694
DESCRIPTION
KESIHATANTRANSCRIPT
PEMBUATAN KEPUTUSAN KOLABORATIF: SIKAP GURU DAN
GALAKAN PENGETUA
Dr Norazlinda Saad([email protected])
Dr Surendran Sankaran ([email protected])
Universiti Utara Malaysia
Abstrak: Kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum memerlukan
proses pembuatan keputusan secara kolaboratif antara pengetua dan guru di samping
kepimpinan pengetua yang berkesan. Dapatan kajian lepas menunjukkan dalam konteks
pengurusan sekolah, amalan penglibatan guru dalam membuat keputusan secara kolaboratif
amat terbatas dan sikap guru sendiri menjadi punca kurangnya penglibatan guru dalam
membuat keputusan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap guru terhadap
variabel galakan pengetua untuk melibatkan guru dalam proses membuat keputusan secara
kolaboratif. Kajian ini berbentuk tinjauan dan soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian. Analisis kajian rintis menunjukkan item-item kajian ini mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.94. Seramai 399 orang guru SMK telah dipilih sebagai
dipilih secara rawak dari SMK berpencapaian tinggi di seluruh negeri Kedah. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru dengan galakan
pengetua. Variabel sikap guru mempunyai pengaruh yang siginifikan terhadap galakan
pengetua. Ini menjelaskan bahawa kesediaan guru-guru itu sendiri untuk terlibat dalam
proses membuat keputusan akan meningkatkan tahap galakan pengetua untuk melibatkan
guru dalam proses membuat keputusan secara kolaboratif di sekolah.
Kata kunci: Sikap Guru, Galakan Pengetua, Pembuatan Keputusan
PENGENALAN
Faktor kekuatan sesebuah organisasi adalah penglibatan individu-individu tertentu dalam
organisasi pembuatan keputusan dan memberikan pengupayaan kepada mereka dalam setiap
peringkat demi menyumbang ke arah pembentukan keputusan yang berkualiti. Justeru,
kolaboratif seharusnya dijadikan amalan di sekolah kerana apabila wujud kerjasama dan
kolaboratif antara guru dan pengetua, kepercayaan guru terhadap pengetua dan kepercayaan
pengetua terhadap guru akan meningkat.
Kajian oleh Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) ke atas 200
orang guru sekolah menengah di Batu Pahat Johor mendapati kepimpinan yang
mengutamakan amalan autonomi guru, kolaboratif, melatih guru dinilai mampu
mempengaruhi komitmen guru dan kepercayaan guru terhadap pengetua. Maka dengan itu,
tahap kepercayaan yang tinggi oleh guru kepada pengetua akan mempengaruhi komitmen
guru dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada sekolah.
PENYATAAN MASALAH
Di sekolah, soal penglibatan guru dalam membuat keputusan menjadi isu penting. Sesetengah
guru tidak suka melibatkan diri dalam membuat keputusan. Kebanyakan guru lebih gemar
mengajar daripada terlibat dan komited dalam membuat keputusan. Walau bagaimanapun,
jelas daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, pembuatan keputusan yang melibatkan
guru-guru memberi kesan dan faedah kepada organisasi sekolah itu sendiri (Cook, 2002;
Aeiman Ahmad Al-Omari, 2007; Enver-Sari, 2008; Habib Mat Som & Megat Ahmad
KamaluddinMegat Daud, 2008). Justeru, jenis-jenis keputusan dan birokrasi membataskan
peranan guru dalam membuat keputusan, komunikasi kurang berkesan antara pengetua dan
2
guru-guru dan Pengetua bukan pemimpin pengajaran (Hoy & Miskel, 2001; Sergiovanni,
2001; Ahmad Zabidi, 2005; Bity, Ahmad, Ramlee & Mohammed Sani , 2009; Joriah Md
Saad, 2009; Gokturk & Mueller, 2010.
