“kuman keluarga mapun kelew” (from family to you€¦ ·  · 2014-11-30bersama-sama menjalani...

5
Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You) Tarikh : 13 hingga 17 Nov 2014 Bahagian Kebajikan Pelajar (BKPEL), Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Politeknik Mukah Sarawak telah menganjurkan Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah “Kuman Keluarga Mapun Kelew” ( From Family To You). Politeknik Ibrahim Sultan iaitu sebagai Penyelaras Aktiviti Kebudayaan Politeknik Zon Selatan, telah dijemput bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan sebuah platform dalam menjalin perpaduan dan menanam jati diri pelajar warga Malaysia yang cintakan negara melalui warisan kesenian dan kebudayaan. Program ini bergerak seiring dengan Objektif Transformasi Politeknik iaitu 1. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi terbaik dan 2. Memacu potensi pelajar bersesuaian dengan Teras Halatuju Transformasi Politeknik iaitu pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi. Transformasi ini mampu menonjolkan sistem Politeknik yang menerajui usaha menjana modal insan berkualiti selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk “Minda Kelas Pertama”. Program ini telah diiringi oleh Pn. Nur Haniza bt. Junid Penyelaras Unit Kebudayaan PIS dan Pn.Nur Shahrul Atiqah Binti Ishak Penolong Pegawai Unit Kebudayaan PPD dan membawa bersama deligasi pelajar Kebudayaan Zon Selatan iaitu seramai 6 orang. Deligasi pelajar ini mewakili lima (5) buah Politeknik Malaysia Zon Selatan iaitu dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Mersing Johor (PMJ), Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Politeknik Malaka (PMK) dan Politeknik Port Dickson (PPD). Pada 13hb November 2014 Deligasi Kebudayaan Zon Selatan telah pun terlebih dahulu berkampung di PIS, bagi memudahkan pergerakkan mereka ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Sebagai pengisian di PIS, Unit Kebudayaan PIS selaku penyelaras Aktiviti Kebudayaan Zon Selatan, telah mengadakan sesi taklimat awal perjalanan program Jalinan Warisan ke Mukah dan telah membawa deligasi Kebudayaan Zon Selatan menyaksikan Teater Muzikal – Kepada Mu Kekasih anjuran Yayasan Warisan Johor. Pada 14hb hingga 17hb November 2014 Semua deligasi dari Politeknik Malaysia telah berkumpul dan bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak. Alhamdulillah, melalui program ini telah mencapai beberapa tujuan iaitu menjalin perpaduan dan menanam jati diri pelajar warga Malaysia yang cintakan negara melalui kebudayaan, kesenian dan warisan yang mana menfokuskan pengetahuan seni budaya dan warisan masyarakat Melanau. Kehadiran deligasi Kebudayaan Politeknik Malaysia disambut meriah oleh pihak pengurusan Politeknik Mukah, Sarawak dengan majlis makan malam yang menghidangkan menu tradisi masyarakat Melanau. Program seterusnya telah disediakan pelbagai aktiviti di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak. Melalui aktiviti yang disediakan disana, pelajar telah didedahkan dengan adat resam masyarakat Melanau iaitu dalam aspek kehidupan mereka seperti menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian serta amalan

Upload: dothuy

Post on 12-May-2018

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You€¦ ·  · 2014-11-30bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung

Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah

“Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You)

Tarikh : 13 hingga 17 Nov 2014 Bahagian Kebajikan Pelajar (BKPEL), Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Politeknik Mukah Sarawak telah menganjurkan Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You). Politeknik Ibrahim Sultan iaitu sebagai Penyelaras Aktiviti Kebudayaan Politeknik Zon Selatan, telah dijemput bagi mengikuti program ini. Program ini merupakan sebuah platform dalam menjalin perpaduan dan menanam jati diri pelajar warga Malaysia yang cintakan negara melalui warisan kesenian dan kebudayaan. Program ini bergerak seiring dengan Objektif Transformasi Politeknik iaitu 1. Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi terbaik dan 2. Memacu potensi pelajar bersesuaian dengan Teras Halatuju Transformasi Politeknik iaitu pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi. Transformasi ini mampu menonjolkan sistem Politeknik yang menerajui usaha menjana modal insan berkualiti selaras dengan Teras Kedua Misi Nasional iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk “Minda Kelas Pertama”.

Program ini telah diiringi oleh Pn. Nur Haniza bt. Junid Penyelaras Unit Kebudayaan PIS dan Pn.Nur Shahrul Atiqah Binti Ishak Penolong Pegawai Unit Kebudayaan PPD dan membawa bersama deligasi pelajar Kebudayaan Zon Selatan iaitu seramai 6 orang. Deligasi pelajar ini mewakili lima (5) buah Politeknik Malaysia Zon Selatan iaitu dari Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Mersing Johor (PMJ), Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB), Politeknik Malaka (PMK) dan Politeknik Port Dickson (PPD). Pada 13hb November 2014 Deligasi Kebudayaan Zon Selatan telah pun terlebih dahulu berkampung di PIS, bagi memudahkan pergerakkan mereka ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Sebagai pengisian di PIS, Unit Kebudayaan PIS selaku penyelaras Aktiviti Kebudayaan Zon Selatan, telah mengadakan sesi taklimat awal perjalanan program Jalinan Warisan ke Mukah dan telah membawa deligasi Kebudayaan Zon Selatan menyaksikan Teater Muzikal – Kepada Mu Kekasih anjuran Yayasan Warisan Johor. Pada 14hb hingga 17hb November 2014 Semua deligasi dari Politeknik Malaysia telah berkumpul dan bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak.

