universiti tun hussein onn malaysia pengesahan...

47
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS TESIS IJAZAH DOKTOR FALSAFAH SESI PENGAJIAN 2015/2016 Saya AHMAD BIN ZAINAL mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan. TIDAK TERHAD Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 11, JALAN MAWAR 57, TAMAN MAWAR, 81750 PASIR GUDANG, JOHOR PROF. DR. NORAINI BTE KAPRAWI PENGARAH, PEJABAT PENGURUSAN STRATEGIK & KUALITI, UTHM, 86400 BATU PAHAT, JOHOR Tarikh: ________________________ Tarikh: __________________________ CATATAN: ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. 2 Mei 2016 2 Mei 2016

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENGESAHAN STATUS TESIS

IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

SESI PENGAJIAN 2015/2016

Saya AHMAD BIN ZAINAL mengaku membenarkan tesis ini disimpan di

Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang

termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan.

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

NO. 11, JALAN MAWAR 57,

TAMAN MAWAR,

81750 PASIR GUDANG, JOHOR

PROF. DR. NORAINI BTE KAPRAWI

PENGARAH,

PEJABAT PENGURUSAN

STRATEGIK & KUALITI, UTHM,

86400 BATU PAHAT, JOHOR

Tarikh: ________________________

Tarikh: __________________________

CATATAN:

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

2 Mei 2016 2 Mei 2016

Page 2: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

ii

Tesis ini telah diperiksa pada 15 November 2015 dan didapati memadai dari segi skop dan

kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah.

Pengerusi:

PROF. MADYA DR. MOHAMAD HISYAM BIN MOHD. HASHIM

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pemeriksa:

PROF. MADYA DR. AHMAD BIN MOHAMAD SHARIF

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

PROF. DR. WAN MOHD. RASHID BIN WAN AHMAD

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Page 3: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

iii

MODEL KELESTARIAN PROGRAM TVET BERASASKAN

KOMPETENSI PENSYARAH DAN AMALAN LESTARI

KOLEJ VOKASIONAL

AHMAD BIN ZAINAL

Tesis yang dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Teknikal & Vokasional)

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mei 2016

Page 4: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

iv

Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

2 Mei 2016

Page 5: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

v

DEDIKASI

Untuk Ayahanda & Bonda.

Almarhum Hj. Zainal bin Hj. Umar dan Hjh. Sainah Bte Hj. Sayuti

Kejayaan ini adalah berkat doa restu ayahanda dan bonda berdua.

Istimewa untuk isteri tercinta,

Ayu Zainora Bte Onn

Sokongan, dorongan dan doa adinda sentiasa mengiringi kejayaan ini.

Anak-anak tersayang,

Azmira Bte Ahmad

Azreen Sofea Bte Ahmad

Azzahra Natasha Bte Ahmad

Azzahrina Batrisyia Bte Ahmad

Doa serta pengorbanan anakanda semua mengiringi kejayaan ayahanda.

Page 6: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

vi

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya kajian ini

dapat disiapkan sebagai satu syarat kepada penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah

Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Yang Berbahagia

Profesor Dr. Noraini Kaprawi selaku penyelia utama kepada kajian ini yang telah banyak

memberikan bimbingan serta tunjuk ajar sehingga penulisan ini dapat dihasilkan dengan

sempurna dalam masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Yang

Berusaha Dr. Azman Hassan, selaku penyelia bersama yang banyak membantu, memberi

sokongan serta dorongan.

Sekalung penghargaan kepada pensyarah di UTHM, UTM dan UPM yang terlibat

secara tidak langsung dalam kajian ini iaitu; Profesor Madya Dr. Asri Selamat, Profesor

Dr. Datin Maryati Mohamed, Dr. Jamil Baser, Profesor Dr. Datin Ramlah Hamzah dan

Prof. Madya Dr. Yahya Buntat. Jutaan terima kasih kepada pegawai dan pembuat dasar di

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG)

yang telah memberi input dan maklumat berguna iaitu; Dr. Hj. Abd. Rahman Ayub, Dr.

Roslee Ibrahim, Dr. Hj. Abd. Aziz Sahat @Ashari, Dr. Hj. Mohd Nordin A. Bakar dan

Dr. Hjh. Maskiah Masrom.

Terima kasih kepada Pengarah-Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pensyarah

Kolej Vokasional yang terlibat iaitu; KV Kluang, KV Batu Pahat, KV ERT Azizah, KV

Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV Kucing.

Setinggi penghargaan kepada sahabat seperjuangan iaitu; Dr. Hjh. Fatimah Mustafa, Dr.

Mohd. Zairi Husain, Dr. Johar Bunimin, Dr. Azhari Mariani dan Dr. Bahiyah Abd. Wahab

atas dorongan motivasi serta sokongan. Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada

Bahagian Tajaan KPM kerana menganugerahkan biasiswa HLP dan pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Page 7: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

vii

ABSTRAK

Malaysia beriltizam untuk mengamalkan konsep kelestarian selaras dengan saranan

UNESCO bagi memastikan masa depan yang lestari. Justeru, peranan dan sumbangan

institusi TVET terhadap kelestarian adalah sangat proaktif dan praktikal untuk menangani

isu pemeliharaan alam sekitar di samping meningkatkan ekonomi, sosial dan budaya tanpa

menjejaskan generasi akan datang. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk

menghasilkan Model Kelestarian Program TVET berasaskan Kompetensi Pensyarah dan

Amalan Lestari di Kolej Vokasional. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan

Sequential Exploratory Design dengan mengaplikasikan pendekatan tinjauan deskriptif

dan inferensi. Pengumpulan data dilakukan dalam dua fasa iaitu; Fasa 1: memperoleh dan

menganalisis data kualitatif berdasarkan analisis dokumen dan temu bual pakar. Analisis

kebolehpercayaan Fleiss Kappa digunakan untuk menentukan indeks persetujuan pakar

terhadap setiap item yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, nilai pekali 0.85 pada

elemen kompetensi dan indikator kelestarian program TVET manakala nilai pekali 0.73

pada elemen amalan kelestarian adalah berada pada skala baik. Seterusnya, pada peringkat

Fasa 2: penyelidik memperoleh dan menganalisis data kuantitatif melalui soal selidik yang

dibangunkan serta membentuk dan mengesahkan Model. Sampel kajian terdiri daripada

351 orang pensyarah Kolej Vokasional seluruh Malaysia mengikut zon terpilih. Dapatan

kajian kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian Winstep V3.69.1.11 dan SPSS

version 20.0 dengan pendekatan Model Rasch. Dapatan analisis elemen kompetensi

pensyarah menunjukkan bahawa tahap sedia ada adalah sederhana (min=3.46) berbanding

tahap yang diperlukan (min=4.40) adalah lebih tinggi. Bagi amalan lestari, tahap sedia ada

(min=3.41) juga sederhana dan tahap yang diperlukan (min=4.41) adalah tinggi. Manakala

kelestarian program TVET tahap sedia ada (min=3.10) adalah sederhana dan tahap yang

diperlukan (min=4.42) adalah tinggi. Ianya menunjukkan bahawa secara umumnya tahap

diperlukan adalah lebih tinggi berbanding tahap sedia ada. Hasil dapatan analisis ujian

Wilcoxon-T berserta rajah boxplot terhadap elemen Kompetensi (z= -16.102; p < 0.05),

elemen Amalan Kelestarian (z= -15.805; p < 0.05) dan indikator Kelestarian Program

TVET (z= -15.901; p < 0.05) menunjukkan bahawa terdapat jurang perbezaan yang sangat

tinggi antara tahap sedia ada dan tahap yang diperlukan pensyarah KV. Bagi ujian Analisis

Regresi Pelbagai menggunakan kaedah Stepwise Estimation mendapati kesemua elemen

pemboleh ubah bebas Kompetensi Pensyarah dengan nilai R2=0.374 menyumbang 37.4%

varian lebih tinggi berbanding pemboleh ubah moderator iaitu Amalan Lestari dengan

nilai R2=0.310 yang hanya menyumbang 31.0% varian terhadap Kelestarian Program

TVET. Akhirnya, daripada dapatan analisis Model Kelestarian Program TVET telah dapat

dibangunkan berasaskan Kompetensi Pensyarah yang terdiri daripada elemen;

(Pengetahuan Vokasional, Kemahiran Kefungsian, Nilai dan Profesionalisme) dan elemen

Amalan Lestari di Kolej Vokasional.

Page 8: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

viii

ABSTRACT

Malaysia is committed to adopt the concept of sustainability with the recommendations of

UNESCO to ensure a sustainable future. Hence, the role and contribution of TVET

institutions to sustainability is very proactive and practical way to address the issue of

environmental preservation while enhancing the economic, social and cultural rights

without compromising future generations. Therefore, this research is carried out in order

to produce A Sustainable Program of TVET Model based on Lecturers’ Competency and

Sustainable Practice in Vocational College. This study uses a combination of methods

Exploratory Sequential-Mix Design Method by applying a descriptive and inferens survey

approach. The reliability of Fleiss Kappa analysis is used to determine the index of each

item approvals experts developed. Overall, the researchers obtained a coefficient of 0.85

in competency and sustainable TVET program elements and the coefficient of 0.73 based

on the elements of sustainable practices that are at scale of well. Next, at the stage of

Phase 2: Researchers obtained and analyses quantitative data through a questionnaire

developed as well as developing and model validation. The sample consisted of 351

lectures throughout Malaysian Vocational College in selected zones. The findings were

analyses quantitatively using SPSS version Winstep V3.69.1.11 and 20.0 with the Rasch

model approach. The result of element analysis showed that the level of competency of

lecturers available are moderate (mean=3.46) compared to the required level

(mean=4.40) were higher. For sustainable practices, the existing level (mean=3.41) is

also simple and the required level (mean = 4:41) is high. While the preservation of the

existing TVET program level (mean=3.10) are simple and the required level (mean=4.42)

is high. It shows that in general the level required is higher than current levels. The results

of analysis Wilcoxon -T test along boxplot diagram of the elements of Competency (z= -

16.102;p<0.05), elements of Sustainability Practices (z= -15.805;p<0.05) and indicators

f Sustainability TVET Program (z= -15 901;p<0.05) shows that there is a very high gap

between the existing level and the required level VC lecturer. Analysis using Stepwise

Multiple Regression Estimation found that all the independent variables Vocational

Competencies Lecturer of Knowledge, Skills functionality, value and professionalism with

R2=0.374, contributing 37.4% of the variance was higher than the variable moderator of

Sustainable Practices with R2=0.310 which only accounts for 31.0% of the variance to

the preservation of TVET programs. Finally, from the results of the analysis of TVET

Program Sustainability Model was developed based Lecturers’ Competency consisting of

elements; (Vocational Knowledge, Functional Skills, Values and Professional) and

Sustainable Practices elements in Vocational College.

