556-1076-1-sm.pdf

12
 PENGGUNAAN ALAT UMeHi BAGI MEMBANTU PROSES PENAMBAHAN TIGA NOMBOR DENGAN MENGUMPUL SEMULA Oleh : Azimah Binti Abdul Rahman, Encik Che Abdul Muttalib Bin Ismail, Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail  [email protected], [email protected] ABSTRAK  Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum menunjukkan tahap  pencapaian matematik sebilangan murid agak rendah terutama dalam tajuk  penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Pengkaji dapat mengenal pasti beberapa bentuk kesilapan yang telah dilakukan oleh murid melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid lemah Tahun 2 meningkatkan kemahiran mereka menambah tiga nombor dengan mengumpul semula menggunakan alat UMeHi. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua sesi intervensi yang dilaksanakan berjaya membantu  peserta kajian menyelesa ikan masalah yang mereka hadapi iaitu berkait dengan tajuk  penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Alat UMeHi dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan soalan penambahan tiga nombor dengan mengumpul  semula, memudahk an pengiraan hasil tambah tiga nombor dengan mengumpul semula dan membetulkan kesilapan murid memilih nilai kumpul semula yang salah. Kata kunci : Alat UMeHi, penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengajaran yang  berkesan dapat menarik minat murid belajar dalam suasana yang lebih kondusif. Berdasark an  pengalama n ketika menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa murid mengalami m asalah dalam penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula bagi murid Tahun 2. Pengkaji telah diberikan amanah untuk mengajar topik penambahan bagi kelas 2 Uranus dan pengkaji dapat melihat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid kelas tersebut. Kelas 2 Uranus merupakan kelas pertama daripada dua kelas. Walaupun kelas tersebut merupakan kelas pertama,  pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah pelbagai di mana ada murid yang berpencapa ian tinggi, sederhana dan rendah. Bagi topik penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula, murid lemah menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Jadual 1 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menambah tiga nombor dengan mengumpul semula.

Upload: hasrol81

Post on 07-Oct-2015

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGGUNAAN ALAT UMeHi BAGI MEMBANTU PROSES

    PENAMBAHAN TIGA NOMBOR DENGAN

    MENGUMPUL SEMULA

    Oleh :

    Azimah Binti Abdul Rahman, Encik Che Abdul Muttalib Bin Ismail,

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected], [email protected]

    ABSTRAK

    Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum menunjukkan tahap

    pencapaian matematik sebilangan murid agak rendah terutama dalam tajuk

    penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Pengkaji dapat mengenal pasti

    beberapa bentuk kesilapan yang telah dilakukan oleh murid melalui pemerhatian dan

    analisis dokumen. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu

    murid lemah Tahun 2 meningkatkan kemahiran mereka menambah tiga nombor dengan

    mengumpul semula menggunakan alat UMeHi. Peserta kajian terdiri daripada empat

    orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data

    menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data

    kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian

    menunjukkan bahawa kesemua sesi intervensi yang dilaksanakan berjaya membantu

    peserta kajian menyelesaikan masalah yang mereka hadapi iaitu berkait dengan tajuk

    penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Alat UMeHi dapat menarik minat

    murid untuk menyelesaikan soalan penambahan tiga nombor dengan mengumpul

    semula, memudahkan pengiraan hasil tambah tiga nombor dengan mengumpul semula

    dan membetulkan kesilapan murid memilih nilai kumpul semula yang salah.

    Kata kunci : Alat UMeHi, penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula

    REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengajaran yang

    berkesan dapat menarik minat murid belajar dalam suasana yang lebih kondusif. Berdasarkan

    pengalaman ketika menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala

    Terengganu, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa murid mengalami masalah dalam penambahan

    tiga nombor dengan mengumpul semula bagi murid Tahun 2.

    Pengkaji telah diberikan amanah untuk mengajar topik penambahan bagi kelas 2 Uranus dan pengkaji

    dapat melihat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid kelas tersebut. Kelas 2 Uranus

    merupakan kelas pertama daripada dua kelas. Walaupun kelas tersebut merupakan kelas pertama,

    pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah pelbagai di mana ada murid yang berpencapaian

    tinggi, sederhana dan rendah. Bagi topik penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula, murid

    lemah menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang diberi. Jadual 1 menunjukkan

    kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menambah tiga nombor dengan mengumpul semula.

