a guide on how to read food label (malay language) - panduan membaca label makanan)

23
TAJUK: Panduan Membaca Label Makanan NAMA KURSUS: BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS DAN TEKNOLOGI) KOD KURSUS: LM 2026K PROGRAM: Ijazah Sarjana Muda Dietetik (kepujian)

Upload: alhafizah-a-ramos

Post on 07-Dec-2014

423 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

How to read food label (Malay Language) (Panduan Membaca Label Makanan) Panduan membaca label makanan yang tepat dapat membantu pengguna dalam membuat pilihan makanan yang berkhasiat dengan bijak berdasarkan kepada pelabelan makanan di bawah undang-undang di Malaysia dengan melihat kepada syarat-syarat pelabelan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan terbaik. Selain daripada maklumat pemakanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilihat apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah logo halal, tarikh luput, logo HACCP dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang tarikh luput berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Pengguna perlulah mengetahui hak mereka dalam mengenal pasti maklumat terperinci mengenai produk yang hendak dibeli.

TRANSCRIPT

Page 1: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

TAJUK:

Panduan Membaca Label

Makanan

NAMA KURSUS: BAHASA MELAYU KERJAYA

(SAINS DAN TEKNOLOGI)

KOD KURSUS: LM 2026K

PROGRAM: Ijazah Sarjana Muda Dietetik (kepujian)

Page 2: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

2

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

Abstrak 3

Senarai Tajuk Bahan Grafik 4

Pengenalan 5

1. Panduan Pelabelan Makanan : 6-9

1.1 Bahasa yang Digunakan

1.2 Berat Bersih / Isipadu / Bilangan Minimum Isi Bungkusan

1.3 Nama & Alamat Pengilang/ Pengimport / Negeri Asal

1.4 Pengisytiharan Jumlah & Jenis Acid Lemak

2. Elemen dalam Label Makanan yang perlu diambil

perhatian oleh pengguna: 10-20

2.1 Maklumat Pemakanan

2.2 Logo Halal

2.3 Logo GMP

2.4 Logo HACCP

2.5 Alamat pengilang & Tarikh Luput

Rumusan 21

Rujukan 22-23

Page 3: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

3

ABSTRAK

Panduan membaca label makanan yang tepat dapat membantu pengguna dalam membuat

pilihan makanan yang berkhasiat dengan bijak berdasarkan kepada pelabelan makanan di bawah

undang-undang di Malaysia dengan melihat kepada syarat-syarat pelabelan yang perlu dipatuhi

oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan

terbaik. Selain daripada maklumat pemakanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus

dilihat apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah logo halal, tarikh luput, logo HACCP

dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang tarikh luput

berbanding dengan aspek-aspek yang lain. Pengguna perlulah mengetahui hak mereka dalam

mengenal pasti maklumat terperinci mengenai produk yang hendak dibeli.

Page 4: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

4

SENARAI TAJUK BAHAN GRAFIK

RAJAH HALAMAN

1. Berat Bersih 7

2. Contoh alamat pengilang/pengimport 8

3. Jumlah dan jenis asid lemak 9

4. Contoh label makanan pek oat 3 dalam 1 11

5. Garisan panduan jumlah tenaga 12

6. Garis panduan kadar pengambilan yang

disarankan

12

7. Logo halal yang diiktiraf Jakim

8. Logo GMP

15

17

9. Logo HACCP 18

Page 5: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

5

PENGENALAN

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Secara amnya, makanan

boleh didapati dari sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Apabila teknologi semakin

berkembang dan dunia semakin maju, keperluan terhadap sumber makanan semakin meningkat

seiring dengan penambahan bilangan penduduk dunia. Maka, teknologi makanan semakin

berkembang pesat hari demi hari. Pelbagai produk makanan dikeluarkan setiap hari demi

memenuhi keperluan pengguna. Antara ciri-ciri makanan yang sering menjadi pilihan pengguna

pada masa kini ialah produk makanan yang cepat, mudah,dan sedap. Produk-produk makanan ini

melalui pelbagai proses untuk menjadikannya mudah dan ringkas untuk dimakan atau dimasak

oleh pengguna, bersesuaian dengan gaya hidup masyarakat kini yang semakin sibuk dengan

tugas harian.