Page 9: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

ix

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PEMERIKSA

JUDUL

PERAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

ix

xiv

xv

xviii

xx

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Tujuan Kajian

1.5 Objektif Kajian

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Hipotesis Kajian

1.8 Kepentingan kajian

1.9 Skop Kajian

1.10 Batasan Kajian

1.11 Kerangka Konseptual Kajian

1.12 Definisi Operasional

1.13 Rumusan

1

7

19

21

22

22

23

23

24

25

25

27

31

Page 10: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

x

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 32

2.1 Pendahuluan

2.2 Pembangunan Lestari

2.2.1 Sejarah Pembangunan Lestari Peringkat Global

2.2.2 Strategi Pembangunan Lestari

2.2.3 Konsep Pembangunan Lestari

2.2.4 Idea Pembangunan Lestari

2.3 Pendidikan Pembangunan Lestari

2.3.1 Dekad Pendidikan Pembangunan Lestari

2.3.2 Matlamat UNDESD

2.3.3 Peranan UNESCO dalam DESD

2.3.4 Kepentingan Pendidikan Pembangunan Lestari

2.4 Halangan Mengorientasikan Kelestarian

2.5 Cabaran Mengorientasikan Kelestarian

2.6 Kelestarian Program TVET Negara SEAMEO-VOCTECH

2.7 Sejarah Program TVET di Malaysia

2.8 Kolej Vokasional (KV)

2.9 Kurikulum Kolej Vokasional (KKV)

2.10 Transformasi Kolej Vokasional (TKV)

2.11 Transformasi Pentafsiran Kolej Vokasional (TPKV)

2.12 Kajian-Kajian Dalam dan Luar Negara

2.13 Model-model Kelestarian

2.14 Kompetensi Pensyarah KV

2.14.1 Pengetahuan Vokasional

2.14.2 Kemahiran Kefungsian

2.14.3 Nilai

2.14.4 Profesionalisme

2.15 Amalan Lestari

2.15.1 Amalan Lestari Alam Sekitar

2.15.2 Amalan Lestari Ekonomi

2.15.3 Amalan Lestari Sosial

2.15.4 Amalan Lestari Budaya

2.16 Kelestarian Program TVET

2.16.1 Prasarana

2.16.2 Reka Bentuk Kurikulum

2.16.3 Perhubungan Industri

2.16.4 Pembangunan Staf

2.16.5 Jaminan Kualiti

2.17 Rumusan

32

32

34

37

37

49

41

43

44

46

47

48

51

52

57

59

59

61

64

65

82

88

89

91

92

93

95

96

97

98

99

100

102

102

104

107

108

110

Page 11: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xi

BAB 3 METODOLOGI 111

3.1 Pendahuluan

3.2 Reka Bentuk Penyelidikan

3.3 Operasional Kajian

3.4 Prosedur Kajian

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian

3.6 Instrumen Kajian

3.7 Model Pengukuran Rasch

3.8 Analisis Data Berdasarkan Model Pengukuran Rasch

3.9 Kajian Keperluan (Pembentukan Konstruk & Item)

3.9.1 Tujuan Kajian dan Menentukan Kumpulan Sasaran

3.9.2 Mengenal Pasti dan Mentakrif Konstruk

3.9.3 Mengenal Pasti Dimensi Konstruk

3.9.4 Temu Bual

3.9.5 Memilih Format Penilaian

3.9.6 Penulisan Item

3.9.7 Semakan Melalui Indeks Persetujuan Fleiss Kappa

3.9.8 Kesahan Kandungan dan Muka

3.9.9 Membaiki & Menyediakan Item: Kajian Rintis

3.10 Kajian Rintis

3.10.1 Penyediaan Instrumen Kajian Rintis

3.10.2 Kebolehpercayaan Item dan Responden

3.10.3 Indeks Pengasingan Responden

3.10.4 Polarity Item

3.10.5 Kesesuaian (fit) Item

3.10.6 Korelasi Residual Terpiawai Item

3.10.7 Peta Item-Individu

3.11 Kajian Sebenar

3.11.1 Penyediaan Instrumen Kajian Sebenar

3.11.2 Analisis Data (Aplikasi Model Pengukuran Rasch)

3.11.3 Analisis Komponen Utama (PCA)

3.11.4 Kriteria yang diperlukan dalam PCA

3.12 Rumusan

111

112

114

116

117

120

122

124

125

125

125

126

127

128

129

129

130

131

131

132

133

133

133

134

134

135

136

136

136

138

140

141

Page 12: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xii

BAB 4 ANALISIS DATA 142

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis Data Kualitatif

4.2.1 Elemen Kompetensi Pensyarah dan Amalan

Lestari serta Indikator Kelestarian Program TVET

4.3 Analisis Data Kuantitatif

4.3.1 Analisis Kajian Rintis

4.3.2 Tahap Kompetensi Pensyarah KV

4.3.3 Tahap Amalan Lestari

4.3.4 Tahap Kelestarian Program TVET

4.3.5 Perbezaan Tahap Antara Kompetensi, Amalan

Lestari dan Kelestarian Program TVET

4.3.6 Sumbangan Kompetensi Pensyarah dan Amalan

Lestari Terhadap Kelestarian Program TVET

4.3.7 Model Kelestarian Program TVET

4.3.8 Analisis Soalan Terbuka

4.4 Rumusan

142

143

143

160

160

165

169

175

180

188

203

215

216

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 217

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

5.2.1 Kesesuaian Elemen Kompetensi Pensyarah dan

Amalan Lestari serta Indikator Kelestarian

Program TVET

5.2.2 Tahap Kompetensi Pensyarah yang Sedia Ada

dan Diperlukan

5.2.3 Tahap Amalan Lestari yang Sedia Ada dan

Diperlukan

5.2.4 Tahap Kelestarian Program TVET yang Sedia Ada

dan Diperlukan

5.2.5 Perbezaan Jurang (Gap) antara Tahap Sedia Ada

dan Tahap yang Diperlukan bagi

Kompetensi Pensyarah, Amalan Lestari dan

Kelestarian Program TVET di Kolej Vokasional

5.2.6 Sumbangan Kompetensi Pensyarah dan Amalan

Lestari Terhadap Kelestarian Program TVET

5.2.7 Model Kelestarian Program TVET berasaskan

Kompetensi dan Amalan Pensyarah di Kolej

Vokasional Memenuhi Kriteria Analisis

Komponen Utama

217

218

219

240

244

247

251

254

259

Page 13: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xiii

5.2.8 Perbincangan Dapatan Analisis Soalan Terbuka

5.3 Kesimpulan

5.3.1 Implikasi Kajian

5.4 Cadangan Kajian

5.4.1 Cadangan Kepada Pembuat Dasar dalam

Program TVET

5.4.2 Cadangan Kepada Pembangunan Elemen

Kompetensi dan Amalan Lestari serta Indikator

Kelestarian Program TVET di Kolej

Vokasional

5.4.3 Cadangan Kepada Pembangunan Teoretikal dan

Model Kelestarian Program TVET

5.4.4 Cadangan Kepada Pembangunan Instrumen

5.4.5 Cadangan Kepada Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

VITA

263

264

268

269

269

269

270

271

271

273

274

295

379

Page 14: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xiv

SENARAI LAMPIRAN

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

P

Q

R

S

T

U

Borang Soal Selidik

Analisis Data Kajian Rintis

Analisis Data Fleiss Kappa

Analisis Data Kajian Sebenar

Analisis Temu Bual Awalan

Analisis Dokumen

Analisis Temu Bual Pakar

Analisis Persetujuan Pakar

Borang Soalan Temu Bual awalan

Borang Soalan Temu Bual Pakar

Borang Pengesahan & Perakuan Pakar

Borang Pengesahan Responden

Bilangan Pensyarah Kolej Vokasional

Senarai Nama & Jawatan Temu Bual Pakar

Senarai Nama Peserta & Jawatan Temu Bual Awalan

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Konstruk & Dimensi Kajian Rintis