Berdasarkan beberapa kajian yang lepas dalam dan luar negara, jelas menunjukkan
bahawa tahap penglibatan guru dalam membuat keputusan masih rendah (Duke, Shower &
Imber, 1980; Rice & Schneider, 1994; Nooraini Kamaruddin, 1998; Hoyle, 2003; Asefa
Abahumna, 2010). Manakala kajian yang dilakukan oleh Teng Lung Kiu (2006) terhadap 376
guru dari 18 buah sekolah menengah di Kuching dan Samarahan, Sarawak mendapati tahap
penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah sederhana.
Walau bagaimanapun, kajian tentang hubungan antara sikap dengan galakan pengetua
di Malaysia masih terhad. Mekanisme untuk memahami pengaruh tersebut tidak dijalankan
secara empirikal dan komprehensif terutamanya dalam konteks di Malaysia. Ahmad Zabidi
(2005) dan Gokturk dan Mueller (2010) yang mendapati apabila pengetua memberi peluang
kepada guru-guru untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan maka komitmen
guru untuk menjayakan program lebih terserlah. Dapat dirumuskan bahawa sikap guru dalam
membuat keputusan dapat memberi sumbangan terhadap peranan dan kepentingan galakan
pengetua di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pengaruh sikap guru
dalam membuat keputusan terhadap galakan pengetua di sekolah berpencapaian tinggi.
OBJEKTIF KAJIAN
1. mengenal pasti tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan.
2. mengenal pasti pengaruh sikap guru dalam membuat keputusan terhadap galakan
pengetua
TINJAUAN LITERATUR
Sikap Guru dalam Membuat Keputusan
Sikap guru merupakan variabel penting dalam pelaksanaan kelas
idea-idea baru dan pendekatan yang lebih baik dalam memberi arahan (Reinke & Moseley,
2002). Jaafar Muhamad (1997) mendefinisikan sikap sebagai satu kenyataan penilaian sama
ada menyukai atau tidak menyukai sesuatu objek, orang atau kejadian. Justeru, sikap dapat
menggambarkan perasaan seseorang terhadap sesuatu. Dalam kajian ini, sikap guru merujuk
kepada tanggapan, penyataan, tindakan perlakuan dan perasaan guru untuk terlibat sama
dalam membuat keputusan. Carr (1990) mendapati sikap hanya boleh diubah oleh individu
apabila mereka sedar melalui elemen dan bukti yang mana ia dapat memberi lebih banyak
manfaat kepada orang lain.
Sikap guru sangat penting disebabkan adanya hubungan antara sikap dan tindakan.
Sikap guru sering diterjemahkan ke dalam amalan-amalan pengajaran dalam bilik darjah
yang dikatakan mempengaruhi tingkah laku murid dan hasil pembelajaran (Cook, 2002).
Daripada perspektif pembuat keputusan, mereka boleh menunjukkan sikap yang berlainan
daripada yang diminta (Aeiman Ahmad Al-Omari, 2007) yang membawa maksud sesuatu
tingkah laku itu berlaku disebabkan oleh konteks tindakan itu muncul secara tiba-tiba dan
konteks organisasi yang luas di mana keputusan itu dibuat (Sutcliffe & McNamara, 2001).
Memandangkan institusi adalah berstruktur, pentadbir dikatakan mengawal maklumat. Walau
3
bagaimanapun, guru-guru masih berhak untuk terlibat sama dalam membuat keputusan
(Welsh, Nunez & Petrosko, 2005).
Galakan Pengetua dalam Membuat Keputusan
Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin (2008) dan Eisenberger, Huntington,
Hutchison dan Sowa (1986) menyatakan sokongan organisasi sebagai kepercayaan seseorang
dari segi sumbangan dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan atau
organisasinya. Dalam kajian ini, galakan pengetua bermaksud pengetua menyatakan
kesediaan dan sokongan serta mempunyai interaksi dengan guru untuk melibatkan mereka
ketika membuat keputusan.
