7topik5wacanaberformatdalamtatabahasa

Upload: nin-nabari

Post on 04-Jun-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    1/14

    PENGENALANTopik ini mengupas konsep wacana berformat dalam bahasa Melayu. Selain itudiulas juga tentang pengertian serta ciri-cirinya, di samping aplikasi dalampenulisan.

    KONSEP WACANA BERFORMAT DALAMTATABAHASA BAHASA MELAYU

    Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandungformat-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasasecara kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988). Penulisan yangdimaksudkan adalah seperti berikut:

    5.1

    TT

    oo

    pp

    iik k

    55 WacanaBerformatdalamTatabahasa

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan konsep wacana berformat;

    2. Menjelaskan pengertian wacana berformat;

    3. Membincangkan ciri-ciri wacana berformat;

    4. Mengaplikasikan wacana berformat dalam penulisan; dan

    5. Membincangkan wacana berformat secara menyeluruh.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    2/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 79

    (a) Surat kiriman tidak rasmi;

    (b) Surat kiriman rasmi;

    (c) Dialog;(d) Syarahan;

    (e) Ucapan;

    (f) Laporan;

    (g) Berita;

    (h) Catatan harian; dan

    (i) Perbahasan.

    Bagi pengetahuan anda, dapat dirumuskan bahawa konsep wacana berformatdalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang bersepadu. Komponen-komponen berkenaan adalah seperti berikut:

    (i) Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikanmaklumat secara tersusun dan kohesif.

    (ii) Penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untukmemberikan maklumat.

    (iii) Pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan.

    (iv) Penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalampenulisan.

    (v) Penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan.

    (vi) Pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yangkohesif.

    (vii) Penyusunan isi dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkanperenggan yang kohesif dan koheren.

    (viii) Tatabahasa dijadikan dasar dalam kecekapan berbahasa dan diajarkandengan terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    3/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA80

    PENGERTIAN WACANA BERFORMATDALAM TATABAHASA BAHASA MELAYU

    Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang ditetapkan, maka bolehmenjejaskan konsep wacana (Sulaiman Masri, 1988).

    5.2.1 Ciri-ciri Wacana Berformat dalam BahasaMelayu

    Ciri-ciri wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapapenulisan berformat ( Zainol Ismail, 2003 ). Berdasarkan beberapa penulisan berformat, dipaparkan contoh-contoh yang lazim dipraktikkan di sekolah.

    (a) Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

    (i) Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah atas bahagian kanansurat.

    (ii) Tarikh surat hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim.

    (iii) Tidak perlu menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai denganpendahuluan surat.

    Contohnya:Ke hadapan saudara Amri yang kini berada di Terengganu semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

    (iv) Ada ganti nama diri. Contohnya, saudara/saudari.

    (v) Surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim.

    (b) Format Surat Kiriman Rasmi

    (i) Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atassurat.

    (ii) Garisan memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamatpengirim.

    (iii) Alamat penerima ditulis di bawah garisan panjang.

    (iv) Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan barisan akhir alamatpenerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

    (vi) Ada ganti nama diri.

    Contohnya: Tuan/Puan.

    5.2

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    4/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 81

    (vii) Ada tajuk surat.

    (viii) Surat dimulai dengan perenggan pertama tanpa menulis nombor.Perenggan yang berikutnya hendaklah ditanda dengan nombor yanglurus dengan permulaan perenggan pertama.

    (ix) Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor.

    (x) Tandatangan ditulis di bahagian kiri bawah surat. Nama pengirimditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf besar.Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya,Setiausaha, Persatuan Bulan Sabit Merah.

    (c) Format Dialog

    (i) Ada nama watak.

    (ii) Titik bertindih ditulis selepas nama watak.

    Contoh: Ahmad: .....

    (d) Format Syarahan / Ucapan / Perbahasan

    (i) Memulakan penulisan dengan kata-kata atau ucapan alu-aluan.

    (ii) Ada ganti nama diri. Contohnya: Sidang hadirin yang dihormatisekalian.

    (iii) Ada penegasan tajuk syarahan / ucapan / perbahasan.

    (e) Format Laporan

    (i) Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf besar dan gariskan di bawahnya.

    (ii) Penulisan mestilah mengikut urutan peristiwa / perkara yangdilaporkan.

    (iii) Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah kiri bahagian bawah laporan.

    (iv) Tarikh laporan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah laporan, iaitusebaris dengan Laporan disediakan oleh.

    (f) Format Berita

    (i) Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.

    (ii) Tanda koma ditulis selepas nama tempat / bandar.

    (iii) Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama tempat / bandar.

    (iv) Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    5/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA82

    Contohnya: KUALA LUMPUR, Isnin -

    (g) Format Catatan Harian

    Ada tarikh, nama hari dan masa (mengikut kesesuaian).Contoh:

    Sabtu

    8.00 pagi:

    9.00 pagi:

    Penulisan yang tidak berformat ialah penulisan yang ditulis tanpa mengikutsesuatu cara yang khusus. Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini juga

    hendaklah secara berperenggan.

