5. (artikel 3) ragbi sentuh makin popular

3
Ragbi sentuh makin popular Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN [email protected] Permainan ragbi sentuh sesuai dimainkan oleh semua golongan termasuk wanita. TELOK KEMANG 5 Mac - Sukan ragbi sentuh pantai semakin menarik perhatian rakyat di negara ini terutama dalam kalangan belia. Sering kali perlawanan sebegini diadakan di luar negara tetapi kini ia telah dimainkan dengan aktif di negara ini apatah lagi lokasi pertandingan boleh dibuat di mana-mana sahaja. Baru-baru ini, perlawanan tersebut telah dilangsungkan di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson dekat sini. Penganjur kejohanan, Zuridah Md. Hassim berkata, penyertaan yang diterima semakin menggalakkan sejak kejohanan sukan itu diperkenalkan.

Upload: dee-thecifu

Post on 28-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Ragbi sentuh makin popularOleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH [email protected]

Permainan ragbi sentuh sesuai dimainkan oleh semua golongan termasuk wanita.

TELOK KEMANG 5 Mac - Sukan ragbi sentuh pantai semakin menarik perhatian rakyat di negara ini terutama dalam kalangan belia.Sering kali perlawanan sebegini diadakan di luar negara tetapi kini ia telah dimainkan dengan aktif di negara ini apatah lagi lokasi pertandingan boleh dibuat di mana-mana sahaja.Baru-baru ini, perlawanan tersebut telah dilangsungkan di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson dekat sini.Penganjur kejohanan, Zuridah Md. Hassim berkata, penyertaan yang diterima semakin menggalakkan sejak kejohanan sukan itu diperkenalkan."Sukan ragbi sentuh pantai ini tidak terbatas kepada golongan belia sahaja tetapi boleh dimainkan oleh semua peringkat umur."Ia berbeza dengan sukan ragbi biasa kerana lebih selamat tetapi tetap mencabar serta menyeronokkan."Kalah atau menang bukanlah ukuran dalam pertandingan ini tetapi semangat berpasukan serta aktiviti santai bersama rakan dan keluarga menjadi matlamat utama," tegasnya.Zuraidah memberitahu, kejohanan itu bukan sahaja memanfaatkan kegunaan pantai-pantai peranginan malah menjadi salah satu gelanggang pilihan pertarungan."Ia juga merupakan sebahagian aktiviti yang boleh menarik pengunjung ke pusat peranginan negara yang tertua itu."Kita juga mendapat kerjasama dengan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) semasa menjalankan aktiviti ini," ujarnya.Kata beliau, sukan ragbi sentuh pantai merupakan permainan yang pantas dan melibatkan sentuhan minimum dan tidak membahayakan.Justeru, katanya, sukan itu sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda, lelaki mahupun wanita."Corak permainannya hampir sama dengan apa yang kita tonton dalam aksi sukan ragbi biasa tetapi ia tidak melibatkan elemen seperti lineouts, scrum, rucking dan tackle," katanya.Apa yang pasti, sukan ragbi sentuh pantai ini melibatkan asas larian, pengendalian bola ragbi, mengelak, sokongan dan asas serangan yang tidak membahayakan, selain pertahanan.Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Abd. Wahab Shamsuddin berkata, aktiviti itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada warga Port Dickson malah mampu menarik lebih ramai pelancong ke pusat peranginan tersebut."Ia secara tidak langsung dapat memberi nafas baru kepada pusat rekreasi pantai di negara ini."Kami juga sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada produk baharu yang mampu meningkatkan pelancongan terutama di bandar ini," kata beliau.Tambahnya, pengunjung yang hadir juga berpeluang menyaksikan acara sukan dimainkan di sini selain mampu menjadikan rakyat Malaysia lebih aktif dan cergas.

Utusan Melayu (M) Bhd