6.sumbang duit @ jawi (2)

2
SKST /06/10/002 ( 01 / 2012 Melalui : Guru Besar, 1 JULAI 2012 Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 KUALA LUMPUR Kepada : Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur. ( U.P : Bahagian Dakwah. En. Khairul Anuar ) Tuan/Puan, PERMOHONAN SUMBANGAN BERSEMPENA TAZKIRAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGAN MU V ( FASA 1 @ 2012 ) Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tasik dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Tazkirah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Kem Anakku Masa Depan Di Tanganmu V ( fasa 1@ 2012) pada hari dan tarikh seperti yang berikut: Tarikh : 4 Ogos 2012 ( Sabtu ) Tempoh : 1 Hari Tempat : Perkarangan Kawasan Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur 3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program kali ini akan melibatkan seramai 40 orang murid di mana ianya adalah daripada golongan murid – murid Melayu amnya dan Islam khasnya yang mempunyai masa depan yang cerah, serta memerlukan kemantapan disiplin murid sebagai pewaris generasi yang lebih berjaya untuk negara, yang disasarkan, telah berhadapan dengan sedikit masalah disiplin di dalam dan luar sekolah. Kebanyakan mereka yang terlibat

Upload: suhaila-omar

Post on 29-Jul-2015

29 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6.sumbang duit @ jawi (2)

SKST /06/10/002 ( 01 / 2012)

Melalui : Guru Besar, 1 JULAI 2012Sekolah Kebangsaan Seri Tasik,Bandar Sri Permaisuri,56000 KUALA LUMPUR

Kepada : Pengarah,Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676 Kuala Lumpur.( U.P : Bahagian Dakwah. En. Khairul Anuar )

Tuan/Puan,PERMOHONAN SUMBANGAN BERSEMPENA TAZKIRAH RAMADHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KEM ANAKKU MASA DEPAN DI TANGAN MU V ( FASA 1 @ 2012 )

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Seri Tasik dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, SK Seri Tasik, Kuala Lumpur, akan mengadakan program Tazkirah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Kem Anakku Masa Depan Di Tanganmu V ( fasa 1@ 2012) pada hari dan tarikh seperti yang berikut:

Tarikh : 4 Ogos 2012 ( Sabtu )Tempoh : 1 Hari Tempat : Perkarangan Kawasan Sekolah,

SK Seri Tasik, Kuala Lumpur

3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, program kali ini akan melibatkan seramai 40 orang murid di mana ianya adalah daripada golongan murid – murid Melayu amnya dan Islam khasnya yang mempunyai masa depan yang cerah, serta memerlukan kemantapan disiplin murid sebagai pewaris generasi yang lebih berjaya untuk negara, yang disasarkan, telah berhadapan dengan sedikit masalah disiplin di dalam dan luar sekolah. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam program pada kali ini adalah berasal daripada keluarga yang bermasalah segi kewangan ( miskin ) , rumahtangga ( ibu bapa bercerai ), kurang didikan agama dan perhatian ibu bapa.

Page 2: 6.sumbang duit @ jawi (2)

4. Bagi membantu murid-murid ini, pihak PIBG dan sekolah telah memulakan program seumpama ini sejak 4 tahun yang lalu dan ternyata program keagamaan seperti ini dapat membantu mengatasi sedikit masalah disiplin yang sering dihadapi oleh pihak sekolah di seluruh Malaysia

5. Walaubagaimanapun, pihak kami berharap agar pihak tuan / puan dapat membantu kami dari segi sumbangan kewangan bagi menampung mana – mana bahagian perbelanjaan pada hari tersebut di mana pihak kami masih mengalami masalah kewangan dan peruntukan kewangan untuk Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah sememangnya tidak diturunkan secara menyeluruh.

6. Bersama-sama ini disertakan Kertas Kerja Program untuk rujukan tuan.

7. Pihak tuan/puan juga boleh menghubungi nombor – nombor di bawah jika terdapat sebarang masalah atau perubahan pada saat-saat akhir.

En. Shamsull b Ahmad ( SU Program ) : 017 3955537Pn. Suhaila bt Omar ( NSU Program ) : 013 2276747Email : kekasihkunyerr @yahoo.com.my

8. Harapan kami semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh tuan/puan dapat menganjak sebuah kehidupan yang penuh kegelapan dan kesempitan kepada sebuah kehidupan yang dipenuhi sinaran keimanan dan kebahagian yang dapat membentuk sebuah generasi baru yang berimliah.

9. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan untuk sama-sama menjayakan perkhemahan kali ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………..........( NASRUDIN B YUSUF )YDP PIBGSK Seri Tasik, KL.