7.asas kawad kaki

7
7. ASAS KAWAD KAKI BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD : Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM. 7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti. b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman “Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing. c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak . d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman “Ke kanan...lurus. Pandang...depan” e. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan”. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman “Terima kasih tuan.” f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan . Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:

Upload: tharani-pradhaa-kannan

Post on 16-Nov-2015

430 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

7. ASAS KAWAD KAKI

BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM.

7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak. d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depane. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:i.Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.ii.Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing iii. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusingiv. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .

g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri......pusing.j. Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.m. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri.....pusing diberikan.n. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.o. Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:i. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.ii. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.iii. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.iv. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.v. Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang....pusing.vii. Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.viii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang....pusing.ix. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke belakang, ke kiri......pusing.x. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang......pusing. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)xi. Hentak kaki. Bahasa hukuman:Hentak kaki.xii. Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.xiii. Mara mengadap, (10 14 langkah diakhiri dengan tabik). Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)p. Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

7.2. Pergerakan Membentuk Formasi a. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun dikehendaki kembali ke tengah litar untuk memulakan kawad formasi. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja kawad dinamik selesai.b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi. c. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi ketiga.d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik. e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 3 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi. f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan. g. Semua unsur pergerakan kawad dalam badan induk, PDRM dan ATM adalah dibenarkan dalam kawad formasi.h. Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad. 7.3. Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Contoh bahasa hukuman melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pasukan BSMM P1 / Pengakap L1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan. FORMASI

Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali.

Terbahagi kepada 2 unsur:1. UNSUR GERAK2. UNSUR PENGHAYATAN3. UNSUR SUARA (SELEPAS FORMASI KETIGA)Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :

1.Kekayaan Gerak FormasiPenilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2.Keseragaman Gerak FormasiPenilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan yang berunsur kawad.

3.Keindahan GerakKeindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

a)Gerakan dalam Unsur KawadHendaklah seratus peratus pergerakan kawad.b)Keseimbangan dalam penggunaan ruangPenggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan. c) Kesatuan GerakanKesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap formasi terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan merupakan tindakan untuk menyatukan.d) Kepelbagaian GerakanKepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad. e)Gerakan PenutupHendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.