aa101-konsepakidah-130925111935-phpapp01

40
KONSEP AKIDAH Disediakan oleh: MOHAMAD ZAWAWI BIN MAH HASAN (13DTK10F1056) MUHAMMAD FADLIE BIN MAINUDDIN (13DTK10F1054) PENDIDIKAN ISLAM POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Upload: khairul-arif

Post on 02-Oct-2015

241 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aq

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN ISLAM

KONSEP AKIDAHDisediakan oleh:MOHAMAD ZAWAWI BIN MAH HASAN(13DTK10F1056)MUHAMMAD FADLIE BIN MAINUDDIN(13DTK10F1054)PENDIDIKAN ISLAM

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah S.W.T dan sifat-sifat kesempurnaan-Nya.Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T.Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah.PENGERTIAN AKIDAH

Ilmu TauhidIlmu yang menerangkan tentang sifat Allah S.W.T yang wajib diketahui dan dipercayai.Ilmu UsuluddinSuatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan pesuruh-Nya.Ilmu MakrifatSuatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah S.W.T.ILMU AKIDAH

Ilmu KalamSesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan.Ilmu AkidahSesuatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah S.W.T.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dari Umar Ibni Al-Khattab r.a bahawa didalam pertemuan malaikat Jibril dengan Rasulullah s.a.w maka Jibril telah mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:- Jibril telah berkata kepada Rasulullah, kamu terang kepadaku mengenai iman jawab Rasulullah, iman itu ialah bahawa kami beriman kepada Allah, kepada Malaikat, Kepada kitab-kitab, kepada Rasul-rasul, kepada hari kemudian dan kamu beriman bahawa habuan dan peruntukan bagi sama ada baik atau buruk adalah semua daripada Allah s.w.t, maka Jibril pun berkata kamu telah berkata benar.HURAIAN RUKUN IMAN

Dari ayat Al-Quran dan hadith dapatlah disimpulkan bahawa iman itu ialah 6 perkara iaitu:Percaya kepada AllahPercaya kepada MalaikatPercaya kepada KitabPercaya kepada RasulPercaya kepada Hari KiamatPercaya kepada Qada dan Qadar

Erti beriman kepada Allah Taala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad denagn perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Taala.

Beriman kepada Allah juga bermaksud:Membenarkan denga yakin akan adanya Allah;Membenarkan dengan yakin akan keEsaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk;Membenarkan denga yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu.PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu, (menjadi orang-orang yang) bertaqwa (Surah Al-Baqarah:21)

Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di alam ini termasuk bumi, langit dan planet-planet lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah S.W.T.

Percaya kepada Allah ini adalah pokok kepada kepercayaan atau rukun-rukun iman yang lain kerana dengan adanya Allah maka adanya yang lain-lain itu.

Tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah Allah S.W.T.Tauhid Rububiyah bermaksud hanya Allah sahaja sebagai Rabb (pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Tidak boleh dijadikan, dianggap atau dirasakan yang lain sebagai Rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb.Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang islam yang beriman dengan keimanan sebenar, dia hanya mengambil Allah sebagai Ilah. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama yang lain sebagai Ilah. Allah sahaj sebagai pujaaan dan sembahannya. Maksud Ilah ialah sesuatu yang dipuja dan disembah.Mempelajari dan memahami ajaran Allah.Maksud beriman kepada Allah juga sepatutnya kita mempelajari dan memahami segala yang datang daripada Allah melalui RasulNya sama ada dalam Al-Quran atau Al-Sunnah. Maksud beriman Kepada Allah juga bukan sekadar percaya tentang kewujudan Allah tetapi termasuk juga segala apa yang datang daripada Allah S.W.T.

Yakin dan Melaksanakan Petunjuk Allah S.W.T.Antara maksud dan tuntutan iman kepada Allah ialah yakin terhadap apa yang datang daripada Allah. Yakin dengan kebenaran, kesempurnaan Islam sebagai satu Din yang syamil dan kamil serta terbaik.

Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak dapat dilihat, buka lelaki dan bukan perempuan. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sesekali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripad cahaya, sabda Rasulullah s.a.w. (Terjemahannya):Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada apiyang tidak berasap dan dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripad tanah (Hadith riwayat Muslim)PERCAYA KEPADA MALAIKAT

Nama dan Tugas MalaikatJibril Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya untuk disampaikan kepada manusia.Mikail Mengawal cekerawala etrmasuk matahari, bulan, bintang-bintang, hujan & panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah.Izrail Mencabut nyawa seluruh yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah.Israfil Meniup sangkekala apabila tiba masanya.Raqib Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia.Atid Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia.Mungkar Menyoal manusia di dalam kubur.Nakir Menyoal manusia di dalam kubur.Ridhwan Mengawal SyurgaMalik Mengawal neraka.

Antara tugas-tugas malaikat seperti:Membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul.Bertasbih dan patuh dan sujud pada AllahMemikul ArsyBerdoa untuk orang-orang beriman

Peranan Malaikat di Akhirat seperti memberi salam pada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan seumpamanya.

Hikmat Beriman Kepada MalaikatSeseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh Malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walau dimana dia berada.Seserang akan segera insaf dan tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kerana menyedari setiap tutur kata dan gerak lakunya tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib & Atid.Seseorang muslim akan sentiasa melakukan disuruh Allah dan menghindar apa yang dilarang Allah supaya selamat di alam kubur kerana dia mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh Malaikat didalam kubur.

Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah S.W.T telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia.

Kitab-kitab yang wajib diketahui ialah:Zabur: Nabi Daud (dalam bahasa Qibti)Taurat: Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani)Injil: Nabi Isa (dalam bahasa Suryani)Al-Quran: Nabi Muhammad S.A.W (dalam bahasa Arab)PERCAYA KEPADA KITAB

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu(menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira(kepada orang-orang yang beriman dengan balasan syurga), dan memberi amaran(kepada yang engkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan (Surah Al-Baqarah: 213)

Al-Quran merupakan kitab terakhir sekali diturunkan oleh Allah & penutup kepada segala kitab-kitab yang terdahulu.

Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan bebrapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukukp sempurna. Mereka membimbing manusia kepada kehidupan yang memebawa kebahagiaan didunia dan akhirat.

Sifat-sifat yang wajib bagi Rasul:Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran & perbuatan.Amanah Jujur dan tidak membuat kesalahan.Tabligh Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia.Fathonah Bijaksana.PERCAYA KEPADA RASUL

Erti Rasul dari segi bahasa: Utusan yang menyampaikan sesuatu perutusan seseorang kepada orang lain.

Erti Rasul dari segi Istilah: Lelaki utusan Allah yang menerima wahyu allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah.

Dari segi keaslian; Al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh manusia manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli.Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.Bahasa Al-Quran adalah bahasa arab yang hidup pemakaiannya sepanjang masa, iaitu sentiasa digunakan olah ramai dan banyak negara di seluruh dunia.

Hikmah beriman dengan kitab-kitabMenunjukkan bahawa agama yang datang daripada Allah adalah satu sahaja iaitu Islam yang terkandung di dalam kitab-kitab yang datang daripada Allah mendahului para nabi semasa ke semasa sehinggalah kitab Al-Quran.Umat manusia di sepanjang zaman sebenarnya memerlukan agama yang satu iaitu Islam, yang berteraskan akidah tauhid. Ini semua terkandung dalam semua kitab-kitab yang datang daripada Allah.

Perbezaan dari segi syariat perkara penting berkaitan pelaksanaan dalam agama boleh berlaku. Yang ditegah secara tegas ialah perbezaan dari segi akidah atau perkara-perkara usul. Ini terbukti dalam syariat-syariat kitab-kitab dari satu nabi dengan nabi yang lain berbeza, tetapi akidah dan perkara pokok yang lain semuanya sama.Epatutnya orang-orang Yahudi dan Kristian tidak menyeleweng dari Islam kerana semua para Nabi adalah Islam. Tidak ada percanggahan antara al-Quran dan Taurat sebagaimana juga tidak ada pertentangan dengan Injil da kitab-kitab lain.

Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fikir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikan, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah in hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari akhirat.PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

Lima fasa pola beriman kepada hari akhirat:Tahap kehancuran makhluk yang ada dimuka bumi. Terjadi gempa bumi, dimana gunung-gunung menjadi debu, air laut mendidih meluap-luap, binatang-binatang berguguran, langit bergulungan, sedang manusia mabuk dan pitam. Kemudian musnahlah segala makhluk samada yang bernyawa mahupun tidak, hanya Allah yang tetap kekal.Hari kebangkitan dimana manusia akan dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan dipadang Mahsyar.Diperlihatkan seluruh amal perbuatan didunia dahulu. Tidak ada yang tersembunyi samada yang jahat mahupun yang baik, sekalipun sebesar zarah.

Hari menghisab didepan mahkamah keadilan Allah, dimana manusia akan memperolehi keputusan yang adil tanpa ada penganiayaan.Hari keputusan di mana manusia akan menerima ganjaran yang setimpal dengan amalannya. Di sini saat yang dijajjikan akan dipenuhi sebagai tujuan penciptaan manusia. Mereka yang banyak amal kebajikan ditempatkan di syurga dan banyak amalan kejahatan akan ditempatkan di neraka.

Kepentingan Beriman Dengan Hari AkhiratMemperbaharui kesedaran tentang hakikat adanya alam akhirat yang merupakan tempat manusia menerima balasan dan juga tempat yang kekal abadi untuk semua manusia.Mempertingkatkan keimanan dengan merasai keagongan Allah Rabul-Alamin selaku pemerintah dan penguasa serta tuan punya alam, pencipta dan pemilikan hari akhirat dan segala isi kandungannya.Melembutkan hati manusia dengan mengingati mati dan hari akhirat.Menggalakkan orang Islam melakukan maruf dan meninggalkan kejahatan.

Maksud TakdirTakdir ataupun ketentuan Allah terhadap makhluknya khususnya manusia dapat dibahagikan kepada dua:Ketentuan tentang keadaan yang mengandungi sebab masabab.Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya, khususnya manusia.BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR

Boleh diibaratkan seperti sebatabg pokok, bahagian akarnya ibarat iman, dimana ia tidak kelihatan.akar didalam tanah, iman di dalam hati.Batang dan daun-daun yang subur itu ibarat islam. Batang ialah bahagian yang nampak dilihat dari bahagian pokok tersebut. Begitu juga islam dapat dilihat melalui amalan-amalan zahir.Ihsan ibarat buah dari pokok. Pokok yang akar dan batang yang sihat akan menghasilkan buah yang baik. Ihsan adalah hasil dari iman dan amalan islam yang bersungguh akan terpancarlah akhlak baik yang dikagumi oleh kawan dan lawan.Konklusinya, iman, islam dan ihsan mempunyai hubungan yang rapat yang tidak dapat dipisahkan. Pengakuan beriman tanpa ada amalan islam adalah dusta. Amalan tanpa iman adalah munafik, ihsan juga tidak akan wujud tanpa iman dan Islam.HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN

MukminMuslimFasikMunafikKafir

PEMBAHAGIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

MukminBeriman kepada Allah SWT dan beriman kepada rukun-rukun iman yang enam.Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan sekali.Sifat-sifat manusia mukmin.BertakwaMenerima dan patuh kepada hukum Allah SWT.Cintakan Allah SWT.Sembahyang dengan khusyuk.Berjihad dijalan Allah SWT.Dakwah kepada kebaikan.

Janji-janji Allah kepada Orang Mukmin.Diberi pembalasan yang baik dengan dimasukkan kedalam syurga.Penghuni-penghuni syurga akan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kelihatan bercahaya-cahaya lantaran berita gembira yang mereka terima, iaitu syurga abadi.

Muslimialah gelaran bagi orang yang beragamaIslamdan bermaksud seseorang yang telah berserah kepadaAllah. Sebaik sahaja seseorang itu mengucapdua kalimah syahadah, dia akan secara automatik menjadi seorang Muslim.Sifat-sifat manusia Muslimmempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaituAllahbersembahyang sebanyak lima kali seharisembahyang Jumaat yang khusus yang wajib ditunaikan pada hari jumaat.

