tidak langsung memberi pendedahan

tentang kepentingan amalan keselamatan bengkel. Menurut Boyd (1973) kesedaran

tentang pentingnya keselamatan di dalam bengkel patut ada dan ditanam di dalam jiwa

pengguna. Akan tetapi, kemalangan dan kecelakaan masih lagi berlaku di bengkel-

bengkel.

Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang

melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta

orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia

dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi memastikan

aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan vokasional bertujuan

melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka

kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian

Pendidikan Tinggi Malaysia, 2000).

Keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan hanya ketika tertentu

sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau di

mana juga kita berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan atau satu

bentuk sikap. Kebiasaan seseorang itu tidak lahir bersama, ketika dilahir ke dunia.

Kebiasaan akan sebati bersama jika kita melakukan atau mengamalkan sesuatu itu

Page 11: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xii

berulangkali. Keselamatan adalah perkara yang penting yang perlu dipatuhi oleh semua

pihak, (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan kesihatan. Kita

menjaga kesihatan kerana kita ingin mengelakkan daripada penyakit, begitulah halnya

dengan keselamatan.

Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai

hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat

bekerja yang bebas dari bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh

menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada

bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya

mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.

Menurut Anton, (1989) dalam bukunya berjudul “Occupational Safety & Health

Management” menyatakan bahawa faktor manusia seperti sifat marah, bimbang, kurang

mahir, tahap fizikal, tahap mental dan perlakuaan kerja yang baikdan kurang berhati-

hati semasa melakukan kerja amali boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di

bengkel.

Pada tahun 1970, Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undang-undang dan

akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagai ‘Occupational Safety and

Health’ atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan bertujuan untuk menjamin

keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau industri. Di Malaysia akta

keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial telah ditubuhkan pada

tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk melaksanakan, mentadbir dan menguatkuasakan

akta keselamatan sosial pekerja dan peraturan-peraturan keselamatan sosial pekerja

(PERKESO, 2006).

Untuk mengurangkan serta meminimakan risiko kemalangan di bengkel atau

ditempat kerja akta keselamatan telah ditubuhkan. Penubuhan akta ini adalah untuk

Page 12: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xiii

menjamin cara kerja dan juga persekitaran kerja yang selamat kepada para pekerja.

Antara akta yang telah ditubuhkan ialah Akta Kilang dan Jentera 1967 yang bertujuan

untuk melindungi pekerja daripada bahaya dalam kerja-kerja industri. Ini termasuklah

penyakit pekerjaan dan meletakkan piawai minimum persekitaran kerja yang diperlukan

untuk keselamatan dan kesihatan.

Akta lain yang telah ditubuhkan ialah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

1994, yang mengkehendaki setiap majikan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan.

Kesemua akta yang dibuat adalah untuk mencegah kemalangan daripada berlaku.(

Dewan Masyarakat, 1994). Sementara itu, Dr. Ibrahim Saad dalam kempen Keselamatan

dan Kesihatan Pekerja Industri menyatakan;

“ Keselamatan dan kesihatan pekerja yang sentiasa terdedah kepada berbagai

bentuk kemalangan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang

menjadi aset syarikat”.

(Berita Harian, 13 Ogos 1994).

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sama ada amalan keselamatan

bengkel ada dilaksanakan oleh pelajar- pelajar yang merangkumi beberapa aspek

keselamatan ketika melakukan kerja ataupun ketika menjalankan aktiviti amali di dalam

bengkel.

Page 13: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xiv

1.2 Latar Belakang Masalah

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,

ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana memerlukan tindakan yang sewajarnya

daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian

manusia sendiri dan jarang-jarang sekali berlaku dengan sendirinya (Hammadi,1985).

Dalam melakukan kerja-kerja amali di bengkel, setiap tenaga pengajar akan

menekankan aspek keselamatan bengkel. Kebiasaannya, sebelum kerja amali dijalankan,

tenaga pengajar akan memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali

dan langkah-langkah kerja. Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka

dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri sendiri, orang lain, alatan dan

mesin serta persekitarannya.

Untuk meletakkan negara di tahap yang cemerlang, aspek keselamatan jentera

telah ditekankan di negara ini apabila Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

(OSHA) di gubal pada tahun 1994. Pewujudan OSHA memudahkan pendidikan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (KPP) dilaksanakan secara bersistematik di samping

kerja-kerja penguatkuasaan. Dalam jangkamasa dua belas tahun OSHA diperkenalkan,

kadar kemalangan industri berjaya dikurangkan. PERKESO melaporkan terdapat

109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

pada tahun 2005, iaitu penurunan sebanyak 60 peratus. Walaupun bilangan pekerja dan

majikan meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 7.19 juta orang pada tahun 1994

kepada 11.67 juta orang pada tahun 2005 namun kadar kemalangan semakin berkurang

(PERKESO, 2007).

