24677179 naqib tugas dan tanggungjawab

7
NAQIB TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BEBERAPA PELAJARAN UNTUK DIKAJI 1. PENDAHULUAN 1.1 Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah,takwin,pengambilan baiah,pengaliran qiadah,membuat keputusan (qarar). 1 1.2 Naqib yang benar-benar bermutu jarang dapat dilahirkan dan ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw : Naqib di dalam hadis ini ditamsilkan sebagai unta kembara 2 . Naqib adalah pemimpin, guru, murabbi dan mujahid. Dalam kertas kerja ini hanaya beberapa tugas naqib sahaja yang akan diperbincangkan. 2. MEMELIHARA AMANAH DAKWAH. 2.1 Naqib adalah da’ie ilallah,sedangkan da’ie adalah pewaris para nabi.Allah SWT telah menggariskan empat tugas terpenting yang wajib dilaksanakan oleh para rasul dan para da’ie.Firman Allah SWT: (Al Baqarah : 151) 3 Empat tugas tersebut ialah : 1) Menyampaikan dakwah kepada manusia. 2) Menggilap jiwa manusia. 3) Mengajar manusia Al-Kitab dan Al-Hikmah 4) Mengalih manusia dari kegelapan kejahilan dan kesesatan kepada sinaran keilmuan dan petunjuk kebenaran. 2.2 Allah taala mengancam kepada sesiapa yang mengabaikan tugas yang mulia ini dengan azab yang amat pedih. 1 Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96 2 Ibid 3 Al- Baqarah : 151

Upload: maktabkpi

Post on 26-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Usrah

TRANSCRIPT

Page 1: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

NAQIB TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BEBERAPA

PELAJARAN UNTUK DIKAJI

1. PENDAHULUAN

1.1 Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah,takwin,pengambilan

baiah,pengaliran qiadah,membuat keputusan (qarar).1

1.2Naqib yang benar-benar bermutu jarang dapat dilahirkan dan ini bersesuaian dengan

sabda Rasulullah saw :

Naqib di dalam hadis ini ditamsilkan sebagai unta kembara2. Naqib adalah pemimpin,

guru, murabbi dan mujahid. Dalam kertas kerja ini hanaya beberapa tugas naqib sahaja

yang akan diperbincangkan.

2. MEMELIHARA AMANAH DAKWAH.

2.1 Naqib adalah da’ie ilallah,sedangkan da’ie adalah pewaris para nabi.Allah SWT telah

menggariskan empat tugas terpenting yang wajib dilaksanakan oleh para rasul dan para

da’ie.Firman Allah SWT:

(Al Baqarah : 151) 3

Empat tugas tersebut ialah :

1) Menyampaikan dakwah kepada manusia.

2) Menggilap jiwa manusia.

3) Mengajar manusia Al-Kitab dan Al-Hikmah

4) Mengalih manusia dari kegelapan kejahilan dan kesesatan kepada sinaran

keilmuan dan petunjuk kebenaran.

2.2 Allah taala mengancam kepada sesiapa yang mengabaikan tugas yang mulia ini

dengan azab yang amat pedih.

1 Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-962 Ibid3 Al- Baqarah : 151

Page 2: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

(Al-Baqarah : 159) 4

(Al-Baqarah : 78 – 79) 5

3. MEMPERKEMASKAN TANZIM USRAH

3.1 Tanzim ialah menentukan bidang-bidang tugas dan kewajipan, melantik individu-

individu pelaksana tugas tersebut serta menjangkau masa yang diperlukan oleh amal

demi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki.6

3.2 Pelaksanaan tugas secara sistematik adalah wajib ke atas jamaah Islam oleh faktor-

faktor berikut :

i. Kekuatan dan kesatuan hanya lahir dari kerja-kerja yang bertanzim dan berperencanaan

yang sistematik.8 7 ( تخطيط)

ii. Allah mengisyaratkan bahawa seluruh alam ini aberjalan mengikut ketentuan-Nya

(tanzim),maka semua kerja amali berpedoman kepada isyarat tersebut,misalnya:

(Yaasin : 38 – 40)9

iii. Kejayaan semua jenis kerja samada kecil atau besar bergantung kepada tanzim.10 Oleh

itu ia adalah wajib berdasarkan kepada kaedah:

iv. Tanzim adalah asas manhaj Islami samada dalam peraturan ibadat,hubungan

masyarakat sosial, undang-undang kenegaraan, dakwah, peperangan dan sebagainya.11

4 Al- Baqarah : 1595 Al-Maidah : 78-796 Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Fiqh Ad-Dakwah : 1/2817Takhtit ialah langkah-langkah untuk menggunakan seluruh sumber materialistik, spiritual dan kemanusiaan melalui kaifiyyat yang terbaik serta mengurangkan bebanan kerja seminima mungkin di dalam waktu yang sesuai demi untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Lihat Fiqh Ad-Dakwah (Ibid).