Makanan yang telah diproses biasanya akan mempunyai kandungan nutrisi yang kurang

jika dibandingkan dengan makanan yang segar dari sumber semulajadi. Oleh yang demikian,

bilangan nutrisi yang akan kita peroleh daripada makanan yang diproses mengandungi peratus

yang amat sedikit.Sebagai pengguna,kita haruslah bijak memilih produk makanan supaya kita

dapat menikmati nutrisi makanan sesuatu produk tersebut. Pemakanan yang sihat bermula

dengan perancangan yang baik. Antara perkara yang paling penting ketika memilh sesuatu

produk makanan ialah membaca label makanan. Membaca label pemakanan adalah penting dan

memainkan peranan dalam membuat perbandingan maklumat pemakanan sebelum membeli

sesuatu barang. Langkah ini membantu untuk mengetahui kandungan sesuatu nutrien sama ada ia

lebih tinggi atau rendah. Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak

pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya

daripada sudut kesihatan. Ia memberi maklumat mengenai jumlah dan jenis nutrien yang

terkandung dalam makanan tersebut.

Selain daripada label makanan, terdapat beberapa perkara penting yang harus dilihat

apabila membeli produk makanan. Antaranya ialah maklumat pemakanan, logo halal, tarikh

luput, logo HACCP dan juga logo GMP. Kebanyakan pembeli hanya menitikberatkan tentang

tarikh luput berbanding dengan aspek yang lain. Sebenarnya, pengetahuan tentang elemen lain

Page 6: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

6

juga amatlah penting bagi pengguna supaya pengguna dapat membuat pilihan yang bijak dan

untuk menjamin keselamatan dan kualiti produk yang dipilih.

1. PANDUAN PELABELAN MAKANAN

Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas tentang

sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan

makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Garis panduan ini disediakan untuk

memberi panduan kepada industri makanan dan pengguna mengenai keperluan pelabelan

makanan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dibawah disertakan beberapa

panduan pelabelan makanan:

1.1 BAHASA YANG DIGUNAKAN

1.1.1 Semua maklumat yang perlu ada pada label hendaklah dinyatakan dalam Bahasa

Malaysia atau Bahasa English berdasarkan kepada keperluan berikut:

1.1.1.1 Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di

Malaysia,hendaklah di dalam Bahasa Malaysia dan boleh termasuk

terjemahannya dalam mana-mana bahasa lain.

1.1.1.2 Bagi produk makanan yang diimport, hendaklah di dalam Bahasa

Malaysia atau Bahsa Inggeris dan boleh termasuk terjemahannya dalam

mana-mana bahasa lain.

1.1.1.3 Bagi makanan bertujuan khas sama ada yang diimport atau dikeluarkan,

disediakan atau dibungkus di Malaysia hendaklah di dalam Bahasa

Malaysia dan boleh termasuk terjemahannya dalam mana-mana bahasa

lain.

1.1.2 Terjemahan ke dalam dalam mana-mana bahasa lain mestilah memberi maksud

yang sama dengan maklumat yang asal.

1.2 BERAT BERSIH/ISIPADU/BILANGAN MINIMUM ISI BUNGKUSAN

1.2.1 Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai berat bersih

atau isipadu atau bilangan minimum isi bungkusan.

1.2.2 Penyataan tersebut hendaklah dinyatakan mengikut ketinggian penghurufan

yang sama.

Page 7: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

7

Berat Bersih : 450g

Isipadu Minimum 250ml

Rajah 1: Berat bersih

1.3 NAMA DAN ALAMAT PENGILANG/PENGIMPORT/ NEGARA ASAL

Semua label makanan hendaklah mempunyai penyataan mengenai nama dan alamat

pengilang/ pengimport/negara asal berdasarkan berikut:

a. Bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia,

label makanan hendaklah menyatakan salah satu daripada yang berikut :

i. nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau

ii. nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus atau

iii. nama ada alamat ejen daripada I dan II

b. Bagi makanan yang import, label makanan hendaklah menyatakan :

i. nama dan alamat pengilang di luar negara atau

ii. nama dan alamat pemunya hak untuk mengilang atau membungkus atau

iii. nama ada alamat ejen daripada I dan II dan

iv. nama dan alamat peniagann pengimport di Malaysia dan

v. nama negeri dari mana makanan itu berasal.

Berat 1 kg

Isipadu Minimum 500ml

Page 8: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

8

1.4 PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK

Jika nilai asid lemak dinyatakan pada label, keempat-empat jenis asid lemak, iaitu asid lemak

tepu, mono tidaktepu, politidaktepu, dan asid trans lemak hendaklah dinyatakan dalam

bentuk seperti berikut :

Lemak yang terdiri daripada

Asid Lemak Monotidaktepu … g

Asid Lemak Politidaktepu … g

Asid Lemak Tepu … g

Asid Trans Lemak … g

Contoh produk tempatan:

Dikilangkan oleh : ABC Sdn. Bhd. No 81, Jalan Puteri 5/3 Bandar Puteri, 47100 Puchong Selangor

Contoh produk import :

Dikilangkan oleh:

XYZ International

10 Mahunga Drive, Mangere Bridge 1

Auckland 2012, New Zealand

Diimport oleh :

XYZ Sdn. Bhd.

