3.1.1 mengenal ciri haiwan

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3 Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Tema/Topik : Sains Hayat/Haiwan Kelas : 3 Mawar Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 20/20 Standard Pembelajaran : 3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu, cara membiak: bertelur dan melahirkan anak. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: (a) Mengenal pasti dua cara haiwan membiak. (b) Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh haiwan yang bertelur. (c) Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh haiwan yang melahirkan anak. Kemahiran Proses Sains : Memerhati, mengelas, berkomunikasi Aktiviti: Fasa Persediaan

Upload: shutha-avadiyan

Post on 03-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: 3.1.1 MENGENAL CIRI HAIWAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANDUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

TAHUN 3

Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi

Tema/Topik : Sains Hayat/Haiwan

Kelas : 3 Mawar

Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi (60 minit)

Bilangan Murid : 20/20

Standard Pembelajaran : 3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu, cara membiak: bertelur dan melahirkan anak.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:(a)Mengenal pasti dua cara haiwan membiak.(b)Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh haiwan yang

bertelur.(c) Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh haiwan yang

melahirkan anak.

Kemahiran Proses Sains : Memerhati, mengelas, berkomunikasi

Aktiviti:

Fasa Persediaan(a)Murid melihat dua gambar haiwan yang berbeza (ayam dan

kambing).(b)Murid mengenal pasti dan menyatakan nama haiwan-haiwan

tersebut.(c) Murid memberitahu perbezaan antara kedua-dua haiwan

tersebut.

Fasa Imaginasi(a)Murid membuat bunyi haiwan-haiwan yang ditunjukkan.(b)Murid menceritakan ciri-ciri luaran haiwan-haiwan tersebut.

Page 2: 3.1.1 MENGENAL CIRI HAIWAN

Fasa Perkembangan(a)Murid mendengar penjelasan guru tentang perbezaan kedua-dua

haiwan, iaitu dari segi cara membiak.(b)Murid menonton klip video (CD perisian kursus) yang

mengandungi beberapa contoh haiwan yang membiak secara bertelur dan melahirkan anak.

(c) Murid memberi contoh haiwan-haiwan lain yang bertelur dan melahirkan anak.

Fasa Tindakan(a)Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.(b)Setiap kumpulan diberikan beberapa kepingan gambar haiwan

dan mereka dikehendaki untuk menampal gambar-gambar tersebut mengikut kumpulan cara membiak pada sekeping kadbod.

(c) Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka kepada guru dan rakan-rakan lain.

(d)Murid mendengar respon daripada rakan-rakan murid dan guru.(e)Setiap murid diberikan lembaran kerja berkaitan topik.

EMK : Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

BBM : Kad gambar, buku teks, projector LCD, komputer riba, CD perisian kursus

Penilaian P&P : Lembaran kerja

Refleksi : 18 dari 20 murid telah mencapai objektif. 2 murid lagi akan dibimbing berterusan.