3 visual dan keterangan fesyen pakaian menurut tamadun islam

6
3 visual dan keterangan fesyen pakaian menurut tamadun islam Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun begitu, tamadun islam memaikan peranan yang penting dalam cara pemakaian masyarakat islam masa kini serta masyarakat bukan islam. Pakaian Masyarakat Arab Gamis adalah pakaian tradisi masyarakat arab turun temurun sejak dari zaman Rasullulah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagai pakaian rasmi kerajaan dan rakyat semasa zaman itu. Sehinggalah kini pakaian ini tetap di pelihara bagi memastikan kelansungannya. Pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah dan Umayyah pakaian yang seperti ini telah digunakan oleh pemimpin-pemimpinnya. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama dalam memakai pakaian seperti

Upload: ariha-itazzi

Post on 06-Dec-2014

193 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3 Visual Dan Keterangan Fesyen Pakaian Menurut Tamadun Islam

3 visual dan keterangan fesyen pakaian menurut tamadun islam

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika

beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah

bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun

begitu, tamadun islam memaikan peranan yang penting dalam cara pemakaian

masyarakat islam masa kini serta masyarakat bukan islam.

Pakaian Masyarakat Arab

Gamis adalah pakaian tradisi masyarakat arab turun temurun sejak dari

zaman Rasullulah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagai

pakaian rasmi kerajaan dan rakyat semasa zaman itu. Sehinggalah kini pakaian ini

tetap di pelihara bagi memastikan kelansungannya. Pada zaman pemerintahan bani

Abbasiyyah dan Umayyah pakaian yang seperti ini telah digunakan oleh pemimpin-

pemimpinnya. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama dalam memakai

pakaian seperti ini. Warna putih menjadi pilihan kerana ia merupakan warna yang

melambangkan kebersihan dan kesucian. Namun begitu, warna hitam juga

digunakan sebagai warna pakaian yang digunakan oleh masyarkat pada zaman itu.

Secara tidak lansung ia juga menjadi pencentus kepada penggunaan warna dalam

pakaian islam.

Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

Page 2: 3 Visual Dan Keterangan Fesyen Pakaian Menurut Tamadun Islam

Pakaian diatas terdiri daripada ghutra yakin bahagian yang menutup kepala si

pemakai. Namun begitu, pada zaman dahulu, mereka memakai serban sebagai

penutup kepala. Ghutra berfungsi sebagai penutup kepala seperti juga serban yang

di pakai oleh Rasullulah S.A.W. pakaian ini terdiri daripada pakaian didalam yang

berwarna putih dan diluarnya berwarna hitam. Pakaian yang berwarna hitam itu

dipanggil bisht. Pakaian ini seperti pakaian pemerintah pada zaman dahulu di mana

mereka memakai satu lapis baju di dalam dan satu lapis lagi diluar. Walaupun ia

tidak sama seratus peratus, namun unsur pemakaian tersebut tetap ada dan diguna

pakai sehingga ke hari ini. Begitula hebatnya, pemakaian dan fesyen tamadun

islam. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Tidak dilupakan, pakaian

yang berwarna putih yang dipakai didalam di kenali sebagai Thawb Dishdasha.

Walauapapun jenis fesyen yang diketengahkan dalam tamadun islam, ia semestinya

mengikut hukum syarak. Contohnya menutup aurat.

Baju Kurung

Pakaian Wanita Islam

Selain lelaki, wanita juga mempunyai fesyen dalam berpakaian. Islam tidak

pernah melarang pengikutnya berfesyen. Namun begitu, fesyen yang digayakan itu

hendaklah sesuai serta tidak bertentangan dengan syariat yang telah ditetapkan.

Terutamanya mengenai menutup aurat. Seperti yang kita lihat di atas, ini adalah

fesyen yang kerap kita lihat dinegara kita. Namun sekiranya anda melihat keadaan

sekarang, ramai wanita yang ingin berfesyen tetapi tidak berlandaskan syarak.

Page 3: 3 Visual Dan Keterangan Fesyen Pakaian Menurut Tamadun Islam

Mereka memakai tudung tetapi pakaiannya ketat dan menampakan bentuk badan.

Ini amatlah bertentangan dengan adab berpakaian dan berfesyen yang di tetapkan

oleh Islam.

Gambar di atas menunjukkan cara bertudung yang betul iaitu tudung yang

dipakai hendaklah menutupi dada dan tidak jarang. Ini bagi mengelakkan

tertedahnya aurat wanita tersebut. Pemakaian sebegini bukan baru dimulakan pada

hari ini tetapi ia telah di gunakan sejak zaman Saidatina Khadijah lagi. Tudung yang

dipakai oleh wanita Islam hendaklah tidak jarang dan menutup bahagian dada

mereka. Selain daripada tudung, baju yang dipakai juga hendaklah longgar dan

labuh supaya tidak menampakkan bentuk badan dan menutup kawasan yang

sepatutnya. Ini bagi mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

Kain atau seluar yang dipakai hendaklah labuh sehingga ke paras buku lali.

Di samping itu, kaum wanita juga perlu memakai stoking untuk menutup aurat

mereka. Beginilah antara cara berfesyen yang perlu diamalkan dalam Islam. Kita

boleh memakai pakai lain selain baju kurung atau burqa tetapi pakaian tersebut

hendaklah mengikut hukum syarak.

Page 4: 3 Visual Dan Keterangan Fesyen Pakaian Menurut Tamadun Islam

Baju Melayu

Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang

biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya

terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan

potongan Cekak Musang. Baju Melayu selalunya dipakai semasa majlis rasmi atau

perayaan. Ia merupakan fesyen turun- temurun dari zaman Sultan Abu Bakar pada

tahun 1866. Unsur-unsur dalam baju melayu juga dipengaruhi oleh tamadun islam.

Contohnya pada bahagian songkok. Songkok sebelum ini telah digunakan pada

zaman ‘Abbasiyyah di mana pegawai kerajaan akan memakai songkok panjang

diatas arahan pemerintah mereka. Pengaruh itu telah meresap masuk ke dalam

budaya melayu yang telah menerima Islam semasa zaman kegemilangan Melaka.

Baju Melayu juga dipakai bersama seluar panjang dan selalunya bersama sampin.

Sampin ialah sejenis kain yang biasanya ditenun dan selalunya menggunakan kain

songket. Namun ada juga yang menggunakan kain pelikat sebagai sampin. Ianya

mengikut kreativiti masing-masing.

Seperti juga baju kurung, baju Melayu juga semestinya direka mengikut

hukum syarak. Bajunya yang menutupi pusat dan juga seluarnya yang panjang

menutup paras lutut. Semua aspek ini adalah mengikut apa yang telah ditetapkan

oleh syarak. Di samping itu, baju tersebut juga tidak boleh jarang dan ketat. Bagi

orang melayu yang beragama Islam, baju Melayu merupakan pakaian utama dan

rasmi mereka ketika menyambut hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidiladha,

Page 5: 3 Visual Dan Keterangan Fesyen Pakaian Menurut Tamadun Islam

Hari Raya Aidilfitri dan bermacam-macam lagi. Pakaian ini telah sebati dengan

masyarakat Melayu sejak dari dulu hingga ke hari ini.

Jadi walauapapun fesyen yang ingin kita gayakan, yang penting pakaian dan

fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan kita tidak memakai pakaian

yang boleh menyebabkan kita mendapat dosa kerana pakaian atau fesyen yang kita

kenakan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh agama.