:5' 6.;..} 0-

23
-- ........ -- -- -- PEP.PUS1AKAAN , NEG, ARA MALAYSIA Pengurusan Perpustakaan Masjid, Surau dan Balai Ibadat : Pengalaman Negara Brunei Darussalam Encik Mohamad Aliyani bin Ismail Ketua Bahagian Idarah Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN MnSJID PfRINGKnT KfBnNGSnnN aOlS SfMPfNn SnMBUTnN JUBli fMnS MnSJID NmnRn 201 5 ----,-\...:5' 6.;..} G 0-' Perpustakaan Masjid: Pemacu Transformasi Ummah 11·12 Ogos 20lB /26·27 Syawal1't3GH Dewan Syarahan Ulama Masjid Negara, Kuala lumpur Pengurusan Perpustakaan Masjid, Surau dan Balai Ibadat : Pengalaman Negara Brunei Darussalam Il=l!i'I' I Encik Mohamad Aliyani bin Ismail Ketua Sahagian Idarah Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam ........ (,,1/.., ""."""

Upload: lexuyen

Post on 29-Aug-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: :5' 6.;..} 0-

-­~ ........ ------PEP.PUS1AKAAN , NEG,ARA MALAYSIA

Pengurusan Perpustakaan Masjid, Surau dan Balai Ibadat : Pengalaman Negara Brunei Darussalam

Encik Mohamad Aliyani bin Ismail Ketua Bahagian Idarah

Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama

Negara Brunei Darussalam

PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN MnSJID PfRINGKnT KfBnNGSnnN aOlS

SfMPfNn SnMBUTnN JUBli fMnS MnSJID NmnRn 201 5 ----,-\...:5' 6.;..} ~-&L-kLi"""';

G ~ 0-' <-.}~r."" ~ Perpustakaan Masjid: Pemacu Transformasi Ummah

11·12 Ogos 20lB /26·27 Syawal1't3GH Dewan Syarahan Ulama Masjid Negara, Kuala lumpur

Pengurusan Perpustakaan Masjid, Surau dan Balai Ibadat : Pengalaman Negara Brunei Darussalam

Il=l!i'I' I

D~fi9anSakong;m ; r),Ltt~

Encik Mohamad Aliyani bin Ismail Ketua Sahagian Idarah

Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama

Negara Brunei Darussalam

",~~ ........ (,,1/.., ""."""

Page 2: :5' 6.;..} 0-
Page 3: :5' 6.;..} 0-

1

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN MASJID, SURAU

DAN BALAI IBADAT:

PENGALAMAN BRUNEI DARUSSALAM

MOHAMAD ALIYANI BIN ISMAIL

KETUA BAHAGIAN IDARAH, JABATAN HAL EHWAL MASJID

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Page 4: :5' 6.;..} 0-

2

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT:

PENGALAMAN BRUNEI DARUSSALAM

ABSTRAK

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang pengurusan perpustakaan masjid, surau dan

balai ibadat di Negara Brunei Darussalam serta beberapa usaha untuk meningkatkan mutu

perpustakaan masjid dari segi prasarana, koleksi dan perkhidmatan. Juga dibincangkan

beberapa aktiviti-aktiviti dalam mengimarahkan perpustakaan masjid agar perpustakaan

masjid berperanan sebagai pusat sumber maklumat dan rujukan bagi berbagai golongan

masyarakat Islam sekelilingnya daripada golongan warga emas hinggalah ke peringkat

kanak-kanak dengan menyediakan bahan-bahan bacaan yang beraneka media, bermutu

tinggi dan mutakhir sesuai dengan kehendak semasa.

1. PENGENALAN

Pengurusan hal ehwal masjid di Negara Brunei Darussalam bermula daripada sebuah unit di

bawah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam telah memperkenankan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Masjid sebagaimana

titah Baginda sempena Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Masjid Kampong Bunut

pada Hari Jumaat, 26hb Muharram 1414 bersamaan dengan 16hb Julai 1993, yang antara

lain seperti berikut:

“Bersabit dengan inilah, untuk mengemaskinikan lagi peranan masjid itu, beta telah memperkenankan penubuhan sebuah jabatan baru di bawah kementerian Hal Ehwal Ugama yang diberi nama “Jabatan Hal Ehwal Masjid”.

