3.interaksi antara tamadun

18
Interaksi Antara Interaksi Antara Tamadun Tamadun

Upload: mohd-hanif-rusli

Post on 01-Jul-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.Interaksi Antara Tamadun

Interaksi Antara TamadunInteraksi Antara Tamadun

Page 2: 3.Interaksi Antara Tamadun

Interaksi antara tamadun berlaku sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir.

Ia mungkin berlaku secara terancang atau kebetulan.

Page 3: 3.Interaksi Antara Tamadun

Interaksi tersebut boleh membawa kesan yang negatif. (e.g. pertembungan barat dan Islam menyebabkan tercetusnya Perang Salib dan gerakan Imperialisme)

Interaksi tersebut juga boleh membawa kesan positif. (e.g. penemuan-penemuan Sains dalam tamadun Barat apabila menyedari kepentingan ilmu setelah berperang dengan Islam)

Page 4: 3.Interaksi Antara Tamadun

Syarat-syarat interaksiSyarat-syarat interaksi

Bagi memastikan kesan positif hasil interaksi antara tamadun, beberapa syarat perlu dipatuhi:

1)Bersifat terbukaTamadun bergerak secara bersendirian

tetapi mempunyai maklumat dan idea daripada tamadun lain untuk kemajuannya.

Page 5: 3.Interaksi Antara Tamadun

Tamadun Islam menerima idea daripada tamadun lain selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai contoh : bidang perubatan dipelopori oleh tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir, kemudiannya dikembangkan oleh tamadun Islam dan tamadun India.

Page 6: 3.Interaksi Antara Tamadun

b) Mengutamakan b) Mengutamakan kepentingan sejagatkepentingan sejagat

Selari dengan sifat semula jadi manusia E.g. falsafah Konfucianisme yang

merupakan tunjang kekuatan tamadun Cina suatu masa dahulu tidak pernah menghalang interaksi antara tamadun Cina dan tamadun Islam.

Ini kerana terdapat persamaan dalam aspek akhlak dan moral.

Page 7: 3.Interaksi Antara Tamadun

Faktor-faktor Pendorong Faktor-faktor Pendorong Interaksi Antara TamadunInteraksi Antara Tamadun

A) KepimpinanMerupakan penggerak utama interaksi

antara tamadun.Pemimpin memainkan peranan utama bagi

memastikan interaksi antara tamadun berlaku dalam suasana harmoni atau sebaliknya.

Page 8: 3.Interaksi Antara Tamadun

Contohnya, kepimpinan Rasulullah ke atas umat Islam berjaya mewujudkan negara Islam.

Interaksi antara tamadun Melayu dan tamadun China sejak 1403 membuktikan perhubungan akrab antara pemimpin kedua-dua empayar (Melaka dan China)

Page 9: 3.Interaksi Antara Tamadun

B) Keagamaan Kebanyakan agama di dunia berusaha

mengembangkan pengaruhnya ke serata pelusuk dunia.

Islam juga disebarkan ke seluruh dunia melalui cara pendidikan, dakwah dan penjelajahan

Page 10: 3.Interaksi Antara Tamadun

Penggerak utama untuk Portugis datang ke Timur juga adalah agama.

Interaksi antara tamadun Jepun dengan tamadun China terjadi melalui faktor agama apabila Maharaja Jepun dihadiahkan dengan satu patung emas Buddha.

Page 11: 3.Interaksi Antara Tamadun

Agama Buddha dibawa ke China dari India. Penyebarannya agama Buddha di China

berlaku terutamanya semasa pemerintahan Dinasti Han.

Agama tersebut beransur-ansur menerima penyesuaian dengan budaya China.

Ini adalah hasil interaksi tamadun India dan China.

Page 12: 3.Interaksi Antara Tamadun

C)IlmuSemasa berlakunya perluasan tamadun

Islam, Islam memberikan input positif kepada masyarakat bukan Islam daripada sudut keilmuan.

E.g. masyarakat Barat keluar dari kegelapan kerana ilmu-ilmu yang dibawa oleh Islam ke Sepanyol.

Hasil interaksi tersebut menyebabkan Barat menjadi sebuah tamadun yang unggul.

Page 13: 3.Interaksi Antara Tamadun

Interaksi antara tamadun Jepun dan China, masyarakat Jepun dapat belajar ciptaan sains dan teknologi masyarakat China seperti pembuatan kertas, bahan letupan dan kompas.

Tulisan-tulisan China juga memperkembangkan tradisi tulisan Jepun.

Page 14: 3.Interaksi Antara Tamadun

Interaksi antara tamadun China dan tamadun Islam memberikan kesan yang baik dari segi penterjemahan.

Penulis-penulis China seperti Wang Daiyu dan Ma Zhu menyebarkan Islam melalui bahasa dan tulisan China.

Page 15: 3.Interaksi Antara Tamadun

Interaksi tersebut juga memajukan bidang perubatan Islam dan China.

Buku Materia Medica:Seberang Laut membincangkan tentang perubatan Islam dan China.

Canon of Medicine, karya Ibnu Sina dijadikan rujukan sejak zaman dinasti Han lagi.

Page 16: 3.Interaksi Antara Tamadun

D) PerdaganganHubungan antara orang-orang Arab dengan

China berlaku sejak abad ke-3M apabila utusan Arab yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei.

Kapal-kapal China sampai ke Teluk Parsi dan berdagang di Teluk Siraf pada abad ke-5M

Page 17: 3.Interaksi Antara Tamadun

Di India, orang-orang Arab belayar di Lautan Hindi bagi menubuhkan wilayah perdagangan di pantai barat India yang dikenali dengan nama Arabnya Ma’bar atau Malabar.

Pada zaman kegemilangan kerajaan Melaka, pedagang Arab, India dan China mengunjungi Melaka untuk berdagang.

Page 18: 3.Interaksi Antara Tamadun

kesimpulankesimpulan

Interaksi antara tamadun boleh berlaku dengan adanya sifat terbuka dan sedia menerima perubahan dengan tidak melupakan norma-norma sosial masyarakat.

Setiap tamadun perlu belajar dari pengalaman lalu bagi mewujudkan hub yang harmoni antara tamadun.