Lot 16, Jalan 19/11

46300 Petaling Jaya

Selangor

Produk New Zealand Rajah 2: Contoh alamat

pengilang/pengimport

Page 9: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

9

Contoh :

Rajah 3: Jumlah dan jenis asid lemak

Page 10: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

10

2. ELEMEN DALAM LABEL MAKANAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

OLEH PENGGUNA

Terdapat banyak elemen yang perlu dimuatkan pada label makanan seperti yang

digariskan dalam akta pelabelan makanan. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, terdapat

beberapa aspek yang perlu diambil kira semasa meneliti label makanan sesebuah produk.

Antaranya;

1. fakta nutrisi makanan

2. logo halal

3. logo GMP

4. logo HACCP

5. alamat pengilang makanan

6. tarikh luput.

2.1 MAKLUMAT NUTRISI

Maklumat nutrisi merupakan antara elemen terpenting yang harus dimuatkan dalam label

makanan sesebuah produk. Namun, aspek ini jugalah yang sering dipandang enteng oleh

masyarakat. Faktor utama perkara ini berlaku adalah kerana tidak faham bagaimana hendak

membaca label tersebut dan tidak mengetahui apa kepentingannya mengambil tahu maklumat

nutrisi sesebuah makanan yang hendak dijamah.

Darsawarsa ini, cara hidup sihat semakin diabaikan. Timbalan Menteri Kesihatan

Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin berkata, tiga juta daripada 28 juta rakyat Malaysia didiagnos

dengan penyakit diabetes yang merupakan komplikasi daripada obesiti (BERNAMA, 2011).

Pemakanan yang kurang bernutrisi adalah antara penyumbang kemelut ini. Oleh itu, label

maklumat nutrisi dalam sebuah makanan sangat penting untuk kita ketahui bagi mencegah

penyakit tersebut.

Terdapat beberapa jenis zat yang wajib dimuatkan dalam label maklumat nutrisi seperti

karbohidrat, protein, lemak, natrium, serat makanan dan gula (Mahan, Escott-Stump, Raymond,

2012, ms.280). Mineral lain seperti vitamin, kolesterol serta jenis-jenis lemak turut dipaparkan.

Beberapa istilah digunakan dalam label tersebut seperti „tenaga‟ dan „saiz hidangan‟.

Page 11: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

11

Gambar berikut akan digunakan sebagai

rujukan garisan panduan membaca maklumat

nutrisi. Perkara pertama yang perlu dikenal pasti

adalah sukatan sajian (serving size). Sukatan sajian

kebiasaannya seragam untuk produk yang sama.

Contohnya, minuman kotak, roti gandum atau mi

segera. Menurut gambar tersebut, sukatan sajian

setiap pek kecil ialah 29g dan satu pek besar

mempunyai 22 pek kecil. Sukatan sajian kita akan

mepengaruhi maklumat nutrisi yang dipaparkan.

Maklumat yang diberikan adalah untuk setiap pek

kecil. Oleh itu, kita harus mengambil kira berapa

pek yang kitahendak makan. Jika dua pek, semua

kandungan tersebut harus di darab dua.

„Tenaga‟ atau kalori merupakan jumlah

tenaga yang kita dapat dengan memakan sesebuah

produk (U.S Food and Drug Administration, 2000) . Ramai pengguna memakan makanan yang

mengandungi kalori yang tinggi melebihi keperluan tenaga badan. Tabiat ini akan mangundang

risiko berat badan berlebihan atau obesiti (Mahan, Escott-Stump, Raymond, 2012, ms.469).

Makanlah makanan yang mengandungi kalori yang rendah dan tidak melebihi keperluan badan

kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengetahui kalori yang diperlukan oleh badan kita

dalam sehari. Untuk mengetahuinya, kita boleh menggunakan kalkulator kalori yang banyak

terdapat di laman sesawang internet. U.S Food and Drug Administration telah menetapkan

kalori rujukan untuk semua makanan sebanyak 2000 kalori sehari sebagai penanda aras kerana ia

merupakan purata kalori yang diperlukan oleh semua lapisan umur (Nestle, 2011). Jadual di

bawah adalah garis panduan kadar jumlah tenaga untuk satu makanan (rujukan untuk keperluan

2000 kalori sehari):

Rajah 4: Contoh Label Makanan Pek Oat 3 dalam 1

Page 12: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

12

Jumlah Tenaga (kcal) Tahap

40 Rendah

100 Sederhana

400 ke atas Tinggi

RAJAH 5: garis panduan kadar jumlah tenaga

(Sumber: http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm)

Contoh pada Rajah 4, setiap pek kecil akan memberikan kita 120.1 kalori.