Page 5: :5' 6.;..} 0-

3

Jabatan Hal Ehwal Masjid mula beroperasi pada 1hb Oktober 1993 dan beribu pejabat di

bangunan lama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Elizabeth II. Pada 1hb Mei 1994,

Jabatan ini berpindah ke tingkat 6, Bangunan Plaza Athirah, Jalan Kubah Makam Diraja.

Seterusnya, pada bulan November 1998, Jabatan ini berpindah ke Bangunan baru yang

terletak di simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

1.1. FUNGSI JABATAN HAL EHWAL MASJID

Bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran masjid.

Bertanggungjawab dalam hal ehwal pentakmiran masjid.

Bertanggungjawab dalam penyediaan khutbah-khutbah jumaat, doa Hari Raya,

gerhana dan Istisqaa.

Bertanggungjawab dalam merancang pembinaan masjid-masjid baru, penambahan/

pengubahsuaian dan pemeliharaannya.

Bertanggungjawab dalam meningkatkan ilmu pengetahuan pegawai-pegawai masjid,

pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Bertanggungjawab dalam hal ehwal perpustakaan di Jabatan Hal Ehwal Masjid serta

masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Muslimah Masjid.

Page 6: :5' 6.;..} 0-

4

1.2 BAHAGIAN PERPUSTAKAAN

Bertanggungjawab dalam perkara yang bersangkutan dengan perpustakaan.

Menyelaraskan dan mengawasi perjalanan perpustakaan masjid, surau dan balai

ibadat seluruh negara.

Bertanggungjawab terhadap pemilihan, pembelian dan pemprosesan buku atau

bahan perpustakaan bagi masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Mengadakan lawatan secara berjadual ke masjid, surau dan balai ibadat seluruh

negara berhubung hal ehwal perpustakaan dan menghadapkan laporan lawatan

kepada pengarah pada setiap bulan.

Menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi hal ehwal perpustakaan

Menyediakan rancangan kerja tahunan dan aktiviti perpustakaan masjid bahagian perpustakaan

1.2.1. Definisi Perpustakaan:-

Perpustakaan masjid adalah sebuah bangunan atau satu ruang yang terdapat di dalam

kawasan bangunan masjid yang mana didalamnya terdapat berbagai-bagai sumber

maklumat yang beraneka media seperti buku-buku, majalah-majalah, laporan-laporan,

warta-warta kerajaan, pita-pita video, pita-pita audio dan sebagainya bagi kegunaan

rujukan, kajian dan penyelidikan masyarakat Islam mahupun bukan Islam di kawasan

sekitarnya.

Jenis-jenis ruang bacaan yang terdapat di masjid, surau dan balai ibadat:

1. Bangunan Khas

2. Bilik Perpustakaan

3. Sudut Bacaan

Page 7: :5' 6.;..} 0-

5

2. TUJUAN DAN PERANAN PERPUSTAKAAN MASJID

Tujuan mewujudkan perpustakaan masjid adalah untuk memperkembang dan

memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang bercorak Islam dalam kalangan rakyat dan

penduduk Negara Brunei Darussalam serta mendukung dan menjayakan fungsi masjid

sebagai pusat ilmu pengetahuan disamping tempat beribadat kepada Allah SWT melalui

pendidikan dan dakwah Islamiah.

Perpustakaan Masjid juga bertujuan untuk menyahut seruan hasrat Kebawah Duli Yang

Maha Mulia untuk menwujudkan perpustakaan masjid-masjid, surau dan balai-balai ibadat

sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan selain peranannya untuk tempat beribadat.

“Sekarang terdapat kecenderungan memanfaatkan masjid sebagai pusat ilmu, iaitu suatu kecenderungan yang sihat. Maka kita pun bergerak mengadakan khutubkhanah-khutubkhanah atau mini khutubkhanah untuk orang ramai merujuk dan membaca kitab-kitab”

(Petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1999 semasa pembukaan rasmi Masjid Al-

Ameerah Al-Hajah Maryam, Kampong Jerudong)

2.1. Di antara lain tujuan perpustakaan masjid adalah :-

• Menggalakkan atau meningkatkan minat masyarakat Islam supaya gemar membaca

dan menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.

• Sumber rujukan dan memudahkan lagi pegawai-pegawai masjid merujuk mengenai

dengan berbagai-bagai perkara yang bersangkut paut dengan hukum-hakam Islam dan

sebagainya di dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka sebagai Ketua di dalam

peribadatan di sesebuah kampong atau mukim.