Pengesahan Muka & Kandungan

Analisis Demografi

Vita Penyelidik

295

300

304

307

334

339

342

347

351

353

354

366

371

372

373

374

376

377

378

379

Page 15: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xv

SENARAI JADUAL

3.1 Prosedur Kajian 116

3.2 Pendekatan statistik kajian 117

3.3 Populasi Kajian 118

3.4 Saiz Sampel Untuk Pelbagai Populasi 118

3.5 Cadangan Pemilihan Saiz Sampel 120

3.6 Pemarkahan Skala Likert 121

3.7 Konstruk dan Dimensi Kajian 126

3.8 Skala Persetujuan Kappa 130

4.1 Analisis Dokumen Elemen Kompetensi 145

4.2 Analisis Dokumen Elemen Pengetahuan Vokasional 145

4.3 Analisis Dokumen Elemen Kemahiran Kefungsian 146

4.4 Analisis Dokumen Elemen Nilai 147

4.5 Analisis Dokumen Dimensi Elemen Profesionalisme 148

4.6 Analisis Dokumen Elemen Amalan Lestari 149

4.7 Analisis Dokumen Elemen Kelestarian Program TVET 150

4.8 Ringkasan Temu bual Pakar berkaitan dengan Elemen Kompetensi 151

4.9 Analisis Perbandingan Elemen Kompetensi Berdasarkan

Temu Bual Pakar 153

4.10 Ringkasan Temu Bual Pakar Berkaitan Dengan Elemen Amalan 153

4.11 Analisis Perbandingan Elemen Amalan Kelestarian

Berdasarkan Pakar 155

4.12 Ringkasan Temu bual Pakar berkaitan dengan Indikator

Kelestarian Program TVET 155

4.13 Analisis Perbandingan Indikator Kelestarian Program TVET

Berdasarkan Temu Bual Pakar 157

4.14 Analisis Nilai pekali persetujuan Fleiss Kappa bagi item

Kompetensi Pensyarah KV 158

4.15 Analisis Nilai pekali Fleiss Kappa setiap elemen item Amalan

Lestari Pensyarah 159

4.16 Analisis Nilai pekali Fleiss Kappa setiap elemen item Kelestarian

Program TVET 159

Page 16: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xvi

4.17 Analisis Nilai pekali persetujuan Fleiss Kappa bagi Keseluruhan

item Soal Selidik 160

4.18 Nilai Kebolehpercayaan Responden 161

4.19 Nilai Kebolehpercayaan Item 161

4.20 Nilai Point Measure Correlation 162

4.21 Nilai MNSQ outfit dan in fit, nilai Zstd 163

4.22 Korelasi Residual Terpiawai Terbesar pada Item 163

4.23 Ringkasan Pemeriksaan Kefungsian Item Soal Selidik 164

4.24 Analisis Tahap bagi Elemen Kompetensi 166

4.25 Analisis Tahap Elemen Pengetahuan Vokasional 167

4.26 Analisis Tahap Elemen Kemahiran Kefungsian 167

4.27 Analisis Tahap Elemen Nilai 168

4.28 Analisis Tahap Elemen Profesionalisme 169

4.29 Analisis Tahap Amalan Kelestarian 170

4.30 Analisis Tahap berdasarkan Item Elemen Alam Sekitar 171

4.31 Analisis Tahap berdasarkan Item Elemen Ekonomi 173

4.32 Analisis Tahap berdasarkan Item Elemen Sosial Analisis

Tahap berdasarkan Item Elemen Sosial 173

4.33 Analisis Tahap berdasarkan Item Elemen Budaya 174

4.34 Analisis Tahap bagi Elemen Kelestarian Program TVET 175

4.35 Analisis Tahap berdasarkan item Indikator Prasarana 176

4.36 Analisis Tahap berdasarkan item Indikator Reka Bentuk Kurikulum 177

4.37 Analisis Tahap berdasarkan item Indikator Perhubungan Industri 178

4.38 Analisis Tahap berdasarkan item Indikator Pembangunan Staf 179

4.39 Analisis Tahap berdasarkan item Indikator Jaminan Kualiti 180

4.40 Analisis Perbezaan/jurang (gap) Elemen Pengetahuan Vokasional 181

4.41 Analisis Perbezaan/jurang (gap) Elemen Kemahiran Kefungsian 182

4.42 Analisis Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Nilai 183

4.43 Analisis Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Profesionalisme 184

4.44 Analisis Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Kompetensi 185

4.45 Analisis Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Amalan Kelestarian 186

4.46 Analisis Perbezaan/Jurang (gap) Indikator Kelestarian

Program TVET 187

4.47 Analisis Ringkasan Model Regresi Pelbagai Sumbangan

Elemen Kompetensi 188

4.48 Analisis Model Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen

Kompetensi 189

4.49 Analisis ANOVA Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen

Kompetensi 189

4.50 Analisis Koefisien Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen

Kompetensi 190

Page 17: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xvii

4.51 Analisis Model Regresi Pelbagai Sumbangan Kemahiran Kefungsian 191

4.52 Analisis ANOVA Regresi Pelbagai Sumbangan Kemahiran

Kefungsian 192

4.53 Analisis Koefisien Regresi Pelbagai Sumbangan Kemahiran

Kefungsian 192

4.54 Analisis Model Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen

Profesionalisme 194

4.55 Analisis ANOVA Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen

Profesionalisme 194

4.56 Analisis Koefisien Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen

Profesionalisme 195

4.57 Analisis Model Regresi Pelbagai Sumbangan Pengetahuan

Vokasional 196

4.58 Analisis ANOVA Regresi Pelbagai Sumbangan Pengetahuan

Vokasional 197

4.59 Analisis Koefisien Regresi Pelbagai Sumbangan Pengetahuan

Vokasional 197

4.60 Analisis Model Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen Nilai 199

4.61 Analisis ANOVA Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen Nilai 199

4.62 Analisis Koefisien Regresi Pelbagai Sumbangan Elemen Nilai 199

4.63 Analisis Model Regresi Pelbagai Sumbangan Amalan Lestari 201

4.64 Analisis ANOVA Regresi Pelbagai Sumbangan Amalan Lestari 201

4.65 Analisis Koefisien Regresi Pelbagai Sumbangan Amalan Lestari 202

4.66 Nilai MNSQ maksimum setiap elemen 204

4.67 Analisis Komponen Utama (PCA) bagi elemen Pengetahuan

Vokasional 206

4.68 Analisis Komponen Utama bagi Kemahiran Kefungsian 206

4.69 Analisis Komponen Utama bagi elemen Nilai 206

4.70 Analisis Komponen Utama bagi elemen Profesionalisme 207

4.71 Analisis Komponen Utama bagi elemen Alam Sekitar 208

4.72 Analisis Komponen Utama bagi elemen Ekonomi 209

4.73 Analisis Komponen Utama bagi elemen Sosial 209

4.74 Analisis Komponen Utama bagi elemen Budaya 210

4.75 Analisis Komponen Utama bagi elemen Prasarana 211

4.76 Analisis Komponen Utama bagi elemen Reka Bentuk Kurikulum 211

4.77 Analisis Komponen Utama bagi elemen Perhubungan Industri 212

4.78 Analisis Komponen Utama bagi elemen Pembangunan Staf 212

4.79 Analisis Komponen Utama bagi elemen Jaminan Kualiti 213

4.80 Ringkasan Dapatan Hasil Analisis Komponen Utama

Kesemua Elemen 214

4.81 Analisis Soalan Terbuka 215

Page 18: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xviii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 26

2.1 Tiga Tunggak Pembangunan Lestari (UNESCO, 2002) 40

2.2 Bulatan Sepusat (UNESCO, 2005) 40

2.3 Bulatan Saling Bertindan (UNESCO, 2008) 41

2.4 Kerangka Konseptual SDCP (Chnien, 2005) 69

2.5 Dimensi ESD dan masyarakat (Zhilei & Yin, 2010) 74

2.6 Kluster Pembangunan Lestari (Morgenstern & Mayer, 2005) 76

2.7 Model Kompetensi (Breiting, Mayer & Morgenstern, 2005) 76

2.8 Model Dinamik Kompetensi Lestari dalam Pendidikan Guru

(Sleurs & Willy, 2008) 77

2.9 Kerangka Konsep CTE (Kaprawi & Azroai, 2009) 80

2.10 Kerangka Konsep ESD dalam program TVET

(Minghat & Yassin, 2010) 81

2.11 Model Dimensi Tiga Asas Lestari (UNDESD, 1992) 83

2.12 Model The Egg of Sustainability (Guijt & Moiseev, 2001) 83

2.13 Model Piramid Lestari (Atkinson, 2001) 84

2.14 Model Prism Kelestarian (Kain, 2000) 85

2.15 Model Empat Tunggak Kelestarian (Herman & John, 1994) 85

2.16 Model Kelestarian Budaya (Hawkes, 2001) 86

3.1 Reka Bentuk Kajian Mix Method Exploratory Sequential Design

(Creswell & Clark, 2011; Creswell, 2012; 2003) 113

3.2 Kerangka Operasional Kajian 115

3.3 Sistem Kod Temu Bual Pakar (Selamat, A., 2009) 128

3.4 Formula Fleiss Kappa 130

4.1 Boxplot bagi ujian Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Kompetensi 181

4.2 Boxplot bagi ujian Perbezaan Jurang (gap) Elemen Pengetahuan

Vokasional 182

4.3 Boxplot bagi ujian Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Kemahiran

Kefungsian 183

4.4 Boxplot bagi ujian Perbezaan /Jurang (gap) Elemen Nilai 184

4.5 Boxplot bagi ujian Perbezaan/Jurang (gap) Elemen Profesionalisme 185

4.6 Boxplot bagi ujian Perbezaan/Jurang (gap) Elemen

Amalan Lestari 186

Page 19: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xix

4.7 Boxplot bagi Perbezaan/Jurang (gap) Indikator Kelestarian

Program TVET 187

4.8 Elemen membentuk Model Kompetensi Pensyarah KV 208

4.9 Elemen membentuk Model Amalan Kelestarian Pensyarah KV 210

4.10 Elemen membentuk Model Kelestarian Program TVET 213

4.11 Elemen membentuk keseluruhan elemen Model Kelestarian

Program TVET 215

5.1 Sumbangan Elemen Kompetensi Terhadap Kelestarian

Program TVET 256

5.2 Sumbangan Elemen Amalan Terhadap Kelestarian

Program TVET 257

5.3 Model Kelestarian Program Pendidikan Teknikal & Latihan

Vokasional (TVET) berdasarkan Kompetensi dan Amalan

Pensyarah Kolej Vokasional 258

5.4 Model Kelestarian Program TVET Berasaskan Kompetensi

Pensyarah dan Amalan Lestari di Kolej Vokasional 262

Page 20: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xx

SENARAI SINGKATAN

BPK Bahagian Perancangan Kurikulum

BPTV Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

CE Continuing Education

COTVET Council for Technical and Vocational Education and Training

CPSC Colombo Plan Staff College

CSCT Competencies Sustainable Curriculum of Teacher

DESD Decade of Education for Sustainable Development

DV Dependent Variable

DVM Diploma Vokasional Malaysia

DIF Differential Item Functioning

EFA Education for All

EfS Education for Sustainability

ENSI Environment and School Initiative

ESD Education for Sustainable Development

FSSD Framework for Strategic Sustainable Development

FPN Falsafah Pendidikan Malaysia Kebangsaan

GDIF Gender Differential Item Functioning

HE Higher education

HKCAA Hong Kong Council for Academic Accreditation

HIG University of Gävle

IV Independent Variable

IPT Institut Pengajian Tinggi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPG Institut Pendidikan Guru

ITE Institute of Technical Education

IUCN International Union for Sustainability of Nature

Page 21: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xxi

IACET International Association for Continuing Education and Training

JIP Johannesburg Implementation Planning

JPTek Jabatan Pendidikan Teknikal

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

KSAS Knowledge, Skill & Attitude Sosial

KV Kolej Vokasional

KKV Kurikulum Kolej Vokasional

MV Moderating Variable

MDGs Millennium Development Goals

MEEG Monitoring and Evaluation Expert Group

MERIC Missouri Economic Research and Information Center

MEB Model Ekonomi Baharu

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

MNSQ Mean Square

MOSTE Ministry of Science, Technology and Innovation

NAPESD National Action Plan for Education for Sustainability

NGO Non-Governmental Organization

NKPI National Key Performance Indicators

NOSS Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan

OJT On Job Training

OVEC Office Of The Vocational Education Commission

OPP3 Third Outline Perspective Plan

PAV Pendidikan Asas Vokasional

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

PCA Principle Component Analysis

PCE Parliamentary Commission for the Environment

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

PPV Mengarusperdanakan Pendidikan Vokasional

PRIAS Projek Riadah Alam Sekitar

Page 22: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xxii

PTMEA CORR Point Measure Correlation

RMK-7 Rancangan Malaysia Ke-7

RMK-8 Rancangan Malaysia Ke-8

RMK-9 Rancangan Malaysia Ke-9

RMK-10 Rancangan Malaysia Ke-10

SD Sustainable Development

SDC Concept Sustainable Development

SDCP Sustainable Development Competency Profile

SEAVERN Southeast Asian Vocational Education Research Network

SEAMEO Southeast Asian Ministers of Education Organization

SKK Standard Kemahiran Kebangsaan

SLR Systematic Literature Review

SMV Sekolah Menengah Vokasional

SSD Strategic Sustainable Development

TPV Transformasi Pendidikan Vokasional

TVET Technical and Vocational Education and Training

TVSD Technical and Vocational Skills Development

UN United Nations

UA Universiti Awam

VC Vocational College

UK United Kingdom

US United State (of America)

UNEP United Nations Environment Program

UNCED United Nations Conference on Environment and Development

UNCSD United Nations Commission for Sustainable Development

UNDESA United Nations Department of Economic and Social Affairs

UNECE United Nations Economic Commission for Europe

UNESCO United Nations Educational Scientific and Cultural Organization

UNEVOC United Nations Education for Vocational

UNGA United Nations General Assembly

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 23: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

xxiii

VET Vocational Education and Training

VTI Vocational Training Institute

WCED World Commission on Environment and Development

WCS World Conservation Strategy

WSSD World Summit on Sustainable Development

WTO World Trade Organization

WWF World Wildlife Fund

6R Reduce, Reuse, Renew, Recycle, Repair and Rethink

Page 24: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Konsep kelestarian merupakan gagasan dan inisiatif PBB yang paling proaktif dan

praktikal untuk menangani isu bagi mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan

pemeliharaan alam sekitar di samping meningkatkan ekonomi, sosial dan budaya tanpa

menjejaskan generasi akan datang (Salleh, 2000; dan Egan, 2004). Kenyataan ini turut

disokong oleh (Kevany, 2007; Kaprawi et al., 2009; Azroai, 2010; dan Minghat, 2012)

yang menyatakan bahawa, matlamat utama kelestarian adalah menekankan pembangunan

masyarakat terutama graduan dan pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

nilai-nilai yang menyokong tingkah laku yang lestari, berdaya maju dan mempunyai

kualiti hidup yang lebih baik. Sehubungan itu, program TVET merupakan kunci utama

dalam pembangunan lestari berdasarkan kenyataan berikut:

“Since education is considered the key to effective development strategies,

Technical and Vocational Education and Training (TVET) must be the

master key that can alleviate poverty, promote peace, conserve the

environment, improve the quality of life for all and help achieve sustainable

development”. (UNESCO, 2004a, ms.18)

Kenyataan ini bersesuaian dengan kajian Pavlova & Chunlin (2009) bahawa,

program TVET adalah kunci utama kepada kelestarian. Sehubungan itu, pendidik di

institusi pembekal TVET perlu mempunyai kompetensi dan amalan lestari sebagai tindak

balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesan masyarakat terhadap

alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya dalam menempuhi abad ke-21.