Seterusnya, mengenal pasti kadar mineral yang terkandung dalam makanan tersebut.

Apabila kita hendak menelitinya, kita perlu memisahkan mineral-mineral tersebut kepada dua

kumpulan;

Kumpulan 1: Kurangkan Pengambilan

Lemak (semua jenis), Sodium, Kolesterol (tiada dalam gambar)

Pengambilan berlebihan mineral tersebut memberi risiko penyakit jantung, darah tinggi dan

kanser.

Kumpulan 2: Ambil secukupnya

Serat makanan, Kalsium, Vitamin (tiada dalam gambar).

Serat makanan akan melancarkan sistem penghadaman. Manakala, kalsium penting untuk

kekuatan tulang dan vitamin pula dapat memberikan banyak kebaikan kepada badan kita.

Berikut adalah garis panduan kadar pengambilan yang disarankan (rujukan untuk keperluan 2000

kalori sehari sahaja):

Mineral Kadar Pengambilan yang Disarankan

Jumlah lemak Kurang daripada 65g

Kolesterol Kurang daripada 20g

Natrium Kurang daripada 2400mg

Jumlah Karbohidrat 300g atau lebih

Serat Makanan 25g atau lebih

RAJAH 6: Garis panduan kadar pengambilan yang disarankan (Sumber:

http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm)

Page 13: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

13

Maklumat nutrisi ini sangat penting kepada pengguna yang mempunyai masalah

kesihatan. Jika mempunyai masalah tulang seperti osteoporosis (pereputan tulang), mineral yang

perlu tinggi dalam makanan adalah kalsium. Jika mempunyai penyakit anemia (kurang sel darah

merah), mineral yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi adalah ferum. Mempunyai masalah

darah tinggi pula, jumlah natrium perlulah rendah. Tapi perlu diingatkan, setiap orang

mempunyai keperluan kalori sehari yang berbeza terutamanya pengguna yang menghidapi

penyakit, keperluan kalori pasti lebih rendah. Oleh itu, garis panduan ini tidak boleh digunakan

sebagai rujukan utama. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat

pemakanan yang sesuai.

Jika anda perasan, ada satu kolum dalam jadual pada gambar menunjukkan maklumat

nutrisi untuk hidangan sukatan 100g. Apakah kepentingan sukatan tersebut? Sebenarnya, semua

produk makanan harus meletakkan maklumat nutrisi untuk sukatan 100g. Ini akan memudahkan

pengguna membuat perbandingan makanan yang sama daripada jenama yang berbeza bagi

mengenal pasti mana satu yang lebih berkhasiat.

Secara tuntasnya, kemahiran dalam membaca dan mentafsir label makanan sangat

penting untuk dikuasai semua orang kerana ia dapat mengawal cara pemakanan kita. Pastikan

makanan yang dimakan mempunyai jumlah kalori yang rendah, kurang lemak, kolesterol dan

natrium sebaliknya tinggi serat, vitamin dan kalsium. Pemakanan yang sihat akan mencegah kita

daripada pelbagai penyakit.

2.2 LOGO HALAL

Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Sehubungan itu, isu halal dan haram perlu dipandang serius kerana ramai penganut agama lain

tidak memahami tuntutan makanan orang Islam. Menentukan kehalalan sesuatu makanan bukan

sekadar memastikan ia tidak mengandungi daging atau bahan berasaskan babi yang

sememangnya haram dalam Islam, malah merangkumi banyak bahan atau unsur lain yang

diharamkan. Selain itu, negara kita juga adalah pengimport pelbagai jenis makanan dan barangan

pengguna dari negara –negara bukan Islam yang mana status kehalalannya itu tidak diketahui.

Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan membabitkan semua umat Islam di

seluruh dunia . Makanan dan barangan pengguna seumpamanya boleh mengandungi bahan-

Page 14: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

14

bahan haram kerana pengimport atau pengeksport , umumnya tidak memahami jenis makanan

yang selaras dengan tuntutan Islam. Kehalalan sesuatu makanan juga terletak dari segi cara

pemprosesan makanan. Hal ini kerana, kaedah ini mendedahkan para pengguna kepada pelbagai

jenis makanan yang mungkin mengandungi bahan ramuan yang haram.

Namun begitu, sejauh mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status

halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu

membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau

tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah

digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita pasti membelinya tanpa ragu-ragu.

Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal

atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau

bertudung. Jadi, ciri- ciri sebegitu sangat penting untuk pengguna menilai kehalalan sesuatu

produk demi menjaga kesihatan badan dan juga rohani diri. Pun begitu, pengguna terlebih dahulu

perlu mengetahui maksud sebenar halal.

