47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

10
KHUTBAH JUMAAT “Menghayati Nilai-Nilai Murni Di Dalam Hijrah” (08 November 2013M / 04 Muharam 1435H) ____________________________________________________________________________________________________ ________ ُ دْ مَ حْ لَ اِ ِ ْ يِ دَ ال اَ انَ دَ ه ىَ لِ اٍ اطَ رِ ص، ٍ مْ يِ ! قَ ! تْ سُ مَ & ثَ عَ ) بَ وَ , نْ / يِ يِ 2 بَ ي ل اَ , نْ يِ رِ & شَ ) بُ مُ دَ هْ & == شَ ? . اَ , نْ يِ رِ C == دْ يُ مَ وْ , نَ ? اَ لاَ ه == َ لِ اَ لاِ ا له ل اُ K == كِ لَ مْ لاُ ُ ! قَ ح== ْ ل ا، َ , نْ / يِ ) يُ مْ ل اُ دَ هْ & == شَ ? اَ وَ , نَ ? ا اً دَ مَ ح=== ُ مُ هُ === دْ ) يَ عُ هُ ولُ === سَ رَ وَ مُ هَ ل لَ . اَ , نْ يِ مَ ? لاْ اِ لَ === صْ مِ لَ === سَ و ىَ لَ عَ K كِ === دْ ) يَ عَ K كِ لْ وُ = سَ رَ و، ٍ دَ مَ ح= ُ م ىَ لَ عَ وِ ِ لb اِ هِ ) ابَ حْ = صَ ? اَ و ىِ ل وُ ? اِ لْ = ضَ فْ ل ا اَ مَ ? . اِ مْ يِ j ظَ عْ ل ا، ُ ْ عَ ) ب اَ يَ فَ === ادَ ) يِ ع، ِ ل===ه ل ا === واُ ! قَ ! بِ ا ل===ه، ل اَ ْ مُ كْ يِ === صْ وُ ? اَ === ايَ نِ اَ و يَ === وْ ! قَ ! تِ ) بِ ل===ه ل اِ === هِ ! تَ ع اَ طَ وْ مُ كَ لَ عَ ل. َ , نْ وُ حِ لْ فُ ! بSidang Jumaat yang dirahmati Allah, Marilah kita sama-sama mempertingkatkan iman dan taqwa kepada Allah dengan mentaati perintahNya, dan menjauhi laranganNya. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertaqwa. Tajuk khutbah pada hari ini ialah Menghayati Nilai-Nilai Murni Di Dalam Hijrah’. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sekali lagi kita bersua dengan bulan Muharam. Bulan yang mana kita mendengar banyak kisah teladan di sebalik pengorbanan Nabi tercinta, Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Inilah di antara 1

Upload: azznor7881

Post on 12-Jun-2015

159 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

KHUTBAH JUMAAT

“Menghayati Nilai-Nilai Murni Di Dalam Hijrah”(08 November 2013M / 04 Muharam 1435H)

____________________________________________________________________________________________________________

ح�م�د� ـ� �ل �ه ا ل �ذي� ل �ا ال ل�ى ه�د�ان اط� إ ر� �، صــ �م �قي ت �ع�ث� م!ســ� و�ب�ن� ي ـ( ي �ب �ن� الـن ري �ش( ه�د� م�ب �ش� . أ �ن� �ذري �ن� و�م�ن � أ �ه� ال ـ� ل � إ ال الله إك� ــ �م�ل ــح�ق! �ال ـ� ، ال �ن� ي �م�ب ه�د� ال ــ� �ش �ن� و�أ ــح�م�د7ا أ د�ه� م�ـ ــ� ع�ب

�ه� ول ســ� �ه�م� و�ر� �لل . ا �ن� �مي �أل ل( ا (م� صــ� ل دك� ع�ل�ى و�ســ� ع�بــ�و�لك� س� ه و�ع�ل�ى م�ـح�م�د�، و�ر� ه آل اب ص�ح�

� �ولى و�أ ل أ �ف�ضــ� الم�ا

� . أ �م �ع�ظي �ع�د�، ال �ا ب �اد� ف�ي ب �ق�وا الله، ع ت �م� � الله، ا �ك و�صي� أ