  • Jadual 1

    Contoh kesilapan pengiraan murid

    1.

    2. 3.

    Murid tidak menguasai proses

    mengumpul semula.

    Murid keliru dengan nilai

    kumpul semula.

    Murid tidak dapat mencari nilai

    tambah yang betul

    Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan

    kemahiran murid lemah dalam menyelesaikan masalah penambahan tiga nombor dengan mengumpul

    semula menggunakan alat UMeHi.

    SOROTAN LITERATUR

    Menurut Braten (1998), operasi tambah adalah konsep penting dalam Matematik kerana ia merupakan

    algoritma pertama yang dipelajari oleh kanak-kanak yang juga akan menjadi asas kepada

    pembelajaran mereka pada masa akan datang. Masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid ialah

    dalam topik penambahan dengan mengumpul semula. Kanak-kanak kurang memahami masalah

    operasi nombor dengan mengumpul semula (Van de Walle, 2004). Murid-murid yang berpencapaian

    rendah akan menghadapi masalah apabila melibatkan penambahan dengan mengumpul semula.

    Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan Muhammad Sofwan (2010) yang menyatakan bahawa

    murid-murid berpencapaian rendah dalam matematik tidak mahir dalam penambahan dengan

    mengumpul semula. Terdapat beberapa kesilapan umum yang sering dilakukan oleh murid-murid

    dalam penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Antara kesilapan umum murid-murid

    dalam menyelesaikan masalah matematik ialah tidak mengumpul semula, kiraan yang salah dan

    susunan digit yang tidak tersusun mengikut nilai tempat, (Douglas, 2004).

    Terdapat beberapa kajian yang telah dilaksanakan bagi topik penambahan dengan mengumpul

    semula. Antaranya ialah kajian yang dilaksanakan oleh Aniza Bt Nordin pada tahun 2012 yang

    menggunakan kaedah Step Ladder Addition, Penggunaan ReadMethod oleh Ahmad Syukran pada

    tahun 2012 dan Penggunaan Alat Stage Counting oleh Nadia Solehah pada tahun 2011. Kesemua

    kajian ini mempunyai kelebihan tersendiri yang dapat membantu murid menambah nombor dengan

    mengumpul semula. Namun demikian, kaedah dan alat tersebut juga mempunyai kelemahan kerana

    kaedah dan alat tersebut tidak membantu peserta kajian untuk menyelesaikan penambahan tiga

    nombor dengan mengumpul semula. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan alat yang baru iaitu alat

    UMeHi bagi membantu peserta kajian menyelesaikan masalah penambahan tiga nombor dengan

    mengumpul semula.

    TUJUAN KAJIAN

    Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid lemah Tahun 2

    Uranus Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting menambah tiga nombor dengan mengumpul semula

    menggunakan alat UMeHi.

  • Objektif

    Menentukan bagaimana alat UMeHi membantu murid lemah Tahun 2 menyelesaikan masalah

    penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula.

    Persoalan Kajian

    Bagaimana alat UMeHi dapat membantu murid lemah Tahun 2 menyelesaikan masalah tambah tiga

    nombor dengan mengumpul semula?

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lemah Tahun 2 yang terdiri daripada empat orang

    murid perempuan. Kesemua peserta kajian ini dipilih berdasarkan pencapaian ujian diagnostik yang

    terendah. Pengkaji telah menggunakan model kajian Stephen Kemmis yang melibatkan proses

    refleksi, merancang, melaksana dan memerhati. Data dikumpul menggunakan instrumen ujian,

    pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut

    peserta kajian.

    Pengkaji telah mengumpul maklumat berdasarkan ujian pra dan ujian pos yang telah dibuat oleh

    peserta kajian. Ujian pra dibuat sebelum intervensi dilaksanakan manakala ujian pos dibuat selepas

    intervensi dilaksanakan. Pemerhatian dilakukan bermula daripada ujian pra diikuti dengan sesi

    intervensi sehinggalah ujian pos. Selain itu, pengkaji juga telah menganalisis dokumen peserta kajian.

    Dokumen tersebut terdiri daripada hasil kerja ujian pra, ujian pos dan lembaran kerja sepanjang sesi

    intervensi dilaksanakan. Pengkaji juga telah menemu bual peserta kajian selepas ujian pra dan ujian

    pos bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemahaman peserta kajian terhadap soalan yang

    telah dijawab.

