46 i reacaaa -...

2
46 I Reacaaa 'NfOGAS'NG Permainan tradisional orang Melayu sejak dulu lagi yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu Biasanya dimainkan selepas musim menuai padi yang dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang yang dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Pada awalnya, tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru, namun kini menggunakan tali nilon. Panjang talinya bergantung kepada panjang tangan seseorang iaitu kebiasaannya satu meter dan minyak kelapa disapu pada tali gasing untuk melicinkan pergerakan. Ada lebih 20 jenis gasing dan kebanyakan memiliki persamaan tetapi dipanggil dengan nama berbeza mengikut negeri atau daerah . Antara gasing yang ada ialah toyol, begelen, berembang, buku benang, jan tung, kelamar, kepala duri, kuno, lang laut, leper, leper Kelantan , pacitan, pangkah, piring, pinang, tanjung, telor, Cina, Melayu dan uri. Tiga jenis gasing yang terkenal ialah gasing tradisional, kebangsaan da"; uri Kelantan. Kaedah bermain gasing dulu dan sekarang tidak banyak beza iaitu sebelum 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah lain . Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemah iran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Ibarat aur dan tebing, permainan gasing memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Kelantan. Terdapat lebih 20 jenis gasing dan salah satu daripadanya adalah gasing uri atau terbang yang menjadi Jokus Wajah Kehidupan hari ini. Metro Ahad 19 OKTOBER 2014

Upload: lediep

Post on 18-Jul-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

46 I Reacaaa

'NfOGAS'NG

• Permainan tradisional orang Melayu sejak dulu lagi yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik~ • Biasanya dimainkan selepas musim menuai padi yang dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasin~i mampu berputar. • Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang yang dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. • Pada awalnya, tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru, namun kini menggunakan tali nilon. Panjang talinya bergantung kepada panjang tangan seseorang iaitu kebiasaannya satu

~ meter dan minyak kelapa disapu pada tali gasing untuk melicinkan pergerakan. • Ada lebih 20 jenis gasing dan kebanyakan memiliki persamaan tetapi dipanggil dengan nama berbeza mengikut negeri atau daerah. • Antara gasing yang ada ialah toyol, begelen, berembang, buku benang, jan tung, kelamar, kepala duri, kuno, lang laut, leper, leper Kelantan, pacitan, pangkah, piring, pinang, tanjung, telor, Cina, Melayu dan uri. • Tiga jenis gasing yang terkenal ialah gasing tradisional, kebangsaan da"; uri Kelantan. Kaedah bermain gasing dulu dan sekarang tidak banyak beza iaitu sebelum 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah lain. • Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemah iran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Ibarat aur dan tebing, permainan gasing memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Kelantan. Terdapat lebih 20 jenis gasing dan salah satu daripadanya adalah gasing uri atau terbang yang menjadi Jokus Wajah Kehidupan hari ini.

Metro Ahad 19 OKTOBER 2014

Metro Ahad 19 OKTOBER 2014

+

Beaeaaa l 47

Bel'at gasing uri yang mencecah 4.5 kilogram boleh berpusing sehingga lebih dua jam, jika pembuatannya dilaksana dengan teliti.

Ini kerana gasing memerlukan bentuk seimbang bagi memastikan ia berpusing pada kadar lebih lama dan berhenti tepat pada paksinya saja.

Menurut Pengerusi Jawa-tankuasa Kebudayaan, Pelancon­gan dan Warisan Kelantan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rah­man, keistimewaan itu menja­dikan gasing uri Kelantan terkenal di SeIuruh negara, malal). sering dimainkan ketika musim menuai padi satu ketika dulu.

"Namun zaman ini gasing di­mainkan tanpa kira masa kerana kita ada pelbagai jenis, termasuk gasing bulat yang ' dijadikan mai­nan budak kecil.

"Cumagasing, uri atau orang · panggil gasing terbang jarang di­mainkanmelainkan orang tertentu yang mabir. Oleh sebab ia popular di Kelantan, kita cuba kembalikan kegemilangan gasing ini.

"Dengan keistimewaannya, jika dimainkan. dengan betul, ia boleh . berpusing lebiYl dua jam dan akan berhenti pada paksinya yang di­perbuat daripada besi keluli. Kita guna keIebiYlan ini untuk gamit perhatian orang ramai," katanya.

Md Anizam berkata, permai­nan gasing tidak pernah pudar, sebaliknya mempunyai peminat tersendiri yang kemudian dlper­turunkan ke generasi berikutnya sebagai pelapis.

Katanya, bagi pemain gasing profesional yang mengangkat seni

gasing, kerajaan negeri menye­diakan program untuk membantu mempromosikan mereka, terma­suk membawa mereka melakukan persembahan.di Kelantan dan Iuar negeri.

"Ada, juga yang mengadakan persembahan di Iuar negara, ter­masuk demonstrasi di London di bawah pwgram pelancongan kita.

"Kerajaan negeri sentiasa men­gadakan aktiviti yang mengeten­gahkan kebudayaan negara dan setiap kali pesta negeri diadakan, kita akan bawa pemain gasing pro­fesional untuk pamer kepakaran," katanya.

Selain itu, program tetap yang dilaksana ialah persembahan ga­sing di Gelanggang Seni, Kota Bha­ru tiga kali seminggu bertujuan memberi pendedahan kepada pe­lancong dan generasi muda.