3. perkembangan aksara jawi

4
1 PERKEMBANGAN AKSARA JAWI (ﻱﻮﺎﺟ) 1. Konsep Aksara Jawi Aksara Jawi sejenis sistem tulisan bahasa Melayu yang ditulis dari kanan ke kiri. Istilah Jawi digunakan oleh penduduk Malaysia, Singapura, Brunei dan wilayah selatan, tetapi di Indonesia digunakan istilah “tulisan Arab-Melayu”. 1 Skrip Jawi berasal daripada skrip/tulisan Arab sebanyak 29 huruf, 2 yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan Islam. 3 Tulisan Arab itu diadaptasi ke bahasa Melayu sesudah abad ke-13 Masihi (7 Hijrah), seperti yang terdapat pada prasasti Sungai Teresat, Kuala Berang di Terengganu (1303 Masihi/702 Hijrah). 4 Jawi dikenali sebagai nama tulisan selepas Barat memperkenalkan tulisan Rumi. 5 Marsden: Stamford Raffles menganggap Jawi bagi orang Melayu ialah “kacukan”, seperti ungkapan anak Jawi yang bermaksud “kacukan daripada bapa Keling (India) dengan ibu Melayu”, yang mewujudkan gelaran Jawi Peranakan. Wilkinson: Jawi bermaksud “Melayu”, kerana ungkapan ”jawikannya” dimaksudkan sebagai “terjemahkan ke dalam bahasa Melayu”, kerana pada peringkat awal, segala yang bersangkutan dengan orang Melayu dipanggil Jawi: orang Jawi, tanah Jawi, bahasa Jawi, dan tulisan Jawi. 2. Etimologi Istilah Jawi Perkataan Jawi berasal daripada kata nama bahasa Jawa, yang diambil daripada kata adjektif terbitan bahasa Arab, bermaksud “(tulisan) yang berkait dengan pulau Jawa”. G.H. Werndly: Jawi dikaitkan dengan perkataan orang Jawa yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi Sumatera. Omar Awang: kemungkinan perkataan itu berasal daripada perkataan al-Jawah (bahasa Arab) yang digunakan untuk menamakan pulau Sumatera pada pertengahan abad ke-14 Masihi, malahan perkataan itu merupakan gelaran orang Arab kepada seluruh bangsa penduduk daerah Kepulauan Melayu. 6 3. Penggunaan Tulisan Jawi Jawi dikatakan mula digunakan pada abad ke-14 Masihi: ditandai oleh inskripsi batu bersurat Sungai Teresat, Kuala Berang. Pada zaman Melaka, pengembang agama Islam mengajarkan tulisan Jawi kepada golongan bangsawan dan membacakan mereka hikayat tentang kepahlawanan tokoh Islam yang bertulis Jawi, seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Peperangan Handak. 1 Wan Ramli Wan Mohamad. “Benarkah Jawi Asal Suku Kaum Jawa?”, Utusan Melayu Mingguan, 11-17 Oktober 2003. 2 Hamdan Abdul Rahman Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. KL: DBP (1999:11) 3 Hashim Haji Musa. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. KL: DBP (1999:1) 4 Hashim Haji Musa (1999:8) 5 Hamdan Abdul Rahman (1999:2) 6 Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1992:43) NOTA BAHASA MELAYU STPM

Upload: milamin

Post on 22-Nov-2015

357 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Jawi

TRANSCRIPT

  • 1

    PERKEMBANGAN AKSARA JAWI ()

    1. Konsep Aksara Jawi

    Aksara Jawi sejenis sistem tulisan bahasa Melayu yang ditulis dari kanan ke kiri.