Hakikatnya, halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau

dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan

Perbahasaan “Halal”) 1975 ialah apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa

juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau

sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu,

perbahasaan-perbahasaan „Halal‟, „Ditanggung Halal‟ atau „Makanan Islam‟ atau apa-apa

perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa

orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka

perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan

perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan sekiranya makanan bukanlah terdiri

daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam

dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak.

Selain itu, makanan juga tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis

mengikut Hukum Syarak dan tidaklah disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-

apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak dan tidaklah dalam

masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-

Page 15: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

15

apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak seperti yang telah disebut itu atau apa-

apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Tetapi, persoalannya sekarang ialah

sama ada logo halal yang ditampal itu

diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri

(Main). Isu ini sudah lama berlarutan, di

sebalik aduan orang ramai serta pendedahan

media, masih terdapat ribuan restoran dan

produk makanan menggunakan logo halal

yang tidak diiktiraf Jakim. Alasan mereka

mudah, mahu menjimatkan masa dengan

membeli logo halal daripada syarikat swasta.

Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama

kerana pihak berkuasa akan meneliti dan

memeriksa semua aspek termasuk kebersihan

premis. Bermula tahun 2012, alasan itu tidak

boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta

Perihal Dagangan (APD) 2011 yang

diluluskan Parlimen pada 11 Julai 2011 meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa

yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Logo halal yang perlu ada pada setiap

produk dan juga premis mestilah mengandungi elemen-elemen seperti bintang berbucu lapan di

tengah-tengah bulatan, perkataan Arab – “حآلل” di tengah bintang , diikuti tulisan rumi

“HALAL”, bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam

perkataan Arab serta dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi

dan perkataan Arab tersebut.

Kesimpulannya, pengusaha produk dan premis makanan serta perkhidmatan

dinasihatkan mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

atau majlis agama Islam negeri-negeri (MAIN) sahaja bagi meningkatkan keyakinan pengguna

terhadap produk mereka sejajar dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah

Rajah 7: Logo halal yang diiktiraf JAKIM dan MAIN

(sumber: www.halal.gov.my)

Page 16: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

16

diluluskan Parlimen. Bukan itu sahaja, pengguna juga perlu memeriksa logo halal dengan betul

sewaktu membeli sesuatu produk agar dapat mengelakkan daripada makan makanan yang tidak

pasti kehalalannya.

2.3 AMALAN PENGILANGAN YANG BAIK;

GOOD MANUFACTURING PRACTISE (GMP)

Keselamatan makanan merupakan satu isu yang sangat penting bagi pengguna di serata

dunia. Penyediaan makanan dengan cara yang tidak selamat dan tidak berkualiti di premis-

premis makanan dan kilang-kilang juga akan menyebabkan makanan yang dihasilkan tidak

selamat. Standard merupakan satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan bagi sesuatu

produk dan perkhidmatan.Dalam industri makanan juga memerlukan satu standard untuk

memastikan tahap keselamatan dan kualiti sesuatu produk makanan yang dikeluarkan dan

disediakan oleh premis makanan. Pengeluar, pengilang dan penyedia makanan harus mengikut

standard keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.

Standard makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan penghasilan makanan yang

selamat dikenali sebagai Amalan Pengilangan yang Baik, Good Manufacturing Practise (GMP).

Secara umumnya, Standard GMP adalah satu panduan antarabangsa bagi kilang-kilang dan

premis makanan dalam menyediakan tempat yang bersih, selamat dan berkualiti dalam

pembuatan makanan. Namun begitu, GMP telah diubahsuai mengikut konteks Malaysia supaya

pengunaannya lebih sesuai. GMP diwujudkan bagi membantu industri untuk mencapai piawai

pengeluaran makanan yang lebih tinggi bagi memenuhi kehendak-kehendak keselamatan

makanan dan kehendak pengguna. Ianya mengandungi langkah- langkah universal yang

mengawal operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang

selamat. Antara kepentingan lain pelaksanaan GMP ialah untuk mengurangkan risiko

pencemaran dalam makanan yang sedang disediakan di kilang-kilang dan premis-premis

makanan. Selain itu, pelaksanaan GMP juga merupakan satu keperluan bagi pengguna kerana

pengguna juga mempunyai hak untuk memastikan produk makanan yang dibeli selamat daripada

sebarang pencemaran yang akan menjejaskan kualiti sesuatu produk makanan tersebut.

