abs trak

Upload: firdaus-ripin

Post on 18-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada murid-murid tahun 5 Temenggong 3 tentang proses-proses perubahan air. Kebanyakan murid-murid sukar untuk memahami dan mengingat perubahan proses tersebut seterusnya memahami proses keadaan yang berlaku. Seramai 17 orang murid Tahun 5 Temenggong 3, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (1), Johor Bahru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu yang berlangsung pada pertengahan bulan Mei. Hasil semakan menadapati 50% daripada murid di dalam kelas tersebut mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan yang telah dijalankan. Berdasarkan analisis item yang telah saya lakukan, saya mendapati kebanyakan dari mereka tidak dapat menjawab dengan tepat soalan yang berkaitan dengan proses perubahan air. Oleh yang demikian, saya telah memperkenalkan satu kaedah pengaplikasian teknik kata kunci 1K4P secara mnemonik. Pengaplikasiannya berfungsi untuk memudahkan murid menguasai topik ini. Dapatan kajian menunujukkan tahap kefahaman murid bagi topik proses-proses perubahan air berubah menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Dapat dirumuskan, kefahaman murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang berbentuk visual dan nyata di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pendekatan kaedah pengaplikasian teknik kata kunci 1K4P secara mnemonik dilihat mampu meningkatkan pencapaian tahap ingatan murid terhadap nama-nama bagi proses perubahan air yang berlaku. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan yang terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah dapat menggilap kreativiti dan inovasi guru.