    Istilah Jawi digunakan oleh penduduk Malaysia, Singapura, Brunei dan wilayah selatan, tetapi di Indonesia digunakan istilah tulisan Arab-Melayu.1

    Skrip Jawi berasal daripada skrip/tulisan Arab sebanyak 29 huruf,2 yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan Islam.3

    Tulisan Arab itu diadaptasi ke bahasa Melayu sesudah abad ke-13 Masihi (7 Hijrah), seperti yang terdapat pada prasasti Sungai Teresat, Kuala Berang di Terengganu (1303 Masihi/702 Hijrah).4

    Jawi dikenali sebagai nama tulisan selepas Barat memperkenalkan tulisan Rumi.5

    Marsden: Stamford Raffles menganggap Jawi bagi orang Melayu ialah kacukan, seperti ungkapan anak Jawi yang bermaksud kacukan daripada bapa Keling (India) dengan ibu Melayu, yang mewujudkan gelaran Jawi Peranakan.

    Wilkinson: Jawi bermaksud Melayu, kerana ungkapan jawikannya dimaksudkan sebagai terjemahkan ke dalam bahasa Melayu, kerana pada peringkat awal, segala yang bersangkutan dengan orang Melayu dipanggil Jawi: orang Jawi, tanah Jawi, bahasa Jawi, dan tulisan Jawi.

    2. Etimologi Istilah Jawi

    Perkataan Jawi berasal daripada kata nama bahasa Jawa, yang diambil daripada kata adjektif terbitan bahasa Arab, bermaksud (tulisan) yang berkait dengan pulau Jawa.

    G.H. Werndly: Jawi dikaitkan dengan perkataan orang Jawa yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi Sumatera.

    Omar Awang: kemungkinan perkataan itu berasal daripada perkataan al-Jawah (bahasa Arab) yang digunakan untuk menamakan pulau Sumatera pada pertengahan abad ke-14 Masihi, malahan perkataan itu merupakan gelaran orang Arab kepada seluruh bangsa penduduk daerah Kepulauan Melayu.6

    3. Penggunaan Tulisan Jawi

    Jawi dikatakan mula digunakan pada abad ke-14 Masihi: ditandai oleh inskripsi batu bersurat Sungai Teresat, Kuala Berang.

    Pada zaman Melaka, pengembang agama Islam mengajarkan tulisan Jawi kepada golongan bangsawan dan membacakan mereka hikayat tentang kepahlawanan tokoh Islam yang bertulis Jawi, seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Peperangan Handak.

    1Wan Ramli Wan Mohamad. Benarkah Jawi Asal Suku Kaum Jawa?, Utusan Melayu Mingguan, 11-17 Oktober 2003.

    2Hamdan Abdul Rahman Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. KL: DBP (1999:11) 3Hashim Haji Musa. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. KL: DBP (1999:1) 4Hashim Haji Musa (1999:8) 5Hamdan Abdul Rahman (1999:2) 6Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1992:43)

    NOTA BAHASA MELAYU

    STPM

  • 2

    Aksara Jawi yang tersebar ke Aceh dan Pasai berkembang dalam bentuk penulisan hikayat Melayu asli yang menggunakan tulisan Jawi, seperti naskhah Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, dan Hukum Kanun Melaka yang dibukukan oleh Hang Saidi Ahmad dengan perintah Sultan Mahmud Syah (1523-1524)

    Tulisan Jawi telah digunakan dengan luas dalam penulisan manuskrip, kitab dan karya kesusasteraan seperti Aqaid Al-Nasafi (1590), Sulalatus-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Tutinameh (1600) dan Hikayat Seri Rama (1633), Taj al-Salatin (1637) dan Bustan al-Salatin (1638) oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri, serta karya-karya kesusasteraan seperti Syair Burung Pingai, Syair Perahu, dan Syair Burung Pungguk karya Hamzah Fansuri.

