6 - modul domain tingkah laku

16
DOMAIN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Upload: faz-mza-mohamad

Post on 20-Feb-2016

523 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

PPKI

TRANSCRIPT

Page 1: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

DOMAIN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Page 2: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

6. Domain Pengurusan Tingkah laku

6.1 Definisi Pengurusan Tingkah laku

Menurut Martin & Pear (1996) tingkah laku adalah aktiviti, aksi, perbuatan, bergerak balas, dan reaksi. Ia merupakan apa sahaja yang dicakap atau dilakukan oleh seseorang.

• Overt – tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang.• Covert – ia merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh

orang lain

Profesor Dr Ansary et.Al (2007)

Kandungan Domain Pengurusan tingkah laku

A. Perlakuan agresifi. Merosakkan harta benda sendiriii. Merosakkan harta benda orang lainiii. Mencederakan diri sendiriiv. Mencederakan orang lainv. Bergaduh dengan rakan

B. Perlakuan negatifi. Tidak memberi kerjasama dalam kumpulanii. Tidak mengikut arahan guruiii. Kerap bercakap perkara yang tidak berfaedahiv. Berbahasa kasarv. Kerap mengambil barang tanpa kebenaran

Apakah maksud tingkah laku?

Apa yang dicakap atau diperkatakanAda satu atau lebih dimensi yang boleh diukurBoleh diperhati, diterangkanMemberi kesan kepada persekitaranBerlakunya tingkahlaku dipengaruhi oleh persekitaranMungkin overt atau covert

(Miltenberger (2001)

Page 3: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

6.2 Masalah murid

Masalah : Tidak mengikut arahan guru Strategi intervensi yang digunakan adalah strategi ABC

6.3 Rancangan intervensi domain pengurusan tingkah laku

Bil. Kemahiran Objektif

1. Perlakuan negatif1.1 Tidak mengikut arahan guru

Murid boleh mengikut arahan guru sekurang-kurangnya 2 daripada 3 arahan yang diberikan

6.4 Analisis tugasan

Objektif:Murid boleh mengikut arahan guru sekurang-kurangnya 2 daripada 3 arahan yang diberikan.

Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak menguasai/ tarikh

1. Menonton video akibat tidak mengikut arahan

2. Guru memberi arahan mudah sambil menunjukcara dan sentuhan

i. dudukii. berdiri,iii. angkat tangan

3 Guru memberi arahan mudah secara lisan dan tunjuk arahi. dudukii. berdiri,iii. angkat tangan

A : Antecedent – peristiwa yang berlaku

B : Behaviour – Tingkah laku murid yang disasarkan

C : Consequence – Akibat daripada tingkah laku positif & negatif

Page 4: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

4 Guru memberikan arahan mudah secara lisan

i. dudukii. berdiri,iii. angkat tangan

6.5 Panduan untuk fasilitator

Domain Pengurusan Tingkah laku

Tempoh Masa : 2 jamObjektif Sesi Latihan:Pada akhir sesi peserta kursus dapat;

i. Mengenal pasti masalah murid Pendidikan Khas dalam domain tingkahlaku

berdasarkan kes.

ii. Mengenal pasti aktiviti intervensi yang boleh diguna untuk membantu murid

meningkatkan kemahiran dalam domain tingkah laku

iii. Melaksanakan kaedah intervensi semasa PdP berlangsung dengan

menggunakan aktiviti intervensi yang paling sesuai

Permulaan / Set Induksi latihan

Tayangan Klip VideoMasa : 10 minit

Arahan:1. Fasilitator menayangkan tayangan klip video Ingat 05 1 Jangan

Berebut.flv

2. Fasilitator memilih peserta secara rawak untuk menyatakan mesej

utama dalam tayangan video tersebut.

3. Peserta menyatakan tingkah laku yang baik dan tingkah laku yang

tidak baik.

4. Fasilitator menerangkan tentang pengurusan tingkah laku untuk

mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang

diingini.

Page 5: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

Aktiviti 1: Konsep Pengurusan Tingkah lakuMasa : 20 minit

Arahan:

1. Fasilitator menjalankan aktiviti brainstorming tentang tingkah laku yang

diingini dan tidak diingini. Para peserta diminta menuliskan idea-idea

mereka dalam peta minda (contoh : Pohon Idea- rujuk lampiran 1) secara

individu dan peserta dipilih secara rawak untuk mempersembahkan hasil

kerja.

