48947619-m6

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN Semester 3 WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK Nama Pembentang : OOI SEOK HUI Unit : PSV (SJKC) AMBILAN JUN 2014 Nama Pensyarah : EN. CHIN KUANG TIU

Upload: shu-hui-ooi

Post on 13-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

het

TRANSCRIPT

Page 1: 48947619-m6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

Semester 3WAJ3062 HUBUNGAN ETNIK

Nama Pembentang : OOI SEOK HUIUnit : PSV (SJKC) AMBILAN JUN 2014Nama Pensyarah : EN. CHIN KUANG TIU

Page 2: 48947619-m6

Tajuk : Mensintesis Proses

Pembentukan Pembangunan Ekonomi

Mengikut Acuan Malaysia

Page 3: 48947619-m6

Pembangunan Ekonomi

Modenisasi Malaysia

Pembangunan Politik

Pembangunan Ekonomi

Page 4: 48947619-m6

Maksud Pembangunan : Merujuk kepada usaha mengubah masyarakat

atau negara daripada keadaan mundur kepada negara yang lebih maju.

Maksud Ekonomi :satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji

tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.

Page 5: 48947619-m6

EKONOMI MALAYSIA ZAMAN PENJAJAHAN

Latarbelakang

• Penjajahan British mengubah lanskap ekonomi Tanah Melayu dari pertanian sara diri kepada ekonomi komersil.

• Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing yang dibawa masuk British untuk sektor ekonomi yang sedang berkembang

• Perkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu

Page 6: 48947619-m6

• Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untuk menjajah dan membuka lombong bijih timah dan ladang getah.

• Buruh dibawa masuk dari China dan India untuk bekerja di sektor berkenaan.

• Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku

Page 7: 48947619-m6

Identifikasi Kaum Mengikut Penempatan dan Pekerjaan

• Penjajah British mementingkan jaminan jentera ekonomi dapat bergerak cekap dan teratur.

• Oleh demikian keadaan struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu.

• Dasar Pecah dan Perintah antara kaum dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar

Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kaum

• Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional

• Kegiatan ekonomi moden tertumpu di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik – menyebabkan ekonomi tradisional terpinggir.

• Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas menyebabkan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu

• Halangan Sektor Ekonomi Tradisional dari sudut tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah

Page 8: 48947619-m6

EKONOMI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

• Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah

• Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import

• Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.

Page 9: 48947619-m6

• Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

• Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8%-9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.

• Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Page 10: 48947619-m6

• Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan etnisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.

• Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.

• Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dll.

• Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

Page 11: 48947619-m6

Usaha Menghapuskan Ekonomi Mengikut Kaum• Dasar Ekonomi Baru• Dasar Pembangunan Negara• Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Page 12: 48947619-m6

KESIMPULAN

Ekonomi Malaysia yang berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi.Ekonomi dan etnisiti adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan iaitu saling mempengaruhi antara satu sama lain.Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat juga mencatatkan peningkatan sebagai bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Di samping itu , pembangunan ekonomi negara juga memberi kesan positif dalam konteks hubungan etnik.Antara lainnya , jurang kemiskinan dapat dikurangkan dan kedudukan sosioekonomi antara etnik juga kelihatan lebih seimbang .

Page 13: 48947619-m6

RUJUKAN• Mohd Asraf, et al. (2013). Hubungan Etnik. Selangor

: Oxford Fajar Sdn Bhd• Acuan Ekonomi Malaysia.

http://www.slideshare.net/haiqalmizi/4-acuan-ekonomi-malaysia. Dilayari pada 25 Ogos 2015