8 Fathi Yakan, Abjadiyyat At-Tasawwur Al-Haraki Li Al-Amal Al-Islami, Hal : 12-139 Yasin : 38-4010 Fathi Yakan : op. cit : Hal. 1411 said Hawwa Al-Madkhal ila Dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimin : Hal. 170

Page 3: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

v. Menghidupkan kembali seluruh aspek amal Islami dalam segenap sudut serta

mengembalikan khilafah dan Daulah Islamiyah menurut perencanaan yang bertanzim.12

vi. Cabaran dan tentangan terhadap Islam yang bersifat tempatan dan Antarabangsa

mewajibkan amal bertanzim.13

3.3 Jamaah Islam mestilah diarahkan kepada tanzim yang kemas dan cekap kerana

tanpanya banyak kerja yang akan tergendala dan terbengkalai. Berdasarkan kepada Sirah

Nabawiyah,Ar-Rasul yang dibantu dengan wahyu itu pun turut melaksanakan

perancangan tanzim, maka “min bab aula’ ke atas seluruh para da’ie untuk bekerja secara

bertanzim.

3.4 Keperluan-keperluan amal jama’I yang bertanzim ialah:14

1. Tanzim tertegak diatas qiadah yang bertanggungjawab dan anggota bawahan

yang saling terikat (bersatu hati)

2. Tanzim berdiri di atas kefahaman yang jelas yang menggariskan tali hubung

antara qiadah dan pihak bawahan atas asas syura yang mulzimah dan ketaatan

yang jelas.

3.5 Kesemua keperluan ini dibahagikan kepada dua bahagian :-

(A) Syarat-syarat tanzim yang baik.15

1. Memiliki qiadah yang memahami matlamat dan mengetahui wasilah-wasilah

serta mampu merencana untuk mencapai matlamat tersebut.

2. Tanzim yang berasaskan manhaj keilmuan dan tabiah yang sejahtera serta

perencanaan yang lengkap.16

3. Perlaksanaan tanzim mestilah seimbang,tetap dan utuh.

12 fathi Yakan op. cit H. 14-20 ; Said Hawwa, Akhlaqiyyat Wa Sulukiyyat : Hal. 10413 14 Ibid, H. 21-23, said Hawwa, Al-Madkhal, loc. Cit, lihat bentuk-bentuk perencanaan musuh antarabangsa dalam Al-Alam Islami Wa Al-Maqa’id Ad-Dauliyah, Fathi Yakan.15 Yusuf Al-Qardawi, Aulawiyyat Al-Harakah Al-Islamiyyah Fi Al-Marhalah Al-Qadimah : Hal. 1216 Lihat contoh pengurusan halaqah dalam Al-Qaid Al-Qudwah Ala Thariq Ad-dakwah, Mustafa Masyhur : Hal. 128-135 dan Abjadiyat, op. cit : Hal. 179-183

Page 4: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

4. Tanzim mampu menghimpunkan seluruh anggota di mana sahaj mereka

berada.

5. Thiqah (kepercayaan)yang mendalam antara barisan qiadah dan pihak

bawahan.

6. Setiap orang bekerja mengikut kemampuan,kebolehan,kelayakan,keupayaan

dan persediaan masing-masing .

7. Tanzim yang dikuasai oleh nizam yang mengawal perlaksanaan perkara-

perkara diatas.

(B) Sebarang teori yang hendak dikemukakan sebagai tanzim mestilah:17

1. Bersifat fitrah dan tidak mengatasi hubungan fitrah sesama muslimin.

2. Terbit dari nas-nas (Al-Quran dan Al-Hadith) atau menyokongnya.

3. Berdasarkan syura pada perkara yang tiada nas( ل نص فيه )18

4. Tidak dimasukkan kedalam tanzim kecuali setelah diuji secara praktikal.

5. Rangka tanzim mestilah disokong oleh nas atau apengalaman supaya

wujud kemantapan ( ثوابت ) teori tanzim.

