4.0_penulisan_reflektif

13
MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA MTE 3111 18 4.0 PENULISAN REFLEKTIF 4.1 REFLEKSI NAMA : MUHAMMAD SYAZWAN BIN IDRIS NO.IC : 910503-14-6603 NO.MATRIK : 124038 Pada semester ini saya telah mempelajari mata pelajaran ataupun kursus Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data (MTE 3111). Dalam kursus ini, saya ditugaskan untuk membuat kerja kursus yang menekankan kefahaman terhadap amalan utama yang berkaitan dengan geometri, sukatan dan pengendalian data, perancangan secara berkesan terhadap perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran geometri, sukatan dan pengedalian data di samping membuat refleksi terhadap amalan bilik darjah bagi tajuk yang dipilih. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi peluang kepada kami untuk memahami dan mengaplikasikan sebahagian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kursus ini. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk memilih satu tajuk di dalam bidang geometri, ukuran dan pengendalian data serta berbincang dan mengenalpasti masalah- masalah yang berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan 4 aspek utama iaitu kefahaman konsep, arimetik atau prosedur pengiraan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta gaya pengajaran dan pembelajaran. Setelah berbincang, kami sebulat suara telah memilih tajuk jisim di sebagai tajuk utama untuk diketengahkan dalam kerja kursus ini. Sebagai langkah pertama, saya dan ahli kumpulan mencari beberapa buku rujukan yang mengemukakan beberapa masalah yang timbul berkaitan pemahaman konsep di dalam tajuk jisim. Kebanyakkan buku yang yang diperolehi dan dirujuk adalah buku Bahasa Inggeris. Saya dikhususkan untuk membuat penulisan ilmiah iaitu tugasan di bahagian A bersama rakan sepraktikum saya. Saya juga telah mencari beberapa kajian tindakan yang melibatkan masalah berkaitan tajuk jisim. Dua orang rakan saya lagi ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan di bahagian B. Walaupun tugasan yang dilakukan berasingan namum kami masih berbincang

