33397

Upload: tracy-vianney

Post on 14-Jan-2016

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa melayu asgnmt

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBAE1403

MENGGAMBAR

SEMESTER MEI 2015

________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. Jawab dalam bahasa Melayu.

Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Menggambar menjadi alat yang penting untuk mengenali minda dan watak seseorang kanak-kanak. Kepentingan menggambar dapat menerangkan cara kanak-kanak itu berkomunikasi, mengekspresi diri dan menerapkan nilai estetik dalam kehidupan sehariannya.

Berpandukan kenyataan di atas, anda dikehendaki menyediakan tiga orang kanak-kanak (7-8 tahun) untuk satu tugasan menggambar yang bertemakan KELUARGA SAYA.

Analisis gambar yang dihasilkan kanak-kanak tersebut berpandukan Aras Taksonomi Bloom.

Tugasan esei anda perlu diserahkan bersama dengan contoh hasil seni kanak-kanak yang berkaitan.

Laporan analisis gambar hendaklah ditulis berdasarkan format di bawah:

Pengenalan.

Isi kandungan.

Maklumat sokongan.

Kesimpulan.

[Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan

KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan1.5Tiada pengenalan.Pengenalan yang umum dan lemah.Pengenalan yang sederhana tentang menggambar dan kanak-kanak.

Pengenalan yang baik tentang menggambar dan kepentingannya kepada kanak-kanak.Pengenalan yang menarik dan jelas tentang kepentingan menggambar kepada kanak-kanak.6

Isi Kandungan

4Tiada gambar.

Perbincangan yang umum dan lemah tentang gambar.Perbincangan yang sederhana tentang menggambar dan menggunakan Aras Taksonomi Bloom secara umum.Perbincangan yang baik mengenai menggambar mengikut Aras Taksonomi Bloom.Membincangkan secara terperinci

mengenai menggambar menggunakan Aras Taksonomi Bloom.16

Maklumat sokongan2.5Tidak menyatakan kepentingan menggambar terhadap kanak-kanak.Menyatakan kepentingan menggambar kepada kanak-kanak secara umum dan lemah.Menyatakan kepentingan menggambar mengikut perkembangan kanak-kanak secara sederhana.Menyatakan kepentingan menggambar dengan baik tetapi tidak berdasarkan teori tertentu.Mengaitkan dengan teori dan kepentingan menggambar mengikut perkembangan kanak-kanak dengan jelas.10

Kesimpulan2Tiada kesimpulan.Kesimpulan yang lemah.Sederhana dan berkaitan dengan menggambar.Baik dan berkaitan dengan kepentingan menggambar.Jelas, menarik dan berkaitan dengan kepentingan menggambar.8

JUMLAH MARKAH40

http://hussinnooraini.blogspot.com/2013/04/tugasan-seni-bincangkan-keperluan_17.html

Tugasan SeniBincangkan keperluan dan kepentingan aktiviti menggambar kepada perkembangan dan pertumbuhan diri kanak-kanak. Sertakan contoh-contoh hasil kerja menggambar bagi mengukuhkan jawapan dan huraian anda.PendahuluanPengenalanDefinisi MenggambarAdalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objekGambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensiGambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Alat, Media dan TeknikMurid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukisdan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

Bidang dalam menggambarKanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

1)Teknik lukisan.Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

2)Teknik CatanCatan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

3)Teknik KolajKolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

4)Teknik MontajMontaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5)Teknik Cetakan Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.

6)Teknik Resis. Resis atau dalam perkataan Inggerisnya resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar

7)Teknik GosokanGosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

8)Teknik stensilan Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

9)Teknik percikan Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

10)Teknik Gurisan.Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

11)Teknik CapanSecara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

12)Teknik Mozek Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

Portfolio muridKepentingan menggambar dan tokohRumusan Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiranmurid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.BIBLIOGRAFIAl Hurwitz & Micheal day (1995)Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas.Bate. K. Jane (2000)Becoming an Art Teacher, USA: Townson U. Thomson Leraning. New York.Chapman, Laura H. (1978) Approaches to Art in Education. Harcourt Brace. NY.Howard Gardner (1993)Multiple Intelligences: The Theory in Practice, USA. The Getty Center of Educations in the Arts.Iberahim Hassan (2000) Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.Joan Bouza Koster (1996)Growing Artists teaching art to young childrenDelmar Pub. NY.Micheal, J.A(1983)Art and Adolescence: Teaching Art at Secondary School.Otto G.Ocvirk; Cayton,Art Fundamental(1997) Mc Graw Hill: New York.Viktor Lowenfeld. (1983) Creative and Mental Growth. New Tork. Mc. Millan.Herbert Read (1956)Education Through Art. Faber and Faber: New York.Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah Rendah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia 2002.23