    SPESIFIKASI INTERVENSI

    Alat UMeHi merupakan alat yang diperkenalkan kepada peserta kajian bagi membantu mereka

    menambah tiga nombor dengan mengumpul semula. Berikut merupakan langkah penggunaan Alat

    UMeHi.

    Contoh soalan :

    254 + 173 + 258 =

    Langkah penggunaan :

    Jadual 2

    Cara penggunaan Alat UMeHi

    Bil Rajah Penerangan

    1 1. Alat UMehi terdiri daripada dua warna bagi digit tertentu.

    2. Sekiranya digit tersebut berwarna merah, murid hanya perlu

    meletakkan nilai digit tersebut pada

    rumah yang betul manakala

    sekiranya digit tersebut berwarna

    hijau, murid perlu meletakkan digit

    tersebut sebagai nilai kumpul

  • semula pada rumah di sebelahnya.

    Sebagai contoh, sekiranya

    penambahan yang dibuat pada

    rumah sa, maka nilai digit berwarna

    merah akan diletakkan di rumah sa

    dan digit berwarna hijau akan

    diletakkan di atas rumah puluh.

    3. Murid hanya perlu menggerakkan anak panah pada Alat UMeHi bagi

    mendapatkan hasil tambah yang

    betul.

    2 1. Bagi soalan ini, murid akan menambah nilai pada rumah sa

    dahulu.

    2. Murid akan mula menggerakkan anak panah mengikut nilai digit

    paling atas iaitu empat.

    3. Murid akan menggerakan anak panah mengikut nilai yang perlu

    ditambahnya.

    4. Pada peringkat pertama murid akan menggerakkan tiga anak panah

    dahulu diikuti dengan lapan anak

    panah.

    5. Selepas itu, murid akan melihat nilai tambah pada rumah sa.

    6. Murid akan meletakkan digit berwarna merah di ruangan jawapan

    rumah sa dan meletakkan digit

    berwarna hijau di atas rumah puluh.

    3 1. Bagi rumah puluh pula, prosesnya adalah sama dengan proses

    penambahan pada rumah sa.

    2. Murid akan memulakan penambahan menggunakan nilai

    digit paling atas sekali iaitu satu.

    3. Selepas itu, murid akan menggerakkan anak panah mengikut

    nilai yang perlu ditambahnya pada

    rumah puluh.

    4. Setelah mendapat hasil tambah, murid akan menulis digit berwarna

    merah di ruangan jawapan puluh

    dan digit berwarna hijau di atas

    rumah ratus.

  • 4

    1. Bagi rumah ratus, prosesnya adalah sama dengan proses penambahan

    pada rumah sa dan puluh.

    2. Murid akan memulakan penambahan menggunakan nilai

    digit paling atas sekali iaitu satu.

    3. Selepas itu, murid akan menggerakkan anak panah mengikut

    nilai yang perlu ditambahnya pada

    rumah ratus.

    4. Setelah mendapat hasil tambah, murid akan menulis digit berwarna

    merah pada ruangan jawapan ratus.

    Pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi kepada peserta kajian bagi mengatasi masalah

    penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula bagi peserta kajian 1 iaitu Sabrina. Setiap

    intervensi disertakan dengan enam item latih tubi. Jadual di bawah menunjukkan senarai intervensi

    dan objektif bagi setiap intervensi yang telah dilaksanakan.

    Jadual 3

    Sesi intervensi dan objektif

    Sesi intervensi Objektif

    1 Mengenali dan mengetahui cara menambah dengan mengumpul semula

    menggunakan Alat UMeHi.

    2 Menggunakan Alat UMeHi dalam penambahan tiga nombor tanpa

    mengumpul semula.

  • 3 Menggunakan Alat UMeHi dalam penambahan tiga nombor dengan

    mengumpul semula.

