4.5 dasar dan pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa ... · pdf file444 kongres bahasa dan...

Download 4.5 Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa ... · PDF file444 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

If you can't read please download the document

Upload: builiem

Post on 06-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu 443

    4.5Dasar dan Pelaksanaan Bahasa

    Melayu Sebagai Bahasa Rasmi danBahasa Kebangsaan

    Ainon Mohd.

    Bahasa Kebangsaan dan Bahasa RasmiBahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dikalangan warganegara. Bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuanurusan harian negara. Banyak negara di dunia yang menggunakan bahasa-bahasa yang berlainan untuk kedua-dua fungsi itu, umpamanya India, Filipina,Paraguay dan banyak lagi. Secara ideal kedua-dua fungsi itu sepatutnyadimainkan oleh satu bahasa sahaja. Inilah yang kita perjuangkan untuk bahasaMelayu di Malaysia.

    Bahasa RasmiSesuatu bahasa tidak boleh dianggap sebagai bahasa rasmi semata-mata keranaterdapatnya peruntukan dalam perlembagaan atau undang-undang negara yangmemberikan taraf tersebut. Sesuatu bahasa boleh berfungsi sebagai bahasarasmi meskipun hal itu mungkin tidak ditakrifkan dalam perundangan negara,dan begitu pula sebaliknya.

    Pada dasarnya sesuatu bahasa menjadi bahasa rasmi apabila fungsinyamemenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan. Fungsi-fungsi ituialah:

    1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu merekamenjalankan tugas-tugas rasmi negara.

    2. Sebagai media segala urusan surat-menyurat di dalam dan di antarajabatan-jabatan kerajaan.

    3. Digunakan dalam semua rekod-rekod kerajaan.4. Sebagai media untuk menuliskan semua undang-undang dan

    peraturan-peraturan negara.5. Digunakan untuk semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

  • 444 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV

    Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasminegara kita termaktub pada:

    1. Di bawah Perlembagaan Persekutuan:Perkara 152 Fasall(a), Fasal (3) (lihat lampiran)

    2. Di bawah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67:i. Seksyen 2ii. Seksyen 6 (lihat lampiran)

    Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi di Sektor AwanPelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di peringkat kerajaan negeridan kerajaan persekutuan telah dijalankan sepenuhnya. Bahasa Melayudigunakan di dalam semua urusan rasmi untuk kegiatan-kegiatan berikut:

    1. Surat-menyurat dalam jabatan.2. Surat-menyurat antara jabatan-jabatan kerajaan.3. Surat-menyurat antarajabatan kerajaan dengan swasta.4. Surat-menyurat antara swasta kepada jabatan-jabatan kerajaan.

    Sektor Negeri Sarawak dan Sabah,Berbanding dengan taraf tinggi pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasarasmi di semua negeri-negeri Malaysia dan pada peringkat kerajaanPersekutuan, maka pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di NegeriSarawak adalah terkebelakang. Sejak Sarawak mencapai kemerdekaan melaluiMalaysia sudah empat kali tarikh pelaksanaannya ditunda. Secara rasmipelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hanya akan dimulakan padatahun 1985. Ini berbanding dengan Negeri Sabah yang telah melaksanakannyasejak tahun 1973. Pada masa ini Sabah sedang berusaha untuk melaksanakanpenggunaan bahasa Melayu di sektor swasta.

    Sektor Perundangan dan KehakimanPelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di sektor ini ternyata tidakmemuaskan. Faktor utama yang menyebabkan kelambatan itu ialah peruntukan-peruntukan tertentu yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia danAkta Bahasa Kebangsaan 1963/7 yang sama ada mewajibkan atau mengizinkanpenggunaan bahasa Inggeris di dalam sektor ini (lihat lampiran).

    PerundanganBahasa Inggeris diwajibkan digunakan dalam teks sahih dokumen-dokumenundang-undang utama Malaysia; umpamanya teks sahih perlembagaan Ma-laysia ialah teks Inggeris. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula mewajibkansupaya teks-teks sahih bagi rang undang-undang, akta, enakmen dan undang-undang kecil, adalah teks bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

  • Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu 445

    KehakimanPerlembagaan Malaysia Fasal4 mewajibkan supaya segala prosiding dalamMahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi dijalankan dalam bahasaInggeris. Hal yang serupa juga diwajibkan dalam mahkamah rendah. Keadaandi atas telah diperbaiki sedikit melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Fasal5,6, 7 dan 8 (lihat lampiran). Peruntukan-peruntukan itu membenarkan bahasaInggeris digunakan di sisi bahasa kebangsaan. Kemunduran pelaksanaanbahasa Melayu di sektor kehakiman adalah dipengaruhi oleh dua faktor, iaitufaktor formal dan faktor tak formal.

    Faktor FormalKelembapan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalahberpunca daripada peruntukan-peruntukan yang terkandung dalamPerlembagaan Malaysia Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

    Faktor Tak FormalKemunduran pelaksanaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan dankehakiman dipengaruhi dengan kuatnya oleh sikap golongan yangmenjalankan jentera kerajaan dalam bidang-bidang ini, dan sikap para pengamalundang-undang. Oleh kerana jabatan-jabatan kanan dalam bidang ini diseliaoleh golongan yang berpendidikan Inggeris, dan oleh itu kefasihan merekadalam bahasa Melayu adalah lemah, maka keadaan begitu menjejaskanpelaksanaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman.