Di bawah Kemanterian Kesihatan Malaysia,terdapat 8 elemen penting dalam pelaksanaan

GMP. Antara elemen-elemen tersebut adalah bangunan dan kemudahan, kawalan operasi,

Page 17: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

17

penyelenggaraan dan sanitasi, pekerja, pengangkutan dan pengedaran, pengesanan, audit

dalaman, dan juga latihan. Di bawah setiap elemen GMP pula mengandungi beberapa sub-

elemen . Bagi elemen bangunan dan kemudahan,antara elemen-elemen yang berada di bawahnya

ialah lokasi, reka bentuk dan struktur bangunan ,siling,lantai,tingkap,dapur,stor penyimpanan,

pengudaraan,pencahayaan,perparitan, dan bekalan air. Bagi kawalan operasi pula,melibatkan

penerimaan bahan mentah, pemprosesan,pembungkusan, penyimpanan, dan sistem penarikan

balik produk.Di bawah elemen penyelenggaraan dan sanitasi pula,antara elemen yang ditekankan

ialah program penyelenggaraan, pembersihan dan sanitasi,kawalan makhluk perosak,kawalan

bahan kimia,dan juga pengurusan sisa cecair dan pepejal.

Manakala bagi elemen pekerja pula,kebersihan diri dan pelawat merupakan sub-elemen

yang penting di bawahnya.Bagi elemen pengangkutan dan

pengedaran,su-elemennya adalah program dan rekod kawalan

dan pemantauan.Di bawah elemen pengesanan pula ialah

pengenalpastian batch/lot dan maklumat berkaitan produk-

pelabelan. Audit dalaman pula meliputi aspek-aspek

prosedur dan rekod,dan akhir sekali ialah elemen latihan

yang mengandungi aspek-aspek rekod dan jadual.

Setiap premis makanan perlu memohon sijil Good

Manufacturing Practise (GMP) daripada Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan tersebut terbuka kepada semua jenis pengusaha premis

makanan dan pemohon hendaklah melaksanakan dan mengamalkan semua elemen GMP yang

terkandung di dalam buku Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik. Sijil GMP hanya sah

digunakan selama 3 tahun sahaja daripada tarikh sijil dikeluarkan,dan selepas itu,sijil perlu

diperbaharui. Sijil tersebut akan terbatal dengan sendirinya sekiranya pemohon gagal mematuhi

syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Skim Pensijilan.Penggunaan logo GMP

dilarang digunakan sekiranya sijil tersebut telah terbatal.

Rajah 8: Logo GMP

(Sumber:http://vectorise.net/logo/2011/06/22/

gmp-certified-good-manufacturing-practice/)

Page 18: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

18

Rajah 9: Logo HACCP

2.4 ANALISIS BAHAYA KAWALAN TITIK KRITIKAL;

HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT (HACCP)

Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) diperkenalkan pada tahun 1960 yang

bertujuan untuk menghasilkan produk makanan yang selamat untuk angkasawan-angkasawan

daripada National Aeronautic and Space Administration (NASA). Sejak itu, HACCP mula

digunakan di dalam industri makanan dan mula diperkenalkan secara meluas di seluruh dunia

pada tahun 1971. Sejak 1980-an, Codex Alimentarius Commission (CAC) dan International

Commission Microbiology Specification For Food

(ICMSF) mula menggalakkan perlaksanaan sistem

HACCP di dalam industri makanan malah negara-negara

Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat turut

menetapkan bahawa sistem HACCP wajib bagi industri-

industri yang mahu mengeksport produk hasilan laut ke

negara mereka. Bagi pegusaha-pengusaha bumiputera

yang mahu mengeksport makanan ke negara tersebut

perlu memperoleh sijil HACCP dari Bahagian

Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

HACCP adalah satu sistem mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya untuk

memastikan tahap risiko sesuatu produk adalah mimima. Selain itu, ia mementingkan teknik

pengurusan yang efektif bagi melindungi keselamatan makanan dari bahaya seperti biological,

kimia dan fizikal. Malah, ia merupakan satu sistem yang berstruktur dan mencegah produk

daripada sebarang bahaya. Tambahan pula, dengan adanya sijil HACCP dalam sesuatu produk,

ia penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna terutama negara-negara luar seterusnya

mencegah kehilangan pelanggan.

Terdapat tujuh prinsip HACCP iaitu mengenalpasti bahaya dalam sesuatu produk dengan

mengenalpasti potensi bahaya yang berkaitan dengan pengeluaran makanan pada semua

peringkat iaitu bermula dari usaha tani, pengendalian, pemprosesan di kilang dan pengedaran,

sehingga kepada titik produk makanan diambil. HACCP juga menentukan tahap prosedur operasi

Page 19: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

19

yang boleh dikendalikan untuk menghilangkan bahaya atau mengurangkan kemungkinan

berlakunya bahaya tersebut. Seterusnya,HACCP turut menetapkan batas kritis yang perlu dicapai

dalam memastikan bahawa kawalan titik kritikal berada dalam kawalan. Mereka juga

menetapkan sistem pemantauan pengendalian dari kawalan titik kritikal dengan menjalankan

ujian atau pemerhatian. Seterusnya, menetapkan tindakan pembaikan yang dilaksanakan jika

hasil pemantauan menunjukkan bahawa kawalan titik kritikal tidak terkawal. Menetapkan

prosedur pengesahan yang merangkumi dari ujian tambahan dan prosedur penyesuaian yang

menyatakan bahawa sistem HACCP berjalan dengan efektif dan mengembangkan dokumentasi

mengenai semua prosedur dan rekod yang tepat untuk prinsip-prinsip ini dan penerapannya.