Sergiovanni (2001) mendapati pemimpin yang bersikap menyokong akan menjalin
hubungan yang baik dengan subordinat. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran
membimbing urus perbincangan supaya saluran idea tetap ada dan tidak menimbulkan
konflik. Kemahiran pemimpin sekolah membimbing hala tuju dan gaya perbincangan akan
mempengaruhi semangat dan komitmen guru terhadap penglibatan dalam membuat
keputusan secara kolaboratif. Kajian oleh Hoy dan Miskel (2001) turut mendapati peluang
untuk berkongsi dalam pembentukan dasar atau polisi adalah faktor yang penting dalam
menaikkan semangat guru dan kecintaan mereka terhadap sekolah. Penglibatan guru dalam
proses pembuatan keputusan adalah berkait secara positif terhadap kepuasan kerja guru.
Didapati guru-guru lebih menyukai pengetua yang menggalakkan penglibatan mereka ketika
proses pembuatan keputusan.
Kajian oleh Ishak Sin (1993) ke atas 463 orang guru di 33 buah sekolah menengah di
Kelantan menunjukkan bahawa guru-guru lebih bermotivasi apabila mereka mendapati
pengetua mereka melaksanakan budaya kolaboratif di sekolah. Dapatan ini disokong oleh
Noor Hashimah Hassan (2000) dalam kajiannya yang mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara pengurusan kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Oleh itu, pengurusan
kolaboratif berupaya meningkatkan tahap motivasi guru. Bity Salwana, Ahmad Basri,
Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani (2009) juga mendapati kebanyakan pengetua
mengakui memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan kurikulum dengan menghadirkan
diri dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat panitia serta memperlihatkan sikap
mengambil berat terhadap program kurikulum.
Kajian yang dilakukan oleh Abdul Ghani Abdullah (2005) terhadap guru-guru dan
pengetua dari 151 buah sekolah menengah harian biasa di negeri Kedah, Pulau Pinang dan
Perlis menunjukkan bahawa guru-guru yang menganggap pengetua mereka mempunyai
keterampilan peribadi yang baik maka guru-guru tersebut akan menunjukkan sikap positif
terhadap proses pembuatan keputusan secara kolaboratif terhadap organisasi.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini
adalah guru-guru SMK Berpencapaian Tinggi negeri Kedah. Seramai 480 orang guru dipilih
dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Pemilihan sampel kajian ini adalah
berdasarkan kepada dua kriteria iaitu sampel yang dipilih terdiri daripada guru yang terlatih
dan telah berkhidmat di bawah pengetua berkenaan sekurang-kurangnya selama satu tahun.
4
Dalam kajian ini, satu set soal selidik telah digunakan sebagai alat ukur untuk
mengutip data. Soal selidik kajian ini diadaptasikan dari kajian-kajian lepas. Analisis kajian
sebenar menunjukkan soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu
α=0.94. Jadual 1 menunjukkan sumber soal selidik kajian ini.
Jadual 1
Instrumen Kajian
Variabel Bil. Item Sumber
Sikap Guru dalam Membuat
Keputusan
9 Rahmad Sukor Ab. Samad dan
Norliza Shoib (2006)
Galakan Pengetua 25 Lokman Mohd Tahir, Hamdan
Said, Rosni Zamuddin Shah
Sidek, M. Al-Muzammil Yassin
dan Sanitah Mohd Yusof (2008)
Data yang dikumpul diuji dari segi andaian-andaian perhubungan yang linear, normal,
homoskedastisiti, ungkapan ralat adalah tak bersandar, multikoliniriti dan outliers supaya
data ini memenuhi andaian-andaian korelasi dan regresi berganda. Analisis statistik deskriptif
seperti min dan sisihan piawai telah digunakan untuk menerangkan Tahap Galakan Pengetua.
Statistik inferensi seperti regresi telah digunakan untuk mengkaji pengaruh yang signifikan
antara sikap guru dan galakan pengetua.