Fasik(bahasa)maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah.(istilah) orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar.Sifat-sifat manusia Fasik1) Tidak berhukum dengan hukum Allah.Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yangfasiq. (al-Maidah: 47)2) Mempersoalkan perbandingan Allah.Balasan Allah terhadap orang FasikAllah tidak akan memberi petunjuk hidayah.Diberikan azab api neraka.

Munafikorang yang menyembunyikan kekafiran di dalam hatinya tetapi menyatakan iamn denga lidahnya. Manusia munafik terbahagi kepada dua iaitu:Munafik IktadiIaitu iktikadnya terhadap pokok persoalan iman dengan bersikap dan bersifat niat.Munafik AmaliAmalan-amalan dalam ibadatnya bersifat dengan nifak, seperti seseorang itu melakukan amal selain dari kerana Allah.Sifat-sifat orang MunafikPenyakit hatiBerbuat kerosakan di bumiMenuduh orang beriman sebagai bodohMengambil orang kafir sebagai pemimpin orang mukminMenipu, riya. Malas dalam mengerjakan ibadat.Menyuruh yang mungkar dan melarang perkara makruf.

Kafir(bahasa)kufur bererti tutupan atau penutup. Oleh itu orang menutup iman dari hatinya disebut kafir.(istilah)kufur bererti tidak beriman kepada keesaan Allah atau kenabian atau syariat atau ketiga-tiganya sekali.Jenis-jenis kufurKufur tauhid kepada AllahKufur dengan makna juhud(menentang) Allah.Kufur nikmat(tidak berterima kasih kepada Allah)Kufur baraah(melepaskan diri)

Sifat-sifat orang kafirTidak takin dengan adanya hari kebangkitan dan alam akhirat.Memperolokkan Al-Quran dan orang yang beriman.Menghalang manusia lain dari mengikut jalan Allah.Menjadi hamba kepada kebendaan.Merasa irihati terhadap orang islam yang menyeru kepada kebenaran.Memperolokkan agama Allah, membenci dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan islam.

TakrifAhli kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran , sunnah Rasulullah dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang Bid'ah.Gelaran bagi Ahli Sunnah Wal JamaahAssalafussalehAhlu HadisAl-JamaahAhlu SunnahPengasas Ahli Sunnah Wal JamaahIMAM ABU HASSAN AL-ASYA'ARIAkidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Prinsip Ahli Sunnah Wal JamaahBerpegang dengan Al-Quran dan As-SunnahBerpegang dengan prinsip salafussalehTidak menghukum kecuali ada bukti yang sahihPandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah1. Al-Quran bukan makhluk : yakin bhw al-Quran ialah kalam Allah yg bersifat Qadim2. Melihat Allah: org mukmin dpt melihat Allah di Syurga3.Pelaku dosa besar: dikira mukmin krn imannya masih ada tapi dianggap fasik .4.Iman bertambah & berkurang: iman btambah bila taat pd Allah & bkurang apabila melakukan maksiat

Perbezaan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Ajaran Sesat

Ahli Sunnah Wal Jamaah Ajaran SesatAhli kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran , sunnah Rasulullah.yakin bhw al-Quran ialah kalam Allah yg bersifat Qadimorg mukmin dpt melihat Allah di SyurgaOrang yang melakukan dosa besar dikira mukmin krn imannya masih ada tapi dianggap fasik .iman btambah bila taat pd Allah & bkurang apabila melakukan maksiatajaran @ amalan yg didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis spt mengubah, mempertikai, memansuhkan al-Quran & hadis Cth: kumpulan Bahaie yg memansuhkan semua kitab samawi dengan adanya kitab mereka Al-Bayan.Mendewa-dewakan pemimpin, cth: kumpulan Qadiani yg menganggap pemimpin mereka sebagai jelmaan tuhan.Mengubah bentuk ibadat, cth: kumpulan Bahaie yg mengurangkan puasa kepada 19 hari & solat hanya dengan niat sahaja.Mendakwa boleh melakukan perkara pelik, Cth; boleh memanggil roh orang mati.

Scara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah. Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.KESIMPULAN

-TAMAT-