Page 8: :5' 6.;..} 0-

6

• Memudahkan lagi orang-orang yang baharu memeluk ugama Islam (Saudara Baru)

ataupun orang-orang yang belum berugama Islam yang berminat mengenai agama

Islam untuk mendapatkan bahan-bahan yang bercorak dan berunsurkan Islam.

• Tempat masyarakat kampong atau mukim mendapatkan bahan-bahan rujukan

mengenai Islam dan pendidikan.

• Membantu menjayakan program-program masjid.

• Menjadikan masjid sebagai tempat tumpuan masyarakat bukan sahaja untuk

bersembahyang dan beramal ibadat tetapi juga sebagai tempat mendapatkan

maklumat-maklumat agama.

• Mempelbagaikan lagi peranan masjid di Negara Brunei Darussalam.

2.2. Peranan perpustakaan masjid

Peranan perpustakaan masjid adalah seperti berikut:-

• Pusat Sumber Maklumat

Perpustakaan masjid berperanan sebagai pusat sumber maklumat dan rujukan bagi

berbagai golongan masyarakat Islam sekelilingnya daripada golongan orang-orang tua

hinggalah ke peringkat kanak-kanak dengan menyediakan bahan-bahan yang

beraneka media, bermutu tinggi dan mutakhir sesuai dengan kehendak semasa.

• Institusi Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan

Sebagai sebuah institusi ilmu pengetahuan dan pendidikan yang dapat menampung

semua aspek ilmu pengetahuan. Perpustakaan Masjid juga dihasratkan menjadi

lambang perhimpunan umat Islam dalam menimba ilmu pengetahuan dan secara tidak

langsung menjadi tempat mendapatkan pengajaran dan pendidikan. Bagi orang yang

tidak lagi menduduki bangku sekolah, membaca dan meneliti bahan-bahan yang

terdapat di perpustakaan masjid adalah satu cara untuk mendapatkan dan

Page 9: :5' 6.;..} 0-

7

memperolehi ilmu pengetahuan tambahan yang dapat meningkatkan dan

memperkembangkan lagi ilmu yang telah dimilikinya.

Buku serta bahan-bahan maklumat yang terdapat di perpustakaan masjid boleh

dijadikan bahan alternatif utama pada sesorang didalam merujuk kepada perkara-

perkara keagamaan yang sukar untuk diselesaikan, dengan kata lain perpustakaan

masjid bolehlah diibaratkan sebagai perpustakaan awam di sesebuah kampong atau

mukim

• Tempat Rekreasi Masa Lapang

Perpustakaan masjid disamping menyediakan bahan-bahan buku pengetahuan ugama,

ilmu pengetahuan umum (buku-buku pelajaran), hukum-hakam Islam juga semestinya

menyediakan surat-surat khabar dan majalah-majalah. Bahan-bahan tersebut

mempunyai banyak manfaat dan faedahnya bagi para pembaca untuk mengisi waktu-

waktu lapang yang ada sebagai riadah demi untuk menanamkan sikap rajin dan gemar

membaca dikalangan masyarakat islam sama ada golongan tua, muda, belia dan

sebagainya.

Dengan membaca bahan-bahan tersebut di waktu masa lapang dan terluang

membolehkan masyarakat islam sentiasa peka dan mengetahui perkembangan semasa

dan hal ehwal dunia dan akhirat.

• Tempat kemasyarakatan

Masjid bukanlah sebagai pusat peribadatan semata-mata malahan ia juga berperanan

sebagai tempat sosial / kemasyarakatan di dalam merapatkan lagi tali siraturrahim

dikalangan masyarakat Islam didalam sesebuah kampung atau mukim terutama bagi

kanak-kanak, penuntut-penuntut sekolah, belia-belia dan sebagainya.