Page 25: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

2

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu ke-57 yang diadakan di

Johannesburg, Afrika Selatan pada Disember 2002 telah diisytiharkan sebagai Dekad

Pendidikan untuk Pembangunan Lestari atau Decade for Education for Sustainable

Development sebagai platform global yang bertujuan untuk menerapkan konsep

kelestarian dalam semua bidang pembelajaran (UNESCO, 2004). Menurut Combes

(2005) dan Gadotti (2008), institusi TVET perlu membangunkan inisiatif yang boleh

mempamerkan peranan bagi menyesuaikan kelestarian dalam pendidikan untuk

pembangunan lestari. Elias (2006) turut menyatakan bahawa, semua peringkat pendidikan

di seluruh dunia akan berusaha ke arah membuat perubahan dalam kurikulum untuk

mencerminkan konsep kelestarian dalam program TVET (UNESCO-UNEVOC, 2004).

Sehubungan itu, DESD 2005-2014 telah dilancarkan oleh UNESCO pada bulan

Mac 2005 telah membawa kepada satu pendekatan baru bagi mengatasi permasalahan

kemusnahan alam sekitar dan pembangunan global yang pantas (UNESCO, 2005a).

Pendekatan ini adalah berasaskan kepada Pendidikan untuk Pembangunan Lestari atau

dikenali sebagai Education for Sustainable Development. Inisiatif ini bertujuan untuk

mengorientasikan elemen-elemen dan nilai-nilai yang wujud dalam prinsip atau tunggak

kelestarian untuk diterapkan ke semua aspek pembelajaran bagi menggalakkan perubahan

dalam tingkah laku masyarakat ke arah lebih lestari dan adil (Paden, 2007; Tilbury, 2005a;

UNESCO, 2004; 2004a; 2004b; 2004c; 2005a; 2005b; dan UNGA, 2002).

Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon (2012) berhujah dalam persidangan Rio +20

bahawa, cabaran utama dalam dekad ini adalah untuk menyediakan asas kukuh kepada

pembangunan alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya yang lebih lestari. Tanpa

sumbangan pendidikan khususnya dalam pendidikan untuk pembangunan lestari, adalah

mustahil untuk mencapai kesejahteraan hidup. Pendidikan memberi kuasa kepada orang

ramai yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan keyakinan mereka bagi membentuk

masa depan yang lebih stabil dan aman. Lundholm (2005) pula berpendapat, program

TVET yang lestari akan dapat membantu membangunkan pekerja mahir yang mempunyai

pengetahuan dan komitmen kepada pembangunan lestari serta pengetahuan Teknikal dan

Vokasional yang diperlukan.

Page 26: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

3

Pendidikan pembangunan lestari juga telah mengubah corak penggunaan teknik

teknologi dan pengeluaran baru yang diubahsuai mengikut keperluan yang lebih ke arah

kelestarian (Majumdar, 2009). Sehubungan itu, pembekal TVET berhadapan dengan

amalan untuk membekalkan tenaga kerja berdasarkan latihan tidak formal dan formal

untuk meningkatkan prestasi kemahiran vokasional dan kemahiran kelestarian.

Berdasarkan Laporan Akhir PIPP (2006-2010), KPM telah mengenal pasti isu-isu yang

memerlukan perhatian dan tindakan lanjut dalam perancangan pendidikan dan cabaran

pada masa hadapan. Selain daripada itu, ia selaras dengan sistem TVET di Malaysia

sebagai sebuah negara industri yang pesat membangun yang mana pembangunan sumber

manusia di negara ini adalah berdasarkan pertumbuhan ekonomi dan industri yang

berasaskan sumber manusia yang berilmu atau juga lebih dikenali sebagai k-economy

(Ab. Hadi, 2009).

Buntat (2004) berpendapat, sumber tenaga yang berkemahiran tinggi boleh

menjamin sistem pengeluaran industri negara menjadi lebih produktif dan lebih efisien

serta dapat membantu eksport negara di pasaran antarabangsa. Kazilan (2008) juga turut

berpendapat, bagi terus memastikan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan dan

terus melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, KPM mencadangkan

tindakan susulan dalam Melestarikan Pendidikan Vokasional sejajar dengan Transformasi

Pendidikan Vokasional melalui hubungan kolaboratif dengan industri.

Tujuannya adalah bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran pendidik yang

berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir selaras dengan matlamat pendidikan

pembangunan lestari di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

mengiktiraf kepentingan program dan kurikulum TVET dalam mencapai matlamat dan

aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru itu,

program TVET yang merangkumi pelbagai subjek telah dibangunkan secara meluas di

sekolah-sekolah menengah. Dalam perkembangan selanjutnya, mata pelajaran dalam

kurikulum TVET terdiri daripada 22 mata pelajaran elektif yang mana salah satu daripada

mata pelajaran dalam TVET telah diberi penekanan dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) 2006-2010 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (PIPP, 2006; dan

Minghat, 2012).

Page 27: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

4

Kementerian Pendidikan Malaysia juga turut mencontohi Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) serta mengikuti cadangan-cadangan yang disyorkan oleh

Persidangan Bumi dengan menerapkan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum dan

kokurikulumnya supaya pelajar memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai serta pada masa

yang sama mesra alam dan lestari. Malah bagi meningkatkan lagi keberkesanan sekolah

sebagai pusat kecemerlangan alam sekitar Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar telah

diperkenalkan bagi tujuan untuk membentuk satu persekitaran sekolah yang

menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari aspek pengurusan,

kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah.

Antara program-program yang telah dirancang dalam merealisasikan Sekolah

Lestari ini ialah Projek Riadah Alam Sekitar, Projek Wira Alam, Program Eco-Youth,

Keceriaan Taman, Program Kits dan Kem Kesedaran Alam Sekitar dengan Kerjasama

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (PRIAS, 2004). Untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020,

Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insan berkualiti dan bertaraf dunia. Hal

ini penting kerana banyak negara maju telah mengamalkan dasar yang komprehensif dan

progresif dalam membangunkan modal insan yang berkemahiran serta berdaya saing

untuk menjana ekonomi berpendapatan tinggi. Maka, peningkatan kemahiran secara

radikal perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan fokus utama untuk

mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada program TVET yang berkualiti

(Pelan Strategik Interim, 2011-2020).

Malaysia menerusi RMKe-7 hingga RMKe-10, telah menunjukkan iltizam yang

tinggi untuk mentransformasikan program TVET dan menjayakan konsep pembangunan

lestari dan mentakrifkannya sebagai pembangunan yang memastikan kesejahteraan

generasi masa kini tidak akan mengorbankan kepentingan generasi akan datang. Dalam

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), kerajaan terus memberi tumpuan terhadap

agenda pelaburan untuk kepentingan rakyat selaras dengan matlamat Model Ekonomi

Baharu (MEB) untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Page 28: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

5

Abd. Razak (2015) juga menyatakan bahawa, dalam usaha itu tumpuan diberikan

dalam aspek kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan

pembangunan luar bandar. Dalam sektor pendidikan akan ada tumpuan khusus terhadap

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Harapan tersebut dipacu oleh Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam usaha melahirkan graduan yang

menepati keperluan pelbagai industri yang sedang dibangunkan. Justeru itu, pertimbangan

alam sekitar dan pemulihan akan disepadukan dengan perancangan pembangunan yang

mampan. Sebagai langkah menggalakkan pembangunan pendidikan lestari, mekanisme

ekonomi yang inovatif akan diwujudkan untuk menggalakkan sektor kerajaan dan

swasta mengaplikasikan dan membangunkan teknologi bercirikan elemen lestari dalam

meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Oleh itu, enrolmen dalam program TVET perlu ditambah dan kualiti latihan

secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran

tenaga kerja. Program TVET bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran

di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada graduan yang

mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang Teknikal dan Vokasional.

Sehubungan itu, ia selari dengan kenyataan Kaprawi (2003); Buntat (2004); Ab. Hadi

(2009) dan Hasan (2012) yang menyatakan bahawa, kurikulum TVET harus menjurus

kepada kemahiran yang boleh digunakan dengan segera bagi penyediaan sumber

manusia dalam pasaran pekerjaan.

Oleh kerana pertumbuhan ekonomi dan industri yang berkembang pesat, maka

majikan mula memilih dalam mencari pekerja yang mempunyai nilai lestari. Menurut

Kazilan (2008), para pekerja berhadapan dengan perubahan ekonomi yang sangat besar

dalam pasaran global. Konsep k-economy mengehendaki pekerja dengan pelbagai cara

berfikir, mengurus dan bekerja. Dengan mengambil usaha yang serius terhadap perubahan

corak pemikiran dalam memajukan sistem latihan Teknikal dan Vokasional melalui

penstrukturan semula, pendidikan akan dapat meningkatkan pembangunan sumber

manusia sekali gus membantu negara dalam menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti.

Bagi membina asas pertumbuhan yang didorong oleh sumber ekonomi dan kekuatan

dalam negeri, usaha memantapkan keupayaan tempatan dalam pembangunan inovasi dan

teknologi serta modal insaniah perlu dilaksanakan.

Page 29: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

6

Beberapa langkah juga perlu diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan,

mempergiatkan latihan kemahiran serta menarik warga asing dan rakyat Malaysia dari

luar negara yang berkepakaran tinggi sebagai sebahagian daripada strategi meningkatkan

kepakaran (KPM, 2001). Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memacu negara ke

arah matlamat berpendapatan tinggi dan ekonomi maju menjelang 2020. Tunggak kepada

aspirasi ini adalah ketersediaan modal insan yang berkemahiran tinggi, kekurangan yang

telah menghalang usaha negara untuk bergerak keluar dari perangkap pendapatan

sederhana, ke dalam ekonomi berpendapatan tinggi. Dalam konteks ini, pembekal TVET

memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan

untuk Transformasi Ekonomi Negara (Pang, 2011).

KPM telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama Negara atau National Key

Performance Indicators (NKPI) khusus untuk meluaskan akses kepada pendidikan

berkualiti dan mampu dimiliki. Dalam agenda NKPI, bidang TVET memainkan peranan

yang lebih penting dalam mencapai aspirasi negara. Pihak KPM menetapkan sasaran

penyertaan 100% pelajar dalam bidang program TVET menjelang akhir tahun 2015.

Menurut Jab (2009), kurikulum institusi pembekal TVET adalah salah satu cara bagi

menerapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni untuk membentuk modal insan

dalam mata pelajaran Teknikal dan Vokasional di sekolah-sekolah menengah yang telah

diterapkan untuk mencapai NKPI-5. Beliau meramalkan bahawa, akan ada peningkatan

yang ketara dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan pelajar yang akan mengambil

program TVET dari tahun 2010 hingga 2015.

Pendidikan Vokasional di bawah institusi pendidikan KPM meletakkan matlamat

untuk mencapai penambahan bekalan modal insan berkemahiran melalui penyediaan

pendidikan berkualiti kepada murid yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan

dalam bidang vokasional. Sehubungan itu, Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV)

menjurus kepada mencungkil bakat serta mengembangkan potensi murid mengikut

keupayaan dan minat melalui penekanan bidang vokasional yang menjadi permintaan di

pasaran kerja pada masa ini (PIPP, 2012).

Page 30: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

7

Mengarusperdanakan Pendidikan Vokasional (PPV) mampu menjana bakat-bakat

yang kreatif dan inovatif serta membantu ke arah mempercepat proses melahirkan tenaga

kerja mahir yang mempunyai nilai-nilai insaniah, kebolehpasaran dan generik di samping

kemahiran vokasional serta kemahiran kelestarian yang mencapai standard dunia (KPM,

2011). Selaras dengan itu, KPM telah menaik taraf sekolah-sekolah Menengah

Vokasional kepada Kolej Vokasional bermula tahun 2012 bagi mengarusperdanakan

program TVET (Yassin, 2011).

