910/1 stpm 2009 bahasa malaysia · pdf filekertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman...

23
SULIT* 910/1 SULIT* *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 ( ANEKA PILIHAN ) ( Dua jam ) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) PAHANG DARUL MAKMUR Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Ada enam puluh soalan dalam kertas ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan. Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti. Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul. Kertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. STPM 910/1 [ Lihat sebelah

Upload: ngohanh

Post on 31-Jan-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

910/1 STPM 2009

BAHASA MALAYSIA

KERTAS 1

( ANEKA PILIHAN )

( Dua jam )

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

PAHANG DARUL MAKMUR

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT

DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam kertas ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan

jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada

Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah: jumlah

markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong.

STPM 910/1 [ Lihat sebelah

Page 2: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

Soalan-soalan 1 hingga 5 berdasarkan petikan di bawah ini.

Krisis ekonomi ekoran peningkatan mendadak harga minyak mentah di pasaran dunia

membelenggu negara kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat ( AS ). Kejatuhan beberapa

institusi pembiayaan utama pasaran kredit AS, di samping tekanan daripada beberapa

bahagian lain dalam sektor kewangan, membawa ekonomi AS menyamai kemelut yang pernah

dialaminya pada tahun 1929.

Krisis kredit AS secara teorinya berpunca daripada “subprima”. Disebabkan keghairahan

bank pembiayaan kredit mencari keuntungan berlipat kali ganda daripada caj faedah yang

sebenarnya merupakan satu pulangan yang “tidak nyata”, maka pinjaman perumahan

diluluskan tanpa mengambil kira kredibiliti peminjam.

Kongres AS mengumumkan pakej rangsangan berjumlah AS$700 bilion tetapi tidak

menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan. Krisis kredit AS turut mengheret ekonomi

dunia kepada kelembapan, memperlihatkan kegagalan urus tadbir yang berasaskan transaksi

dan perdagangan dalam sektor yang tidak nyata. Transaksi sektor niaga tidak nyata yang

tumbuh pesat sekitar 1980-an melibatkan urus niaga spekulatif. Urus niaga berbentuk ini

pernah menunjukkan sekitar AS$ 1.2 trilion ( RM 3.5 – RM 7 trilion ) dana spekulatif tidak nyata

berlegar-legar sama ada dalam bursa saham atau pasaran wang bagi mencari pelaburan yang

paling menguntungkan.

Disebabkan persekitaran ekonomi AS menjadi penentu utama kepada iklim ekonomi

dunia, maka krisis kredit negara itu turut di eksport ke negara lain. Dana Kewangan

Antarabangsa ( IMF ) meramalkan pertumbuhan ekonomi dunia untuk beberapa suku tahun ini

tumbuh pada tahap yang sangat perlahan dan berkekalan sehingga 2010.

Keruntuhan sistem ekonomi kapitalisme AS telah mendorong seluruh dunia ketika ini

mencari sistem ekonomi baharu yang lebih sistematik, kompetitif, adil, terjamin, serta

berasaskan pasaran yang nyata. Kebergantungan pada mata wang tunggal dalam urusan

perdagangan antarabangsa seperti dolar AS juga memperlihatkan bukti yang jelas bahawa

krisis ekonomi merebak dengan mudah ke seluruh dunia meskipun tidak dicetuskan oleh faktor

domestik.

Pakar ekonomi dunia ketika ini lebih teruja mengkaji dan mengimplementasikan sistem

kewangan Islam yang berasaskan syariah yang kekal kukuh di sebalik kerugian berjumlah AS$

400 bilion ( RM 1400 bilion ) sektor kredit perbankan konvensional. Malah, Bank Pembangunan

Asia ( ADB ) juga pernah menyebut, aset kewangan Islam mencatat pertumbuhan tahunan

sekitar 10 -15 peratus atau lebih tinggi berikutan perkembangan pesat industri kewangan Islam

yang menarik perusahaan dari luar negara Islam.