Diantara aktiviti sosial/kemasyarakatan yang amat berfeadah dan bermanfaat untuk

dikendalikan ialah :-

Page 10: :5' 6.;..} 0-

8

Mengadakan ceramah motivasi

Mengadakan kelas tuition di masjid

Kursus kaedah mengulangkaji pelajaran

Ceramah persediaan-persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

Peraduan atau pertandingan bagi kanak-kanak, penuntut-penuntut sekolah dan

belia-belia

Tempat Penyebaran Dakwah Islamiah

Perpustakaan Masjid adalah tempat yang paling berkesan didalam penyebaran

dan Penggembangan dakwah Islamiah. Dengan adanya perkhidmatan ini di

kampung atau mukim dapat memudahkan orang-orang yang bukan berugama

Islam untuk mengunjungi masjid bagi mengetahui dan mendapatkan maklumat

mengenai Islam dengan lebih dekat dan terperinci. Bagi orang-orang muallaf dan

bagi mereka yang baru memeluk ugama Islam dengan mengunjungi

perpustakaan masjid dapatlah mereka menimba ilmu Pengetahuan dan

mendalami lagi pengetahuan tentang hukum-hakam islam melalui pembacaan

dan juga melalui tuntunan pita-pita Video dan audio yang disediakan disamping

bertanya kepada imam dan pegawai masjid.

Sebagai tempat penyebaran dakwah Islamiah perpustakaan masjid

semestinyalah mempunyai konsep terbuka kepada semua golongan pengunjung

samada kanak-kanak, orang-orang tua, orang-orang muallaf dan sebagainya

apatah lagi dikalangan orang-orang yang bukan beragama islam. Perpustakaan

masjid juga akan dapat memperkembangkan dan mengukuhkan lagi ilmu

pengetahuan Islam dalam kalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei

Darussalam.

Page 11: :5' 6.;..} 0-

9

3. PENGURUSAN PERPUSTAKAAN MASJID

3.1. Perolehan bahan

Perolehan bahan-bahan perpustakaan boleh dilakukan samada melalui :-

i. Pembelian

Pembelian bahan-bahan perpustakaan boleh dilakukan secara terus kepada kedai-

kedai buku, penerbit-penerbit, ejen-ejen pembekal, dan sebagainya.

ii. Hadiah / Ihsan

Hadiah/ihsan ialah bahan-bahan yang telah disumbangkan oleh mana-mana pihak

sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan, kementerian-kementerian, pihak-pihak

swasta, perseorangan, kedutaan-kedutaan dan sebagainya.

Disamping menerima sumbangan hadiah/ihsan daripada pihak-pihak berkenaan

pihak pengurusan perpustakaan juga bolehlah memohonkan sumbangan

hadiah/ihsan yang belum di miliki kepada pihak-pihak berkenaan di dalam usaha

untuk menambahkan lagi koleksi bahan-bahan perpustakaan masing-masing.

iii. Wakaf

Wakaf ialah sumbangan amal jariah daripada pihak-pihak perseorangan dan

sebagainya yang inginkan sumbangan mereka diabadikan dan dimanfaatkan

bersama. Ada sesetengah masyarakat yang lebih suka mewakafkan bahan-bahan

bacaan mereka untuk disimpan di perpustakaan-perpustakaan.

Dalam usaha untuk menambahkan lagi koleksi perpustakaan adalah disyorkan

supaya pegawai dan kakitangan perpustakaan akan sentiasa berusaha untuk

memohon sumbangan wakaf daripada orang-orang yang tertentu atau para

pengguna yang sudi untuk berbuat demikian.

Page 12: :5' 6.;..} 0-

10

iv. Pertukaran

Pertukaran bahan ialah pertukaran bahan-bahan perpustakaan antara sebuah

perpustakaan dengan sebuah perpustakaan yang lain ataupun antara sebuah

jabatan atau kementerian dengan sebuah jabatan atau kementerian yang lain. Hasil

daripada pertukaran bahan tersebut akan dapat menambahkan lagi koleksi bahan

perpustakaan.

3.2. Koleksi

Pada masa ini jumlah kesuluruhan buku-buku yang ada di perpustakaan masjid,

surau dan balai ibadat seluruh negara adalah sebanyak 35,619 buah buku. Manakala

di perpustakaan Ismail bin Omar Abdul Aziz di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pula

sebanyak 26,000 buah buku.

Antara koleksi yang terdapat di perpustakaan masjid adalah seperti:-

Buku-buku yang berunsurkan keagamaan, kebudayaan, sosial, adat

resam dan sebagainya yang tidak terkeluar daripada landasan fahaman ahli

sunnah waljamaah.

Buku-buku hikayat atau sejarah nabi-nabi atau sahabat nabi.

Buku-buku mengenai amalan-amalan sembahyang, puasa dan

sebagainya

Buku-buku tentang hukum-hakam agama Islam.

Buku-buku pelajaran dan sebagainya

Majalah seperti Al-Islam, Kiblat, Ummi, Dewan Islam dan sebagainya.