1.2 Latar Belakang Masalah

Konsep kelestarian dilihat sebagai penyumbang utama ke arah mencapai masa depan yang

lestari melalui kesedaran mengenai isu-isu di semua peringkat, membangunkan nilai-nilai

tertentu dan mempengaruhi tingkah laku masyarakat dalam pembangunan kelestarian

(Pavlova, 2009). Pernyataan ini selari dengan takrif pendidikan untuk kelestarian yang

diberikan oleh Hackle & Sterling (1996) dipetik dalam Pavlova (2009) iaitu:

“Education for Sustainable (EfS) is a process that develops people’s

awareness, competence, attitudes and values, enabling them to be

effectively involved in sustainable development at local, national and

international levels, and helping them to work towards a more equitable

and sustainable future”. (Hackle & Sterling, 1996, ms. 23)

Berdasarkan pernyataan yang diberikan di atas, kita dapat melihat bahawa

kesedaran, kompetensi, amalan, sikap dan nilai adalah penting dalam membangunkan

kelestarian. Sehubungan itu, peranan pendidik adalah sangat penting seiring dengan

pendapat Palmer & Neal (1994), menyatakan peri pentingnya pendidikan bertujuan untuk

membantu murid belajar dan menjaga alam sekitar, maka orang-orang yang

bertanggungjawab adalah pendidik. Justeru itu, pendidik mesti mempunyai kompetensi

yang baik dan berpengalaman untuk membantu proses pembelajaran yang menghasilkan

minda aktif serta bermakna (Jacobson, Mc. Duff & Monroe, 2006).

Muschett (1997), dalam bukunya yang bertajuk Principles of Sustainable

Development menyatakan bahawa kurang penerapan elemen kelestarian dalam kalangan

pendidik merupakan perkara yang sangat membimbangkan. Disebabkan oleh perubahan

dunia kerja, pendidik di institusi pembekal TVET perlu memahami konsep yang

mendalam tentang teori dan amalan pembangunan lestari dalam menempuhi abad ke-21.

Page 31: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

8

Pihak pembekal TVET seharusnya menyediakan kurikulum yang bukan sahaja

memberi tumpuan kepada kemahiran Teknikal dan Vokasional malah perlu seimbang

dengan nilai-nilai kelestarian (LeFay, 2006). Walau bagaimanapun dalam kajian Karmel

(2009), masih banyak dalam pendidikan kurikulum TVET tidak seimbang dalam kedua-

dua kemahiran teknikal dan nilai-nilai kelestarian yang sepatutnya menggalakkan pelajar

untuk berfikir secara kritis dan kreatif, supaya mereka boleh menjadi modal insan yang

produktif. Malangnya menurut Pavlova (2009), pendidikan hari ini adalah lebih kepada

menyediakan pelajar untuk satu bidang kemahiran untuk pasaran kerja sahaja.

Quisumbing (2001) berhujah bahawa, pihak majikan dalam sektor industri

berpendapat aspek Pendidikan Pembangunan Lestari adalah penting dan perlu dimiliki

oleh pekerja mereka bagi memastikan sumber manusia tersebut benar-benar trampil dalam

pekerjaannya. Kajian yang dijalankan oleh Jallah (2004), amat membimbangkan kerana

berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan bahawa pelajar-

pelajar di peringkat rendah, menengah mahupun tinggi mempunyai pengetahuan dan

kesedaran alam sekitar yang rendah. Fenomena ini berpunca daripada kegagalan pelajar

menghayati nilai-nilai alam sekitar.

Pavlova (2009) menjelaskan, masalah ini timbul disebabkan oleh kesukaran

pelajar untuk menguasai konsep-konsep alam sekitar yang abstrak daripada pengajaran

guru. Menurutnya lagi, pelajar-pelajar yang tidak memahami konsep asas alam sekitar

yang abstrak ini selalunya mencari jalan singkat dengan menghafal sesuatu konsep tetapi

tidak memahami apa yang diperkatakan. Penghafalan konsep-konsep alam sekitar

menyebabkan pembelajaran bermakna tidak berlaku. Apabila pembelajaran bermakna

tidak berlaku, pengetahuan dan kesedaran alam sekitar berada di tahap yang rendah.

Pendapat ini selari dengan kajian Hungerford & Volk (1990), dalam kajiannya

yang bertajuk Model of Responsible Environmental Behavior menyatakan bahawa,

individu yang mempunyai pengetahuan alam sekitar yang tinggi memperlihatkan

kesedaran dan tingkah laku yang positif terhadap alam sekitar. Hal ini turut di akui oleh

Rojewski (2002) dan Mustapha (1999) menyatakan bahawa, pelajar lepasan institusi

Teknikal dan Vokasional kurang mempunyai kemahiran lestari dalam kurikulum yang

dipelajari akan gagal bagi melahirkan individu yang berketerampilan.

Page 32: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

9

Kenyataan ini selari dengan kajian Pavlova (2009) bahawa, sistem TVET

mempunyai perancangan penting dalam penyediaan tenaga kerja berkemahiran bagi

memenuhi keperluan industri. Namun demikian, kebanyakan graduan TVET yang sedia

ada belum dapat memenuhi syarat kualiti kerja yang dikehendaki oleh pihak industri

bahkan pihak industri merasakan kurang berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian dari

segi kemahiran teknikal dan personel mereka. Menurut Majumdar (2006), kelestarian

program TVET hari ini juga telah memimpin pembuat dasar, pentadbir dan pendidik untuk

menggubal kurikulum yang lebih holistik dan berintegrasikan pembangunan lestari yang

menuntut agar hubungan antara alam sekitar, sosial, teknologi dan ekonomi diberi

keutamaan.

Kebimbangan dan isu-isu utama ini menunjukkan bahawa pendidikan Teknikal

dan Vokasional perlu fokus kepada empat tunggak yang berlanjutan iaitu budaya,

ekonomi, sosial dan persekitaran. Sebagai contoh, pembangunan lestari ini ingin

mengubah pendekatan perniagaan yang biasa kepada pendekatan pembangunan lestari

yang menggunakan sumber alam secara bijaksana, meminimumkan kerosakan dan

pembuangan sampah serta mengurangkan penggunaan bahan yang boleh memberikan

perubahan iklim yang berbahaya. Pembangunan lestari perlu diterapkan dalam kurikulum

TVET bagi menyedarkan kepada para pendidik supaya bertanggungjawab terhadap

kesedaran terhadap tahap kecekapan dan kompetensi serta mengamalkan konsep

kelestarian (George, 2010).

Isu hubungan antara industri dan institusi pembekal TVET merupakan antara

subjek yang masih menjadi cabaran kepada banyak negara di dunia (Mishra, 1995).

Hubungan institusi TVET dan industri masih lagi lemah dan memerlukan masa untuk

dipertingkatkan atas faktor kekurangan pengetahuan mengenai peluang dan peranan yang

perlu dibuat oleh kedua-dua pihak (Kaprawi et al., 2009; dan Azroai, 2010). Dalam kajian

Jennifer (2015), pihak industri juga dilihat kurang berminat untuk menjalinkan hubungan

dengan institusi pendidikan berpunca daripada kurikulum TVET yang tidak menepati

keperluan industri. Menurutnya lagi, jalinan hubungan antara sektor awam dan sektor

swasta menunjukkan peningkatan dalam kebanyakan negara berdasarkan kepentingan

sektor tersebut dalam membekalkan prasarana dan latihan untuk institusi TVET. Namun,

Page 33: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

10

faktor hubungan yang masih lemah antara institusi TVET dengan industri menjadikan

jaringan kerjasama dengan sektor awam dan swasta sukar dikembangkan.

Mustapha (2002), melalui hasil kajiannya mendapati majikan dalam industri

pembuatan di Malaysia memberi pandangan bahawa graduan lulusan Teknikal dan

Vokasional di Malaysia mempunyai kemahiran teknikal lebih daripada mencukupi,

namun majikan merasa kurang berpuas hati dari segi kemahiran motivasi, komunikasi,

interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran keusahawanan

yang merupakan sebahagian daripada kemahiran kebolehpasaran yang tidak dikuasai

dalam kalangan graduan lulusan teknikal ini. Fenomena ini disebabkan oleh perubahan

globalisasi dan teknologi. Malangnya, institusi Teknikal dan Vokasional kebanyakan

negara tetap terkunci dalam peranan hanya menjadi pembekal tenaga buruh mahir untuk

industri semata-mata dan tidak dapat bertindak secara berkesan kepada keperluan strategi

pembangunan lestari (Park, 2009).

Pelaksanaan kurikulum TVET dijangka menghasilkan tenaga kerja yang

berkemahiran tinggi selaras dengan harapan negara untuk meningkatkan pertumbuhan

ekonomi bertaraf global untuk melahirkan lebih ramai graduan yang lebih cenderung

dilatih dalam bidang kemahiran Teknikal dan Vokasional (Wilis et al., 2009). Walaupun

banyak negara di seluruh dunia telah mengenal pasti keperluan kelestarian, namun

kemajuan untuk mengorientasikan pada mana-mana peringkat dalam pendidikan dan

kehidupan masyarakat sangat terhad (Dahle & Neumayer, 2001).

Cummings et al. (2004) juga berpendapat, keperluan mendesak bagi pembangunan

lestari adalah rentetan dari krisis alam sekitar yang kronik dan dasar-dasar kerajaan di

beberapa negara maju dan membangun terhadap kehidupan yang lebih berkualiti. Justeru

itu, persepsi pihak industri terhadap kepentingan pembangunan lestari lebih responsif

selari dengan kehendak dunia walaupun sebelum ini, mereka menolak elemen kelestarian

dalam program TVET (UNESCO-UNEVOC, 2005c).

Bagi mencapai wawasan kelestarian adalah bergantung kepada inisiatif untuk

menggunakan semua bentuk pendidikan sebagai pemangkin untuk membawa masyarakat

untuk perubahan dalam nilai-nilai, sikap dan gaya hidup yang berkualiti untuk

memastikan masa depan yang lestari (UNESCO, 2007). Walau bagaimanapun, realitinya

Page 34: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

11

untuk melaksanakan matlamat kelestarian hasil resolusi PBB adalah tidak menggalakkan

dan mengecewakan dalam kalangan negara anggota (UN, 2005).

Othman (2003) berpendapat, program TVET di Malaysia mempunyai potensi

dalam mencapai wawasan negara, walau bagaimanapun, matlamat ini tidak akan tercapai

sekiranya transformasi institusi pembekal TVET dari segi kurikulum tidak dilakukan di

peringkat dasar bagi menyaingi pasaran secara global. Antara langkah-langkah untuk

memulihkan sistem TVET negara termasuk meningkatkan profil, merasionalkan rangka

kerja dan struktur, meningkatkan kualiti dan prestasi, serta penerapan unsur insaniah dan

pembangunan lestari dalam kurikulum TVET.

Kajian ini seiring dengan Minghat (2012) yang menyatakan bahawa, pendidikan

Teknikal dan Vokasional memainkan peranan penting dalam membina masyarakat

khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebuah negara industri berasas maklumat

dan dipertanggungjawabkan dalam memperkenalkan konsep pekerjaan kepada pelajar.