3.6 Antara perkara yang perlu diambil perhatian naqib dalam pengurusan tanzim ialah :

1. Tanzim adalah rahsia usrah berdasarkan slogan :

19 علنية العمل وسرية التنظيم

2. Naqib boleh memanfaatkan mana-mana wasilah,teori atau teknik yang baik

demi kebaikan tanzim berdasarkan sabda Rasulullah saw:

خذوا الحكمة من اى وعاء خرجت 20

iii. Kegagalan tanzim selalu berlaku kerana individu pelaksana tanzim hanya dipilih

dari kalangan ikhwah yang berkeupayaan dari sudut keilmuan,pidato dan memberi

taujihat tanpa berkebolehan dari sudut berorganisasi.21

17 Said hawwa, Jundullah, Takhtitan : Hal. 12018 Tiada nas bermaksud masalah-masalah ijtihadiah pada dalil-dalil yang tidak qat’iyah dalalahnya. Lihat Nazarat Fi Risalah At-Ta’lim, Muhammad Abdullah Al-Khatib : Hal. 8819 Fathi Yakan, Maza Ya’ni Inyima’I Lil Islam, Hal : 119 - 12020 Fathi Yakan, Abjadiyyat op.cit. Hal : 172 - 17321 Fathi Yakan, Musykilat Ad-Dakwah Wa Ad-Dai’yah. Hal : 74 idharu Al-Aidz Al-Haraki. Hal : 117

Page 5: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

4. MEMELIHARA HAK-HAK SYURA.

4.1 Syura adalah rukun tanzim22 .Allah Taala mengambil perhatian berat terhadap sistem

syura sehingga dikhususkan sebuah surah yang bernama surah Asy-Syura.

4.2 Antara dalil-dalil syura :23 dan24

4.3 Antara hak-hak syura ialah :

1. Syura diserahkan kepada ahlinya.25

2. Bermesyuarat samada pada perkara-perkara yang tiada nas ( ( ل نص فيه, kaifiyat

perlaksanaan nas atau masalah teknikal dan duniawi yang tidak bertentangan

dengan syara’.26

3. Hakim dan seluruh ahli syura haruslah berkomitmen dengan keputusan syura

berdasrkan qaul yang arjah.

i) Kata Mustafa Masyhur “Hendaklah sekeliannya beriltizam dengan apa yang

telah diputuskan. Tidak boleh urusan (syura) itu diserahkan kepada tindakan

seorang individu sahaja.27

ii) Syeikh Muhammad Al-Ghazali menyatakan “Syura yang tidak iltizam kepada

para perlaksana (keputusan syura) maka ini adalah syura yang tidak bernilai

dan sia-sia”.28

iii) As-Syahid Syed Qutb menjelaskan “Andaikata syura itu bukan mulzimah

nescaya Nabi saw mampu mengelakkan jemaah Islam(ketika itu)daripada

menghadapi pengalaman pahit dimedan Uhud dengan cara Baginda

melaksanakan tektik peperangan berdasarakan mimpi tanpa perlu

bermesyuarat dengan para sahabat atau (kalau bermesyuarat) tidak

22 Said Hawwa, Durus Fi Al-‘Amal Al-Islami. Hal : 13723 Ali Imran : 15924 Asy-Syura : 3825 Syarat-syarat ahli syura lihat Nidzom Asy-Syura Fi Al-Islam Wa Nuzum Ad-Dimuqratiyah Al-Mu’asirah, Zakariah Abdul Mun’im. Ibrahim Al-Khatib. Hal : 56-66. Ma’alim Asy-Syura Fi Al-Islam, Mahmud madi. Hal : 81-89, At-Thariq Ila Jamaah Al-Muslimin, Hussein Ali Jabir. Hal : 8-84.26 Zakariya Abdul Mun’im, Nidzom Asy-Syura, op. cit. Hal : 172 - 17827 Qadhaya Asasiah ‘Ala Thariq Ad-Dakwah. Hal : 72-73.28 Mabdak asy-Syura Fi Al-Islam. Hal : 47