Turut dicadangkan untuk mengatasi krisis kewangan global sekarang ialah penggunaan

emas sebagai perantara urus niaga yang juga menepati sistem kewangan Islam yang

bersandarkan kepada dua jenis logam iaitu emas dan perak.Penggunaan emas diyakini mampu

mengimbangi masalah yang sering dihadapi dalam urus niaga yang terkesan apabila nilai mata

wang yang digunakan mengalami kejatuhan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Januari 2009 )

5

10

15

20

25

30

35

2

Page 3: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

1 Apakah yang dimaksudkan “subprima”?

A Bentuk pelaburan dalam bursa saham, bon, pasaran wang dan nota janji

B Bentuk pinjaman pembelian rumah oleh peminjam yang tidak layak

C Pelaburan dalam sektor yang “tidak nyata”

D Bank memberikan kredit kepada pengguna

2 Berikut adalah urus niaga spekulatif kecuali

A bursa saham

B pasaran wang

C hartanah

D bon

3 Negara manakah yang menerima impak buruk ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat

( AS )?

A Negara-negara yang miskin di Afrika dan Asia

B Negara-negara Eropah yang bergantung kepada perindustrian

C Negara-negara yang bergantung kepada AS menggerakan ekonomi domestiknya

D Negara-negara Islam dan negara Amerika Latin

4 Apakah tindakan negara Malaysia untuk tidak kebergantungan pada mata wang AS?

A Menggunakan pelbagai mata wang terutama menggunakan mata wang Yen dan Euro

B Mengenakan syarat perdagangan yang ketat kepada negara-negara luar supaya tidak

menggunakan mata wang AS

C Perdagangan dengan AS dikurangkan supaya dapat mengurangkan risiko kerugian dan

lebih banyak berdagang dengan negara sedang membangun

D Transaksi perdagangan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dengan negara

yang sama berada dalam ekonomi yang kukuh

3

Page 4: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

5 Mengapakah dikatakan penggunaan mata wang emas dan perak lebih baik daripada

menggunakan mata wang biasa?

A kerana nilai logam perak dan emas lebih stabil di pasaran

B kerana wang perak dan emas tidak mudah luntur dan mudah digunakan

C kerana banyak negara yang menggunakan mata wang perak dan emas

D kerana bahan logam ini mudah diperoleh

Soalan-soalan 6 hingga 10 berdasarkan carta alir di bawah ini.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Kertas

Kerja – Asas keusahawanan 1992 )

Pengalaman negatif -Status kewarganegaraan - Diberhentikan kerja - Tiada pilihan lain

Nilai dan sikap - Budaya - X - Rakan sekerja - Agama

Tempoh peralihan - Latihan prapersaraan - Pusat latihan kemahiran

Kebolehlaksanaan - Sokongan bantuan - Rakan kongsi - Teknologi Pengaruh luaran

- Rakan kongsi - Pelabur modal - Sokongan pelanggan

Pengaruh dalaman - Keluarga - Pendidikan - Pengalaman

Aktiviti - Perancangan - Penggabungan sumber - Pengurusan organisasi

D

O

R

O

N

G

A

N

U

S

A

H

A

W

A

N

S

I

T

U

A

S

I

4

Page 5: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

6 X dalam carta alir merujuk kepada

A keluarga

B kepercayaan

C sosioekonomi

D gaya hidup

7 Status kewarganegaraan pekerja dalam carta alir merujuk pada

A Pekerja warganegara yang berhenti kerja

B Pendatang asing yang berhenti kerja secara sengaja

C Pekerja tempatan yang sukar mencari pekerjaan dengan kerajaan atau swasta

D Pekerja bukan warganegara yang dipecat atau tamat kontrak bekerja dengan kerajaan

atau swasta.

8 Semua penyataan berikut betul tentang carta alir kecuali

Faktor dorongan Faktor sosial A B C D

Seseorang yang hampir bersara berusaha untuk mengusahakan sesuatu Sebagai sumber pendapatan tambahan Kegawatan ekonomi mendorong majikan mengurangkan jumlah kakitangan Terdapat pelabur yang sanggup menyediakan Keluarga memberi dorongan moral dan kewangan

Pengurusan organisasi yang baik Sesetengah masyarakat lebih menghormati seseorang yang makan gaji berbanding dengan berusaha sendiri Penggabungan dana atau tenaga yang mencukupi dapat melahirkan usahawan Fahaman yang dianuti menggalakkan seseorang berdikari

9 Tajuk yang sesuai bagi carta alir tersebut ialah

A Model keusahawanan

B Model kelahiran usahawan

C Faktor pendorong usahawan

D Faktor luaran dan dalaman usahawan jaya

5

Page 6: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

10 Peribahasa berikut dapat mendorong seseorang menjadi usahawan yang

berjaya kecuali

A Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang

B Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

C Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

D Genggam bara api biar sampai menjadi arang.

