77776114 keperluan dan keinginan asas kanak

4
SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK- KANAK keinginan untuk bergerak keinginan untuk berjaya dan diiktiraf keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat keinginan untuk bersaing keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik keinginan untuk meneroka keinginan untuk pencapaian kreatif keinginan untuk kefahaman keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan

Upload: annie-chau

Post on 20-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 77776114 Keperluan Dan Keinginan Asas Kanak

SEMBILAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

keinginan untuk bergerak

keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli

dalam masyarakat

keinginan untuk bersaing

keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai

sumber daya penarik

keinginan untuk meneroka

keinginan untuk pencapaian kreatif

keinginan untuk kefahaman

keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan

Page 2: 77776114 Keperluan Dan Keinginan Asas Kanak

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang normal biasanya mempunyai keinginan dan keperluan-

keperluan yang perlu diambil berat oleh ibu bapa dan guru.Antara keperluan dan

keinginan itu ialah :

Keinginan untuk bergerak.

Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam

sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan

atau lumba lari.

Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

Kanak-kanak bukan sahaja sekadar ingin berjaya tetapi mereka menginginkan

kejayaan itu dihargai oleh orang di sekeliling mereka. Contohnya, kanak-kanak yang

mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai,

atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah

sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.

Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam

masyarakat.

Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga menginginkan diri mereka diterima,

disanjung,dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup

berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam

masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan

dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan mereka

dianggap tidak kedekut.

Keinginan mereka untuk bersaing.

Pada zaman kanak-kanak, mereka suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran

dan kekuatan fizikal setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-kanak

memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan,

ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.

Page 3: 77776114 Keperluan Dan Keinginan Asas Kanak

Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik

Kanak-kanak juga mempunyai keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber

daya penarik.Ini kerana mereka gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk

penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya di dalam masyarakat.

Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat

tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi

sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.

Keinginan untuk meneroka

Selain daripada itu, kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk

meneroka.Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan luar biasa tetapi

menyeronokkan.Mereka juga gemar mencuba sesuatu benda atau perkara yang

baru Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau

eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru.

Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka.

Keinginan untuk pencapaian kreatif

Mereka juga mempunyai keinginan untuk pencapaian kreatif iaitu kanak-kanak

sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya, kanak-

kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan

menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan bahan buangan yang

dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan manusia. Mereka

merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan

Kanak – kanak juga mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan melalui

pergerakan. Kanak-kanak gemarkan aktiviti yang memberi peluang untuk mereka

meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak

yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat

mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.

Page 4: 77776114 Keperluan Dan Keinginan Asas Kanak

Keinginan untuk kefahaman

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan

ingin mempalajari perkara baru.Justeru itu, mereka dapat meneroka menyentuh dan

merasai pemikiran serta interaksi dengan persekitaran. Contohnya, dalam

permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk

menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan

sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar

dan seterusnya menjiwai watak tersebut.