Kini, di zaman k-economy memerlukan pekerja mahir dalam semua aspek termasuk

penguasaan kemahiran lestari untuk menghadapi cabaran globalisasi maka pihak institusi

TVET perlu memberi penekanan dalam hal ini, supaya produknya lebih berkualiti dan

mampu memenuhi keperluan industri negara (Majumdar, 2009). Sehubungan itu dalam

kajian Abu Bakar (2011) berpendapat, untuk menghasilkan graduan yang memenuhi ciri-

ciri yang diperlukan sebagai pekerja industri masa kini tenaga pengajar di institusi TVET

perlu mempunyai pengetahuan terkini, berorientasikan perindustrian dan mempunyai

kompetensi yang mapan dan lestari.

Ini penting kerana pengalaman tenaga pengajar TVET yang luas membolehkan

mereka mengajar dan mendidik pelajar dengan lebih berkesan dan mengetahui apa yang

diperlukan untuk seseorang apabila bekerja kelak. Pelajar merupakan aset negara untuk

merealisasikan matlamat wawasan 2020 negara untuk mencapai sebuah negara

perindustrian yang maju dan berdaya saing. Zulkifli & Abd. Majid (2000), menjelaskan

tentang kualiti kurikulum dan pensyarah akan mempengaruhi tahap keterampilan pelajar.

Oleh itu Abu Bakar (2011) menyatakan, pensyarah sebagai pengamal ilmu perlu

memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya. Maka,

pensyarah bertanggungjawab untuk belajar cara belajar, mengajar dan menguasai isi

kandungan supaya berkeyakinan dalam pengajaran. Berbanding hasil kajian Chan et al.

Page 35: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

12

(2003), kekurangan kemahiran kelestarian, kemahiran kebolehpasaran dan kemahiran

insaniah dalam kalangan tenaga pengajar Teknikal dan Vokasional antara penyebab utama

kegagalan menghasilkan graduan yang berkualiti.

Minghat & Yasin (2010), berpendapat proses kelestarian sesuatu kurikulum

bidang pendidikan termasuklah bidang TVET seharusnya mencapai satu standard yang

sama yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, mengintegrasikan pendidikan pembangunan

lestari dengan kurikulum TVET mestilah mengikut satu standard yang telah ditetapkan

bagi memastikan kurikulum tersebut benar-benar mencapai standard piawaian pendidikan

lestari. Dalam piawaian tersebut, terdapat tiga dimensi atau aspek generik yang harus

diterapkan di dalam sesuatu kurikulum bagi sesuatu subjek atau bidang pendidikan

termasuk bidang TVET iaitu meliputi aspek pengetahuan generik, kemahiran generik dan

sikap generik. Aspek generik ini didapati tidak dikuasai dengan baik segelintir tenaga

pengajar dalam kelestarian kurikulum TVET.

Mengorientasikan TVET berdasarkan kepada keperluan dunia kerjaya seharusnya

tidak tertumpu kepada pembangunan ekonomi dan sosial sahaja, tetapi juga sebagai

pendekatan kepada pembangunan lestari. Tanggungjawab besar yang terpaksa dipikul

oleh pembekal TVET adalah memperlihatkan anjakan sistem paradigma yang berlaku di

seluruh dunia. Falsafah, visi, misi, matlamat, dasar dan polisi serta kurikulumnya

mengalami reformasi secara berterusan untuk menjadikan program TVET selari dengan

kepesatan sains dan teknologi, industri dan kehendak masyarakat (Quisumbing, 2005).

Sidang Kemuncak Dunia pada tahun 2002 di Johannesburg, Afrika Selatan di

bawah kepimpinan UNESCO telah bersetuju dan sebulat suara untuk mengintegrasikan

pendidikan pembangunan lestari atau Education for Sustainable Development dalam

kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di semua peringkat

institusi menengah dan pusat pengajian tinggi dari tahun 2005 hingga 2014 dan dianggap

sebagai Dekad bagi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (Decade for Education for

Sustainable Development) selaras dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

dan dianggap sebagai kunci utama yang boleh membasmi kemiskinan, menggalakkan

keamanan, memulihara alam sekitar, meningkatkan kualiti hidup untuk semua dan

membantu mencapai Pendidikan Pembangunan Lestari (UNESCO-UNEVOC, 2004).

Page 36: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

13

Walau bagaimanapun, rasa bimbang anggota majlis UNESCO mendapati bahawa

tidak banyak kemajuan yang telah dicapai oleh negara-negara membangun dalam

pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari terhadap program Pendidikan Teknikal dan

Latihan Vokasional bagi Pendidikan Pembangunan Lestari sejak ianya dicadangkan

semasa persidangan Kongres Seoul pada tahun 1999 (Dubois & Balgobin, 2010). Hujah

ini disokong oleh kajian (UNESCO, 2004a), dalam Pendidikan Pembangunan Lestari di

enam buah negara Afrika, program TVET dianggap sebagai laluan kerjaya bagi mereka

yang kurang bernasib baik dalam akademik. Beberapa kerajaan Afrika melaksana dasar

mengunci pintu terhadap pendidikan pembangunan lestari kerana tidak mempunyai

sumber kewangan untuk membiayai program TVET bagi menyokong latihan yang

berkualiti.

Gudmund (2007) melaporkan, negara Ghana hanya membelanjakan satu peratus

daripada bajet pendidikan Teknikal dan Vokasional, manakala di Ethiopia

membelanjakan hanya kira-kira 0.5 peratus sahaja. Jerath (2004), dalam kajian yang

meliputi lima negara penting di Asia, telah mengenal pasti tindakan khusus yang perlu

diambil pada peringkat antarabangsa secara umum dan rantau Asia khususnya untuk

pelajar lulusan sekolah menengah diberi pendedahan secara formal konsep lestari dalam

kurikulum TVET dengan isu-isu alam sekitar yang berkaitan dengan bidang kerja dan

menjadikan mereka sebagai warganegara yang bertanggungjawab untuk mencapai

objektif pembangunan lestari.

Dalam konteks ini, untuk mengubah sikap masyarakat khususnya pelajar

kepada yang lebih lestari perlu diterapkan pengetahuan mengenai pendidikan

pembangunan lestari. Sehubungan itu, sokongan yang lebih daripada semua pihak untuk

aktiviti pendidikan, latihan dan kesedaran awam yang berkaitan dengan alam sekitar,

sosial-budaya dan ekonomi yang lestari haruslah dititik-beratkan. Pensyarah di institusi

TVET dan ibu bapa haruslah sentiasa sedar dan peka terhadap peranan masing-

masing agar elemen pendidikan pembangunan lestari dapat diterapkan di peringkat awal

(Bhaskar, 2005). Dalam kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (2009), di Timur dan

Selatan Afrika (Botswana, Kenya, Malawi, dan Mauritius) telah terbukti objektif dan

matlamat melestarikan pendidikan telah dicapai dalam pengintegrasian pendidikan

pembangunan lestari dalam program TVET.

Page 37: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

14

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) dalam Kongres

Antarabangsa Ke-dua yang diadakan pada bulan April 1999 di Seoul, Republik Korea

Selatan juga menegaskan bahawa, program kurikulum TVET perlu memainkan peranan

penting dalam membangunkan generasi baru yang akan menghadapi cabaran untuk

mencapai pembangunan sosial-ekonomi yang lestari di seluruh dunia bagi merealisasikan

pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam memenuhi cabaran abad ke -21

(UNESCO, 1999). Justeru itu, ianya disokong dengan pernyataan di bawah:

“Reorienting TVET towards sustainability will require collaboration and

partnership across TVET administration, teachers, researchers and policy-

makers of international and non-governmental organizations, business,

government, trade unions and youth”. (UNESCO-UNEVOC, 2006, ms. 27)

Hopkins, Charles & McKeown (2002) menjelaskan, walaupun banyak negara di

seluruh dunia telah mengenal pasti keperluan dan peri-pentingnya pembangunan lestari

dalam pendidikan namun kemajuannya sangat terhad dalam semua peringkat. Perkara ini

adalah berpunca daripada pelbagai sumber dan penyebab. Dalam sesetengah kes, kurang

daya kesedaran dari pihak pembuat dasar pendidikan telah menghalang kemajuan

pendidikan pembangunan lestari. Manakala di tempat-tempat lain pula, ianya adalah

disebabkan kekurangan polisi dan pembiayaan. Dengan menangani halangan-halangan

dalam peringkat perancangan, pihak kerajaan boleh mengurangkan kelewatan daripada

usaha untuk menerapkan tunggak-tunggak pendidikan pembangunan lestari dalam

program TVET.

Membangunkan kesedaran dalam masyarakat dan orang ramai bahawa pendidikan

pembangunan lestari adalah satu pendekatan yang sangat penting dan sesuai untuk

mencapai kehidupan yang berkualiti adalah agenda yang sangat penting dalam alaf ke-21

(Fien, John & Maclean, 2000). Kenyataan ini di sokong oleh (Julian, 2004; dan Clayton

& Myers, 2009), jika pihak kerajaan atau pentadbir institusi TVET tidak menyedari

hubungan kritikal di antara pendidikan dan pembangunan lestari maka matlamat

mengintegrasikannya tidak akan berlaku. Menurutnya lagi, apabila orang ramai

menyedari bahawa pendidikan boleh meningkatkan kemungkinan melaksanakan dasar-

dasar negara, serantau dalam program pengurusan sumber dan program-program

tempatan, maka pendidikan dalam kedudukan yang diorientasi semula untuk membantu

mencapai matlamat kelestarian.

Page 38: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

15

Kesedaran ini menjadi langkah pertama yang penting dalam proses

mengintegrasikan kelestarian dalam program TVET (Torkar, 2009). Mujurlah di

peringkat antarabangsa, pendidikan pembangunan lestari diiktiraf sebagai penting dan

utama kepada kejayaan pembangunan lestari di seluruh dunia. Pada mesyuarat ke-enam

Suruhanjaya PBB mengenai Pendidikan Pembangunan Lestari, delegasi dari negara-

negara di seluruh dunia berkali-kali menyebut kepentingan kelestarian dalam mencapai

matlamat kelestarian. Adalah jelas bahawa mereka bersedia untuk bergerak ke hadapan

dengan langkah seterusnya. Bagaimanapun, kepentingan kelestarian mesti sampai di luar

delegasi dan meresap dalam masyarakat pendidikan dan masyarakat umum seluruh dunia

khususnya institusi pendidikan Teknikal dan Vokasional (Mulder, 2010).

Malangnya, keperluan untuk mencapai pembangunan lestari dalam program

TVET tidak dilihat pada hari ini sebagai cukup penting untuk mencetuskan tindak balas

yang besar dalam masyarakat pendidikan (Hopkins, Charles & Rosalyn, 2002). Menurut

Ab. Hadi (2009) dan Abbott (1997), tenaga kerja yang dilatih secara teori dan amali

berdasarkan kompetensi dan kurikulum program TVET dapat memenuhi keperluan dan

matlamat industri kerana memenuhi kompetensi yang diperlukan. Mohd. Makhbul &

Mohamad Hasun (2003) dan Howard (2000) berpendapat bahawa, untuk melahirkan

pekerja dalam kalangan graduan TVET yang diperlukan oleh industri, graduan bukan

sahaja berkemahiran dalam bidang teknikal sahaja, malah perlu menguasai pengetahuan,

kemahiran dan sikap (KSAs) yang berkaitan dengan kerjaya yang ingin diceburi.