2. Fasilitator berbincang bersama peserta untuk mengenal pasti cadangan

idea yang sesuai.

3. Fasilitator menerangkan konsep serta kandungan domain pengurusan

tingkah laku menggunakan persembahan power point.

Aktiviti 2: LDK- ANALISIS TUGASAN DOMAIN PENGURUSAN TINGKAHLAKU LAKU LINUS PENDIDIKAN KHAS

Masa : 30 minitArahan:

1. Fasilitator menunjukkan contoh Domain Pengurusan tingkah laku dan

cadangan intervensi Domain Pengurusan tingkahlaku

2. Fasilitator menerangkan tentang analisis tugasan Domain PengurusanTingkah laku.

3. Peserta kursus dibahagikan kepada kumpulan yang setiap satu

mengandungi 5 orang peserta. Setiap kumpulan diberikan satu set bahan

perbincangan untuk dianalisis. Bahan perbincangan tersebut

mengandungi:

a. Soalan tugasan (rujuk lampiran 2)

b. Kes Tingkah laku berdasarkan Saringan Linus Domain seorang murid

berdasarkan instrumen Domain Pengurusan tingkah laku yang telah

dijalankan oleh guru di sekolah masing-masing.

c. Borang Analisis Tugasan mengandungi cadangan kaedah intervensi

d. Sediakan Jadual kekerapan Pengurusan Tingkahlaku.

4. Peserta kumpulan dikehendaki menganalisis contoh saringan Linus

Domain (sekolah masing-masing) seorang murid dan mengenal pasti

masalah domain tingkahlaku yang dialami.

Page 6: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

5. Peserta kursus diminta menyenarai aktiviti intervensi yang boleh

digunakan untuk membantu murid tersebut mengurangkan dan seterusnya

menghapuskan masalah tingkah laku yang dihadapi.

Aktiviti 3: PEMBENTANGAN ANALISIS TUGASAN DOMAIN PENGURUSAN TINGKAH LAKU LINUS PENDIDIKAN KHAS

Masa : 20 minitArahan:

1. Setiap kumpulan diberikan masa 3 minit untuk membuat pembentangan

hasil perbincangan kumpulan.

2. Fasilitator membuat rumusan keseluruhan pembentangan kumpulan.

Aktiviti 4 : PENERAPAN DOMAIN TINGKAHLAKU DALAM PdPMasa : 30 minitArahan :

1. Fasilitator menerangkan kaedah penerapan domain Pengurusan tingkah laku dalam sesebuah PdP.

2. Fasilitator menunjukkan contoh RPH yang mengandungi domain pengurusan tingkah laku.

3. Fasilitator menerangkan kaedah menjalankan intervensi Domain Pengurusan Tingkah laku dalam sesuatu sesi PdP.

Aktiviti 5 : PENUTUPMasa : 5 minitArahan :

1. Fasilitator bersoal-jawab dengan peserta.2. Fasilitator merumuskan keseluruhan latihan.

Page 7: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

LAMPIRAN

Bil Aktiviti Catatan1 Objektif2 Definisi pengurusan tingkahlaku3 Panduan Domain pengurusan tingkahlaku4 Klip video tingkahlaku Permulaan / set induksi

latihan5 Konsep pengurusan tingkahlaku Aktiviti 1

Lampiran 16 LDK Analisis tugasan domain Aktiviti 2

Lampiran 2 7 Pembentangan analisis tugasan Aktiviti 38 RPH – mengandungi domain pengurusan

tingkahlakuLampiran 3

9 Penutup10 Bahan bantu fasilitator

Bahan Bantu untuk Fasilitator

Dibawa oleh peserta1. Instrumen Domain yang telah dijalankan2. Pendrive3. Komputer riba

Disediakan oleh urus setia1. Kertas A4 - 2 rim2. Kertas mahjung – berdasarkan kumpulan Pen marker – 3 warna (merah , hitam dan biru) bagi 1 kumpulan.4. Blue tack - 2

Page 8: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

Lampiran 1

POHON IDEA

POHONIDEA

Page 9: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

Lampiran 2

Analisis Tugasan

Nama murid :_______________________________________

Kelas :_______________________________________

Masalah Tingkahlaku :_______________________________________

Kaedah Intervensi :_______________________________________

Langkah-langkah:

1. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

6. ________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________

KAD SOALAN TUGASAN

Berdasarkan masalah tingkahlaku yang terdapat dalam Instrumen Saringan Domain Pend. Khas yang dibawa oleh peserta.

a. Pilih satu domain tingkahlaku .b. Tuliskan Analisis tugasan mengikut format yang mengandungi

cadangan kaedah intervensi.c. Sediakan senarai semak pengurusan tingkahlaku.