�اي� ي �ق�و�ى و�إ ت ه الله ب �م� و�ط�اع�ت �ك �ع�ل . ل ح�و�ن� �ف�ل تSidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan iman dan taqwa kepada Allah

dengan mentaati perintahNya, dan menjauhi laranganNya. Semoga kita

tergolong dalam kalangan mereka yang bertaqwa. Tajuk khutbah pada hari

ini ialah ‘Menghayati Nilai-Nilai Murni Di Dalam Hijrah’.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi kita bersua dengan bulan Muharam. Bulan yang mana kita

mendengar banyak kisah teladan di sebalik pengorbanan Nabi tercinta,

Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam. Inilah di antara masa yang terbaik

untuk kita merenung semula kisah Hijrah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dan

kita cuba berusaha untuk memahami hikmah dan juga pengajaran di sebalik

kisah yang berlaku.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apabila Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam diizinkan Allah untuk

berhijrah ke Madinah, Baginda membawa temannya Abu Bakar radhiallahu

‘anhu, untuk menjadi pendamping di dalam perjalanan yang mengambil masa

berhari-hari lamanya. Baginda terpaksa mengambil jalan yang agak jauh

1

Page 2: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

demi untuk mengelak dari dikesan oleh musuh-musuhnya. Sehinggalah

Baginda tiba di Gua Thur �و�ر) dan bermalam di sana selama tiga malam ,(ث

berturut-turut, menantikan masa yang sesuai untuk ke Madinah. Kaum

Quraish mengutus beberapa orang untuk mencari Nabi sallallahu ‘alaihi

wasallam dan sahabatnya Abu Bakar. Sehinggalah mereka sampai di mulut

gua Thur �و�ر) Di waktu ini, Abu Bakar mula risau terhadap keselamatan .(ث

Baginda. Maka Baginda bersabda kepadanya :

�ب�ا ب�ك�ر�)) ا،ي�ا أ م� ا ظ�ن�ك� ب�اث�ن�ي�ن� الل�ه� ث�ال�ث�ه� (( م�

Maksudnya: Wahai Abu Bakar, jangan engkau sangka kita ini berdua,

sebenarnya Allah yang ketiga di antara kita (iaitu dengan pertolongan,

bantuan dan penjagaan) .

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).

Kisah ini diabadikan di dalam al-Quran, pada firman Allah subhanahu

wata’ala di dalam surah al-Taubah, ayat 40 yang berbunyi :

Maksudnya: Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad sallallahu

‘alaihi wasallam) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu

ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah)

sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di

dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau

berdukacita. Sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan

semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi

wasallam) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang

kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang kafir

terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah

2

Page 3: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha

Bijaksana.

Lihatlah, kesusahan yang ditempuhi Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam

hanya untuk membina sebuah visi baru buat umatnya. Perjalanan yang jauh,

di bawah terik matahari, sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang

jalan, ini semua mengajar kita erti usaha dan tawakkal. Bukankah Allah itu

Maha berkuasa untuk membawa RasulNya ke Madinah dalam beberapa saat

sahaja, seperti peristiwa Israk dan Mikraj? Tetapi Allah telah menetapkan,

bahawa keyakinan kepada Allah itu penting, dan berusaha juga perlu

diteruskan bagi mendapatkan kejayaan.

Kita sebagai umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam seharusnya

menerapkan nilai-nilai murni ini di dalam kehidupan kita seharian. Sebagai

contoh, seorang muslim yang menerapkan nilai usaha dan tawakkal di dalam

kehidupannya, akan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan dirinya dan

juga keluarganya dari belenggu masalah. Dia akan sentiasa mengingati

firman Allah tadi yang bermaksud: “Allah bersama kita”, ketika menghadapi

sebarang cubaan dan musibah. Sebabnya, Allah subhanahu wata’ala tidak

akan mensia-siakan amalan hambaNya. Hamba yang menjadikan Allah

sebagai sandarannya, lalu dia berusaha dengan gigih, tidak mungkin akan

ditinggalkan merana sendirian.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Penghayatan Hijrah bukanlah hanya untuk mereka yang diuji Allah dengan

kesempitan dan cubaan hidup, bahkan untuk mereka yang berada di dalam

kenikmatan dan kesenangan juga. Lihatlah bagaimana para sahabat

sanggup mengorbankan harta kekayaan dan perniagaan mereka di Mekah,

hanya untuk merealisasikan sebuah visi baru untuk umat.

Kita tidak boleh berpeluk tubuh dengan hanya memerhatikan masalah-

masalah yang dihadapi oleh sebahagian kaum muslimin kita. Apakah usaha

3

Page 4: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

kita dalam membantu mereka? Inilah peluang keemasan bagi kita

melaksanakan kebaikan. Di mana sahaja ada peluang untuk kita

melaksanakan kebaikan, seharusnya kita berkejar-kejar untuk

melaksanakannya. Ada ketikanya, saudara kita memerlukan sokongan

peribadi ataupun nasihat dan tunjuk ajar. Ini semua, dan banyak lagi, adalah

peluang untuk kita melaksanakan kebaikan, seperti sabda Nabi Muhammad

sallallahu ‘alaihi wasallam:

ب�ع� ال�ل�ن)) ي�ر�ن�ن� م�م�ؤ�م� ي�ش� ى�ت� ، ح�ه�ع�م�س� ي� خ�

اه� ال�ن�و�ك�ي ن�ت�ه� ((ة�ن�ج� م�Maksudnya: Seorang mukmin tidak akan merasa puas terhadap kebaikan

(ilmu) yang dia dengar, sehinggalah dia sampai ke Syurga”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Hadis ini memberi kita satu suntikan semangat untuk terus melakukan

kebaikan termasuklah mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Sebuah lagi nilai yang boleh kita raih di sebalik Hijrah Nabi sallallahu ‘alaihi

wasallam adalah sifat berdaya tahan Baginda dalam berpegang teguh

kepada prinsip pada pelbagai suasana dan keadaan. Di dalam kitab Sirah Ibn

Hisyam, telah diriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi

wasallam sebelum berhijrah, telah memerintahkan Ali ibn Abi Talib untuk

mengembalikan segala harta yang telah diamanahkan kaum Quraish

kepadanya untuk dijaga.

Perhatikanlah bagaimana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berpegang teguh

kepada prinsip amanah yang telah sebati dengan dirinya, walaupun Baginda

berada di dalam keadaan yang dizalimi. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam

mengembalikan harta orang Quraish, mungkin ada di antara mereka yang

menjadi sebab Baginda dikeluarkan dari Mekkah.

4

Page 5: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

Kita seharusnya meneladani sifat Baginda ini. Kita bersyukur atas kurniaan

Allah kerana hidup dalam keadaan aman dan damai, di dalam sebuah negara

yang berbilang bangsa. Kita boleh terus menyumbang bakti kepada

masyarakat, tanpa menggadaikan prinsip kita sebagai seorang Muslim.

Prinsip-prinsip Islam yang seharusnya sebati dengan jiwa kita, akan

menjadikan kita seorang muslim yang bertaqwa dan berdaya tahan

mengharungi cabaran hidup masakini.

Akhir sekali, marilah kita mendengar hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam

mengenai satu konsep hijrah yang penting untuk kita lakukan. Sabda Nabi

sallallahu ‘alaihi wasallam:

�ه�ان�س///� ل�ن� م�ن�و�م�ل�س///�م� ال�م�ل� س///�ن� م�م�ل�س///�م�ل�ا))((�ه�ن� ع�ى الله�ه�ا ن� م�ر�ج� ه�ن� م�ر�اج�ه�م�ال� و،�ه�د�ي�و

Maksudnya: Seorang muslim (yang sempurna keislamannya) adalah dia

yang kaum muslimin merasa selamat dari kejahatan lidah dan tangannya,

dan seorang yang berhijrah (dengan sebenarnya) adalah sesiapa yang

meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah subhanahu wata’ala.

(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

ــ� �ي�ب �ف�ع�ن ، و�ن �م �ع�ظي آن ال ر� ــ� �ق �م� في� ال �ك ي� و�ل ــه� ل ك� الل ار� �م� ب �اك ي ل�ـو�إ ــ� �ق�ب ، و�ت �م ي �ح�ك �ر ال ات و�الــذ(ك ــ� �آلي �ه من� ا م�ا في

و�ل� �قــ� . أ �م� ي �ع�ل �ع� ال مي و� الســ� ه� هــ� ــ� ن �ه�، إ �و�ت ال �م� ت �ك (ي� و�من مني� ره�ذ�اق�و�ل ائ ، و�لس� �م� �ك ي� و�ل �م� ل �ع�ظي �غ�فر� الله� ال ت س�

� ، و�أ، ات ــ� �م�ؤ�من �ن� و�أل ي ؤ�من �مــ� ، و�ال م�ات ل �م�ســ� �ن� و�ال مي ل �م�ســ� الــج�اة� ـ� ا ن ــ� �ن� و�ي �غ�فري ت ــ� �م�س و�ز� ال ــ� ا ف ــ� و�ه�، ف�ي �غ�فر� ت ــ� ف�اس

. �ن� ي ب �ائ الت

KHUTBAH KEDUA_____________________________________________________________________________________________________

5

Page 6: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

� �ل �ـا �ل �ه. ا ل ه�د�ـح�م�د� ل �شــ� . أ م�ر�� �م�ا أ ا ك ير7 �ث �ه ح�م�د7ا ك ل ح�م�د� ل

�ن� ل �ن��أ ه�د� أ �شــ� ه�، و�أ ــ� ريك� ل � شــ� د�ه� ال � اللــه� و�حــ� ال �ه� إ ـ� ل ا إارك�ـم� ــ� (م� و�ب ل ل( و�ســ� �ه�م� صــ� �لل �ه�. ا ول ســ� د�ه� و�ر� ــ� ح�م�د7ا ع�ب