    APLIKASI WACANA DALAM PENGAJARANPENULISANPengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolahrendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatupenulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujudkesinambungan.

    5.3.1 Wacana Berformat dalam Pengajaran Penulisan

    Sekolah Rendah dan Menengah(a) Peraturan yang perlu diikuti

    Sebagai memenuhi peraturannya, perkara-perkara berikut perlu diteliti,iaitu:

    (i) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai tiga isiminimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau buktikukuh yang relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selain bertepatan dengan tajuk dipilih.

    5.3

    AKTIVITI 5.1

    Apakah maksud dan konsep wacana berformat dalam tatabahasa?Mengapakah wacana berformat sering dipraktikkan di sekolah?

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    6/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 83

    (ii) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberikan.

    (iii) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isiagar wujud kesinambungan idea antara ayat.

    (iv) Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.

    (v) Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar supayatidak menampakkan ketergantungan idea.

    (vi) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang.Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh denganmenggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

    (vii) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.

    (viii) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam dan struktur ayatyang betul.

    (ix) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yangdikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.

    (x) Hasilkan peta minda atau menyediakan rangka penulisan sebelummenulis agar dapat membimbing pelajar dalam menyusun isi / idea.

    (b) Proses menulis pula adalah seperti berikut.

    Ketika memilih tajuk / soalan:(i) Pilih tajuk yang benar-benar difahami dan sesuai dengan

    pengetahuan, pemahaman dan keupayaan pengolahan, selain berupaya mengembangkan isi. Pengetahuan tentang tajuk yangdipilih adalah dari segi:

    Bentuk atau Format Penulisan;

    Isi-isi; dan

    Laras Bahasa.

    (ii) Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah bolehmelakukan pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu untukmenghasilkan penulisan yang sempurna.

    (iii) Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajukatau soalan yang diberikan, tetapi tidak tahu kehendaknya, itu juga bukanlah satu pilihan yang baik. Tindakan tersebut akanmemerangkap diri sendiri.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    7/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA84

    (iv) Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan kefahaman tentangkehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuanuntuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan

    merupakan pilihan yang tepat.(v) Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami

    dan yakin boleh menguasainya.

    (vi) Untuk menguasai kemahiran tentang format penulisan dan laras bahasa, perlu difahami perbezaan format dan laras bahasa bagipenulisan yang pelbagai jenisnya.

    (vii) Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajukpenulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan seperti bukuilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

    (viii) Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpandengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.

    (c) Dalam pada itu, susunan juga perlu diberikan perhatian:

    (i) Rangka ialah garis kasar untuk membentuk penulisan yang lengkap.

    (ii) Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.

    (iii) Rangka penulisan membantu murid bagi perkara berikut:

    Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidaklari / terpesong daripada tajuk atau soalan.

    Menyusun isi-isi / fakta mengikut susunan yang betul.

    Menghasilkan perenggan yang cemerlang.

    Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yangdihuraikan / diolah.

    Memastikan had penulisan mengikut arahan melebihi jumlahpatah perkataan dikehendaki.

    Mengelakkan pengulangan fakta.

    (iv) Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.

    (v) Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    8/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 85

    Pendahuluan Isi Utama Huraian Huraian

    Pemaparan WacanaIsi tidak langsung

    Fokus Wacana PenjelasanTerperinci bagiFokus Wacana

    Kesimpulan FokusWacana

    (d) Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:

    (i) Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isiyang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi.

    (ii) Huraian yang dimaksudkan ini merupakan keterangan atau

    penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentangisi-isi tersebut.

    (iii) Struktur perenggan yang baik adalah dengan memulakan perenggansecara menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contohyang dapat memperkukuh isi penting.

    (iv) Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap.Murid juga boleh memulakan perenggan itu dengan isi pokok.

    (v) Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian.Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mewujudkankesinambungan isi.

    (vi) Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjangpendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.

    Proses melibatkan penyemakan pula adalah seperti berikut:

    Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting.Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspekdalam penulisan dipatuhi.

    Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa,

    jumlah perkataan dan pemerengganan.Semasa menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.

    Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh ataucontoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yanglebih tepat.

    Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dantatabahasa.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    9/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA86

    Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, makakemaskanlah tulisan kata-kata tersebut.

    Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkanpembaca untuk membaca dan mengesan isi. Oleh yang demikian,penulisan akan menjadi mantap.

    Rangka penulisan meliputi contoh berikut:

    Pendahuluan

    Kata alu-aluan kepada hadirin.

    Tajuk perbahasan sebagai pihak pencadang.

    Isi-Isi

    Menghargai penghantaran pulang buruh asing dapat mengurangkan

    pengaliran wang keluar dapat membantu mengatasi kegawatan ekonomi.Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan pengambilan pekerjatempatan oleh majikan.

    Pengangguran dapat dikurangkan diisi oleh rakyat tempatan meningkatkan ekonomi.