Page 10: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

SENARAI SEMAK MODIFIKASI TINGKAHLAKU HARIAN

Nama murid :Tahun / Kelas :Tingkah laku Negatif :Pengurusan Tingkahlaku :Catatan : Hari :Tarikh :Arahan : Catatkan bilangan kekerapan murid melakukan tingkahlaku negatif.

REKOD KEKERAPANMASA 7.30-

8.00 pagi

8.00-8.30 pagi

8.30-9.00 pagi

9.00-9.30 pagi

9.30-10.00 pagi

10.00-10.30 pagi

10.30-11.00 pagi

11.00-11.30 pagi

11.30-12.00

tgh

12.00-1.00 ptg

MATAPELAJARAN

KEKERAPAN

BILANGAN

JUMLAH

Page 11: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

Lampiran 3CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATEMATIK Topik : NomborSub Topik : Nombor BulatKemahiran : Mengenal NomborObjektif : Murid dapat mengenal nombor:

1.Kumpulan A: Membilang nombor 1 hingga 52.Kumpulan Intervensi : Mendengar arahan mudah

KumpulanAktiviti

Kumpulan A Kumpulan Intervensi CatatanIsi Pelajaran Aktiviti Murid Isi Pelajaran Aktiviti

MuridAktiviti 1 Membilang

secara menaikGuru memperkenalkan nombor 1-5 menggunakan kad nombor

Murid membilang secara menaik menggunakan kad gambar tangga yang dilabelkan dengan nombor

Membilang secara menaik Guru meminta murid membilang gula-gula 1-3

Murid membilang gula-gula yang diberi oleh guru

unsur terapiMurid menarik nafas dalam kiraan 1 hingga 5

Murid menggerakkan jari-jemari

Aktiviti 2 Membilang 1-5Guru meminta murid membilang kawan-kawan yang dipilih

Murid berbaris di hadapan kelas seramai 5 orang,murid bergilir membilang kawan mereka

Membilang 1-3Guru meminta murid bangun

Guru meminta murid menepuk tangan sebanyak 3 kali

(Aktiviti diulang dengan meminta murid duduk)

Murid bangun

Murid menepuk sebanyak 3 kali sambil membilang 1-3

(Aktiviti diulang sambil duduk)

Domain Tingkah Laku:Mematuhi arahan

Page 12: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

Aktiviti 3 Aktiviti bertulisGuru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar dan nombor

Murid menjawab dengan kaedah suai gambar dengan nombor

Aktiviti bertulisGuru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar yang mengandungi 3 objek

Murid mewarna gambar sambilduduk.

Unsur terapi warna

Aktiviti Pengukuhan

MembilangGuru meminta murid membilang jari mereka 1-5

Murid membilang menggunakan jari mereka 1-5

MenyanyiMurid menyanyi lagu ‘ Sayang semua.’ Bersama guru sambil menunjukkan jari

1 ,2 ,3

http://youtu.be/QERsv9uDYvA

Murid menyanyi bersama guru sambil membilang jari mereka

Domain Tingkah Laku:Mematuhi arahan

Page 13: 6 - Modul Domain Tingkah Laku

PROGRAM INTERVENSI DOMAIN TINGKAHLAKU

Analisis Tugasan

Nama murid : Ali bin Abu

Kelas :PK Mesra

Masalah Tingkah Laku :Tidak mematuhi arahan guru

Kaedah Intervensi :Peneguhan positif

Langkah-langkah:

1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu murid perlu bangun dan

duduk semula sambil bertepuk tangan dengan membuat kiraan 1, 2 dan 3.

(Aktiviti diulang dengan mengubah arahan berdiri kepada duduk)

2. Guru meminta murid mematuhi arahan. Murid yang mengikuti arahan dengan

baik akan diberi ganjaran.

3. Murid melakukan aktiviti mengikut arahan guru.

4. Guru menyanyi sambil membilang dengan jari.

5. Murid menyanyi mengikut arahan guru.