Download - 3.1.1 MENGENAL CIRI HAIWAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANDUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 3
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Tema/Topik : Sains Hayat/Haiwan
Kelas : 3 Mawar
Masa : 8.15 pagi – 9.15 pagi (60 minit)
Bilangan Murid : 20/20
Standard Pembelajaran : 3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu, cara membiak: bertelur dan melahirkan anak.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:(a)Mengenal pasti dua cara haiwan membiak.(b)Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh haiwan yang
bertelur.(c) Menyatakan sekurang-kurangnya lima contoh haiwan yang
melahirkan anak.
Kemahiran Proses Sains : Memerhati, mengelas, berkomunikasi
Aktiviti:
Fasa Persediaan(a)Murid melihat dua gambar haiwan yang berbeza (ayam dan
kambing).(b)Murid mengenal pasti dan menyatakan nama haiwan-haiwan
tersebut.(c) Murid memberitahu perbezaan antara kedua-dua haiwan
tersebut.
Fasa Imaginasi(a)Murid membuat bunyi haiwan-haiwan yang ditunjukkan.(b)Murid menceritakan ciri-ciri luaran haiwan-haiwan tersebut.
Fasa Perkembangan(a)Murid mendengar penjelasan guru tentang perbezaan kedua-dua
haiwan, iaitu dari segi cara membiak.(b)Murid menonton klip video (CD perisian kursus) yang
mengandungi beberapa contoh haiwan yang membiak secara bertelur dan melahirkan anak.
(c) Murid memberi contoh haiwan-haiwan lain yang bertelur dan melahirkan anak.
Fasa Tindakan(a)Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.(b)Setiap kumpulan diberikan beberapa kepingan gambar haiwan
dan mereka dikehendaki untuk menampal gambar-gambar tersebut mengikut kumpulan cara membiak pada sekeping kadbod.
(c) Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka kepada guru dan rakan-rakan lain.
(d)Murid mendengar respon daripada rakan-rakan murid dan guru.(e)Setiap murid diberikan lembaran kerja berkaitan topik.
EMK : Keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
BBM : Kad gambar, buku teks, projector LCD, komputer riba, CD perisian kursus
Penilaian P&P : Lembaran kerja
Refleksi : 18 dari 20 murid telah mencapai objektif. 2 murid lagi akan dibimbing berterusan.