DAPATAN KAJIAN
Tahap Galakan Pengetua
Jadual 2 menunjukkan tahap galakan pengetua dianalisis dengan menggunakan nilai skor min
yang diperoleh. Tahap galakan pengetua yang diperoleh dikategorikan berdasarkan kepada
dua tahap iaitu tahap galakan pengetua rendah sekiranya nilai skor min adalah di antara “1.00
hingga 3.00”. Manakala tahap galakan pengetua tinggi jika skor min adalah di antara “3.01
hingga 5.00”.
Jadual 2
Tahap Galakan Pengetua
Min SP
Galakan Pengetua 3.37 0.72
Berdasarkan kepada Jadual 2, tahap galakan pengetua adalah “tinggi” kerana nilai min yang
diperoleh adalah 3.37. Tahap galakan pengetua yang tinggi berada dalam skor min antara
3.01 hingga 5.00.
5
Pengaruh Sikap Guru dalam Membuat Keputusan terhadap Galakan Pengetua
Jadual 3
Analisis Regresi Berganda Pengaruh Variabel Sikap Guru dalam Membuat Keputusan
terhadap Variabel Galakan Pengetua
Variabel Bersandar Galakan Pengetua
Variabel Bebas Sikap
0.312*
Nilai Perubahan F R
2 R
2 Terlaras
21.410* 0.140 0.133
* Sig pada p<0.05
Variabel Sikap Guru (Jadual 3) dalam membuat keputusan dapat menjelaskan 14% varians
(R²) ke atas galakan pengetua. Dapatan juga menunjukkan variabel sikap guru (β=0.312,
t=6.647, p<.05) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap variabel galakan pengetua.
Keputusan koefisien piawai 0.312 menjelaskan bahawa satu unit pertambahan kepada Sikap
guru memberi pertambahan sebanyak 0.312 nisbah kebarangkalian terhadap galakan
pengetua. Pengaruh yang positif ini menjelaskan bahawa guru-guru menunjukkan sikap yang
positif apabila terdapat galakan daripada pengetua dalam membuat keputusan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN KAJIAN
Tahap Galakan Pengetua
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap galakan pengetua dalam membuat keputusan
adalah tinggi. Namun demikian, kajian ini tidak menyokong kajian Harrison (1998) yang
mendapati guru besar di sekolah rendah memberikan pengaruh yang rendah kepada pihak
kementerian pelajaran di Israel berbanding pengetua sekolah menengah. Keputusan ini
menjelaskan bahawa apabila galakan pengetua adalah tinggi, guru-guru lebih bermotivasi
untuk melaksanakan kerja-kerja kolaboratif termasuk dalam aktiviti membuat keputusan
(Ishak Sin, 1993). Malah dapatan ini tidak menghairankan kerana menurut Bity Salwana,
Ahmad Basri, Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani (2009), kebanyakan pengetua
mengakui memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan kurikulum dengan menghadirkan
diri dalam mesyuarat kurikulum atau mesyuarat panitia serta memperlihatkan sikap
mengambil berat program-program kurikulum yang dijalankan.
Pengaruh Sikap Guru Terhadap Galakan Pengetua
Dapatan kajian menunjukkan Sikap Guru di sekolah berpencapaian tinggi mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap galakan pengetua. Dengan kata lain, guru-guru di sekolah
berpencapaian tinggi menunjukkan sikap yang positif apabila terdapat galakan daripada
pengetua dalam membuat keputusan. Hal ini adalah kerana sikap dan tingkah laku seseorang
individu turut memainkan peranan penting dalam membuat keputusan (Enver-Sari, 2008).
Malahan sikap guru juga menjadi lebih positif, berasa lebih selesa dan bermotivasi serta lebih
6
terbuka apabila diberi peluang untuk terlibat dalam proses membuat keputusan (Rahmad
Sukor Ab. Samad & Norliza Shoib, 2006; Mualuko, Mukasa & Judy, 2009).
Di samping itu, kajian oleh Lokman Mohd Tahir dan M. Al-Muzammil Yassin
mendapati kepimpinan yang mengutamakan amalan autonomi guru dan pembuatan
keputusan secara kolaboratif mampu mempengaruhi komitmen guru dan kepercayaan guru
terhadap pengetua.