Upload: fathi-ramli

Post on 19-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

4.0_Penulisan_Reflektif

TRANSCRIPT

MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

MENGAJAR GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN DATAMTE 3111

4.0 PENULISAN REFLEKTIF4.1 REFLEKSINAMA:MUHAMMAD SYAZWAN BIN IDRISNO.IC:910503-14-6603NO.MATRIK:124038

Pada semester ini saya telah mempelajari mata pelajaran ataupun kursus Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data (MTE 3111). Dalam kursus ini, saya ditugaskan untuk membuat kerja kursus yang menekankan kefahaman terhadap amalan utama yang berkaitan dengan geometri, sukatan dan pengendalian data, perancangan secara berkesan terhadap perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran geometri, sukatan dan pengedalian data di samping membuat refleksi terhadap amalan bilik darjah bagi tajuk yang dipilih. Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi peluang kepada kami untuk memahami dan mengaplikasikan sebahagian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam kursus ini.Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk memilih satu tajuk di dalam bidang geometri, ukuran dan pengendalian data serta berbincang dan mengenalpasti masalah-masalah yang berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan 4 aspek utama iaitu kefahaman konsep, arimetik atau prosedur pengiraan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta gaya pengajaran dan pembelajaran. Setelah berbincang, kami sebulat suara telah memilih tajuk jisim di sebagai tajuk utama untuk diketengahkan dalam kerja kursus ini. Sebagai langkah pertama, saya dan ahli kumpulan mencari beberapa buku rujukan yang mengemukakan beberapa masalah yang timbul berkaitan pemahaman konsep di dalam tajuk jisim. Kebanyakkan buku yang yang diperolehi dan dirujuk adalah buku Bahasa Inggeris. Saya dikhususkan untuk membuat penulisan ilmiah iaitu tugasan di bahagian A bersama rakan sepraktikum saya. Saya juga telah mencari beberapa kajian tindakan yang melibatkan masalah berkaitan tajuk jisim. Dua orang rakan saya lagi ditugaskan untuk menyelesaikan tugasan di bahagian B. Walaupun tugasan yang dilakukan berasingan namum kami masih berbincang bersama berkaitan isi-isi yang perlu diutamakan supaya penulisan ilmiah dan tugasan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan yang ketara. Ini bermaksud, beberapa masalah yang yang dikenalpasti di dalam penulisan ilmiah haruslah di atasi dengan merancang serta melaksanakan satu rancangan pengajaran harian. Kumpulan kami juga telah mengadakan kaedah menemubual seorang Guru Cemerlang dan dua orang murid sebagai bahan tambahan untuk memperkukuhkan sumber rujukan kami di dalam tugasan ini. Alhamdulillah, guru yang ditemuramah memberikan kerjasama yang menggalakkan di samping menyarankan kepada kami untuk berusaha mengatasi permasalahan-permasalahan yang timbul dalam kalangan murid mahupun guru di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Kami juga telah berbincang untuk merancang satu rancangan pengajaran harian bagi memulihkan masalah penambahan secara terus oleh murid dalam tajuk jisim tanpa mengikut rumus (murid menambah seperti menambah nombor bulat tanpa mengira rumus di dalam jisim iaitu 1 ka = 1000g) yang ditetapkan dengan menggunakan kaedah pengiraan palang t. Kaedah pengiraan bentuk lazim palang t ini diperolehi daripada hasil temubual dengan guru tersebut. Walaupun kaeadahnya agak melecehkan namun kaedah ini sangat berkesan bagi murid yang sering mengabaikan dan lupa akan rumus di dalam tajuk jisim. Kaedah ini mampu membantu murid dengan mengasingkan unit kg dan g dan seterusnya mengurangkan kekeliruan murid dalam menukar unit jisim serta menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi penambahan.Terdapat beberapa kekuatan yang telah saya kenalpasti dan perolehi dalam menyelesaikan tugasan kerja kursus ini. Antaranya ialah tugasan ini banyak memberi pendedahan kepada saya berkaitan masalah-masalah yang timbul dalam mengajar tajuk jisim di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini saya sedari bahawa, tidak semua maklumat yang diberikan kepada murid diproses bulat-bulat di dalam minda mereka. Terdapat juga maklumat yang dipesongkan dan tidak selari dengan sesuatu konsep yang dipelajari. Ini mungkin berpunca daripada perlakuan murid itu sendiri dalam menerima ilmu ataupun tahap keberkesanan cara seseorang guru itu mengajar di dalam kelas. Selain itu, tugasan dalam menyempurnakan penulisan akademik memberikan kelebihan kepada saya dan rakan saya dalam mengetahui serba sedikit format penulisan ilmiah di dalam kajian tindakan. Selain pensyarah pembimbing, saya juga telah merujuk berkaitan format penulisan ilmiah kepada guru pembimbing saya di sekolah di mana beliau baru sahaja menyiapkan kajian tindakan dalam peringkat ijazah sarjana muda. Oleh itu, saya beranggapan bahawa pengetahuan berkaitan format penulisan ilmiah memberikan saya dan rakan-rakan yang lain persediaan dalam menghadapai kajian tindakan di masa akan datang. Melalui tugasan ini juga, saya mengetahui satu kaedah baru dalam bentuk lazim menyelesaikan masalah bukan sahaja boleh diaplikasikan di dalam tajuk jisim, malahan boleh diaplikasikan di dalam tajuk panjang serta masa dan waktu iaitu kaedah bentuk lazim palng t. Kaedah ini mungkin mengambil masa yang lama bagi murid yang pandai namum berkesan bagi murid yang lemah bagi menyelesaikan penambahan mengumpul semula melibatkan gabungan unit kg dan g. Contohnya, 67 kg 968 g + 34 kg 67 g