    4 Menambah tiga nombor dengan menggunakan lakaran Alat UMeHi.

    DAPATAN KAJIAN

    Sabrina merupakan seorang murid yang rajin dan pendiam di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian

    di dalam kelas, Sabrina akan menyiapkan semua kerja yang diberi. Semasa sesi pengajaran, Sabrina

    menumpukan perhatian kepada pengajaran yang dilaksanakan. Dia tidak membuat bising di dalam

    kelas. Namun demikian, Sabrina banyak melakukan kesilapan dalam item latihan yang diberikan

    terutama bagi tajuk penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Sabrina juga mengambil

    masa yang lama berbanding rakan-rakan yang lain iaitu 20 minit bagi enam item untuk menyiapkan

    tugasan melibatkan penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula.

    Ujian Pra

    Pengkaji telah menjalankan ujian pra ke atas Sabrina bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh

    Sabrina dalam penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Item ujian pra akan menguji

    Sabrina sejauh mana penguasaannya dalam topik penambahan tiga nombor dengan mengumpul

    semula. Di samping itu, item ujian pra juga bertujuan untuk menguji fakta asas tambah dan konsep

    tambah dengan mengumpul semula yang dikuasai oleh Sabrina.

    Jadual 4

    Analisis Pola Kesilapan Sabrina Dalam Ujian Pra

    Bil Pola Kesilapan Contoh Hasil Kerja Murid Catatan

    1. Tidak mendapat hasil tambah

    yang betul

    5,6

  • 2 Keliru dengan nilai kumpul

    semula

    2, 7, 8, 10

    Berdasarkan Jadual 4 iaitu analisis pola kesilapan Sabrina dalam ujian pra, pengkaji dapat mengenal

    pasti dua kelemahan Sabrina. Pertama, beliau tidak mendapat hasil tambah yang betul. Selain itu,

    Sabrina juga keliru dalam menulis nilai kumpul semula. Ini menunjukkan bahawa Sabrina tidak

    memahami nilai kumpul semula dengan baik. Hal ini merupakan masalah utama kepada kelemahan

    Sabrina dalam menyelesaikan item tambah tiga nombor dengan mengumpul semula. Sabrina dapat

    menjawab empat daripada sepuluh item dengan betul. Enam item yang salah adalah terdiri daripada

    dua jenis kesilapan iaitu tidak mendapat hasil tambah yang betul iaitu item 5 dan 6 dan keliru dalam

    menentukan nilai kumpul semula iaitu item 2,7,8 dan 10.

  • Bagi mendapat penjelasan daripada Sabrina mengenai kesilapan yang telah dilakukan,

    pengkaji telah menemubual Sabrina. Temu bual yang dibuat ialah temu bual berstruktur. Berdasarkan

    temu bual yang telah dilaksanakan, pengkaji dapat menguji sejauh mana pemahaman Sabrina dalam

    topik penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Apabila ditanya mengenai cara Sabrina

    menambah kesemua nombor dalam item, dia menjawab Mula-mula saya tulis semua dulu. Pastu saya guna jari tambah semua nombor cikgu. Sabrina juga ada menyatakan bahawa dia tidak yakin semasa menjawab item yang diberi.

    Selain itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap Sabrina semasa ujian pra. Pengkaji dapat

    melihat bahawa Sabrina teragak-agak semasa mengira nilai tambah. Dia kelihatan ragu-ragu

    menggunakan jari bagi mencari nilai tambah. Sabrina mengambil masa yang lama untuk menjawab

    item yang diberi. Kebanyakan jalan kira yang telah dibuat dipadamnya berkali-kali. Selain itu,

    Sabrina juga bertanya mengenai jawapan yang dibuat sama ada betul atau tidak. Ini menunjukkan

    Sabrina tidak yakin dengan jawapan yang dikemukakan.

    Pengkaji telah menjalankan empat sesi intervensi terhadap Sabrina selepas siap menganalisis

    ujian pra yang telah dilaksanakan. Intervensi bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan Sabrina

    dalam menambah tiga nombor dengan mengumpul semula menggunakan alat UMeHi.

    Sesi Intervensi 1

    Pada sesi intervensi 1, peserta kajian akan diperkenalkan dengan alat UMeHi bagi membantu peserta

    kajian menjawab item penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Berdasarkan analisis

    dokumen, pengkaji dapat merumuskan Sabrina dapat memahami cara penggunaan alat UMeHi. Hal

    ini kerana Sabrina dapat menjawab kesemua item dengan betul. Item yang diberi melibatkan

    penambahan tiga nombor tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula.