�ا م� (دن ي . ـع�ل�ى س� �ج�م�عين� ه أ اب ص�ح�� ه و�أ ح�م�د� و�ع�ل�ى آل

�م� �ك �ع�ل ه ل ــ �ق�ات ق� ت �ق�وا اللــه� حــ� ت �اد� الله، ا ب �ا ع �ع�د�، ف�ي م�ا ب� أ

. ح�ون� �ف�ل ت

�ع�ال�ى:�ق�ال� الله ت}

}

ل( ع�ل�ى م� �ه�م� صــ� �لل اـــح�م�د� و�ع�ل�ى آل م�ـــا �مــ� ح�م�د�، ك �م� و�ع�ل�ى آل اهي �ر� ب �ت� ع�ل�ى إ �ي ص�ل �ارك� ع�ل�ىإ ، و�ب �م� اهي �ر� ب

�م�ـح�م�د� و�ع�ل�ى آل م�ـم� اهي ر� ــ� ب �ت� ع�ل�ى إ ك ار� ــ� �م�ا ب ح�م�د�، كد م� ــ� �ك� ح�مي ن �ن� إ �مي �ع�ال ، في� ال �م� اهي �ر� ب �د.ـــو�ع�ل�ى آل إ ي ج

� �ه�م� ع�ن ال ،ــــو�ار�ض� الل �ن� (ي دي �م�هـــ� �ن� ال دي اشـــ �ف�اء الر� ل خ�

ان� و�ع�ليd، و�ع�ن ــ� �مـ ر� و�ع�ث ــ� ر� و�ع�مـ ــ� �كـ ي� ب ب� �ا أ ن اد�ات ــ� سـ

� �ن� ل عي اب ــ� �ة و�التـ اب ح� ــ� ــالصـ ــ و�م ــ� ل�ى يـ ان� إ ح�س� ــإ ـ ـ ه�م� بم�ات ل ــ� ــ �م�س مين� و�ال ل ــ� ــ �م�س ل ر� ل ــ ــ �ه�م� اغ�ف �لل .ا �ن ــد(ي ــ ،ال

�ه�م� و�ا �آء من ي �ح� �أل �ات ا �م�ؤ�من ين� و�ال �م�ؤ�من ك��و�ال ــ� ن . إ �م�و�ات أل�ب م�ــــس� ري �ع قـــ� ي�ــــمي ا ق�اضـــ �ب� الـــد�ع�و�ات و�يـــ� جي

. �ح�اج�ات ال

Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan

muslimat, mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun

yang telah meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan

ibu bapa dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan

kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di

akhirat kelak.

6

Page 7: 47. khutbah jumaat 08 november 2013 (menghayati nilai nilai murni di dalam hijrah) (1)

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu

kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara

kami khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin Islam negeri kami khususnya Tuan

Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami

rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah

memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,

sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera. Justeru, kami pohon ke

hadratMu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,

kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami

dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah peribadi kami dengan budi

pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai,

lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau panjang,

wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami berlindung

dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa

bertambah makmur dan berkat.

�ة7 و�ف ن �ا ح�س� �ي �ا في الد!ن ن �آ آت �ن ب اـر� ــ� �ة7 و�قن ن ة ح�ســ� �آلخر� ي ا �ن� �مي �ع�ال ب� ال �ا ر� �ار. آمين، آمين ي �اد� الله..ع�ذ�اب� الن ب ع

�ى ب ر� ــ� �ق آء ذي ال ــ� يت . و�إ ان ح�س� �إل �ع�د�ل و�ا ال م�ر� ب� �أ ن� الله� ي إ

�م� �عظ�ك . ي �غ�ي �ب ر و�ال ــ� ــ �كـ �م�ن آء و�ال ــ� ــ �ف�ح�شـ �ه�ى ع�ن ال �ن و�ي. �م� ك �ر� ذ�ك ــ� �م� ي �ع�ظي ــه� ال وا الل �ر� اذ�ك ــ� . ف و�ن� �ر� ذ�ك ــ� �م� ت �ك �ع�ل له ل ــو�ه� من� ف�ضــ� ـ� �ل أ . و�اس� �م� زد�ك ــ� ع�مه ي وه� ع�ل�ى ن �ر� ك و�اش�. �ع�ون� ن �صــ� ا ت �م� مــ� �ع�ل . و�اللــه� ي �ر� �ب ك

� �ر� الله أ �ذك . و�ل �م� �ع�طك ي�ة� �م�وا الص�ال �قي .أ

7