Alhamdulillah, melalui program ini telah mencapai beberapa tujuan iaitu menjalin perpaduan dan menanam jati diri pelajar warga Malaysia yang cintakan negara melalui kebudayaan, kesenian dan warisan yang mana menfokuskan pengetahuan seni budaya dan warisan masyarakat Melanau. Kehadiran deligasi Kebudayaan Politeknik Malaysia disambut meriah oleh pihak pengurusan Politeknik Mukah, Sarawak dengan majlis makan malam yang menghidangkan menu tradisi masyarakat Melanau. Program seterusnya telah disediakan pelbagai aktiviti di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak. Melalui aktiviti yang disediakan disana, pelajar telah didedahkan dengan adat resam masyarakat Melanau iaitu dalam aspek kehidupan mereka seperti menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian serta amalan

Page 2: “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You€¦ ·  · 2014-11-30bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung

yang diwarisi sejak dahulu masih diamalkan hingga hari ini. Selain itu pelajar Juga didedahkan dengan warisan budaya dan kesenian seperti pakaian, makanan, tarian, permainan dan kraftangan serta senibina masyarakat Melanau. Pelajar dan pensyarah didedahkan juga dengan cara hidup sebenar masyarakat Melanau hari ini dan cara tradisi yang masih lagi mereka amalkan serta lalui. Dikesempatan program ini deligasi kebudayaan Politeknik Malaysia telah dibawa menyusuri sungai menggunakan bot penambang untuk ke kawasan-kawasan tertentu yang menjadi rutin harian masyarakat disana menjalani hidup seharian.

Melalui program ini segala dapatan yang diperolehi ketika menyelusuri budaya kesenian

dan warisan Masyarakat Melanau akan menghasilkan sebuah penerbitan berbentuk penulisan kreatif sebagai bahan bacaan pelajar Politeknik Malaysia. Malahan melalui program ini juga, Penyelaras kebudayaan Zon Selatan akan menambah koleksi Sudut Bacaannya di unit Kebudayaan PIS untuk rujukan bersama.

PEMULIHARAN KEBUDAYAAN DAN WARISAN BANGSA

Digarap dan Disediakan Oleh : Johaini Bin Ibrahim (Pegawai Kebudayaan & Penasihat Kelab Teraju Ujong Tanah) Pn. Nur Haniza Binti Junid (Penyelaras Kebudayaan PIS)

Page 3: “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You€¦ ·  · 2014-11-30bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung

Sisipan Gambar Aktiviti

Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You)

13 hingga 17 Nov 2014 (Rabu-Isnin)

Politeknik Mukah Sarawak dan Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak.

Penerangan mengenai kebudayaan kesenian dan Warisan diberikan di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak.

Menyelusuri suasana perkampungan dan tempat tempat menarik menggunakan bot penambang ke sekitar Kampung Tellian Tengah Mukah Sarawak.

Para pelajar dan pensyarah belajar menari dan diberi pendedahan tarian tradisi masyarakat Melanau.

Para pelajar dan pensyarah didedahkan dengan anyaman tradisi masyarakat Melanau Menggunakan daun rumbia.

Page 4: “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You€¦ ·  · 2014-11-30bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung

Keratan akhbar dari Berita Harian

bertarikh 19 November 2014.

Bergambar bersama di Lamin Dana Homestay, Kampung Tellian Tengah Mukah, Sarawak.

Jerunai Puteri, salah satu penghasilan seni

bina tradisi bagi penkebumian masyarakat

Melanau

Majlis Makan Malam dihidangkan dengan juadah tradisi Sarawak.

Pelajar dan pensyarah didedahkan dengan Permainan tradisional masyarakat Melanau.

Page 5: “Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You€¦ ·  · 2014-11-30bersama-sama menjalani aktiviti program di Politeknik Mukah, Sarawak dan di Lamin Dana Homestay, Kampung

SENARAI PESERTA PROGRAM

Program Jalinan Warisan : Masyarakat Melanau, Mukah

“Kuman Keluarga Mapun Kelew” (From Family To You)

Senarai Nama Pegawai Pengiring Dari Politeknik Malaysia, Zon Selatan:

BIL NAMA JAWATAN /GRED NO. K/P

1. Pn. Nor Haniza Bt Junid Pegawai Unit Kebudayaan PIS 730205-01-5068

2. Pn.Nur Shahrul Atiqah Binti Ishak Pegawai Unit Kebudayaan PPD 870510-23-5862

Senarai Nama Pelajar Dari Politeknik Malaysia, Zon Selatan:

BIL NAMA PELAJAR NO. K/P POLITEKNIK

1 Azwan bin Abdul Razak 960629-01-7247 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

2 Liya Saffura Binti Mohamad Safee 960515-10-6380 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

3 Nur Haziera Binti Mohd Ridzwan 951210-01-5598 Politeknik Mersing Johor (PMJ)

4 Amiera Nabila binti Mohd Shahrin 940219-01-5590 Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)

5 Muhammad Yazid bin Zalie 930517-04-5131 Politekinik Melaka (PMK)

6 Muhammad Nurhanafi Bin MD Zali 940418-01-6035 Politeknik Port Dickson (PPD)