    Melalui pemerhatian pengkaji terhadap Sabrina, pengkaji mendapati bahawa Sabrina dapat

    memahami dan mengikut cara penggunaan alat UMeHi semasa proses pengajaran dan pengajaran

    intervensi dilaksanakan. Sabrina menunjukkan respon yang positif di mana dia dapat menjawab

    kesemua item yang diberikan tanpa meminta bantuan dari rakan-rakan lain. Selain itu, alat UMeHi

    dilihat dapat menambahkan keyakinan Sabrina untuk menjawab item penambahan tiga nombor

    dengan mengumpul semula di mana dia tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab item

    tersebut jika dibandingkan dengan sikapnya semasa menjawab item pra.

    Sabrina juga bersemangat menyelesaikan item menggunakan alat UMeHi. Setelah pengkaji

    memperkenalkan alat UMeHi, Sabrina dapat menyelesaikan item dengan betul. Sabrina juga tidak

    memanggil pengkaji bagi mendapatkan kepastian jawapan yang telah dibuatnya. Selepas selesai sesi

    intervensi yang pertama, pengkaji menjalankan temu bual bagi memastikan keberkesanan alat yang

    digunakan. Pengkaji bertanya kepada Sabrina adakah penggunaan alat UMeHi dapat membantu dalam

    menyelesaikan item penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Sabrina memberikan

    jawapan yang positif iaitu, Haah cikgu. Kite dah pandai guna ulat bulu tu. Kite tak penin doh nak kira gune jari .

    Sesi intervensi 2

    Semasa sesi intervensi 2, pengkaji telah memberikan item berbentuk penambahan tiga nombor tanpa

    mengumpul semula. Pengkaji mahu melihat sama ada peserta kajian mempunyai masalah dalam

    menambah tiga nombor tanpa mengumpul semula di samping melatih peserta kajian menggunakan

    alat UMeHi.

    Memandangkan item yang diberikan adalah mudah, Sabrina menunjukkan perubahan sikap

    yang baik. Dia menjawab kesemua item dengan cepat berbanding peserta kajian yang lain. Selain itu,

    Sabrina juga menawarkan diri untuk membantu rakannya yang lain. Sabrina kelihatan teruja kerana

  • dapat menjawab item yang diberikan dengan menggunakan alat UMeHi. Hasil kerja bagi kesemua

    item yang diberi adalah betul. Ini menunjukkan Sabrina tidak mempunyai masalah dalam menambah

    tiga nombor tanpa mengumpul semula.

    Sesi Intervensi 3

    Pada sesi intervensi ketiga pula, pengkaji telah memberikan item penambahan tiga nombor dengan

    mengumpul semula. Sabrina bersemangat untuk menjawab item yang diberi menggunakan alat

    UMeHi. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Sabrina cuba menjawab kesemua item dengan cepat. Dia

    dapat menggunakan alat UMeHi dengan baik. Namun begitu, terdapat juga item yang tidak dapat

    dijawab dengan betul oleh Sabrina. Sabrina dapat menjawab lima daripada enam item yang diberikan

    dengan betul.

    Sikap tergopoh-gapah Sabrina untuk menyiapkan kesemua item juga menjadi penyebab

    kepada kecuaian Sabrina untuk mencari jawapan yang betul. Pengkaji bertanya kepada Sabrina

    mengenai kesilapannya dalam menjawab item. Sabrina memberi respon bahawa dia cuai dan keliru

    dengan pengiraan yang telah dilakukan.

    Sesi Intervensi 4

    Sesi intervensi 4 merupakan sesi intervensi yang terakhir. Pada sesi ini, peserta kajian hanya

    dibekalkan dengan kertas kosong dan juga lembaran kerja. Peserta kajian tidak dibenarkan

    menggunakan alat UMeHi tetapi dikehendaki menulis turutan nombor seperti di dalam alat UMeHi.

    Tujuan sesi ini dilaksanakan adalah untuk menguji keberkesanan alat UMeHi dalam membantu

    peserta kajian menambah tiga nombor dengan mengumpul semula.

    Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Sabrina tidak mempunyai masalah untuk menulis turutan

    nombor dan menyelesaikan item menggunakan cara yang digunakan seperti alat UMeHi. Sabrina

    dapat membuat turutan nombor seperti alat UMeHi untuk menyelesaikan item yang diberikan. Namun

    begitu, Sabrina tidak dapat menjawab semua item yang diberikan dalam lembaran kerja dengan betul.