kg g 6 7 9 6 8+ 3 4 6 7 1 0 1 1 0 3 5+ 1 - 1 0 0 0 1 0 2 3 5 = 102 kg 35 g

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang dirasakan perlu diperbaiki bersama di masa akan datang. Bagi saya, kelemahan yang dikenalpasti ialah saya tidak mendapat pengalaman secara langsung dalam melaksanakan rancangan pengjajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam tugasan bahagian B. Ini kerana kami berempat ditempatkan sekolah yang berasinga secara berpasangan. Saya tidak mendapat pengetahuan secara langsung adakah rancangan pengajaran yang dirancang bagi mengatasi masalah yang dikenalpasti berkesan ataupun tidak. Namun begitu, saya yakin kepada dua orang rakan saya yang menguruskan tugasan bahagian B di mana mereka telah melaksanakan rancangan pengajaran yang dirancang bersama dengan jayanya. Tambahan pula, mereka mendapat bimbingan daripada guru pembimbing mereka yang berstatus Guru Cemerlang.Selain kelemahan, terdapat juga masalah yang timbul semasa menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Antaranya ialah dalam penulisan ilmiah, saya tidak mendapat bahan rujukan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku dari aspek pendekatan dan gaya pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam tajuk jisim terutamanya. Kekurangan ini menyebabkan saya terpaksa menggunakan ayat olahan sendiri dengan merujuk pendekatan dan gaya pengajaran yang ada secara umumnya dengan mengaitkan pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk jisim. Selain itu, pada awalnya juga saya mempunyai masalah dalam mengetahui format penulisan ilmiah ataupun akademik. Menurut pensyarah pembimbing kami, tugasan penulisan ilmiah yang diberikan perlulah mengikut format penulisan di dalam kajian tindakan. Syarat yang diberikan kepada kami menyebabkan kami buntu untuk menulis penulisan berpandukan format yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pensyarah pembimbing saya tidak kekok untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya berkaitan format penulisan ilmiah yang telah ditetapkan walaupun sekadar bertanya melalui mesej pesanan ringkas. Saya juga telah mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing saya di sekolah dan beliau semestinya tidak mempunyai masalah dalam membantu saya dan rakan saya menyiapkan penulisan ilmiah. Namun begitu, saya yakin penulisan imiah saya dan ahli kumpulan masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dan saya beranggapan tugasan kali ini sebagai proses bimbingan kepada kami dalam menghadapi penulisan kajian tindakan pada semester seterusnya.Pengalaman yang bermakna dalam menyelesaikan tugasan ini adalah apabila saya berpeluang memahami tahap penguasaan murid-murid sekolah rendah di dalam tajuk jisim. Peluang ini memberi maklumat kepada saya bahawa pendekatan dan gaya pembelajaran yang pelbagai sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid mempunyai tahap kefahaman dab gaya pembelajaran yang pelbagai. Dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dalam menyampaikan konsep matematik, masalah pemahaman konsep dalam kalangan murid dapat dikurangkan. Selain itu, kefahaman saya berkaitan subjek ini menyedarkan saya bahawa tajuk-tajuk di dalam ukuran, geometri dan pengendalian data agak berbeza dengan tajuk nombor bulat, pecahan, peratus dan perpuluhan. Tajuk-tajuk di dalam ukuran dan geometri merupakan tajuk yang sangat berkait rapat dalam kehidupan kita dan murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti kemahiran mengukur, menyukat dan merekod nilai dalam sesuatu ukuran terutamanya. Sebagai kesimpulan, tugasan kerja kursus ini banyak memberikan input dan pengetahuan yang berguna kepada saya untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sebagai guru perlu berusaha untuk mengatasi masalah yang timbul berkaitan masalah pemahaman konsep matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Sekiranya masalah seperti ini tidak di atasi, sudah pasti ibu bapa di luar sana kecewa dengan perjuangan guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Biarlah tidak tidak mampu melahirkan seorang doktor ataupun jurutera, tetapi di peringkat sekolah rendah, biarlah kami berjaya menjalankan tugas kami untuk memastikan murid-murid sudah menguasai penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