11

Berdasarkan rajah di atas, bahasa X yang tergolong dalam bahasa Melayu ialah

A Sulu

B Bisaya

C Aceh

D Bikol

12 Mengapakah bahasa Melayu kuno berkembang pesat dan mengatasi perkembangan

bahasa Jawa kuno?

A kerana mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa kuno

B kerana bahasa Melayu kuno merupakan bahasa utama di Asia Tenggara

C kerana bahasa Melayu kuno mempunyai sistem tulisan yang sama dengan tulisan

Palava

D kerana bahasa Melayu kuno digunakan oleh golongan istana pada zaman kerajaan

Sriwijaya

Bahasa Melayu

Nias Lampung

Orang Laut Minangkabau

Batak X

6

Page 7: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

13 Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik

I Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit

II Digunakan sebagai lingua franca di kepulauan Melayu

III Bahasa Melayu klasik berkembang antara abad ke-7 hingga ke-13

IV Tulisan jawi merupakan sistem tulisan yang terpenting pada zaman bahasa Melayu

klasik

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

14 Berikut ialah matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) kecuali

A memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan

B memajukan bakat kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan

C menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan

D menganjurkan pertandingan berbalas pantun dan pidato dalam bahasa kebangsaan

15 Antara yang berikut, yang manakah perbezaan antara bahasa Melayu moden dengan

bahasa Melayu klasik?

I Bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi bahasa Arab dan panjang-panjang, manakala

bahasa Melayu moden ringkas, padat, dan tepat.

II Bahasa Melayu moden menggunakan bahasa Melayu biasa dan pelbagai laras

manakala bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa istana

III Bahasa Melayu moden hanya menerima pengaruh bahasa Arab dan Inggeris, manakala

bahasa Melayu klasik dipengaruhi bahasa Sanskrit

IV Bahasa Melayu moden banyak menggunakan ayat pasif, manakala bahasa Melayu

klasik banyak menggunakan ayat aktif

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

7

Page 8: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

16 Apakah kesan pengekodan tatabahasa yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka ( DBP )?

A Aktiviti DBP seperti Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa dilaksanakan setiap tahun

B Sistem ejaan yang digunakan mengikut bahasa Za’aba telah ditukarkan kepada sistem

ejaan baru

C Bidang morfologi dan sintaksis berkembang pesat serta bertambahnya kosa kata,

pengimbuhan, dan struktur kata

D Tertubuhnya Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah

Bahasa Melayu ( PUPIBM )

17 Pilih padanan jenis pinjaman bahasa asing yang tepat.

Jenis pinjaman Contoh kata pinjaman

I Pinjaman tulen Matematik

II Pinjaman pemerian Kasut but

III Pinjaman berpindah Dialek Pulau Pinang

IV Pinjaman kuno Purnama

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

18 Yang manakah benar tentang bahasa formal?

I Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana

II Menggunakan ragam bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa

III Mementingkan peraturan bahasa antaranya sebutan dan intonasi, ayat gramatis,dan

tatabahasa

IV Tidak wujud sekatan sosial dalam kalangan penutur dan menggunakan ragam bahasa

bebas

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

8

Page 9: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

19

Petikan di atas menggunakan laras bahasa

A undang-undang

B media massa

C ekonomi

D biasa

20

Hubungan leksikal yang terdapat dalam wacana di atas ialah

A sinonim

B hiponim

C kolokasi

D pengulangan

21 Yang berikut adalah ciri-ciri wacana kecuali

A ada tujuan

B mempunyai urutan

C maklumat berlawanan

D hubungan dengan khalayak

Perkembangan ekonomi dunia yang amat negatif ini telah mula

menampakkan impaknya ke atas ekonomi negara dalam suku keempat

tahun 2008. Eksport dan pengeluaran industri negara mula merosot

dan pelaburan berkurangan. Sentimen pengguna juga telah turut

terjejas. Berikutan ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah

mencatatkan penurunan kadar yang ketara rendah sebanyak 0.1

peratus.