Warta-warta Kerajaan seperti Perintah Kanun Hukuman Jenayah

Syariah 2013, Undang-undang Negara Brunei Darussalam (Laws of

Brunei) dan sebagainya.

Page 13: :5' 6.;..} 0-

11

Kertas-kertas soalan peperiksaan seperti peperiksaan BGCE “O” dan

“A” LEVEL, Peperiksaan Darjah VI, Sijil Pelajaran Ugama ( SPU ), Sijil Tinggi

Pelajaran Ugama ( STPU ) dan sebagainya.

Majalah-majalah terbitan kerajaan, seperti: Berita Muzium ( Muzium

Journal ), Majalah Muslimin atau berita-berita terbitan jabatan

kerajaan dan sebagainya.

Laporan-Laporan aktiviti-aktiviti masjid, Majlis Perundingan

Kampong/Majlis Perundingan Mukim dan sebagainya.

3.3. PEMILIHAN DAN PEMBELIAN BUKU / BAHAN PERPUSTAKAAN

• Sebelum pembelian bahan perpustakaan dilakukan, pemilihan dan penilaian

bahan tersebut hendaklah dilakukan dengan penuh cermat dan teliti

memandangkan ada sesetengah bahan-bahan tersebut telah dicetak atau

diterbitkan berulang-ulang (ulang cetak).

• Bagi menggelakkan pembaziran dan untuk menjimatkan perbelanjaan maka

didalam urusan pembelian bahan-bahan perpustakaan perlulah berhati-hati

supaya jangan sampai terjadi pembelian yang berulang-ulang. Penyemakkan

semula bahan-bahan yang sudah terdapat diperpustakaan adalah penting

sebelum membuat pembelian.

• Memastikan yang bahan-bahan bacaan adalah bersesuaian dengan kehendak

semua peringkat golongan masyarakat. Demi untuk mendapatkan pilihan yang

baik dan sempurna adalah perlu jika sekiranya pemilihan dibuat bersama oleh

ahli-ahli jawatankuasa pemilihan (Pengarah, Penolong Pengarah dan Bahagian

Perpustakaan) memandangkan bahan-bahan tersebut akan digunakan oleh

semua golongan masyarakat yang tinggal dikawasan sekitar perpustakaan

berkenaan.

Page 14: :5' 6.;..} 0-

12

• Cara mendapatkan maklumat Pemilihan Buku / Bahan Perpustakaan adalah

melalui Kedai-kedai buku, Expo/Pameran-pameran buku, Penerbit-penerbit

buku, Ulasan-ulasan daripada majalah-majalah, surat-surat khabar dan

sebagainya.

• Penerimaan Bahan:-

Bahan-bahan yang dipesan untuk dibeli sama ada daripada kedai-kedai buku,

ejen-ejen pembekal, penerbit-penerbit yang sampai ke perpustakaan akan

disemak dengan penuh teliti terlebih dahulu agar senarai bahan-bahan yang

dipesan:-

i. Mencukupi jumlah bilangan yang dipesan

ii. Buku atau bahan-bahan tersebut adalah betul pada tajuk, pengarang,

nombor ISBN dan sebagainya.

iii. Buku atau bahan-bahan tersebut didalam keadaan baik dan memuaskan.

iv. Harganya tidak berubah seperti masa ketika pemesanan dibuat.

• Merekodkan Bahan Yang Diterima Ke Dalam Buku Ledger Atau Buku Daftar

Penerimaan dan merekodkan maklumat-maklumat berikut:-

i. Nombor bilangan pendaftaran/perolehan

ii. Tarikh penerimaan

iii. Tajuk buku

iv. Nama pengarang

v. Nama penerbit dan tahun penerbitan

vi. Jumlah bilangan diterima

vii. Harga senaskah

Page 15: :5' 6.;..} 0-

13

viii. Numbor invoice

ix. Lain-lain hal

• CAP PEROLEHAN DAN CAP PERPUSTAKAAN

Di antara maklumat-maklumat yang diperlukan didalam CAP PEROLEHAN

bahan perpustakaan ialah :-

i. Bilangan pendaftaran bahan

ii. Numbor pengkelasan

iii. Harga Buku/Wakaf/hadiah

iv. Tarikh penerimaan.