Walaubagaimanapun, peratus penurunan itu belum cukup membuktikan

keberkesanan nilai-nilai dan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan majikan

Page 14: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xv

mahupun pekerja. Hal ini kerana, berita kemalangan sama ada kemalangan kecil atau

maut sentiasa terpampang di dada akhbar atau tersiar di media elektronik.

Oleh yang demikian aspek pendidikan adalah sangat perlu ditingkatkan supaya

dapat menyedarkan bakal pekerja tentang kepentingan mengamalkan cara kerja yang

sihat serta selamat. Dewasa ini pendidikan memainkan peranan yang penting dalam

mencapai matlamat Wawasan 2020. Bidang teknikal menjadi satu aspek yang penting

dalam memacu pembangunan negara. Justeru itu, usaha di peringkat akar umbi perlu

dipergiatkan selaras dengan saranan kerajaan melahirkan modal insan yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

Lantaran itu, menjadi tanggungjawab para guru di peringkat sekolah menerapkan

amalan keselamtan di dalam diri pelajar- pelajar. Ekoran itu, pihak universiti- universiti

tempatan perlu menglengkapkan guru- guru pelatihnya dengan penekanan terhadap

amalan keselamatan bengkel semasa mengajar dan melakukan kerja amali di bengkel.

Memandangkan suasana kerja di bengkel sekolah adalah hampir menyerupai

suasana kerja di industri, keselamatan pelajar- pelajar adalah menjadi keutamaan dan

perlu diberikan lebih perhatian. Ini kerana mungkin kerja- kerja amali di bengkel sekolah

adalah pengalaman pertama mereka dalam kerja vokasional sebegitu.

Menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menerapkan dan melaksanakan

peraturan keselamatan kepada mereka sebagai pendedahan awal dalam aturan kerja di

bengkel sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar- pelajar. Menjadi kerisauan

andainya guru-guru sendiri tidak mengamalkan keselamatan bengkel. Jadi bertitiktolak

dari situlah dirasakan perlu dibuat kajian terhadap guru-guru pelatih dalam

mengamalkan keselamatan bengkel di sekolah. Ini akan menjadi tanda aras untuk guru-

Page 15: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xvi

guru pelatih tadi yang akan keluar mengajar di sekolah- sekolah yang telah ditetapkan

apabila tamat belajar di universiti nanti. Melentur buluh biar dari rebungnya, melihat

dari kepentingan inilah pengamalan keselamatan bengkel perlu ditekankan di kalangan

guru pelatih supaya budaya baik ini di bawa semasa mengajar kelak agar kemalangan di

bengkel sekolah dapat dikurangkan.

Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi

berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel-bengkel.

Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kesan luka, kecacatan anggota

dan kehilangan nyawa. Ini akan menjadikan sekolah yang pada mulanya untuk menimba

ilmu dan kemahiran tetapi akhirnya menjadi tempat yang tidak selamat untuk pelajar.

Untuk memastikan sekolah menjadi sebuah institusi yang selamat bagi para pelajar

menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui

kesediaan pelajar atau guru pelatih dalam melaksanakan amalan keselamatan bengkel di

sekolah semasa latihan mengajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan fenomena yang berlaku ini, pengkaji ingin membuat satu kajian

terhadap pelaksanaan peraturan keselamatan bengkel, tahap pengetahuan pelajar dan

tahap kepekaan pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel ketika menjalankan kerja-

kerja amali di bengkel. Kajian ini adalah untuk meninjau perlaksanaan amalan

keselamatan bengkel di kalangan pelajar semasa latihan mengajar dalam melakukan

kerja-kerja amali berdasarkan pengetahuan mengendalikan mesin dan alatan tangan yang

dimiliki pelajar. Fokus kajian ini adalah mengenai aspek pengetahuan dan amalan

keselamatan bengkel semasa melakukan kerja amali di bengkel dari segi peraturan,

persekitaran, pengetahuan menggunakan alatan tangan dan mesin.

Page 16: ABSTRAK - fp.utm.my · PDF filein this study are the ... mata dan kepala. Kecederaan akan ... 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun kepada 43,385 kes

xvii

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap pelaksanaan peraturan keselamatan semasa melakukan kerja

di dalam bengkel dalam kalangan guru- guru pelatih.

ii. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih dalam pengendalian mesin dan

penggunaan alatan tangan.

iii. Mengenalpasti tahap kepekaan guru-guru pelatih terhadap persekitaran dan

kawasan kerja dari aspek keselamatan bengkel.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian yang hendak dicapai:

i. Apakah tahap pelaksanaan peraturan keselamatan bengkel ketika melakukan kerja

amali di dalam bengkel dalam kalangan guru- guru pelatih.

ii. Apakah tahap pengetahuan para guru pelatih dalam mengendalikan mesin

mengikut aspek penggunaan yang betul ketika melakukan kerja amali di

dalam bengkel.

iii. Adakah tahap para guru pelatih mengenai aspek persekitaran

bengkel yang selamat bersedia mengaplikasikan pengetahuan yang

dipelajari.