Pak Ali ada menjual durian, manggis, rambutan, buah mata

kucing, dan langsat. Buah-buahan itu dibeli dari kampung

berhampiran secara borong.

9

Page 10: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

22

Retorik petikan di atas berbentuk

A pemujukan

B penerangan

C pemerian

D pendedahan

23

Teknik penyampaian idea di atas menggunakan teknik

A pencerakinan

B pentakrifan

C deduksi

D analogi

24 Yang manakah rujukan kehormat yang salah ?

Gelaran Panggilan kehormat

A Bergelar warisan seperti Tengku, Raja, Tunku, Engku, dan Ungku

Yang Mulia

B Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Berbahagia

C Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

D Mufti Sahibus-Samahah

Syampu Kudu yang diperbuat daripada buah mengkudu mampu

menghitamkan rambut yang telah beruban, menghilangkan

kelemumur, dan gatal-gatal kulit kepala. Harga syampu ini

mampu dibeli oleh semua orang.

• Membandingkan sesuatu dengan perkara lain yang

sama cirinya

• Menerangkan sesuatu yang sukar atau kompleks

dengan membandingkan perkara tersebut dengan

yang lebih mudah difahami

10

Page 11: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

25

Perkataan yang menepati bunyi di atas ialah

A baku

B pasu

C batu

D catu

26 Bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji

A bahasa secara saintifik

B bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia

C fonem-fonem dalam sesuatu bahasa tersebut

D bunyi dalam sesuatu bahasa dan lambang kepada bunyi tersebut

27 Pilih penyataan yang benar tentang penghasilan bunyi / n /

I Pita suara digetarkan

II Bibir bawah dirapat ke bibir atas

III Lelangit lembut dinaikkan

IV Sebahagian arus udara keluar melalui rongga mulut

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

• Letupan dua bibir tidak bersuara

• Vokal depan luas

• Geseran gigi-gusi

• Vokal belakang sempit

11

Page 12: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

28

P T

Q U

R V

S W

Carta keratan lidah

P dalam carta di atas ialah

A vokal depan sempit

B vokal belakang sempit

C vokal depan luas

D vokal belakang luas

29 Antara yang berikut, yang manakah kumpulan kata yang kesemua perkataannya

mempunyai konsonan sisian?

A bebas, terbang, kandas

B keras, jalang, serlah

C makan, lambat, formal

D penggal, lambang, palang

30 Antara kumpulan kata yang berikut, yang manakah yang mempunyai bunyi diftong?

A pau, tahu, hairan

B sekoi, pantau, pantai

C kain, kacau, mulai

D boikot, daun, induk

12

Page 13: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

31 Antara berikut, yang manakah pasangan kata yang dieja dengan betul?

I ke8 – 1980-an

II antibiotik – probarat

III sub-kategori – mikro-biologi

IV hamba-Mu – prawacana

A II dan III

B II dan IV

C I, II, dan III

D I, II, dan IV

32 Kumpulan perkataan yang manakah kesemuanya mengandungi konsonan asli dalam

bahasa Melayu?