4.2 REFLEKSINAMA:MUHAMAD NAZARUDDIN BIN YUNUSNO.IC:900122-11-5505NO.MATRIK:124034

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus mendapatkan segala maklumat dari pelbagai sumber berkaitan dengan tugasan projek ini, kami telah berjaya menyiapkannya dengan sempurna. Terdapat pelbagai pengalaman yang sangat bermakna sewaktu kami menjalankan tugasan projek ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan membantu kami dalam mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan masalah-masalah yang sering berlaku dalam beberapa tajuk tertentu. Hasil temubual kami dengan guru pembimbing sangat banyak membantu kami untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan dengan masalah yang sering berlaku dalam tajuk jisim. Mujur sekali guru pembimbing kami merupakan seorang guru cemerlang dalam subjek Matematik dan mempunyai pengalaman yang sangat luas berkaitan tajuk yang kami pilih.Setelah itu, kami membuat temuramah dan rakaman suara bersama guru pembimbing iaitu, Tn. Hj. Tengku Halim Bin Tengku Ahmad.sewaktu kami bertanyakan soalan kepada kepada beliau, jelas sekali tajuk yang kami pilih ini sering mendatangkan masalah kepada murid-murid. Terutamanya berkaitan konsep jisim itu sendiri. Kadang kala hasil daripada pengalaman dan pendapat beliau, guru juga tersalah konsep di antara jisim dan berat, istilah ini membuatkan murid keliru selain berkaitan dengan anggaran sesuatu jisim. Selain itu, beliau turut menunjukkan kaedah yang sangat sesuai di gunakan bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan kepada murid dalam subtopik operasi tambah jisim dan penukaran unit jisim. Rentetan daripada kaedah itu, kami cuba untuk mengaplikasikannya sewaktu membuat sesi pengajaran. Oleh itu tajuk pengajaran yang kami telah laksanakan ialah operasi tambah jisim melibatkan unit kilogram dan gram serta kami selitkan dengan penukaran unit. Sewaktu kami menjalankan sesi pengajaran murid-murid sangat yakin untuk melakukan operasi tersebut dengan cara masing-masing. Setelah itu, kami menyemak jawapan dan hanya beberapa orang murid sahaja yang dapat menjawab dengan tepat dan selebihnya masih lemah untuk menambah unit jisim dan penukaran unit kerana melibatkan operasi darab dan bahagi dengan 1000. Ternyata murid masih lagi lemah dalam darab dan bahagi dengan 1000 kerana kebanyakkan salah dan gagal menyelesaikan operasi tersebut. Demikian itu, kami telah mengaplikasikan bentuk lazim dalam penyelesaian termudah kami dengan sedikit perubahan iaitu kaedah `t`. Disini kami cuba memisahkan penambahan di antara unit kilogram dan gram dan kami sediakan contoh penambahan melibatkan tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula. Setelah itu, kami sediakan soalan lembaran kerja bagi menilai penguasaan murid terhadap kaedah yang kami cadangkan. Alhamdulillah hampir 80 peratus murid dapat menyelesaikan masalah tambah jisim dengan baik.Selain itu, kami turut membuat temubual bersama dengan 2 orang murid yang kami pilih secara rawak dan mereka menyatakan keadah ini sangat mudah untuk di laksanakan serta banyak membantu kefahaman konsep mereka mengenai tambah jisim dan penukaran unit jisim. Walaupun kaedah ini sedikit lambat, namun ianya memberikan jawapan yang tepat dan mengurangkan kecuaian murid. Terdapat juga beberapa masalah sewaktu kami menjalankan tugasan ini seperti kekangan masa dan maklumat yang terperinci mengenai tajuk yang di cadangkan. Walaupun tajuk yang kami pilih ini merupakan perkara baru dan masih belum ada contoh daripada mana-mana buku ataupun kajian tindakan, namun kami merasakan perkara ini sangat bermakna kerana adanya bantuan dan tunjuk ajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam bidang matematik di sekolah rendah. Anggaran jisim juga merupakan tajuk yang sering di abaikan oleh guru di sekolah dan kami merasakan agak susah untuk mengambil tajuk tersebut.Antara kekuatan yang dapat kami tunjukkan ialah, pemilihan tajuk yang ingin dijalankan. Hal ini kerana kami telah membuat perbincangan di antara ahli kumpulan serta mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada guru pembimbing masing-masing. Selain itu, kami juga merasakan kaedah yang kami laksanakan sewaktu sesi pengajaran dengan murid tahun 4 Arif sangat bermanfaat dan mampu membantu murid yang lemah untuk menjawab dengan betul. Manakal bagi murid yang sederhana dan pintar kaedah ini mampu menambah kefahaman dan mengukuhkan lagi konsep mereka. Namun begitu terdapat juga kelemahan semasa kami menjalankan tugasan ini. Antaranya ialah kekurangan masa untuk melaksanakan pengajaran dan kami terpaksa meminta jadual ganti dengan guru lain. Kerjasama yang di berikan oleh guru-guru sekolah sangat kami hargai dan ucapkan jutaan terima kasih. Hal ini kerana jadual waktu kami hanyalah untuk satu masa sahaja iaitu selama 30 minit. Di sebabkan itu kami terpaksa menanguhkan sesi pengajaran dan mujurlah sempat dengan masa untuk menghantar tugasan ini. Pengalaman saya untuk menyiapkan tugasan ini mampu menjadi pedoman kepada saya pada masa hadapan supaya kita sebagai guru seharusnyamengambil berat terhadap tanggungjawab kita untuk mendidik murid-murid dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Hasil daripada tugasan ini juga, saya dapat memahami dengan baik segala pemasalahan yang terdapat dalam setiap tajuk seperti geometri, sukatan dan pengendalian data. Hal ini kerana sebelum kami membuat tajuk tugasan kajian, kami telah berbincang dan meneliti sumber maklumat untuk menetapkan tajuk kajian. Sebagai kesimpulan tugasan ini mampu memberikan saya motivasi diri yang tinggi terhadap saya. Sesungguhnya professional guru bukanlah tugas yang mudah dan merupakan jalan untuk menyelamatkan diri daripada cabaran arus kehidupan, namun kerjaya sebagai guru memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Sekian terima kasih.

