6 aspirasi murid pppm

15
6 Aspirasi murid PPPM

Upload: tee-pei-jing

Post on 26-Sep-2015

195 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Menceritakan tentang 6 aspirasi murid dalam PPPM.

TRANSCRIPT

6 Aspirasi murid PPPM

6 Aspirasi murid PPPMApa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)?

Laporan Awal dilancarkan olehPerdana Menteri Malaysiapada 11 September 2012.PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia.Menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam Tiga Gelombang

6 Aspirasi Murid

PengetahuanPada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya.Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains.Murid juga didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia dan dunia dari aspek sejarah, manusia dan geografi. Mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai keupayaan mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.

Kemahiran berfikirSetiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif.

Kemahiran memimpin

Kemampuan bekerja dengan berkesan dan kebolehan untuk memimpin adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu Keusahawananberdaya tahankecerdasan emosikemahiran berkomunikasi dengan berkesan.Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.Kemahiran dwibahasaSetiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima.Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja.Setiap murid juga berpeluang mempelajari bahasa tambahan. Murid akan terus berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan.Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab, Iban, dan Kadazan Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.Etika dan kerohanianSistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap muridsupaya berani menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;Kerohanian: memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.Integriti: memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul.Tanggungjawab Sivik: murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.

Identiti nasionalRakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup bersama dalam kepelbagaian masyarakat MalaysiaSekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat.

Sekian, terima kasih=)