Pendidik perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan kemahiran dalam PdP tertentu,

tetapi juga dengan kemahiran kelestarian yang mempunyai nilai tambah merentasi bidang

disiplin yang dimiliki. Kemahiran lestari adalah penting supaya pelajar boleh

menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran dan keperluan di tempat

kerja. Kejayaan dan inisiatif bagi mengintegrasikan TVET ke arah pendidikan untuk

pembangunan lestari memerlukan kerjasama yang holistik dari pihak pentadbiran,

pensyarah, penyelidik, pembuat dasar, organisasi pertubuhan bukan kerajaan, industri,

kesatuan, pelajar dan kerajaan. Penyertaan bersama ini memerlukan kerja sama bagi

pemantauan berkala dan penilaian terhadap graduan yang mengikuti latihan dalam

program TVET dan pendidikan pembangunan lestari dari segi ekonomi, sosial dan alam

sekitar yang lestari (UNESCO-UNEVOC, 2006).

Page 39: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

16

Program Sekolah Lestari adalah salah satu program yang menjurus secara

langsung terhadap pendidikan alam sekitar (KPM et al., 2004), dengan penerapan

Pendidikan Pembangunan Lestari dalam program TVET melalui aktiviti menanam

pokok, amalan penjimatan elektrik dan air, pembuangan sampah, penggunaan dan

pengitaran semula sesuatu sumber dengan bijaksana. Bagaimanapun, Ujang (2009)

menyatakan bahawa kelestarian tidak boleh diukur semata-mata menerusi inovasi

komponen kitar semula, penggunaan sumber daripada bahan buangan atau pengurangan

penggunaan bahan api fosil sahaja. Menurut Ujang (2009) lagi, apabila graduan

pendidikan menengah di sekolah dan institusi yang menawarkan program TVET

memasuki pasaran kerja secara langsung mereka mempunyai kesan dan impak secara

khusus kepada alam sekitar.

Pengetahuan dan kemahiran graduan TVET juga boleh memainkan peranan yang

sangat penting dalam melaksanakan penyelesaian yang praktikal kepada masalah alam

sekitar semasa. Oleh itu, mereka perlu dilatih secara formal bagi menggalakkan integrasi

kelestarian dalam program TVET untuk memahami masalah alam sekitar dan diterapkan

pengetahuan tentang pembangunan lestari supaya mereka boleh mengambil langkah-

langkah konkrit untuk penambahbaikan semasa bekerja. Mengintegrasikan konsep

pendidikan pembangunan yang lestari dalam sistem pendidikan agak perlahan,

terutamanya dalam pendidikan tinggi (Bossellmann, 2001; Everett, 2008; Rode &

Michelsen, 2008).

Berdasarkan kajian Kapas, Bailey, Warren & Bissell (2009); Harpe & Thomas

(2009); Walls (2009) dan Sterling & Scott (2008), kemajuan yang paling ketara adalah

program penghijauan kampus dan inisiatif penyelidikan, manakala amalan pembelajaran

lebih perlahan di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi (HE) berbanding

kajian-kajian berkaitan kelestarian. Rangka kerja konsep kelestarian yang digambarkan

oleh pertubuhan-pertubuhan seperti UNESCO dan Forum for the Future, telah

ditinggalkan secara sengaja dan samar-samar untuk mengintegrasikan kelestarian sebagai

pendekatan yang dianggap terbaik selaras dengan mandat PBB untuk melahirkan generasi

yang lestari (Stables & Scott, 2002; dan Haigh, 2005).

Page 40: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

17

Kelestarian memerlukan perubahan meluas dalam cara yang biasa pihak

pendidikan sering amalkan hari ini. Menurut Yahaya (1999) dan Frank (2005), jika

sesebuah institusi TVET mahu menghasilkan pelajar yang mempunyai nilai

kebolehpasaran dan berjaya dalam bidang yang diceburi, maka program yang direka

bentuk dalam kurikulum perlu sesuai dengan kehendak industri. Kenyataan ini disokong

oleh Abu Bakar (2011) yang berhujah bahawa, kerjasama antara pihak institusi TVET dan

pihak industri adalah jalan terbaik bagi menghasilkan reka bentuk kurikulum yang selari

dengan kehendak pasaran kerja di sektor kerajaan mahu pun swasta. Menurutnya lagi,

pemilihan pensyarah yang berkelayakan dan terlatih untuk menjadikan penyampaian

program TVET lebih menarik, segar dan mengikut misi dan visi KPM.

Chen et al. (2011) dalam kajiannya menyatakan, salah satu kelemahan utama di

banyak negara adalah kurang mengorientasikan tunggak-tunggak kelestarian dalam pada

proses merekabentuk kurikulum TVET. Menurutnya lagi, masih banyak organisasi

pendidikan hanya melatih graduan dengan kemahiran Teknikal dan Vokasional semata-

mata tanpa memikirkan aspek kelestarian dalam organisasi TVET mereka. Akibatnya,

sistem pendidikan perlu di orientasi semula dari segi kurikulum sejajar dengan kehendak

DESD (Egan, 2004; UNESCO, 2005; dan Kevany, 2007). Berdasarkan kajian awal secara

temu bual terhadap pensyarah di Kolej Vokasional yang dipilih seperti di Lampiran G,

menunjukkan terdapat permasalahan yang timbul dari beberapa aspek berkaitan dengan

kesediaan terhadap kompetensi dan amalan pensyarah terhadap kepentingan kelestarian

untuk diorientasikan dalam program TVET.

Antara maklum balas yang telah diterima penyelidik terhadap beberapa orang

peserta temu bual awalan berdasarkan Lampiran P adalah seperti pernyataan berikut:

i. Berkaitan tentang konsep kelestarian: Responden TP1, TP2 dan TP5 menyatakan

tidak jelas tentang konsep kelestarian dan kepentingannya. Manakala Responden

TP3 dan TP4 pernah mendengar tentang konsep kelestarian dan mempunyai

sedikit kefahaman tetapi masih samar dengan kepentingannya.

ii. Berkaitan tentang elemen-elemen kelestarian: kesemua Responden (TP1, TP2,

TP3, TP4 dan TP5) tidak tahu langsung empat tunggak kelestarian iaitu; a) alam

sekitar, b) ekonomi, c) sosial, dan d) budaya yang merupakan elemen kepada

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD).

Page 41: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

18

iii. Berkaitan dengan cabaran dan halangan dalam mengintegrasikan elemen-elemen

kelestarian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP): cabaran utama Responden

TP1, TP2 dan TP4 adalah kurang kefahaman terhadap kelestarian adalah penyebab

utama untuk diaplikasikan dalam PdP. Manakala, Responden TP3 dan TP5

merasakan tiada kepentingan untuk menerapkan kelestarian dalam PdP mereka.

iv. Berkaitan dengan kesedaran dan kesediaan responden temu bual terhadap

kepentingan kelestarian dalam program TVET: kesemua Responden menyedari

bahawa elemen kelestarian sangat penting untuk dilaksanakan bagi melestarikan

organisasi KV ke arah yang lestari. Sehubungan itu, Responden TP3 dan TP5

bersedia untuk menerapkan elemen kelestarian dalam PdP mereka. Responden

TP2 dan TP4 bersedia melaksanakannya jika ada arahan pihak KPM manakala

Responden TP1 merasakan elemen-elemen kelestarian telah diterapkan tanpa

sedar sejak dahulu lagi.

Berdasarkan temu bual tersebut, jelaslah bahawa terdapat ruang untuk penyelidik

menjalankan kajian berkaitan dengan kelestarian program TVET di Kolej Vokasional.

Ianya selari dengan kajian Haigh (2005) yang berhujah bahawa, pergerakan pembangunan

lestari yang merangkumi hampir 30 tahun selepas dilancarkan pengisytiharan DESD telah

menimbulkan kekeliruan tentang bagaimana untuk bertindak balas terhadap perlaksanaan

kelestarian (Walls & Jickling, 2002). Menurut hujah Abdul Rahman & Md. Nor (1993)

dan Abu Bakar (2011), ketidakmampuan pensyarah menterjemah kandungan kurikulum

TVET akan menyukarkan pengajaran subjek ini dilaksanakan dengan berkesan dan

menyarankan agar pendidikan vokasional yang terdapat di sekolah atau institusi yang

menawarkan program TVET sepatutnya menumpukan perhatian kepada latihan yang

spesifik kerana latihan seperti ini sahaja yang berfaedah kepada pelajar dan majikan.

Malah, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan kelestarian telah digambarkan

dalam bentuk dokumen sahaja tanpa dipraktikkan di peringkat organisasi dan institusi

pendidikan. Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak berkepentingan untuk membangunkan

kelestarian dengan pelbagai cara untuk diorientasikan dalam pembelajaran global,

pendidikan kewarganegaraan, pembelajaran antara budaya, pendidikan kesihatan dan

pendidikan keamanan yang memberi sumbangan kepada pendidikan untuk pembangunan

Page 42: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

19

lestari (Everett, 2008; Landorf, Dasher & Rocco, 2008; Rode & Michelsen, 2008;

Sandstorm, Lozano Garcia, dan Rowe, 2008; Forum for the Future, 2004; dan Reid, 2002).

Dapatan kajian Kaprawi et al. (2006) menyatakan bahawa, pihak institusi

pembekal TVET di IPTA berhadapan dengan beberapa cabaran kritikal bagi

mengintegrasikan pembangunan lestari dalam pendidikan berterusan. Menurutnya lagi,

walaupun terdapat program-program yang telah berjaya melaksanakan kemahiran lestari

dalam kurikulum mereka, terdapat banyak faktor-faktor yang menghalang konsep dan

falsafah kelestarian akibat tiada garis panduan perlaksanaan program lestari di peringkat

Pusat Pendidikan Lanjutan (CE). Justeru itu, kelestarian dan program TVET berperanan

sebagai satu komponen penting dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk diaplikasikan

dalam kurikulum di IPT. Menurutnya lagi, kurikulum TVET harus mencerminkan

perubahan dan keperluan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang

membantu pelajar serta kakitangan mengatasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan

ini. Program TVET memerlukan pensyarah yang berkemahiran dalam teknik demonstrasi

dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat mengaitkan

kemahiran amali dan teori (KPM, 2003).

1.3 Pernyataan Masalah

Konsep kelestarian adalah istilah yang sukar difahami dan terlalu subjektif. Justeru itu,

untuk menuju kepada matlamat kelestarian memerlukan perubahan dalam sikap manusia

dan perilaku dalam kehidupan peribadi, komuniti dan di tempat kerja. Tetapi malangnya,

kejayaan agak kurang dalam membuat perubahan kerana amalan dan kompetensi pendidik

di institusi TVET agak samar-samar (Majumdar, 2009). Berdasarkan kajian literatur dan

temu bual awalan, penyelidik mendapati terdapat kekeliruan segelintir tenaga pengajar

dan pembuat dasar di institusi TVET khususnya di Kolej Vokasional untuk mentafsirkan

matlamat kelestarian berdasarkan definisi UNESCO, UNIVOC dan SEAMEO. Hasil

perbincangan dalam latar belakang masalah dan kajian literatur, penyelidik juga

mendapati terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak institusi TVET di

Malaysia. Antaranya, kurang mengamalkan konsep kelestarian dalam kalangan tenaga

pengajar di institusi TVET untuk membawa rasa tanggungjawab secara peribadi dan

kolektif ke arah eko-pembangunan yang mesra dan lestari.

Page 43: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

20

Matlamat kelestarian adalah untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kualiti

hidup tanpa berkompromi dengan kemampuan generasi akan datang bagi memenuhi

keperluan generasi sekarang (UNESCO, 2004). Namun, kebanyakan mereka terbatas pada

perhatian terhadap persekitaran alam sekitar dan pembangunan ekonomi sahaja.

