abs trak

2
ABSTRAK Menulis merupakan salah satu daripada kemahiran asas yang penting untuk dikuasai oleh semua murid. Kajian tindakan ini dijalankan atas kesedaran yang mendalam untuk membantu menyelesaikan masalah murid-murid yang tidak dapat menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam penulisan perkataan dan ayat. Kajian ini dilaksanakan kepada murid-murid tahun tiga cerdik Sekolah Kebangsaan Serada yang masih lemah dalam penguasaan menulis huruf-huruf besar dan kecil. Seramai tiga orang peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini yang tediri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil melalui teknik WAHULATUB yang menggunakan kad ampaian berwarna dan latih tubi yang mempunyai ansur maju sebagai salah satu kaedah pembelajaran. Justeru, tinjauan awal masalah ini dikenal pasti melalui pemerhatian,analisis dokumen dan ujian pra. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh empat minggu di mana peruntukan masa selama 15-20 minit diberikan kepada peserta-peserta kajian. Model kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah model Kurt Lewin (1946) yang melibatkan penggunaan 1nstrument pemerhatian, temu bual, latihan, ujian pra dan ujian pasca sebagai alat mengumpul dan menganalisis data. Data yang diperoleh melalui latihan, ujian pra dan ujian pasca dikumpul dalam bentuk jadual dan diterjemah dalam bentuk graf. Melalui kajian yang dijalankan, hasil dapatan berlaku peningkatan prestasi dalam kalangan murid dalam menguasai kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil melalui teknik WAHULATUB. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dapat menggunakan teknik WAHULATUB sebagai salah satu kaedah dalam pembelajaran kelak. Kata Kunci : kemahiran menulis, warna huruf, latih tubi Selepas Sesi Intervensi

Upload: lan6966

Post on 16-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penggunaan huruf besar dalam penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Abs Trak

ABSTRAK

Menulis merupakan salah satu daripada kemahiran asas yang penting untuk dikuasai oleh semua murid. Kajian tindakan ini dijalankan atas kesedaran yang mendalam untuk membantu menyelesaikan masalah murid-murid yang tidak dapat menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam penulisan perkataan dan ayat. Kajian ini dilaksanakan kepada murid-murid tahun tiga cerdik Sekolah Kebangsaan Serada yang masih lemah dalam penguasaan menulis huruf-huruf besar dan kecil. Seramai tiga orang peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini yang tediri daripada seorang lelaki dan dua orang perempuan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf kecil melalui teknik WAHULATUB yang menggunakan kad ampaian berwarna dan latih tubi yang mempunyai ansur maju sebagai salah satu kaedah pembelajaran. Justeru, tinjauan awal masalah ini dikenal pasti melalui pemerhatian,analisis dokumen dan ujian pra. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh empat minggu di mana peruntukan masa selama 15-20 minit diberikan kepada peserta-peserta kajian. Model kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah model Kurt Lewin (1946) yang melibatkan penggunaan 1nstrument pemerhatian, temu bual, latihan, ujian pra dan ujian pasca sebagai alat mengumpul dan menganalisis data. Data yang diperoleh melalui latihan, ujian pra dan ujian pasca dikumpul dalam bentuk jadual dan diterjemah dalam bentuk graf. Melalui kajian yang dijalankan, hasil dapatan berlaku peningkatan prestasi dalam kalangan murid dalam menguasai kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil melalui teknik WAHULATUB. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan dapat menggunakan teknik WAHULATUB sebagai salah satu kaedah dalam pembelajaran kelak.

Kata Kunci : kemahiran menulis, warna huruf, latih tubi

Selepas Sesi Intervensi

Rajah : Perbandingan Tahap Penguasaan PK 2