Implikasi Kajian
Sikap guru dalam membuat keputusan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap
galakan pengetua di sekolah. Guru-guru perlu diberi pendedahan tentang peranan mereka
dalam pembuatan keputusan di sekolah supaya dapat membentuk sikap positif guru untuk
terlibat dalam membuat keputusan. Proses pembuatan keputusan di sekolah perlu
menitikberatkan faktor-faktor sikap guru dan galakan pengetua kerana perubahan dalam
faktor-faktor tersebut turut menyebabkan berlakunya perubahan dalam penglibatan guru
dalam membuat keputusan. Dapatan kajian ini juga membantu guru untuk mengetahui
kepentingan peranan mereka dalam membuat keputusan di sekolah.
Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian lanjutan boleh menggunakan soal selidik kajian ini ke atas populasi yang berbeza
dari segi tempat dan juga unit kajian. Kajian boleh dijalankan di seluruh negara dengan
melibatkan guru-guru sama ada dari sekolah menengah atau dari sekolah rendah. Selain
itu, unit kajian yang dicadangkan adalah guru-guru yang terlibat dengan pentadbiran.
Kajian perbandingan juga boleh dilakukan antara jenis-jenis sekolah luar bandar dan
bandar, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan sekolah kebangsaan, sekolah
menengah dan sekolah rendah atau sekolah kerajaan dengan swasta.
Dalam kajian ini, penyelidik hanya menggunakan instrumen soal selidik sahaja. Kajian
lanjutan dicadangkan supaya menggunakan kaedah kualitatif lain seperti kaedah
pemerhatian atau temubual untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan
menyokong dapatan kajian.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini telah menjelaskan bahawa sikap guru positif ditunjukkan
oleh mereka sekiranya diberi peluang untuk terlibat dalam membuat keputusan di sekolah.
Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang yang seimbang dalam proses membuat keputusan
dan peluang tidak seharusnya dibatasi dengan kriteria-kriteria tertentu. Hal ini adalah bagi
memastikan keputusan tersebut dapat diterima dan dilaksanakan oleh setiap warga sekolah
dengan lebih efektif. Walaupun guru digalakkan untuk turut melibatkan diri dalam proses
membuat keputusan tetapi pengetua mempunyai akauntibiliti dan keputusan terakhir masih di
tangannya. Justeru, galakan pengetua adalah penting memandangkan setiap keputusan yang
dibuat akan memberi implikasi kepada warga sekolah khususnya murid dan guru. Galakan
daripada pengetua secara berterusan akan mempengaruhi sikap guru untuk turut terlibat
dalam membuat keputusan. Sikap positif guru seterusnya akan memberi kesan kepada
perubahan positif guru dalam membuat keputusan di sekolah.
7
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah. (2005). Kepimpinan transformasi pengetua dan penggantian
kepimpinan sebagai penentu komitmen terhadap organisasi dan perlakuan warga
organisasi pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20, 53-68.
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2005). Kepimpinan berasaskan permuafakatan ke arah
peningkatan budaya mengkaji di kalangan guru. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan. 15-16 September 2005. Sarawak: Institut Perguruan Batu Lintang.
Aieman Ahmad Al-Omari. (2007). The organization of academic departments and
participation in decision making as perceived by faculty members in Jordanian
Universities. International Studies in Educational Administration, 35 (2), 82-100.
Asefa Abahumna. (2010). The level of teachers. participation in decision making process at
higher educational institutions: A case of Adama University. International Journal of
Educational Administration, 2 (3), 271-282.
Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani
Ibrahim. (2009). Analisis kompetensi pengetua berdasarkan kualiti peribadi, pengetahuan,
kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan sekolah menengah Malaysia. Seminar
Pendidikan Serantau ke4 dan Pertandingan Penyelidikan Nusantara 2009. 18-21 Mei
2009. Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.
Carr, M. (1990). The role of context and development from a lifespan perspective. In W.