    Sabrina dapat menjawab lima daripada enam item dengan betul. Pengkaji dapat melihat bahawa

    Sabrina cuai semasa membuat penambahan walaupun telah menggunakan alat UMeHi. Apabila

    ditanya mengenai kesilapan item 5 tersebut Sabrina mengatakan bahawa beliau salah mengira kerana

    hendak menjawab semua soalan dengan cepat.

    Ujian Pos

    Pengkaji menjalankan ujian pos ke atas peserta kajian setelah kesemua sesi intervensi telah selesai.

    Ujian pos ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan alat UMeHi bagi membantu peserta

    kajian menyelesaikan item dalam topik penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula.

    Memandangkan Sabrina telah diberikan pendedahan mengenai cara mencari hasil tambah tiga nombor

    dengan mengumpul semula menggunakan lakaran alat UMeHi, dia tidak mempunyai masalah untuk

    menjawab ujian pos. Sabrina menyelesaikan semua sepuluh item dengan cepat iaitu selama 20 minit.

    Dia merupakan peserta kajian yang pertama yang dapat menjawab kesemua item dengan cepat. Hasil

    pemerhatian pengkaji, Sabrina nampak lebih yakin dan bersemangat untuk menjawab item.

    Berdasarkan semakan ujian pos yang telah dilaksanakan, Sabrina berjaya menjawab kesemua

    sepuluh item dengan betul. Pengkaji juga menjalankan sesi temu bual bersama Sabrina. Apabila

    ditanya adakah Sabrina akan menggunakan cara alat UMeHi untuk menambah tiga nombor secara

    berturut-turut selepas ini, Sabrina menyatakan bahawa beliau akan menggunakan cara yang telah

    diajar oleh pengkaji. Menurut beliau, cara pengkaji lebih mudah dan beliau tidak mengalami masalah

    untuk mengira memandangkan sebelum ini beliau mengira menggunakan jari sahaja. Pernyataan

  • Sabrina menunjukkan bahawa dia lebih suka menggunakan cara alat UMeHi bagi mendapatkan

    jawapan berbanding dengan menggunakan jari. Secara ringkasnya, pengkaji dapat membuat rumusan

    bahawa Sabrina dapat menguasai penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula menggunakan

    alat UMeHi.

    Jadual 5

    Perbandingan Hasil Kerja Sabrina Antara Ujian Pra dan Ujian Pos

    Item Ujian Pra Ujian Pos Analisis

    2

    Sabrina dapat

    memperbetulkan

    kesilapannya daripada

    menulis nilai digit

    kumpul semula yang

    salah kepada menulis

    nilai digit kumpul

    semula yang betul.

    5

    Sabrina dapat

    memperbetulkan

    kesilapannya daripada

    mendapat hasil tambah

    yang salah kepada

    mendapat hasil tambah

    yang betul.

    6

    Sabrina dapat

    memperbetulkan

    kesilapannya daripada

    mendapat hasil tambah

    yang salah kepada

    mendapat hasil tambah

    yang betul.

    7

    Sabrina dapat

    memperbetulkan

    kesilapannya daripada

    menulis nilai digit

    kumpul semula yang

    salah kepada menulis

    nilai digit kumpul

    semula yang betul.

  • 8

    Sabrina dapat

    memperbetulkan

    kesilapannya daripada

    menulis nilai digit

    kumpul semula yang

    salah kepada menulis

    nilai digit kumpul

    semula yang betul.

    10

    Sabrina dapat

    memperbetulkan

    kesilapannya daripada

    menulis nilai digit

    kumpul semula yang

    salah kepada menulis

    nilai digit kumpul

    semula yang betul.

    Perbandingan hasil kerja Sabrina antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan perubahan yang

    positif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Ini dapat membuktikan bahawa penggunaan alat

    UMeHi dapat membantu Sabrina menyelesaikan masalah tambah tiga nombor dengan mengumpul

    semula.

    Kesemua peserta kajian memberikan perubahan yang baik selepas intervensi dilaksanakan. Setiap

    peserta kajian dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam menyelesaikan masalah penambahan

    tiga nombor dengan mengumpul semula. Jadual di bawah merupakan rumusan dapatan kajian bagi

    kesemua peserta kajian.

