6 kesahan dan kebolehpercayaan.docx

4
AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK MTE 3112 Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan 20 KESAHAN Kesahan merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran mengukur apa yang hendak diukur penilai Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen (1996) kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian : Faktor Dalaman Faktor Luaran Mutu Soalan Yang Dibina  tidak mengelirukan, tiada penunjuk, mempunyai distraktor yang berfungsi, soalan lebih susah diletakkan di hadapan, aras kesukaran kertas soalan sesuai. Masa Ujian  sesuai dengan bilangan soalan yang dikemukakan. Bilangan soalan  berdasarkan kepentingan topic dalam sukatan pelajaran. Kolerelasi Yang Rendah Antara Soalan Dalam Kertas Ujian  tidak ada perkaitan antara soalan dengan soalan Pentadbiran Ujian Yang Teratur    bebas dari sebarang ganguan bunyi.  Arahan untuk menjawab soalan jelas, masa ujian sesuai, bilangan kertas soalan dan kertas jawapan cukup.  Pememarkahan  kerja pemeriksaan kertas kemas dan teratur, rujuk k epada skema pemarkahan dan skema jawapan.  Motivasi Calon yang mengambil ujian dan calon menduduki ujian adalah bermotivasi tinggi. 

Upload: khairi-azmi

Post on 14-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 1/4

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK  MTE 3112 

Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan  20

KESAHAN

Kesahan merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep

yang tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran

mengukur apa yang hendak diukur penilai

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat

mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu

ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang

sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Menurut Youngman & Eggleston (1982) serta Sax & Newton (1997) kesahan

bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk

kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian

dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Menurut Fraenkel & Wallen

(1996) kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content

validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan

kesahan gagasan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan ujian :

Faktor Dalaman Faktor Luaran

Mutu Soalan Yang Dibina  – tidak

mengelirukan, tiada penunjuk, mempunyai

distraktor yang berfungsi, soalan lebih

susah diletakkan di hadapan, aras

kesukaran kertas soalan sesuai.Masa Ujian  – sesuai dengan bilangan

soalan yang dikemukakan.

Bilangan soalan  – berdasarkan

kepentingan topic dalam sukatan

pelajaran.

Kolerelasi Yang Rendah Antara Soalan

Dalam Kertas Ujian  – tidak ada perkaitan

antara soalan dengan soalan

Pentadbiran Ujian Yang Teratur   – 

bebas dari sebarang ganguan bunyi. 

Arahan untuk menjawab soalan jelas,

masa ujian sesuai, bilangan kertas soalan

dan kertas jawapan cukup. Pememarkahan  – kerja pemeriksaan

kertas kemas dan teratur, rujuk kepada

skema pemarkahan dan skema jawapan. 

Motivasi Calon yang mengambil ujian

dan calon menduduki ujian adalah

bermotivasi tinggi. 

Page 2: 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 2/4

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK  MTE 3112 

Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan  21

KEBOLEHPERCAYAAN

Menurut Mokhtar (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah

ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat

seseorang. Persoalan asas kebolehpercayaan adalah: “Adalah penilai lain setuju dengan

interpretasi tingkah laku pelajar?” Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: “Adakah

saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi?”

( Rowntree:1977 ). Aspek kebolehpercayaan bukan sahaja dibuktikan dengan pemberian

skor yang sama oleh beberapa orang penilai, tetapi kita juga harus memberikan skor yang

sama walaupun kita menilai pada masa yang berbeza.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah

tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan

sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat

penilaian. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan dan

kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai

akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang

telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Kebiasaannya, sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat ketara

dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana

pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, keadaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan,

larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari

disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Page 3: 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 3/4

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK  MTE 3112 

Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan  22

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Ujian

No. Faktor Penerangan

1. Bilangan Solan Kebolehpercayaan meningkat apabila bilangan soalan

meningkat

2. Soalan

Homogenous Dan

Heterogenous

Kertas ujian yang mengandungi pelbagai kemahiran

mempunyai nilai koefisien kebolehpercayaan yang rendah

berbanding dengan kertas ujian yang hanya ada satu

kemahiran sahaja.

3. Indeks

Diskriminasi

Indeks diskriminasi yang mempunyai indeks diskriminasi

yang tinggi maka lebih tinggi koefisien kebolehpercayaan

ujian.

4. Aras Kesukaran

Soalan

Kertas soalan yang mempunyai soalan berasas

sederhana lebih banyak verbanding soalan beraras

rendah dan sukar akan mempunyai nilai koefisien

kebolehpercayaan yang tinggi.

5. Masa Ujian Masa yang diperuntukkan hendaklah sesuai dan

mencukupi.

6. Tempat Ujian Tempat ujian hendaklah sesuai dari segi saiz, hawa,

kecerahan, kepadatan, keselesaan dan sebagainya.

Page 4: 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

7/27/2019 6 KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/6-kesahan-dan-kebolehpercayaandocx 4/4

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK  MTE 3112 

Muhammad Khairi Bin Azmi | Kesahan Dan Kebolehpercayaan  23

Faktor  Penerangan

7. Semua Calon

Menjawab SemuaSoalan

Menguji satu perkara yang sama kepada semua orang

lebih adil daripada memberikan banyak perkara kepada

semua orang untuk dinilai.

8. Soalan Yang Tepat

Dan Jelas

Soalan tidak mengandungi unsur ambiguous.

9. Pemeriksaan

Jawapan Terkawal

Dan Sistematik

Mempunyai skema permarkahan dan skema jawapan

yang jitu

10. Motivasi Dan

Emosi

Calon yang bermotivasi dan berkeyakinan untuk

menjawab soalan