2.5 ALAMAT PENGILANG DAN TARIKH LUPUT

Alamat pengilang atau alamat pengusaha makanan amat penting untuk dipamerkan di

label makanan supaya pengguna boleh memberi maklum balas dan maklumat tentang

penglabelan barangan yang tidak mencukupi atau memperdaya. Pengguna perlu bersikap

proaktif dalam menyampaikan maklum balas tentang kelemahan yang terdapat pada label

makanan dan kerosakan yang berlaku pada makanan. (Bishan Singh, 2002).

Alamat pengilang produk makanan penting untuk mendapat maklum balas dari pengguna

atau komentar pengguna tentang produk syarikat makanan tersebut. Komentar-komentar ini

boleh memperbaiki mutu dan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, pengguna boleh

membantu syarikat untuk lebih maju dan pada masa yang sama memuaskan hati pelanggan.

Tarikh luput ialah tarikh tamat tempoh makanan tersebut masih mengekalkan kestabilan

mikrobiologi dan fizikal serta kandungan nutrient yang diisytiharkan pada label. Secara

ringkasnya, tarikh luput ialah satu tarikh selepas makanan tidak dijamin ciri-ciri kualitinya.

Tarikh luput ini boleh ditunjukkan dalam beberapa bentuk. Antaranya ialah “tarikh akhir”, “guna

sebelum”, “makan sebelum”, atau “minum sebelum”.

Mengikut Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Mutu

Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (2002), antara senarai makanan yang memerlukan

penandaan tarikh luput ialah biskut, roti, makanan berasaskan coklat, makanan berasaskan kelapa,

makanan yang berunsur telur, susu dan hasil susu kecuali keju keras, sos, seri kaya, mentega

Page 20: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

20

kacang, makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak, minuman ringan Pasteur tak

berkarbonat dan minuman ringan U.H.T tak berkarbonat, jus buah Pasteur dan juga jus sayur

Pasteur.

Tarikh luput makanan amat penting untuk diteliti bagi memastikan nilai nutrisi makanan

masih kekal dan pengguna tidak akan makan makanan yang sudah rosak. Pengguna perlu

sentiasa menyedari tarikh luput dan mengambil makanan sebelum tarikh yang dinyatakan kerana

kualiti dan kandungan nutrien makanan akan merosot atau rosak jika diambil selepas tarikh luput.

Semak “guna sebelum” atau “tarikh luput” pada label makanan adalah perkara pertama yang

perlu dilakukan oleh pengguna sebelum membeli sesuatu produk makan.

Pengambilan makanan yang telah luput tarikh akan menyebabkan pengguna mengalami

beberapa masalah kesihatan tanpa mengira umur. Antaranya, sakit perut, tidak sedap badan,

ataupun muntah-muntah. Lebih membimbangkan adalah apabila ibu bapa membeli makanan

bayi yang telah tamat tempoh tanpa menyedarinya dan boleh memudaratkan kesihatan bayi

mereka. Bagi golongan kanak-kanak pula khususnya pelajar-pelajar sekolah sering kali

terpampang di dada-dada akhbar tentang kes keracunan makanan. Apabila disiasat oleh

Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kes

keracunan makanan berlaku dalam kalangan pelajar sekolah disebabkan oleh makanan yang

disediakan oleh pihak kantin sekolah telah tamat tempoh.

Kedua-dua label makanan ini amat penting untuk diteliti oleh para pengguna dan juga

pengilang makanan. Sekiranya setiap pengguna dan pengilang mempunyai kesedaran yang tinggi

tentang kepentingan label makanan, sesebuah syarikat akan lebih maju dan pengguna akan lebih

selamat dan sihat.

Page 21: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

21

RUMUSAN

Maklumat pelabelan makanan sangat penting untuk pengguna dalam membuat pilihan

yang bijak ketika hendak membeli sesebuah produk makanan. Pengilang harus mematuhi akta

pelabelan makanan yang telah ditetapkan bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang

lengkap mengenai barang yang hendak dibeli. Pengguna juga perlu mengambil kira faktor

kesihatan dengan meneliti maklumat pemakanan dipaparkan. Elakkan membeli makanan yang

mempunyai jumlah lemak, kolesterol, natrium (garam) dan gula yang tinggi untuk menghindari

penyakit obesiti, diabetes dan sebagainya.