    Jadual 6

    Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos

    Peserta Kajian Skor Ujian Pra (%) Skor Ujian Pos (%) Peningkatan (%)

    Sabrina (PK01) 40 100 60

    Damia (PK02) 20 80 70

    Aina (PK03) 10 100 90

    Farah (PK04) 0 80 80

    KESIMPULAN

    Pengkaji telah melaksanakan sebanyak empat sesi intervensi kepada peserta kajian. Pengkaji telah

    menggunakan Alat UMeHi bagi membantu murid menambah tiga nombor dengan mengumpul

    semula. Memandangkan alat yang digunakan merupakan bahan manipulatif, peserta kajian berminat

    untuk menyelesaikan soalan penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula. Ini adalah kerana

    peserta kajian teruja untuk menggunakan marker bagi melakukan pergerakan anak panah semasa menambah. Selain itu, alat ini juga dapat membantu peserta kajian daripada membuat kesilapan pada

    jumlah pengiraan bagi operasi tambah. Peserta kajian dapat mengira dengan baik menggunakan Alat

    UMeHi. Intervensi yang dilaksanakan memberikan impak yang positif di mana peserta kajian

    menunjukkan peningkatan bagi setiap intervensi. Perubahan sikap setiap intervensi juga berlaku di

    mana pada sesi intervensi yang pertama perserta kajian mula menunjukkan minat untuk

  • menyelesaikan soalan penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula jika dibandingkan dengan

    sikapnya yang kurang berminat menjawab soalan matematik sebelum sesi intervensi dilaksanakan.

    Kajian tindakan merupakan salah satu elemen yang boleh meningkatkan tahap profesionalisme

    seorang guru pelatih. Guru pelatih dapat menimba pengalaman bagaimana untuk menambah baik cara

    pengajaran bagi memastikan murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran dapat dipulihkan.

    Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran kepada guru pelatih bahawa murid yang lemah juga

    mampu untuk berjaya sekiranya guru menggunakan kaedah dan alat yang dapat membantu menarik

    minat dan memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu topik. Melalui kajian yang dilakukan,

    pengkaji dapat mengenal pasti masalah yang sering dihadapi oleh murid di samping melakukan

    pembacaan terhadap kajian-kajian lain yang telah dilaksanakan. Perkara ini membantu guru pelatih

    untuk menggunakan pelbagai kaedah yang sedia ada bagi membantu murid berkenaan menjawab

    soalan yang diberi. Secara tidak langsung, ini menyumbang kepada peningkatan profesionalisme guru

    di mana berlakunya perkongsian ilmu dengan guru pelatih sebelum ini yang turut sama melaksanakan

    kajian tindakan.

    Terdapat kekuatan terhadap Alat UMeHi yang telah diperkenalkan. Antara kekuatan yang terdapat

    pada Alat UMeHi ialah murid dapat menambah tiga nombor secara berturut-turut tanpa menghadapi

    masalah, mudah dibawa ke mana-mana, menggunakan kos yang rendah dan boleh juga digunakan

    untuk operasi tolak. Kelemahan pada alat ini ialah murid mengambil masa yang lama untuk menulis

    nombor satu hingga 27. Bagi menambahbaik Alat UMeHi, penggunaan ICT amatlah digalakkan.

    Aplikasi ICT bukan sahaja dapat menarik minat murid untuk belajar tetapi juga mempercepatkan

    langkah penambahan tiga nombor dengan mengumpul semula.

    RUJUKAN

    Braten, I. (1998). Cognitive Strategies in Mathematics, Part 1 : On Children's Strategies for

    Solving Simple Additon Problem.

    Douglas H.Clements, J. S. (2004). Engaging Young Children in Mathematics : Standards for

    Early Childhood Mathematics Education, Studies in Mathematical Thinking and

    Learning Series. Mahwah: Lawrence Erlbaum Associates.

    Muhammad Sofwan, M. (2010). Meningkatkan Kemahiran Penambahan dengan Mengumpul

    Semula Bagi Murid Tahun 2 yang Berpencapaian Rendah Menggunakan Bahan

    Manipulatif "Straws & Board".

    Van de Walle, J. (2004). Elementary and Middle School Mathematics :Teaching

    Developmentally. New York: Pearson Education, Inc.