A Kempen, khamis

B Nyanyian, ghaib

C Tabah, hairan

D Dompet, virus

33 Konstituen subjek dalam ayat dasar mesti terdiri daripada

A Frasa kerja

B Frasa adjektif

C Frasa nama

D Frasa sendi nama

34 Antara kata yang berikut, yang manakah terbina daripada dua morfem

I Salasilah

II Cenderawasih

III Selerak

IV Bertanggungjawab

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

13

Page 14: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

35 Unit terkecil dalam bahasa berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu dikenal

sebagai

A morfem

B fonem

C suku kata

D perkataan

37 Yang manakah perkataan yang mengalami proses peleburan fonem?

A mengepam

B mengetin

C mengelap

D mengemas

38 Kata dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses

I pengguguran

II pemajmukan

III penggandaan

IV pengimbuhan

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

14

Page 15: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

39 Kata adjektif yang mengandungi sisipan

I Kacang bendi di ladangnya kemetot belaka kerana kekurangan air dan baja

II Kain layarnya kelebak dipukul angin kencang ketika belayar di Cherating

III Tenaga pemuda harus digembleng untuk menjayakan aktiviti ini

IV Tok Dalang sungguh pandai memerikan kisah percintaan puteri itu

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

40 Kata penguat yang betul penggunaannya

A Rumah Encik Muthu yang berharga sejuta ringgit merupakan rumah yang

paling besar sekali di daerah itu

B Suara penyanyi veteran itu sangat merdu sekali apabila mendendangkan lagu

keroncong

C Gunung Kinabalu yang tertinggi sekali terletak di Sabah

D Gelang zamrud pemberian ibu saya terlalu mahal sekali

41 Yang manakah antara berikut merupakan kata ganda bebas

I saudara-mara

II sampah-sarap

III mentua-taya

IV pinang-lanang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

15

Page 16: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

42

Budak perempuan itu sangat baik benar

Buah mangga itu belum masak benar

Perkataan benar di atas berfungsi sebagai

A Kata penguat

B Kata adjektif

C Kata pembenar

D Kata pembenda

43 Yang manakah antara kata kerja terbitan berikut menunjukkan ragam reflektif

A Bersenam menyihatkan badan

B Saya tersepak pasu bunga ibu

C Titi itu telah diperlebar oleh kerajaan

D Ramai penduduk di Beserah menjual keropok lekor

44.

Jika ancaman virus H1N1 bertambah buruk, kerajaan akan menunda semua program yang melibatkan orang awam.

Dalam ayat majmuk di atas, bahagian yang berhuruf condong dikenali sebagai

A Klausa keterangan

B Klausa tak bebas

C Klausa bebas

D Klausa utama

16

Page 17: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

45. Berdasarkan jadual berikut, yang manakah padanan frasa adjektif dengan fungsinya yang betul.

Frasa adjektif Fungsi

A Harimau itu garang sungguh Sebagai keterangan frasa

kerja

B Atlet itu berenang sangat laju Sebagai keterangan

bandingan

C Wajahnya masam seperti cuka Sebagai predikat

D

Skim cepat kaya telah diharamkan Sebagai penerang frasa nama

46. Ayat-ayat berikut ialah ayat tunggal kecuali A Kebaya putih dibeli oleh pelancong itu

B Xie Lee berada di Korea?

C Keluarlah dari bilik ini

D Usah dikenangkan lagi peristiwa itu

47

Kata Bantu + Kata Kerja Tak Transitif + Pelengkap + Keterangan

Ayat yang manakah menepati rumus tersebut?

A Simon sedang tidur di bilik

B Ramu telah gagal untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang

C Kebanyakan penduduk di situ masih tinggal di rumah setinggan

D Tan Heng hendak mengusahakan perniagaan keluarganya di Muadzam

17

Page 18: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

48 Yang manakah antara ayat berikut ayat pasif

I Persatuan Penduduk Bukit Setongkol serahkan memorandum bantahan itu kepada

kerajaan

II Pengeluaran haiwan ternakan terjejas oleh pertumbuhan ekonomi yang kurang baik

III Kaucurahkan kasih sayang kepadaku

IV Peraturan yang lebih ketat kerajaan laksanakan untuk menghindari penyakit

berjangkit

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

49 Ayat-ayat berikut mengalami proses pendepanan konstituen predikat atau bahagian-bahagiannya kecuali

A Ke pejabatkah dia?

B Orang berkaca mata inikah datuknya?

C Sekarang jugakah kakak hendak tidur?

D Ke Kuala Lipiskah dia bulan lalu?