Page 6: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

mengambil pendapat yang ditarjihkan oleh jamaah atau baginda merujuk

kembali kepada pendapat Baginda . Akan tetapi Baginda akan memilih

seluruh natijah (syura) lalu melaksanakannya”.29

iv. Ijma’ ahli syura atau pendapat majoriti dikalangan mereka diambil kira segi

iltizamiahnya berdasarkan qaul yang arjih.30

i) Kata Abdul Qadir Audah “Pada hakikatnya syura tidak bermakna jika

pendapat majoriti tidak diambil kira dan wajibnya syura ke atas ummah Islam

bermaksud beriltizam dengan pendapat majoriti”.31

ii) Abdullah Nasir ‘Ulwan menjelaskan “Dari dalil-dalil yang digali dari As-

Sunnah dan tindakan para imam (yang terdahulu) jelas menyatakan bahawa

pendapat majoriti daripada kalangan ahli syura adalah murajjah dan ia ilzam

ke atas pihak minoriti dalam majlis sekalipun ia (pendapat majoriti)

bersalahan pandangan mas’ul”.32

iii) Mustafa Masyhur menyatakan “perlu diingat bahawa setelah hak syura

perbahasan (dialog)telah diberikan maka wajib beriltizam dengan pendapat

atau keputusan yang telah diputuskan oleh al-jam’ ( الجمع ) kerana di sana

terdapat pendapat yang bertentangan (dengan keputusan ramai) maka tidak

boleh pendapat yang menyalahi (keputusan syura itu dibangkitkan semula di

dalam saf untuk mengelakkan berlakunya kekusutan dan fitnah”.33

iv) Said Hawwa mengulas : “Sesungguhnya pendapat majoriti pada ijtihad kami

adalah mulzim34…mengikut perjalanan yang dilalui oleh harakah kita

semenjak penubuhannya ialah menyerahkan syura kepada ahlinya dan

majoriti adalah hukum pada sebarang kes yang tiada nas. Ini adalah

29 Fi Zilal Al-Quran. : 1/53230 Ustaz Fathi Yakan berpendapat syura adalah mu’limah, lihat Mu’limah Ad-Dakwah, op. cit Hal : 176-181. Lihat juga penolakan Hussein Mohsin terhadap dakwaan Dr. Sayyid Ramadhan Al-Buti yang menyatakan bahawa I’lamiyah syura itu berdasarkan ittifaq fyqaha’ dalam nota kaki At-Tariq Ila Jamaah Al-Muslimin. Op.cit Hal : 9031At-Tasyri’ Al-Jina’iy. Hal :

32 Baina Al-‘Amal Al-fardi Wa Al-‘Amal Al-Jama’iah. Hal : 11033 Tasa’ulat ‘Ala At-Tariq. Hal : 8334 Durus Fi Al-‘Al Al-Islami. Op. cit. Hal : 55

Page 7: 24677179 Naqib Tugas Dan Tanggungjawab

peraturan asas yang dikeluarkan pada tahun 1948 diakhir hayat Hassan Al-

Banna dan beliau sempat menyaksikan apa yang kami nyatakan ini 35….bahawasanya Ustaz Al Maududi dan selain beliau telah merujuk kembali

kepada fikrah ilzamiyah ke atas pemimpin setelah beliau condong kepada

pendapat yang lain.36 Dalam sesetengah keadaan kadangkala Ustaz Hassan

Al-Banna mengemukakan pendapat bahawa syura adalah mu’limah tetapi

berdasrkan kepada iltizam, amal dan kaedah dalam dakwah kita maka syura

adalah mulzimah.37 Setelah syura diserahkan kepada ahlinya maka

pendapat majoriti adalah mulzim dan mas’ul mestilah meluaskan daerah

(skop) syura sehingga peringkat bawahan dalam tanzim.Maka di tahap ini

(bawahan) juga pendapat majoriti adalah mulzim.38

5. PENUTUP

Sesungguhnya seseorang naqib itu sedang memikul satu tanggungjawab yang

besar. Keikhlasan hati, pengorbanan yang maksima dan terlalu berharap kepada natijah

dari kerja-kerja yang dilakukan mesti ada dalam diri naqib lantaran di akhirat kelak hanya

disoalkan mengenai tanggungjawab mereka dan bukanlah hasil dan buahnya. Naqib

mestilah menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain walaupun manusia berbuat

jahat kepadanya.

Wallahu’allam.

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

35 Ibid36 Ibid. Hal : 5837 Al-Madkhal Ila Dakwah. Op. cit. Hal : 26138 Jundullah Takhtitan. Op. cit Hal:44