Bagi pengguna yang beragama Islam pula, kehalalan sesebuah produk adalah perkara

yang sangat penting. Pastikan logo Halal yang dicetak pada produk adalah asli dan dikeluarkan

oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

sahaja. Makanan yang halal tidak akan diredhai oleh Allah SWT. Dalam pada itu, walaupun logo

GMP dan HACCP bukanlah satu perkara yang wajib untuk dipohon oleh pengilang, namun

pelabelan logo ini dapat memberi keyakinan kepada pengguna akan keselamatan dan kebersihan

produk yang dihasilkan.

Seterusnya, tarikh luput sesebuah produk makanan juga sangat penting untuk diambil kira.

Sebelum membeli sesuatu barang makanan, pengguna perlulah memastikan makanan tersebut

masih berada dalam keadaan yang baik dan belum melewati tarikh luput. Elakkan daripada

membeli makanan yang telah tamat tempoh walaupun ditawarkan pada harga yang murah.

Makanan tersebut mungkin telah rosak dan boleh membahayakan kesihatan. Selain itu, alamat

pengilang dapat memudahkan pengguna untuk memberi maklum balas kepada syarikat pengilang

makanan bagi menambah baik produk makanan yang dihasilkan.

Secara tuntasnya, kemahiran meneliti produk makanan haruslah dikuasai oleh masyarakat

bagi memastikan hak sebagai pengguna dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pengusaha pula

perlulah menanam sikap tanggungjawab ketika hendak menghasilkan sesebuah produk. Kedua-

dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar masyarakat yang sihat dapat dilahirkan.

Page 22: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

22

RUJUKAN

Bishan Sigh, (2002). Kepentingan pengguna untuk hak-hak dan tanggungjawab pengguna kod

etika amalan perniagaan kepentingan penglabelan barangan. Panduan Maklumat

tentang Penglabelan Barangan. Diperoleh pada 7 Disember 2012 daripada

http://www.fomca.org.my/v2/index.php/penerbitan/category/

Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Mutu Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2002). Baca label: teliti dan fahami label makanan.

[Brochure].

How to Understand and Use the Nutrition Facts Label (2000). U.S Food and Drug

Administration. Diperoleh pada 8 Disember 2012 daripada

http://www.fda.gov/food/ResourcesForYou/Consumers/NFLPM/ucm274593.htm

Konsultan ISO., (2009). Prinsip dasar HACCP. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada

http://konsultaniso22000.wordpress.com/2009/02/25/prinsip-dasar-haccp/

Mahan, L. K., Escott-Stump, S., Raymond, J. L. (2012). Krause’ Food and the Nutrition

Care Process (ed. 13). St. Louis, MS: Elsevier.

Muhd Izawan Baharin. Logo Halal 1 Malaysia : Dimensi Baru 2012. Diperoleh pada 6 Disember

2012 daripada

http://www.ppim.org.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=466:lo

go-halal-1-malaysia--dimensi-baru-2012&catid=60:top-news

Nestle, M. (2011). Where did the 2,000 calorie diet idea come from. Food Politics. Diperoleh

pada 11 Disember 2012 daripada

http://www.foodpolitics.com/2011/08/where-did-the-2000-calorie-diet-idea-come- from/

Portal Rasmi Halal Malaysia . Takrifan Halal . Diperoleh pada 6 Disember 2012 daripada

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/mengenai-pensijilan-halal/takrifan-halal

Page 23: A Guide on How To Read Food Label (Malay Language) - Panduan Membaca Label Makanan)

23

Perniagaan makanan tarikh luput. (2008). Diperoleh pada 8 Disember 2012 daripada

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/9778-

awas-perniagaan-makanan-luput-tarikh.html

Quaker® (n.d). Maklumat Pemakanan. Oat Cereal Drink 3 in 1 (Vanilla). Subang Jaya,

Selangor: Pepsico.

Universiti Putra Malaysia.(n.d). Hazard analysis critical control point (HACCP). FSM 3001

Sistem kualiti makanan. Diperoleh pada 10 Disember 2012 daripada

http://www.food.upm.edu.my/kuliah/lectures/foodserv/fsm3001/Quality%20Systems.pdf

Zamanhuri Umordin. ( November 2011) . Garis Panduan Am Pelabelan Makanan. Diperoleh

pada 10 Disember 2012 daripada

http://fsq.moh.gov.my/v3/component/k2/item/428-garis-panduan-am-pelabelan

makanan/428-garis-panduan-am-pelabelan-makanan