6.0 refleksi.docx

3
6.0 Refleksi Dalam Semester kedua ini, saya dihendaki menyertai program Pengalaman Berdasarkan sekolah (PBS). Ini adalah satu program yang wajib untuk menyertai dalam program ini. Sebelum PBS dijalankan, kami dihendaki untuk menghantar nama sekolah dan alamat sekolah yang akan pergi sana untuk menjalankan program PBS. Oleh itu, saya telah memilih S.J.K (C)Tiong Ho di Sarikei, Sarawak sebagai sekolah PBS pada kali kedua ini. Saya berasa gembira dan tidk menanti-nanti untuk pergi menjalankan program ini. Sebelum PBS, kami wajib untuk menghadiri satu taklimat PBS. Taklimat akan dijalankan setiap kali selum PBS. Taklimat ini terutamanya memberitahu maklumat tentang PBS kami dan apa yang perlu dilaksanakan semasa PBS. Kami juga menerima surat sebelum PBS. Kami perlu menyerahkan surat ini kepada Guru Besar semasa pertama hari pergi sekolah PBS tersebut. Pada hari pertama, saya dan rakan saya melaporkan diri di pejabat Guru Besar. Guru Besar menempatkan kami di perpustakaan sekolah. Kami menghantar surat yang kami bawa kepada Guru Besar. Guru Besar mula memberi tugasan kepada kami. dalam perbincangan kami, kami telah memberitahu apa yang kami perlu melaksanakan sepanjang PBS ini. Guru mentor kami pada kali ini ialah Puan Wong Hie Ling. Beliau merupakan seorang guru yang

Upload: joshua-lau

Post on 17-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

6.0 RefleksiDalam Semester kedua ini, saya dihendaki menyertai program Pengalaman Berdasarkan sekolah (PBS). Ini adalah satu program yang wajib untuk menyertai dalam program ini. Sebelum PBS dijalankan, kami dihendaki untuk menghantar nama sekolah dan alamat sekolah yang akan pergi sana untuk menjalankan program PBS. Oleh itu, saya telah memilih S.J.K (C)Tiong Ho di Sarikei, Sarawak sebagai sekolah PBS pada kali kedua ini. Saya berasa gembira dan tidk menanti-nanti untuk pergi menjalankan program ini.Sebelum PBS, kami wajib untuk menghadiri satu taklimat PBS. Taklimat akan dijalankan setiap kali selum PBS. Taklimat ini terutamanya memberitahu maklumat tentang PBS kami dan apa yang perlu dilaksanakan semasa PBS. Kami juga menerima surat sebelum PBS. Kami perlu menyerahkan surat ini kepada Guru Besar semasa pertama hari pergi sekolah PBS tersebut.Pada hari pertama, saya dan rakan saya melaporkan diri di pejabat Guru Besar. Guru Besar menempatkan kami di perpustakaan sekolah. Kami menghantar surat yang kami bawa kepada Guru Besar. Guru Besar mula memberi tugasan kepada kami. dalam perbincangan kami, kami telah memberitahu apa yang kami perlu melaksanakan sepanjang PBS ini. Guru mentor kami pada kali ini ialah Puan Wong Hie Ling. Beliau merupakan seorang guru yang bertanggungjawab dan mesra. Beliau telah mengajar di sekolah ini selama empat tahun. Kami berinteraksi dengan mentor di perpustakaan. Kami digalakkan supaya tolong menolong sepanjang PBS ini dijalankan di sekolah ini. Guru- guru lain di bilik guru juga mesra dan peramah. Saya berasa bersyukur dapat berkenalan dengan guru-guru di sekolah ini. Di sekolah ini, terdapat 11 orang guru sahaja. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang kecil yang terletak di Sarikei, Sarawak. Sepanjang PBS ini, saya dapat menyesuaikan diri sendiri di sekolah ini selama dua hari. Saya mendapati bahawa seorang guru amat penting dan bukan sahaja memainkan satu peranan, iaitu mengajar sahaja, tetapi juga menjalankan tugasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Guru-guru di sekolah juga dipilih sebagai guru pembimbing untuk persatuan, permainan, dan unit beruniform. Saya berasa berpuas hati apabila murid- murid dapat belajar apa yang telah diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa bangga sebagai seorang guru pada masa kelak.Dalam tempoh lima hari ini, saya dan rakan-rakan telah melakukan pemerhatian, perinteraksian antara guru dan murid, perbincangan antara kakitangan, temu bual dengan guru besar dan sebagainya. Melalui permerhaian dan interkasi antara guru dan murid, saya telah menimba ilmu pengetahuan yang baru.Tugas sebagai seorang guru bukan mudah. Ia memikul masa depan setiap murid yang diajar oleh seorang guru. Oleh itu, sebagai seorang guru harus bersifat perguruan dan berusaha untuk menyalur ilmu pengetahuan kepada murid.Kesimpulanya, PBS ini merupakan satu program yang baik kepada saya untuk mendapat pengalaman sebagai seorang guru. Melalui PBS kali kedua ini, saya menyedari tugas sebagai seorang guru bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan sifat perguruan dan usaha yang kekal untuk menjadi seorang guru yang baik. Masa depan murid dipegang dalam tangan guru dan gurulah yang akan membina jalan cerah kepada murid dalam masa depan mereka. Sekian terima kasih !