CONTOH CAP PERPUSTAKAAN / MASJID

PERPUSTAKAAN

JABATAN HAL EHWAL MASJID

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

4. PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN JABATAN HAL EHWAL MASJID DAN PERPUSTAKAAN

MASJID-MASJID

Waktu perkhidmatan

a. Perpustakaan Jabatan Hal Ehwal Masjid:

• 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari

• 1.30 petang hingga 4.30 petang

Page 16: :5' 6.;..} 0-

14

b. Perpustakaan Ismail bin Omar Abdul Aziz, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah:

• 8.30 pagi hingga 11.30 pagi

• 2.15 petang hingga 4.00 petang

c. Perpustakaan Masjid, Surau dan Balai Ibadat:

• 7.45 pagi hingga 4.30 petang

• Antara waktu sembahyang fardhu Maghrib sehingga

sembahyang fardhu Isyak

5. PEMINJAMAN BUKU

a. Perpustakaan Jabatan Hal Ehwal Masjid dan perpustakaan masjid, surau

dan balai ibadat turut menyediakan perkhidmatan peminjaman buku bagi

kemudahan orang ramai, jemaah dan penduduk di kawasan sekitarnya.

b. Tempoh peminjaman buku selama dua (2) minggu

6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI DAN KAKITANGAN MASJID DALAM

PENGURUSAN PERPUSTAKAAN MASJID

1. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran

perpustakaan dan sentiasa memastikan perpustakaan berjalan dengan

baik.

2. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan

sesuai dengan hasrat untuk menjadikan PERPUSTAKAAN MASJID sebagai

Gedung Khazanah Pusat Sumber Ilmu Pengetahuan.

3. Sentiasa berusaha untuk mengembangluaskan koleksi perpustakaan seperti

buku-buku, majalah-majalah, laporan-laporan, warta-warta kerajaan, pita-

Page 17: :5' 6.;..} 0-

15

pita video, pita-pita audio dan sebagainya bagi kegunaan rujukan, kajian

dan penyelidikan masyarakat dikawasan sekitarnya.

4. Mengenal pasti bahan-bahan yang sesuai untuk koleksi perpustakaan.

5. Hendaklah sentiasa memastikan yang buku-buku atau bahan-bahan

perpustakaan yang diterima samada daripada Agensi-Agensi Kerajaan,

dibeli, wakaf, hadiah, ihsan atau sebagainya dimasokkan kedalam buku

daftar simpanan, stok book atau ledger penerimaan buku-buku yang

berkenaan.

6. Hendaklah sentiasa memastikan keselamatan bahan-bahan perpustakaan

daripada kecurian, hilang dan rosak, disalah-gunakan dan sebagainya. Serta

berusaha untuk memperbaiki kerosakkan-kerosakkan kecil bahan-bahan

perpustakaan (seperti terkopek, kotor dan sebagainya).

7. Sentiasa menjaga kebersihan dan mengatursusun bahan-bahan

perpustakaan di rak-rak mengikut kategorinya. Perabot dan apa-apa juga

alat dan kelengkapan didalam perpustakaan hendaklah sentiasa kelihatan

bersih, kemas, teratur dan selesa.

8. Sentiasa berusaha untuk menggalakkan penggunaan perpustakaan seperti

dengan mengungkayahkan berbagai-bagai aktiviti atau kegiatan.

9. Menyediakan laporan tahunan mengenai hal ehwal perpustakaan.

7. PERATURAN DAN TATATERTIB DI PERPUSTAKAAN

1. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk orang ramai khususnya

para jemaah masjid.

2. Para pengguna mestilah berpakaian kemas serta menutup aurat dan

bersopan santun.

Page 18: :5' 6.;..} 0-

16

3. Para pengguna tidak dibenarkan makan, minum dan merokok.

4. Para pengguna tidak dibenarkan membuat bising.

5. Barang-barang berukuran besar seperti beg, bakul, kantung, kotak,

bungkusan dan sebagainya dan sebagainya adalah tidak digalakkan untuk

dibawa masuk ke perpustakaan.

6. Segala bahan yang hendak dibawa masuk ke perpustakaan seperti buku,

folder, fail dan lain-lain hendaklah ditunjukkan terlebih dahulu kepada

Pegawai Masjid.

7. Pihak Pegawai Masjid berhak untuk menegur atau mengambil tindakan jika

para pengguna melanggar tatertib dan peraturan perpustakaan.

8. Dilarang keras mengambil bahan perpustakaan tanpa merekodkan

peminjaman yang sah.