    Langkah-langkah mengetatkan permohonan meninggikan bayaran bertujuan untuk menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan.

    Penutup

    Menegaskan penghantaran pulang buruh asing membuka peluangpekerjaan.

    Kata-kata penamat.

    AKTIVITI 5.2

    Bincangkan secara menyeluruh wacana berformat dan komponennyadalam penulisan.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    10/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 87

    Konsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yangmengandung format-format tertentu.

    Penulisan tersebut adalah seperti berikut:(a) Surat kiriman tidak rasmi;

    (b) Surat kiriman rasmi;

    (c) Dialog;

    (d) Syarahan;

    (e) Ucapan;

    (f) Laporan;

    (g) Berita;(h) Catatan harian; dan

    (i) Perbahasan.

    Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, bolehmenjejaskan konsep wacana.

    Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolahrendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan,

    proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujudkesinambungan.

    Peraturan wacana berformat:

    (a) Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya t iga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dancontoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yangdikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.

    (b) Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.

    SEMAK KENDIRI 5.1

    1. Huraikan konsep wacana berformat.2. Apakah ciri-ciri penting wacana berformat? Nyatakan.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    11/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA88

    (c) Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isiagar terlihat kesinambungan idea antara ayat.

    (d) Murid juga perlu menggunakan p enanda wacana dengan betul.

    (e) Murid juga harus menggunakan bahasa yang b aik dan lancar agar tidakmenampakkan ketergantungan idea.

    (f) Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerenggananyang dicadangkan antara l ima hingga tujuh perenggan danmenggunakan tanda baca yang betul dan tepat.

    (g) Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.

    (h) Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan

    struktur ayat yang betul.(i) Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang

    dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.

    (j) Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulisagar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusunisi/idea.

    Proses menulis pula adalah seperti berikut:

    (a) Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan,

    pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya.Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi:

    (i) Bentuk atau format penulisan

    (ii) Isi-isi

    (iii) Laras bahasa

    (b) Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapatmembuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkanpenulisan yang sempurna.

    (c) Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atausoalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlahsatu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan memerangkap dirisendiri.

    (d) Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendaksoalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untukmenghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihanyang tepat.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    12/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 89

    (e) Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahamidan yakin boleh menguasainya.

    (f) Untuk menguasai k emahiran tentang format karangan dan l arasbahasanya , perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagipenulisan yang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin membuat latihanpelbagai jenis penulisan.

    (g) Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajukpenulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti bukuilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.

    (h) Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpandengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila- bila masa.

    Susunan penulisan berformat ialah:

    (a) Rangka ialah g aris kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap.

    (b) Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis.

    (c) Rangka penulisan membantu murid:

    (i) Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidaklari/terpesong daripada tajuk atau soalan.

    (ii) Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul.

    (iii) Menghasilkan perenggan yang cemerlang.(iv) Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang

    dihuraikan/diolah.

    (v) Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki.

    (vi) Mengelakkan pengulangan fakta.

    (d) Rangka penulisan itu mestilah r ingkas . Sebaik-baiknya d itulis dalambentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.

    Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:

    (a) Pendahuluan

    (b) Isi-isi penting

    (c) Penutup

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    13/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA90

    Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:

    (a) Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isiyang lengkap dengan h uraian dan c ontoh untuk mengukuhkan isi.

    (b) Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isitersebut.

    (c) Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan denganmenyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yangdapat memperkukuh isi penting.

    (d) Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan perenggan itu dengan isi pokok.

    (e) Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian.Gunakan p enanda wacana yang sesuai untuk mewujudkankesinambungan isi.

    (f) Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjangpendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.

    Proses penyemakan adalah seperti berikut:

    (a) Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting.Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalampenulisan dipatuhi.

    (b) Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah k esalahan bahasajumlah perkataan , pemerengganan.

    (c) Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.

    (d) Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh ataucontoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebihtepat.

    (e) Aspek bahasa yang perlu disemak ialah e jaan tanda baca dan

    tatabahasa .(f) Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah

    tulisan kata-kata tersebut.

    (g) Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembacamembaca dan mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akanmenjadi mantap.

    Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

  • 8/13/2019 7Topik5WacanaBerformatdalamTatabahasa

    14/14

    TOPIK 5 WACANA BERFORMAT DALAM TATABAHASA 91

    Berkesinambungan

    Format

    Garis Kasar

    Huraian dan contoh

    Isi-isi Penting

    Pemerengganan

    Penanda Wacana

    Pencerakinan

    Perincian Berformat

    Peraturan

    Perenggan

    Proses

    Rangka

    Susunan

    Kamarudin Husin. (1988). Pedagogi bahasa . Longman Malaysia Sdn. Bhd:Petaling Jaya.

    Sulaiman Masri. (1988). Penulisan dalam Bahasa Malaysia baku . Dewan Bahasa

    dan Pustaka: Kuala Lumpur.Zainol Ismail. (2003). Fokus unggul / penulisan dalam UPSR . Penerbitan Pelangi

    Sdn. Bhd: Johor Baharu.