5 langkah rancang kewangan

11
5 Langkah Perancangan Kewangan Anda mursyidi | Jan 29, 2014 | 4 comments 0</a>" scrolling="no">

Upload: bandarbarubangi-smk

Post on 02-Aug-2015

143 views

Category:

Career


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 langkah rancang kewangan

5 Langkah Perancangan Kewangan Andamursyidi | Jan 29, 2014 | 4 comments 0</a>" scrolling="no">

Page 3: 5 langkah rancang kewangan

Sesuatu yang kita impikan biasanya akan berjaya dicapai apabila kita membuat perancangan dengan sebaiknya. Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan fikiran, jaminan masa depan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Menjelang tahun 2014, apa kata anda buat perancangan kewangan dengan lebih sistematik?Mahu tidak mahu, anda perlu merancang kewangan peribadi anda dengan baik dan berkesan.

Page 4: 5 langkah rancang kewangan

Untuk merancang dengan betul sudah tentu anda perlu mempelajari ilmu tersebut. Berikut saya kongsikan 5 langkah perancangan kewangan peribadi anda :

1. NILAI KEDUDUKAN KEWANGAN SEMASA

Bagi menentukan kedudukan kewangan semasa, anda perlu menyenaraikan semua ASET dan LIABILITI untuk menyediakan “Nilai Harta Bersih” (Net Worth). Contohnya:

Page 6: 5 langkah rancang kewangan

Sekiranya NAB adalah positif, tahniah. Anda harus merancang untuk menambahkan lagi nilai aset bersih anda. Jika jawapanya positif, anda perlu mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki kedudukan kewangan semasa anda.

Seterusnya, kita sediakan pula “ALIRAN TUNAI” (cash flow statement) bagi mengenal pasti apa yang diperolehi secara tunai dan apa yg dibelanjakan secara tunai bagi tempoh tertentu.

Page 7: 5 langkah rancang kewangan

Jika aliran tunai anda positif, anda memang seorang yang cemerlang dalam pengurusan aliran tunai. Sekiranya negatif, anda perlu merangka strategi untuk mengurangkan perbelanjaan atau menambahkan pendapatan anda.

2. TETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN

Mulakan dengan mengenal pasti dan menulis matlamat kewangan anda seperti:

Berkahwin Membeli kereta baru Membeli rumah baru Bercuti Langsaikan hutang kad kredit Tabung persaraan

Kemudian, himpunkan matlamat mengikut kategori iaitu jangka masa pendek (kurang daripada 1 tahun), sederhana(1 – 3 tahun) dan panjang (lebih daripada 3 tahun)

3. WUJUDKAN PELAN KEWANGAN

Berdasarkan kedudukan kewangan semasa, anda perlu merangka pelan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Beberapa aspek penting dalam merangka pelan kewangan anda ialah:

a. Bajet (belanjawan) dan Aliran Tunai:

1. Anda perlu membuat “budget” atau belanjawan lebih awal iaitu sebelum wang gaji anda masuk. Pastikan ianya bertulis dan sepatutnya dibincangkan bersama pasangan anda bagi yang sudah berkahwin. Apabila sudah ada belanjawan bulanan, anda perlu pastikan hanya berbelanja mengikut apa yang ada di dalam belanjawan anda sahaja.

2. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan belanja secara berlebihan atau membeli barangan yang tidak perlu atau tiada dalam belanjawan. Contohnya, sebelum pergi membeli belah di shopping mall, pastikan anda telah sediakan senarai barang untuk dibeli dan disiplinkan diri anda dengan hanya membeli barang-barang yang ada di dalam senarai tadi sahaja.