    Raja-raja menulis surat dalam bahasa Melayu menggunakan ejaan Jawi kepada pemimpin-pemimpin Barat, seperti Surat Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugal (1521 dan 1522); Surat Sultan Aceh kepada Kapitan Inggeris, James Lancanster (1601); Surat Sultan Alauddin Shah, Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602); Surat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1612); Surat Raja Jambi kepada Gabenor Jeneral Maetsueyker (1669); Surat Kapitan Laut Buton (Sulawesi Selatan) kepada Gabenor Jeneral Belanda di Betawi (1670); Surat Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Birni (Brunei) kepada Kapitan Inggeris di Jambi.7

    Pada abad ke-18 dan ke-19, tulisan Jawi digunakan di sekolah-sekolah Melayu, malahan pelajaran Jawi merupakan mata pelajaran wajib.

    Pada tahun 1950-an dan 1960-an, pelajaran Jawi diwajibkan kepada semua pelajar Melayu di sekolah rendah kebangsaan bagi darjah dua hingga empat. Laporan Kabinet (1979) mewajibkan pelajaran Jawi kepada semua pelajar Islam. Dalam program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), penekanan diberikan tentang kemahiran menulis dan membaca Jawi mulai tahun tiga. Mata pelajaran Pendidikan Islam (1984) diajar menggunakan tulisan Jawi bagi sekolah rendah dan menengah, dan ditambah masanya sebanyak 30 minit seminggu mulai 1985. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan KBSR-KBSM 6/90 (1990) memutuskan pengajaran Jawi dimulai pada tahun satu. Bagi sekolah menengah, pelajaran Jawi diserapkan ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.8

    Dalam industri percetakan, terbit majalah seperti Qalam dan Mastika, serta surat khabar Jawi Peranakan, Warta Malaya, Utusan Melayu (1889), dan Matahari Terbit (1941)9, malahan banyak novel kanak-kanak dan remaja dicetak dalam tulisan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1980-an dan 1990-an).

    4. Perkembangan Tulisan Jawi

    Tulisan Jawi terawal (pada baru bersurat Kuala Berang) menggunakan campuran sistem ejaan Arab dengan sistem Melayu, tetapi secara keseluruhannya. ejaan Jawi ketika itu lebih jelas menggunakan sistem ejaan Arab yang semua abjadnya bertaraf konsonan.10

    Aksara Jawi sistem Arab menggunakan sistem tanda baris, tetapi wujud juga yang tidak menggunakan baris.

    Jawi sistem Melayu terawal menggunakan huruf vokal (alif), (wau) dan (ya) tetapi bagi suku kata pertama sahaja. Timbul masalah homograf yang mengelirukan pembaca.

    Huruf berfungsi sebagai konsonan yang menjadi padanan bagi /w/, selain sebagai /u/ dan /o/. Penggunaan dua huruf vokal ini menimbulkan masalah homograf.

    Selain aksara asal daripada bahasa Arab, digunakan tambahan lima aksara Jawi lain, iaitu

    huruf (ca), (nga), (pa), (ga), dan / (nya) yang tiada dalam skrip Arab. Huruf-

    7Ismail Hussein. Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. KL: DBP (1992:38-39) 8Manshoor Hj. Ahmad. Tulisan Jawi dalam Persekolahan. Pelita Bahasa, Oktober (1994:42-43) 9Abdul Jalil Anuar. Jawi: Antara Tulisan dan Aksara, Pelita Bahasa, Disember (1989:49) 10Hashim Haji Musa (1999:31, 33-34)

  • 3

    huruf itu padanan daripada huruf-huruf Arab yang tertentu, atau mungkin daripada pengaruh tulisan Parsi dan kaum Berber di Morocco.11

    Usaha mengemas kini ejaan Jawi mula dilakukan oleh Raja Ali Haji (1850), dan kemudiannya oleh Muhammad Ibrahim Abdullah Munsyi (1878).