4.3 REFLEKSINAMA:MOHD FAIZAL BIN ABU BAKARNO.IC:910420-09-5249NO.MATRIK:124054

Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek Pengajaran Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data (MTE 3111) pada semester ini memerlukan kami untuk melaksanakan tiga tugasan iaitu penulisan akademik, pengajaran dan pembelajaran serta penulisan reflektif secara individu. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak input- input baru serta pengalaman yang saya peroleh. Kami telah mengagihkan tugasan antara satu sama lain memandangkan kami berempat berpraktikum di sekolah yang tidak sama. Saya dan Nazarudin berpraktikum di SK Batu 7 manakala Syazwan dan Firdaus pula di SK Paka Lorong 1. Saya dan Nazarudin ditugaskan untuk melaksanakan tugasan B iaitu melaksanakan temubual serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Proses pencarian maklumat agak sukar dilakukan memandangkan di rumah sewa kami tidak mempunyai talian jalur lebar. Selain itu, perpustakaan awam juga terletak agak jauh dari rumah kami. Jadi kami menggunakan sebaik mungkin peluang menggunakan talian jalur lebar ketika waktu persekolahan. Dari aspek temubual pula, kami telah menemubual seorang guru cemerlang matematik merangkap guru pembimbing kami sendiri iaitu YM Tn. Hj. Tengku Halim bin Tengku Ahmad dan dua orang murid lelaki Tahun 4. Bagi melaksanakan sesuatu temubual, persiapan yang rapi haruslah dilaksanakan seperti menyediakan teks soalan, menyediakan alat perakam suara atau gambar, serta memilih tempat yang sesuai untuk melaksanakan sesi temubual tersebut. Setelah selesai temubual pula, kami perlu mendengar kembali rakaman temubual yang dilaksanakan dan merekod transkripsi tembual tersebut. Proses merekod transkripsi ini agak rumit dan memakan masa kerana setiap butir perkataan yang diluahkan perlu disalin semula. Jadi sedikit sebanyak dengan melaksanakan tugasan ini, kami telah mempelajari aspek- aspek persediaan tersebut dan juga merekod transkripsi temubual tersebut. Walaupun agak rumit untuk merekod transkripsi temubual tersebut, berkat kesabaran yang ditunjukkan dapat juga diselesaikan tugasan tersebut.Kami telah memilih topik jisim Tahun 4 untuk dilaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Alhamdulillah, pengajaran yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Kami telah memilih untuk menggunakan kaedah t bagi menyelesaikan masalah murid dalam melakukan penambahan yang berbeza unit jisim dan menukarkan unit jisim. Kaedah yang digunakan ini sangat membantu murid dan murid dapat melihat dengan lebih jelas perbezaan antara unit gram dan kilogram. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kesilapan murid semasa melaksanakan penambahan jisim. Namun begitu, kawalan murid agak kurang memuaskan kerana mungkin terlalu teruja untuk bermain kotak soalan beracun. Murid agak bising ketika aktiviti dijalankan. Namun apa yang penting ialah hasil pembelajaran dapat dicapai dan segala perancangan dapat dijalankan sepenuhnya. Beberapa kekuatan telah dikenalpasti dalam tugasan yang telah kami laksanakan ini. Antaranya ialah apabila ianya dilaksanakan secara berempat dan berlainan