9. Perlu diingatkan bahawasanya pengguna yang berada di dalam

perpustakaan ini telah berada di dalam masjid, oleh yang demikian

pengguna adalah diharapkan sentiasa bertatatertib dan menjaga disiplin

diri ketika berada di dalam perpustakaan masjid.

8. USAHA UNTUK MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DI MASJID-

MASJID SELURUH NEGARA

Bagi memastikan rekabentuk masjid yang akan dibina bagi rancangan

Kemajuan Negara ke-9 (RKN-9) dapat melambangkan syiar islam yang

unggul, keperluan–keperluan asas seperti bilik perpustakaan, bilik

penyempurnaan jenazah dan sebagainya akan sentiasa menjadi perhatian

Jabatan Hal Ehwal Masjid. Perkara ini telah dijadikan salah satu keperluan

Page 19: :5' 6.;..} 0-

17

bagi rekabentuk bangunan masjid sepertimana yang termaktub dalam buku

Garis Panduan Pembinaan Masjid Pindaan 2014M.

Meningkatkan keupayaan perpustakaan masjid-masjid di Negara Brunei

Darussalam sebagai pusat sumber rujukan. Jelas kepada kita, masjid-masjid

bukan sahaja diterima oleh masyarakat Islam dan golongan Belia Masjid

sebagai pusat peribadatan bahkan masjid juga diperakui dan dimanfaatkan

sebagai pusat ilmu dan kemasyarakatan.

Usaha juga dipertingktakan bagi melengkapi perpustakaan-perpustakaan di

masjid-masjid dengan buku-buku, majalah-majalah dan sumber-sumber

rujukan yang bersesuaian dari dalam dan luar negeri serta memohon

tambahan peruntukan kewangan bagi pembeliannya. Usaha secara

berterusan akan dilaksanakan juga bagi mendapatkan sumbangan dari

pewakaf-pewakaf untuk mencepatkan pencapaian objektif menjadikan

perpustakaan masjid sebagai pusat sumber ilmu pengetahuan.

Pada masa ini, sebanyak 35,636 koleksi tajuk-tajuk buku telah didaftarkan

dalam simpanan data maklumat Bahagian Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal

Masjid. Disamping proses pengkatelogan buku-buku perpustakaan masjid-

masjid seluruh negara yang sedang berjalan pada masa ini, Bahagian ini juga

aktif dalam mempertingkatkan dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti dan

program perpustakaan kepada golongan kanak-kanak dan belia-belia setiap

cuti penggal persekolahan bagi mempromosikan penggunaan perpustakaan

tersebut disamping sebagai salah satu cara mendekatkan kanak-kanak dan

belia-belia unutk berjinak-jinak dan beriktikaf di masjid-masjid.

Bagi menjayakan kelas-kelas IT dan Kelas Ulangkaji bagi murid-murid yang

mengadapi peperiksaan PSR, BJCE ‘O’ & ‘A’ level yang berjalan di

Page 20: :5' 6.;..} 0-

18

perpustakaan masjid-masjid, Bahagian Perpustakaan, Jabatan Hal Ehwal

Masjid berusaha melantik guru-guru yang berpengalaman dan komited

sebagai tenaga pembimbing kelas-kelas tambahan (tuition) dan kelas-kelas

computer dimasjid-masjid dengan mengadakan perundingan bersama

pihak-pihak berkenaan serta melantik guru-guru yang berpengalaman

sebagai tenaga pembimbing.

Disamping itu, beberapa aktiviti juga diadakan untuk menarik minat

golongan kanak-kanak dan belia umntuk mendekatkan mereka ke masjid-

masjid. Antara aktiviti yang diadakan ialah:

i. Peraduan Kuiz Agama

Peraduan ini dibukakan kepada murid-murid yang belajar al-Quran dan

muqaddam dan juga anak-anak para jemaah di masjid-masjid seluruh

negara. Masjid-masjid dikehendaki mencalon/ menghantar 5 orang peserta

ke Pertandingan ini.

ii. Uji Minda

Aktiviti ini adalah untuk menguji sejauh mana pengetahuan kanak-kanak

dalam menjawab berbagai soalan yang dikemukakan secara spontan.

iii. Mari Bercerita

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pengetahuan yang

berkesan kepada kanak-kanak disamping untuk melatih kanak-kanak

tersebut supaya berani bercakap di khalayak ramai.

iv. Perhimpunan Anak-Anak Soleh dan Solehah

Aktiviti ini diadakan bagi melatih kanak-kanak untuk hidup berorganisasi

dan mematuhi segala perintah disamping untuk menjadikan mereka

mencintai masjid.