    Pada abad ke-20, usaha dilaksanakan oleh Muhammad Said (1936).12 Ini diikuti oleh Zaba yang menulis Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1938) yang memuatkan 20 undang-undang penulisan, termasuk kaedah penggunaan vokal dan kaedah ejaan bagi kata terbitan.13

    Zaba memperkenalkan Hukum Deranglu [ringkasan bagi aksara (dal), (ro), (nga), (lam), dan (wau)], dan Hukum Luar Deranglu. Selepas itu wujud peraturan lain seperti Hukum Ka-Ga, Hukum Ra-Ma, Hukum Ha, dan Hukum Aha, sebagai panduan pengejaan dengan betul bagi huruf-huruf tertentu, khususnya yang berkaitan dengan penggunaan alif.14

    Terdapat tiga sistem ejaan Jawi yang tidak seragam,15 iaitu sistem Zaba, sistem Utusan Melayu, dan sistem Majalah Dian. Sistem Zaba digunakan oleh majalah Mastika dan Pustaka Aman Press (Kota Bharu), serta pelajaran Jawi di sekolah-sekolah (hingga 1986).16 Akhbar Utusan Melayu menggunakan sistemnya sendiri, diikuti oleh Majalah Dian (1961) yang turut mengemukakan sistem ejaan Jawi sendiri mulai 1973.17

    Dengan syor daripada Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan) (1981), Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka (1983) telah menyempurnakan sistem ejaan Zaba,18 dengan membentuk ejaan Jawi sistem baharu seperti yang terdapat Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986).

    Semasa Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Yayasan Islam Negeri Terengganu dan DBP di Maktab Perguruan Kuala Terengganu (9 hingga 11 April 1984, abjad baharu, va telah ditambah untuk padanan bagi /v/, manakala (ya tanpa titik atau ya buta) bagi /e/ pepet untuk perkataan Inggeris (misalnya pada perkataan nasionalisme), (kof) digunakan sebagai glotis bagi akhir kata jati bahasa Melayu, dan kaf untuk glotis akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang sebelum ini digunakan secara tidak konsisten antara (hamzah), (kaf), dan (kof).19

    Maktab Perguruan Islam yang mengadakan muzakarah yang melibatkan 19 institusi (3 hingga 24 Ogos 1991) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Ejaan Jawi, dan selanjutnya menerima beberapa pembaikan dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan.20

    Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri mengadakan konvensyen bertemakan Ke Arah Keseragaman Ejaan Jawi di Pusat Islam (6 hingga 8 November 1991).21

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kemudiannya menerbitkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988), Daftar Ejaan Jawi (1989), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (2001) secara berjilid.

    11Syed Muhammad Naquib al-Attas. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. KL: Universiti

    Kebangsaan Malaysia (1972:41) 12Matlob. DBP Beri Sokongan kepada Usaha Memartabatkan Jawi. Berita Minggu, 21.10.2001. 13

    Hashim Haji Musa (1999:208) 14Matlob. Ejaan Mirip Hukum Ha, Aha. Pelita Bahasa, Oktober (2000:52) 15Abdul Jalil Anuar. Sejarah Ejaan Jawi. Pelita Bahasa, April (1990:47) 16

    Manshoor Hj. Ahmad (1994:43) 17

    Hashim Haji Musa (1999:234) 18

    Hashim Haji Musa (1999:245) 19Manshoor Hj. Ahmad. Tulisan Jawi: Mengapa Perlunya Penyelarasan? (Bahagian 1). Pelita Bahasa, Disember

    (1994:40); Matlob. Masalah Hentian Glotis. Pelita Bahasa, April (2000:53) 20

    Hashim Haji Musa (1999) 21

    Abd. Kahar Yaacob (1991:36)

  • 4

    Kebanyakan generasi muda tidak dapat menggunakan tulisan Jawi menyebabkan fungsinya diambil alih secara menyeluruh oleh aksara Rumi pada 1960-an, kesan daripada desakan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu supaya tulisan Rumi dijadikan tulisan bagi bahasa Melayu moden dengan alasan penggunaan tulisan Jawi yang tidak meluas akan mengurangkan kepesatan bahasa Melayu.