50 Yang manakah antara ayat berikut mengandungi frasa kerja dengan dua objek?

I Datin Sofia menghidangi besannya sepinggan laksa

II Sultan menganugerahi pegawai polis itu bintang kebesaran negeri

III Kumaresan menamai kambingnya Si Tepok

IV Dia menganggap saya adiknya

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

18

Page 19: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

51

Perahu layar yang berwarna putih itu milik Datuk Kassim

Layar dalam ayat tersebut berfungsi sebagai

A Penerang nama milik

B Penerang nama kegunaan

C Penerang nama perihal atau perkara

D Penerang nama tenaga penggerak

52

Sepinggan nasi ayam pengalas perut kosong masih terletak di atas meja kuning itu

Yang manakah komponen ayat tersebut yang berfungsi sebagai predikat?

A sepinggan nasi ayam

B sepinggan nasi ayam pengalas perut kosong

C masih terletak diatas meja kuning itu

D masih terletak

19

Page 20: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

53

Sarjit Sigh akan melancong ke Pulau Tioman jika dibenarkan oleh keluarganya

Ayat tersebut ialah

A Ayat majmuk gabungan aktif

B Ayat majmuk gabungan pasif

C Ayat majmuk keterangan aktif

D Ayat majmuk keterangan pasif

54 Kami menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah – Ayat aktif

Kemerdekaan negara kami tuntut daripada penjajah – Ayat pasif

Kami tuntut daripada penjajah kemerdekaan negara - Ayat songsang

Ayat-ayat di atas mengalami

A Proses penyusunan semula

B Proses peluasan

C Proses pengguguran

D Proses pemajmukan

20

Page 21: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

55 Semua ayat berikut mengalami proses transformasi relativisasi kecuali

I Mereka membeli kereta yang diimport dari Jepun

II Kakak menonton filem yang seram arahan Azizah

III Kalau mendapat kebenaran daripada ayahnya, dia akan hadir

IV Samsul menghadiahi neneknya seutas rantai mutiara

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

56

Janet tidak hadir ke sekolah kerana dia kurang sihat semalam Penduduk kampong itu berjaya menternak lintah lantaran usaha gigih mereka

Kata hubung dalam ayat-ayat tersebut ialah

A Kata hubung keterangan akibat

B Kata hubung keterangan harapan

C Kata hubung keterangan musabab

D Kata hubung keterangan syarat

21

Page 22: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

57 Yang manakah antara ayat berikut mengandungi unsur keterangan penyertaan?

I Pelajar-pelajar Persatuan Bahasa dan Kesenian melawat Muzium Pekan dengan

guru penasihat mereka

II Rombongan pengantin lelaki menyeberangi sungai dengan bot

III Pengarah Pelajaran tiba dengan pegawai-pegawainya tepat pada masanya

IV Kereta api Sinaran Timur bergerak dengan laju di atas landasan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

58 Pilih padanan hubungan semantik yang betul

I Kakak saya - kakakku

II Gemuk – kurus

III Kala

IV Hangat

P Antonim Q Homonim R Polisemi S Sinonim

I II III IV A Q P R Q B Q P S R C S P R Q D S P Q R

22

Page 23: 910/1 STPM 2009 BAHASA MALAYSIA · PDF fileKertas soalan ini terdiri daripada 23 halaman bercetak dan 1 halaman kosong. ... ( RM 3.5 – RM 7 trilion ... I Pinjaman tulen Matematik

SULIT*

910/1 SULIT*

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

59

Amir : Surej, ekspedisi kita ke Gunung Tahan akan kita teruskan juga walaupun kini musim tengkujuh. Surej : Ya…ya…saya setuju dengan cadangan itu. Jangan bimbang saya tetap akan ikut serta. Gan : Saya juga akan bersama-sama dengan kamu kerana saya sudah biasa berkhemah pada musim tengkujuh. Walau apapun, kita bertiga mesti meneruskan rancangan kita ini.

Yang manakah antara perumpamaan berikut menepati dialog di atas?

A Manusia berpegang kepada janjinya

B Dilambai tak nampak diseru tak dengar

C Dianjak layu dialih mati

D Biar putih tulang, jangan putih mata

60 Pilih padanan yang betul

Jenis kiasan Contoh kiasan

A Kiasan melarat Kutu embun B Kiasan berbunga Ruan menyambar meriak air tenang C Kiasan sandar Orang rumah D Kiasan pemanis Senyum kambing

23