Page 21: :5' 6.;..} 0-

19

v. Peraduan Mari Mewarna

Peraduan ini bertujuan untuk menggalakan kanak-kanak supaya melakukan

kerja-kerja berkebajikan dan sehat sepanjang percutian sekolah dan waktu-

waktu tertentu. Peraduan ini juga dapat mendidik anak-anak dengan didikan

yang berguna menerusi kegiatan-kegiatan seni, agama dan sebagainya.

vi. Peraduan Membaca Jawi

Peraduan ini bertujuan untuk Memupuk Semangat Kanak-kanak supaya

suka Membaca Khususnya bahan bacaan Dalam Tulisan Jawi Di Samping

Dapat Mendorong Mereka Kearah Mencintai Buku-buku Agama Yang

Berbentuk Ilmu.

vii. Peraduan Tulisan Jawi

Peraduan ini bertujuan untuk menimbulkan rasa cinta kanak-kanak

terhadap seni khat Islam di samping dapat memperkenalkan kaedah asas

penulisan khat.

viii. Aktiviti Mari Membaca

Aktiviti ini diadakan dengan menyediakan buku buku yang beraneka perkara

di dalam menggalakkan kanak-kanak, penuntut-penuntut sekolah untuk

membaca seberapa Banyak yang mereka mampu. Aktiviti ini bertujuan bagi

memperluaskan lagi minda kanak-kanak dan penuntut-penuntut tersebut

dengan ilmu pengetahuaan yang berguna dan bermanfaat.

ix. Peraduan Membaca Khutbah

Peraduan ini disasarkan kepada belia-belia yang berumur di antara 12

hingga 18 tahun. Antara isi kandongan peraduan ini ialah menyampaikan /

membaca khutbah Jumaat yang disediakan melalui petikan khutbah-

khutbah Jumaat yang telah lalu.

Page 22: :5' 6.;..} 0-

20

x. Ceramah Bimbingan Dan Persediaan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah

(PSR), Penilaian Menengah Bawah (PMB), Brunei-Cambridge General Certificate

of Education ‘O’ dan ‘A’ Level

Kumpulan sasaran aktiviti ini adalah pelajar-pelajar yang akan menduduki

peperiksaan tersebut demi untuk persediaan diri dari sudut fizikal dan

psikologi sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan. usaha ini

juga bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap fungsi masjid

yang meluas.

xi. Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan

• Aktiviti ini diadakan untuk membentuk genersai muda yang sentiasa

mendampingi masjid disamping untuk mengisi masa lapang kanak-kanak

dan belia semasa cuti penggal persekolahan.. Antara pengisian aktiviti

tersebut adalah seperti:-

• Mari bercerita kisah-kisah nabi, rasul, kisah teladan dalam islam

• Mari mewarna gambar masjid dan huruf jawi

• Mari menulis (Tulisan jawi/khat)

• Mari melukis

• Mari membaca

• Ujiminda

• Kempen kebersihan masjid dan kawasannya

• Peraduan menghafaz doa-doa harian seperti *:-

• Doa sebelum belajar

• Doa selepas azan

Page 23: :5' 6.;..} 0-

21

• Doa selepas berwudhu

• Doa masuk/keluar Masjid

• Doa sebelum makan

• Doa menaiki kenderaan

• Doa masuk/keluar tandas

• Doa beriktikaf dalam masjid

* (Seorang kanak-kanak sekurang-kurangnya hafaz lima doa)

xii. Aktiviti Selepas Peperiksaan PSR (Penilaian Sekolah Rendah)

Aktiviti ini merupakan khidmat masjid bagi mengisi masa lapang kanak-

kanak selepas menghadapi peperiksaan di samping dapat membentuk

generasi muda yang sentiasa mendampingi dan mengimarahkan masjid.

xiii. Kelas Bahasa Arab

Beberapa buah Perpustakaan Masjid telah mengadakan kelas Bahasa Arab.

Kelas ini bertujuan bagi memberikan kemudahan para jemaah di sekitar

masjid berkenaan untuk mempelajari bahasa ini dan juga sebagai

mempelbagaikan fungsi masjid sebagai tempat menimba dan mengaut ilmu

selain peranannya sebagai tempat mengerjakan amal ibadat sembahyang

lima waktu.