Sepatutnya, kelestarian ini adalah sebuah konsep berdasarkan integrasi tunggak

pendidikan pembangunan lestari iaitu sosial budaya, pertimbangan persekitaran dan

ekonomi ke arah yang lestari dan mampan. Perkara ini tidak mustahil berlaku jika pihak

pembekal TVET tidak mempunyai kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar, budaya,

ekonomi dan sosial yang merupakan tunggak kepada kelestarian program TVET.

Menurut Abu Bakar (2011), segelintir pensyarah institusi TVET di Malaysia tidak

dapat memahami secara saintifik dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai dalam

kaedah PdP. Penggunaan sumber yang tidak lestari dan tidak diaplikasikan dalam

pengajaran antara punca PdP yang kurang bermakna. Pada hakikatnya, program TVET

perlu diorientasikan dengan konsep kelestarian (Kaprawi & Anis, 2010). Namun

demikian, penyelidik mendapati segelintir tenaga pengajar KV masih tidak mempunyai

tahap kompetensi dan amalan kelestarian yang patut dimiliki oleh mereka.

Hasil kupasan literatur juga mendapati banyak kajian yang menyatakan tentang

kekaburan pendidik dan pembuat dasar dalam menterjemahkan konsep kelestarian dalam

kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mengorientasikan elemen lestari dalam

kurikulum TVET (González & Gaudiano, 2005; Gutiérrez & Pozo, 2006; Shumba, 2008).

Permasalahan tersebut selari dengan fenomena di Malaysia kerana walaupun terdapat

beberapa inisiatif dari pihak pengamal TVET untuk mengorientasikan konsep kelestarian,

malangnya konsep kelestarian masih tidak boleh didapati dan tidak didokumentasikan

secara khusus di peringkat KPM. Djamas (2005) berpendapat, tenaga pengajar adalah

faktor penentu kepada kejayaan sebuah institusi TVET yang lestari. Transformasi

program TVET adalah cabaran bagi institusi pendidikan untuk menyediakan graduan

dengan kemahiran yang sesuai untuk abad ke-21. Justeru itu, di Malaysia ianya menjadi

semakin jelas dan mendesak untuk meningkatkan tahap kompetensi tenaga pengajar dan

amalan lestari khususnya di Kolej Vokasional agar lebih efisien bagi memastikan

keberkesanan dan kesesuaian mengikut peredaran zaman.

Page 44: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

21

1.4 Tujuan Kajian

Persidangan Rio 1992 dan Persidangan Johannesburg 2002 berkaitan pembangunan lestari

telah dianggap sebagai komponen utama dalam merealisasikan pelaksanaan kelestarian

program TVET bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang lestari selain mempunyai

kemahiran Teknikal dan Vokasional. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh

mana tahap sedia ada dan yang diperlukan pensyarah KV di samping membangunkan

Model Kelestarian Program TVET. Penyelidik juga ingin mengenal pasti sumbangan

kompetensi pensyarah KV dan amalan lestari terhadap kelestarian program TVET.

Dewasa ini, pihak industri memerlukan modal insan yang mempunyai kemahiran-

kemahiran seperti generik, insaniah, k-workers dan green soft skill di samping

pengetahuan dari segi kemahiran Teknikal dan Vokasional. Mengorientasikan konsep

kelestarian dalam program TVET bukanlah satu tugas yang mudah kerana tenaga pengajar

perlu mempunyai kompetensi dan kecekapan yang dapat menggalakkan amalan yang

lebih lestari. Justeru itu, kajian yang lebih mendalam mengenai kelestarian program TVET

berasaskan kompetensi pensyarah dan amalan lestari sangat diperlukan untuk

mendapatkan jawapan yang lebih efektif.

Berdasarkan pembacaan penyelidik terhadap sumber literatur dan analisis

dokumen berkaitan dengan konsep kelestarian program TVET di peringkat luar dan dalam

negara adalah jelas didapati masih kurang pelaksanaannya di peringkat sekolah mahu pun

di IPT/UA Malaysia. Terdapat juga kajian-kajian yang berkaitan yang menyatakan

tentang kekangan dalam mengorientasikan konsep kelestarian di peringkat sekolah dan

pengajian tinggi. Tujuan kajian ini diharap dapat membantu tenaga pengajar di institusi

pendidikan khususnya di organisasi TVET untuk mengamalkan konsep lestari selaras

dengan matlamat KPM bagi melahirkan kurikulum yang lestari. Maka, kajian ini

dijalankan adalah untuk menentukan elemen kompetensi pensyarah dan amalan lestari

dalam membentuk dan membangunkan Model Kelestarian Program TVET Kolej

Vokasional. Oleh yang demikian adalah signifikan satu kajian perlu dijalankan untuk

mengkaji tahap kompetensi pensyarah dan amalan lestari serta sumbangannya kepada

kelestarian program TVET di Kolej Vokasional.

Page 45: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

22

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang telah dibincangkan berikut adalah objektif

kajian:-

i. Meneroka kesesuaian elemen Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari serta

indikator Kelestarian Program TVET di Kolej Vokasional.

ii. Mengenal pasti tahap Kompetensi Pensyarah, Amalan Lestari dan Kelestarian

Program TVET yang sedia ada dan yang diperlukan di Kolej Vokasional.

iii. Mengenal pasti perbezaan jurang (gap) antara tahap sedia ada dan yang diperlukan

bagi Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari serta Kelestarian Program TVET

di Kolej Vokasional.

iv. Mengenal pasti sumbangan Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari terhadap

Kelestarian Program TVET di Kolej Vokasional.

v. Membangunkan Model Kelestarian Program TVET berasaskan Kompetensi

Pensyarah dan Amalan Lestari di Kolej Vokasional.

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, tujuan kajian ini akan tercapai dengan memperoleh jawapan

kepada soalan-soalan kajian seperti berikut:-

i. Bagaimanakah kesesuaian elemen Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari

serta indikator Kelestarian Program TVET di Kolej Vokasional?

ii. Sejauh manakah tahap Kompetensi Pensyarah yang sedia ada dan yang diperlukan

di Kolej Vokasional?

iii. Sejauh manakah tahap Amalan Lestari yang sedia ada dan yang diperlukan di

Kolej Vokasional?

iv. Sejauh manakah tahap Kelestarian Program TVET yang sedia ada dan yang

diperlukan di Kolej Vokasional?

v. Sejauh manakah perbezaan jurang (gap) antara tahap sedia ada dan yang

diperlukan bagi Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari serta Kelestarian

Program TVET di Kolej Vokasional?

vi. Sejauh manakah sumbangan Kompetensi Pensyarah dan Amalan Lestari terhadap

Kelestarian Program TVET di Kolej Vokasional?

Page 46: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

23

vii. Adakah Model Kelestarian Program TVET berasaskan Kompetensi Pensyarah dan

Amalan Lestari Kolej Vokasional yang dihasilkan dapat memenuhi Analisis

Komponen Utama dan bersifat unidimensi?

1.7 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian dibentuk berdasarkan persoalan kajian 5: Sejauh manakah perbezaan

jurang (gap) antara tahap sedia ada dan yang diperlukan bagi kompetensi pensyarah dan

amalan lestari serta kelestarian program TVET di Kolej Vokasional?

i. Ho: Tidak terdapat perbezaan jurang (gap) yang signifikan secara statistik antara

tahap sedia ada dan yang diperlukan bagi Kompetensi Pensyarah.

Ha: Terdapat perbezaan jurang (gap) yang signifikan secara statistik antara tahap

sedia ada dan yang diperlukan bagi Kompetensi Pensyarah.

ii. Ho: Tidak terdapat perbezaan jurang (gap) yang signifikan secara statistik antara

tahap sedia ada dan yang diperlukan bagi Amalan Lestari.

Ha: Terdapat perbezaan jurang (gap) yang signifikan secara statistik antara tahap

sedia ada dan yang diperlukan bagi Amalan Lestari.

iii. Ho: Tidak terdapat perbezaan jurang (gap) yang signifikan secara statistik antara

tahap sedia ada dan yang diperlukan bagi Kelestarian Program TVET.

Ha: Terdapat perbezaan jurang (gap) yang signifikan secara statistik antara tahap

sedia ada dan yang diperlukan bagi Kelestarian Program TVET.

1.8 Kepentingan kajian

Kajian ini mempunyai pelbagai kepentingan dari segi aspek teoretikal dan praktikal yang

mana ianya dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang konsep kelestarian

program TVET di Kolej Vokasional. Terdapat beberapa kepentingan yang mendorong

penyelidik untuk menjalankan kajian berkaitan kelestarian dalam kurikulum TVET di

Kolej Vokasional seluruh Malaysia. Justeru itu, diharap dapat memberi sumbangan

kepada BPK dan pihak BPTV untuk membuat penambahbaikan terhadap sistem TVET

yang sedia ada agar ia seiring dengan dasar kelestarian berasaskan dokumen PBB.

Penyelidik juga berharap dapat memberi kebaikan kepada organisasi pembekal TVET

khususnya Kolej Vokasional untuk meningkatkan reputasinya sebagai institusi yang

Page 47: UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN …eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8770/1/Ahmad_Zainal_.pdf · Tg. Puteri, KV Shah Alam, KV Temerloh, KV Balik Pulau, KV Tawau dan KV

24

menyediakan dan membekalkan pengetahuan dan kemahiran yang mempunyai prospek

kebolehpasaran kepada graduan TVET di masa depan. Dapatan penyelidikan ini akan

dapat memberi sumbangan kepada pensyarah di institusi TVET terhadap pembangunan

lestari yang perlu dikuasai oleh mereka untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran

kepada pelajar yang akan menempuh alam kerjaya atau melanjutkan pelajaran di IPT.

Pihak institusi TVET juga perlu beriltizam untuk meningkatkan kompetensi tenaga

pengajar dengan elemen-elemen kelestarian dalam kurikulum TVET untuk dipraktikkan

dengan nilai-nilai yang lestari semasa aktiviti PdP dan amali.

Pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya perlu

diambil kira dalam perlaksanaan aktiviti PdP dengan menerapkan konsep dan elemen

kelestarian. Kemahiran Pendidikan Pembangunan Lestari adalah satu proses pembelajaran

yang meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai alam sekitar,

ekonomi, sosial dan budaya serta membangunkan kemahiran dan kepakaran yang

diperlukan untuk menangani cabaran, memupuk sikap, motivasi dan komitmen dalam

membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bertanggungjawab tanpa menjejaskan

generasi akan datang. Justeru, amalan lestari perlu diterapkan dalam apa jua tindakan

pendidik TVET khususnya di Kolej Vokasional.

1.9 Skop Kajian

Fokus kajian adalah untuk membangunkan Model Kelestarian Program TVET di Kolej

Vokasional seluruh Malaysia. Secara amnya, kajian ini adalah merupakan satu kajian

tinjauan yang ingin mengenal pasti tahap kompetensi dan amalan bagi membangunkan

model program TVET yang dianggap perlu dan sangat penting dalam transformasi Kolej

Vokasional. Bagi tujuan itu, penyelidik mengenal pasti kesesuaian elemen kompetensi

dan amalan lestari serta indikator kelestarian. Seterusnya, penyelidik turut mengenal pasti

tahap sedia ada dan tahap yang diperlukan terhadap kompetensi dan amalan lestari

pensyarah KV. Di samping itu, penyelidik juga membuat tinjauan terhadap perbezaan

jurang (gap) antara tahap sedia ada dan tahap yang diperlukan bagi kalangan responden

yang dikaji. Penyelidik juga memberi tumpuan kepada sumbangan pemboleh ubah

peramal kajian iaitu; kompetensi pensyarah KV dan amalan lestari terhadap kelestarian