Schneider and F. E. Weinert (eds.). Interactions among aptitudes, strategies, and
knowledge in cognitive performance. New York: Springer Verlag, 222–231.
Cook, B. G. (2002). Inclusive attitudes, strengths, and weaknesses of preservice general
educators enrolled in a curriculum infusion teacher preparation program. Teacher
Education and Special Education, 25, 262-277.
Duke, D. L., Shower, B. K., & Imber, M. (1980). Teachers and shared decision making: The
cost and benefit of involvement. Educational Administration Quarterly, 16 (1), 93-106.
Enver-Sari. (2008). The relations between decision making in social relationships and
decision making styles. World Applied Sciences Journal, 3 (3), 369-381.
Eisenberger, R., Huntington, P., Hutchison, J., & Sowa, V. (1986). Perceived organizational
support. Journal of Applied Psychology, 71, 500-507.
Gokturk, S., & Mueller, R. O. (2010). Multidimensionaly of teacher participation in scholl
decision making. Journal of Applied Sciences, 10 (14), 1421-1427.
Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. (2008). Globalisasi dan
Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31 (1), 91-101.
Harrison, J. (1998). School governance: Is the clash between teachers and principal
inevitable. Journal of Educational Administrative, 36, 9-82.
8
Hoy, W. K., & Miskel, C. G. (2001). Educational administration: Theory practice and
research. New York: McGraw-Hill Inc.
Hoyle, E. (2003). Teacher involvement in school decision-making: A comparative
perspective. Diakses dari http://el.usm.my/academic/spoo/06e1.pdf, pada 25 Januari 2008
pada 7 pagi.
Ishak Sin. (1993). Perkaitan antara kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru. Tesis
Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jaafar Muhamad. (1997). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.
Lokman Mohd Tahir, Hamdan Said, Rosni Zamuddin Shah Sidek, M. Al-Muzammil Yassin
& Sanitah Mohd Yusof. (2008). Analisis kepemimpinan pengetua sekolah menengah di
Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Lokman Mohd Tahir & M. Al-Muzammil Yassin. (2008). Impak psikologi guru hasil
kepimpinan pengetua. Jurnal Teknologi, 48 (E), 129-139.
Mualuko, N. J., Mukasa, S. A., & Judy, A. S. K. (2009). Improving decision making in
schools through teacher participation. Educational Research and Review, 4 (8), 391-397.
Noor Hashimah Hassan. (2000). Perkaitan antara gaya kepimpinan pengetua dengan tahap
motivasi guru: Tinjauan di sekolah-sekolah menengah daerah Segamat. Tesis Sarjana
Yang Tidak Diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nooraini Kamaruddin. (1998). Hubungan antara pengetua dan guru dalam membuat
keputusan kurikulum: Satu kajian di sekolah-sekolah berasrama penuh di Wilayah
Persekutuan. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Rahmad Sukor Ab. Samad & Norliza Shoib. (2006). Amalan kolaboratif dalam pembuatan
keputusan dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Reinke, K., & Moseley, C. (2002). The effects of teacher education on elementary and
secondary preservice teachers’ beliefs about integration: A longitudinal study. Action in
Teacher Education, 24, 31-39.
Rice, E. M., & Schneider, G. T. (1994). A decade of teacher empowerment: An empirical of
teacher involvement in decision making 1980-1991. Journal of Education Administration,
32, 43-58.
Sergiovanni, T. J. (2001). Leadership: What’s in it for schools?. London: Routledge.
Sutcliffe, K., & McNamara, G. (2001). Controlling decision making practice in organization.
Organization Science, 12 (4), 484-501.
.
9
Teng Lung Kiu. (2006). Pengaruh faktor terpilih terhadap efikasi-kendiri guru sekolah
menengah di negeri Sarawak. Tesis Doktor Falsafah Yang Tidak Diterbitkan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Welsh, J., Nunez, W., & Petrosko, J. (2005). Faculty and administrative support for strategic
planning: A comparison of two and four year institutions. Community College Review, 32
(4), 20-39.