sekolah, kami mendapat input serta idea- idea yang berbeza dari guru matematik sekolah masing- masing. Hal ini dapat membantu kami melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Selain itu, sesi temubual pula dilaksanakan bersama guru cemerlang matematik dan hasil pandangan yang beliau lontarkan mengenai masalah bagi topik jisim sangat membantu kami dalam melaksanakan penulisan akademik. Banyak idea yang telah beliau berikan kepada kami mengenai masalah dalam topik jisim seperti pemahaman konsep, simbol serta penukaran unit. Temubual bersama dua orang murid Tahun 4 pula meyakinkan kami untuk mengenalpasti masalah yang mereka hadapi dalam mempelajari topik jisim. Kelemahan yang dikenalpasti sepanjang melaksanakan tugasan ini pula dapat dilihat dari aspek pengurusan masa. Hal ini kerana apabila terlalu memberi tumpuan terhadap praktikum yang dijalani, saya agak leka terhadap tugasan KKBI yang telah diberikan sebelum praktikum bermula lagi. Apabila semakin hampir tarikh untuk tugasan dihantar, barulah kerja- kerja dimulakan dengan bertungkus- lumus. Selain itu, kelemahan yang lain pula ialah kurangnya rujukan daripada buku untuk melaksanakan penulisan akademik. Jika ada sekalipun, kebanyakan buku rujukan tersebut dalam Bahasa Inggeris dan kami perlu menterjemah terlebih dahulu penulisan tersebut ke dalam Bahasa Melayu.Antara masalah yang kami hadapi pula dari aspek mendapatkan sumber maklumat, berkolaborasi dengan pensyarah serta ahli kumpulan yang tidak melaksanakan praktikum di sekolah yang sama. Seperti yang saya katakan di atas, kekangan dari segi mencari maklumat di talian internet serta kedudukan rumah sewa kami yang agak jauh dari perpustakaan awam antara masalah yang kami hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Memandangkan kami berpraktikum di Dungun, agak sukar bagi kami untuk membuat kolaborasi bersama pensyarah. Hal ini agak sukar bagi kami untuk menunjukkan hasil kerja kami kepada pensyarah untuk dinilai dan dibuat penambahbaikan. Selain itu, apabila berpraktikum di sekolah yang berbeza, sudah pasti tugasan agak sukar untuk dibuat bersama. Walaupun pembahagian tugas dibuat, namun sesuatu pasangan itu hanya mahir mengenai tugasan yang dibuat dan bukannya merangkumi semua tugasan. Akhir kata, tugasan KKBI MTE 3111 ini memberi saya pelbagai pengalaman berguna untuk saya aplikasikan pada masa hadapan. Tugasan- tugasan ini juga meningkatkan pengetahuan saya mengenai subjek ini memandangkan untuk praktikum pada kali ini juga, saya dan rakan- rakan mengajar bagi topik sukatan, geometri serta pengendalian data. Secara tidak langsung saya dapat mendalami serta mempelajari ilmu- ilmu pengetahuan mengenai subjek ini. Dengan adanya tugasan seperti penulisan akademik, temubual serta merancang aktiviti pengajaran mengenai masalah yang dihadapi murid sudah tentu kami dapat sedikit sebanyak meningkatkan lagi kefahaman mengenai subjek ini. Tugasan ini juga boleh dijadikan sebagai penilaian hasil kerja saya serta usaha kami dalam melaksanakan tugasan ini. Diharapkan tugasan seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan sebagai persediaan kepada kami bakal- bakal guru.