3. Menyediakan bajet dan menjejak aliran tunai merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang memerlukan kepada kesabaran, disiplin dan fleksibiliti

b. Antara KEPERLUAN dan KEHENDAK

1. Keperluan adalah sesuatu yang anda tidak boleh hidup tanpanya seperti makanan. Ana perlu makan untuk hidup dan tanpanya, anda mungkin tidak boleh hidup lama

Page 8: 5 langkah rancang kewangan

2. Kehendak adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu3. Memahami perbezaan di antara KEPERLUAN dan KEHENDAK akan memberi

kesan kepada bajet dan perbelanjaan bulanan anda

c. Pengurusan Risiko (Insuran/takaful)

1. Dalam kehidupan kita seharian, pelbagai perkara yang tidak dingini mungkin berlaku seperti kematian, kehilangan upaya, bencana, diberhentikan kerja dan sebagainya. Keadaan ini akan memberi kesan kepada komitmen kewangan anda termasuklah perbelanjaan bulanan keluarga dan pinjaman bank.

2. Insuran atau takaful merupakan instument kewangan yang dapat melindungi anda daripada kemungkinan tersebut

3. 2 Jenis insuran iaitu Insuran hayat (seumur hidup, bertempoh, endowmen, perubatan dan kesihatan) dan Insuran am (kenderaan, kediaman, perjalanan, barangan peribadi)

4. Takaful merupakan pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah5. Sebelum membeli sebarang polisi insuran/takaful, pastikan anda mendapat maklumat

yang secukupnya dan menepati keperluan gaya hidup anda6. Untuk maklumat lanjut berkaitan insuran dan takaful, sila layari laman web

http://www.insuranceinfo.com.my

d. Pelaburan

1. Untuk menambahkan nila aset bersih anda, tumpuan perlu diberikan kepada simpanan dan pelaburan. Apabila anda berjaya menabung secara berterusan, anda perlu merancang pula cara melabur wang anda

2. Tetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda3. Cara anda melabur bergantung kepada profil pelaburan sama ada agresif, sederhana

atau konservatif. Pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi, mempunyai risiko yang lebih tinggi

4. Beberapa contoh pelaburan yang biasa dilakukan ialah Pelaburan tunai dan faedah tetap, Saham, Dana Amanah saham, Hartanah, Bon, Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dan Perniagaan.

5. Berhati-hati dengan perangkap skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah.

e. Cukai

1. Anda bertanggungjawab untuk mengistiharkan semua sumber pendapatan kepada LHDN dan membayar cukai yang sepatutnya. Anda disarankan membuat potongan cukai bulanan untuk memudahkan anda apabila ingin membayar cukai nanti. Untuk maklumat lanjut berkenaan cukai pendapatan, anda boleh rujuk laman web http://www.hasil.gov.my

2. Cukai juga perlu dibayar jika anda memiliki perniagaan seperti perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.

f. Persaraan

1. Anda perlu persiapkan tabungan persaraan sejak daripada usia muda lagi dan tidak bergantung sepenuhnya kepada simpanan KWSP. Berapa banyak atau sedikit simpanan anda akan menentukan gaya hidup anda apabila bersara.

Page 9: 5 langkah rancang kewangan

2. Proses merancang persaraan melibatkan proses:

Menilai Jumlah Pendapatan Semasa Persaraan yang diperlukan Menentukan Jumlah Dana Persaraan Mengumpul dana persaraan Penggunaan Dana Persaraan

4. IMPLEMENTASI

Setelah menyiapkan pelan kewangan, tibalah masanya untuk melaksanakan apa yang telah dirancangkan. Komitmen dan disiplin yang tinggi diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan melalui pelan kewangan yang telah dirangka. Sekiranya anda tidak pasti dan masih ragu-ragu, anda juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada perancang kewangan bertauliah.

5. PANTAU DAN SEMAK SEMULA PELAN KEWANGAN

Dalam kehidupan kita, sudah tentu akan berlaku perubahan yang akan memberikan kesan langsung atau tidak langsung kepada pelan kewangan anda. Perubahan daripada aspek keluarga seperti pertambahan anak, masalah kesihatan yang kritikal dan kehilangan sumber pendapatan. Selain itu, perubahan undang-undang dan keadaan bisnes juga boleh memmberi kesan.Jadi, anda perlu memantau dan menyemak semula pelan kewangan secara berkala atau berdasarkan perubahan yang berlaku agar matlamat yang diletakkan dapat dicapai dengan jayanya.

Akhir kata, mulakan tahun baru 2014 dengan merancang kewangan dengan lebih sistematik. “Failing to plan is planning to fail”.