    Usaha-usaha pelaksanaan bahasa Melayu di Jabatan Peguam NegaraBeberapa usaha secara pentadbiran telah dibuat untuk menggunakanbahasaMelayu oleh Jabatan Peguam Negara.

    1. Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan Seksyen BahasaKebangsaan pada 1974 untuk menyediakan dokumen-dokumen dalambahasa Kebangsaan seperti undang-undang, triti, perjanjian danborang-borang.

    2. Jabatan Kehakiman telah mengeluarkan arahan mengenaipenggunaan bahasa Kebangsaan dalam urusan kehakiman diMahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi. Di samping itu JabatanKehakiman akan menubuhkan Biro Terjemahan untuk menterjemahkeputusan-keputusan mahkamah ke dalam bahasa Melayu.

    Sektor Diplomasi dan AntarabangsaPada masa ini bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantaraan diplomasioleh kerajaan Malaysia hanya dengan dua buah negara, iaitu Indonesia danNegara Brunei Darussalam. Untuk perhubungan dengan negara-negara selainitu bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris.

  • 446 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu IV

    Untuk aktiviti persidangan antarabangsa, bahasa yang digunakan ialahbahasa-bahasa lain, dan bukan bahasa Melayu. Ini berlaku meskipunpersidangan itu mungkin dijalankan di dalam negeri.

    Pelaksanaan Bahasa Melayu di Sektor PendidikanBahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sepenuhnya melalui DasarPelajaran Kebangsaan. Sejak tahun 1981 semua peringkat persekolahanmenggunakan bahasa Melayu iaitu daripada darjah satu sekolah rendah hinggatingkatan enam. Pada tahun 1983, semua kursus tahun pertama di universiti-universiti tempatan disampaikan di dalam bahasa pengantar Melayu.Kemunduran pelaksanaan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistempelajaran negara ialah di bidang penyediaan bahan-bahan rujukan ilmiah. Padamasa ini dianggarkan hanya ada sekitar 200 buah daripada 20,000 buah tajukrujukan penting yang digunakan di enam buah institusi pengajian tinggi negarakita. Ini tidak termasuk keperluan rujukan peringkat maktab, kolej danseumpamanya.

    Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Sektor SwastaKemajuan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di sektor swastamempunyai tahap-tahap kemajuan yang berbezabeza di dalam industri atauorganisasi-organisasi swasta individu. Walau bagaimanapun padakeseluruhannya sektor swasta terus mengekalkan bahasa Inggeris sebagaibahasa rasminya.

    Beberapa faktor mempengaruhi tahap penggunaan bahasa Melayu disektor swasta.

    1. Pemilik syarikat.2. Saiz syarikat.

    a. Pemilik SyarikatBadan-badan swasta yang dimiliki oleh kerajaan pada amnya sudahberusaha memulakan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayudi dalam pentadbirannya iaitu dibandingkan dengan badan-badanswasta yang tidak dimiliki oleh kerajaan. Ini dipengaruhi oleh jumlahtenaga kerja Melayu di dalam syarikat-syarikat milik kerajaan.

    b. Saiz SyarikatSyarikat-syarikat swasta menggunakan bahasa Melayu di dalam surat-menyurat rasmi kepada kerajaan oleh kerana hal itu dikehendaki olehpihak kerajaan. Bahasa Melayu juga digunakan bersama-sama bahasalain di tempat-tempat tumpuan pelanggan, umpamanya di kaunterperkhidmatan, mengikut keperluan perhubungan yang berlaku ditempat-tempat itu. Syarikat-syarikat kecil menggunakan semua bahasatempatan dan juga bahasa Inggeris dalam urusan sehari-hari mengikutjenis kegiatannya dan para pelanggan mereka.

  • Dasar dan Pelaksanaan Bahasa Melayu 447

    Kuasa Undang-undangPenggunaan bahasa Melayu di sektor swasta adalah berdasarkan lebih kurang35 jenis undang-undang dan kaedah perundangan sejak 1974. Antara akta-akta yang secara langsung mempengaruhi penggunaan bahasa ialah:

    a. Akta Kerajaan Tempatan. 1976.b. Undang-undang Kecil Pengiklanan.c. Advertising Code 1981 (Revised 1983), Kementerian

    Penerangan Malaysia.d. Advertising Standard Authority.e. Medicines (Advertisement and Sale) Ordinance, 1956.f. Guidelines for Medicine Advertisements, Lembaga Iklan

    Ubat, Kementerian Kesihatan.g. Akta Racun Makhluk Perosak, 1974.h. Companies Act, 1965.i. Registration of Business Act, 1956.j. Societies Act, 1956.k. Undang-undang Pendaftaran Cap Dagangan, 1976.l. Trade Mark Act, 1938. Dan banyak lagi.

    1. Undang-undang dan peraturan-peraturan yang ada hanyalah untuk bahan-bahan pameran di luar bangunan swasta dan tidak ada apa-apa undang-undang atau peraturan untuk segala urusan yang berjalan di dalambangunan swasta.

    2. Berbagai-bagai akta dan peraturan memberi peruntukan untuk penggunaanberbagai-bagai bahasa dan memberi swasta kebebasan untuk memilihmana-mana bahasa yang disukai. Para pegawai awam hanya menggunakanbudi bicar