4.4 REFLEKSINAMA:FIRDAUS BIN ABD. RAHMANNO.IC:900828-04-5481NO.MATRIK:124218

Pada 14 Julai 2013, satu taklimat mengenai Kerja Kursus MTE 311, Pengajaran Bagi Topik Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data. Perasaan saya pada mulanya berasa amat risau dan gusar apabila menerima tugasan ini. Hal ini adalah kerana tugasan yang diberikan adalah dalam tempoh saya berpraktikum. Sedikit sebanyak saya berasa runsing kerana takut tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dan kesungguhan dalam menyempurnakan kerja kursus ini.Melalui tugasan ini banyak pengalaman baru dan bermakna yang saya dapat. Setelah melakukan perbincangan bersama ahli kumpulan, kami bersepakat untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid Tahun 4 Arif Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh bagi tajuk jisim. Kami juga telah menemubual Guru Cemerlang Matematik Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, Dungun iaitu YM. Tn. Hj. Tengku Halim Bin Tengku Ahmad. Selain guru cemerlang tersebut, kami juga telah menemubual dua orang murid bagi dijadikan sebagai rujukan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Bagi tugasan temubual ini, ahli kumpulan saya iaitu Muhammad Nazaruddin Yunus dan Mohd Faizal Abu Bakar telah diberi tugas untuk menjalankan sesi temubual ini. Mereka ditugaskan untuk melaksanakan bahagian ini kerana mereka berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh. Perkara ini memudahkan sesi temubual untuk dilaksanakan.Temubual yang dijalankan adalah berkaitan dengan masalah dan isu yang wujud sewaktu mengajar topik jisim. Sebagai guru pelatih masalah dan isu-isu yang dibincangkan menjadi garis panduan kepada saya agar sentiasa berhati-hati agar masalah sewaktu mengajar tajuk jisim tidak timbul. Saya dan rakan sepraktikum saya Muhammad Syazwan Bin Idris telah ditugaskan untuk melaksanakan penulisan ilmiah. Walaupun kami membahagikan tugas, tetapi segala keputusan yang dibina akan dibincangkan sesama ahli kumpulan. Perkara ini bagi memastikan setiap ahli kumpulan bersetuju dengan keputusan yang dibina. Cabaran yang saya hadapi ialah bagi mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu-isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran matematik seperti gaya pembelajaran guru, gaya pembelajaran murid, kaedah, pendekatan dan pengetahuan isi kandungan. Ini kerana artikel-artikel yang boleh saya dapati di internet dan masa saya berada di IPG agak terhad. Selain itu saya mendapati agak susah untuk mengenalpasti yang mana satu kaedah, pendekatan, pengajaran murid dan gaya pengajaran guru untuk saya buat rumusan kerana istilah yang digunakan agak sama.. Kebanyakan artikel agak umum dan dan kurang menepati kehendak tugasan. Kami memilih tajuk jisim untuk dikembangkan isu-isu dan masalah-masalah dalam gaya pembelajaran guru, gaya pembelajaran murid, kaedah, pendekatan dan pengetahuan isi kandungan.Selain kekuatan, saya juga mendapati beberapa kelemahan sewaktu menyiapkan tugasan ini, anataranya kekangan waktu yang kami hadapi. Ini kerana kami terlibat dengan praktikum sepanjang tempoh tugasan ini. Ini menjadikan tugasan kami lebih banyak. Selain itu, disebabkan sekolah kami berpraktikum berbeza ini menyebabkan kami agak sukar berbincang dan memberi kata sepakat. Tempoh perjumpaan kami agak terhad iaitu pada waktu malam sahaja. Secara keseluruhannya, melalui tugasan ini, banyak pengalaman dan perkara baru yang saya pelajari terutama bagi mengelakkan timbulnya masalah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu saya juga sedikit sebanyak telah mula mengenal pasti kebanyakan masalah yang di hadapi oleh murid untuk dijadiakan kajian tidakan saya pada masa akan datang. Di sini saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Mas Norbany binti Abu Samah atas tunjuk ajar beliau di samping rakan-rakan sekumpulan iaitu Mohd Faizal Bin Abu Bakar, Muhamad Nazaruddin Bin Yunus dan juga Muhammad Syazwan Bin Idris atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.